30.9.09

Riang Ria Aidilfitri











notakaki - gua takde dslr yang macam budak-budak pakai tu, so kualiti gambar jangan nak dipertikaikan

27.9.09

Sembang-sembang Aidilfitri

Amir : Korang buat apa ek sekarang? Kerja ke?

Adli : Aku kerja la sekarang, kerja aku special sikit. Aku kerja kira pokok. Letih wooo...

Amir : (Tahan ketawa....) Kau pulak Napi?

Napi : Uishhh, aku lagi susah, kerja aku ukur jalan. Hari-hari aku ukur jalan...hehe.

Amir : (Langsung tak dapat nak tahan, ketawa jugak..) Haa, kau pulak Bob? Kerja ukur apa pulak?

Aku : Aku sekarang agak sibuk la Mir, maklum la dah jadi pelakon drama.

Amir : Bluweeekkkkkk......(terus dia muntah hijau sambil terajang pintu kereta Napi)

25.9.09

Nostalgia

Hari tu hari apa entah. Tapi yang pasti insiden tersebut berlaku di asrama laki-laki Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor. Aku masa tu baru je form 4, kiranya budak-budak junior la ni, kena respek senior..hak tuih!

Budak-budak hostel kalau tak nakal bukan duduk hostel la namanya. Yang baik-baik jenis kaki bodek senior, semua sebab takut dengan gertakan senior yang berlagak samseng la tu. Sampaikan ada yang sanggup tadahkan air basuh berak untuk senior time keputusan bekalan air. Takde keberanian langsung untuk menghadapi hidup yang berliku di hostel. Huh!

Berbalik pada cerita tadi. Masa tu ada 2 orang rakan sedorm aku sedang bergembira bermain-main sesuatu. Kami yang lain hanya memerhatikan dari atas katil sambil tersengih-sengih dan tangan penuh dengan keropok cap 'Snek Ku'. Ada juga yang bersidai-sidai di balkoni sambil bergosip tentang awek-awek aspuri yang cun dan tip top. Entah apa peel la, orang datang sekolah nak cari ilmu, dia pula nak cari jodoh.

Tengah asyik bergelak ketawa sambil bersorak riang, tiba-tiba je ada satu susuk tubuh yang masuk ke dalam dorm. Kerek betul, dah la tak bagi salam. Oh, patut la kerek, senior kitorang rupanya. Dengan muka masam mencuka, konon nak bagi nampak yang die tengah marah dengan sepenuh hati, padahal badan kurus keding, terus beliau men'sound' 2 orang mangkuk tadi,

"Oi, dah takde benda lain ke nak main? Suka-suka hati korang je usik barang aku ye!" bidas senior yang konon-konon samseng tersebut. Ada la juga kata-kata keji yang keluar, tapi tak sesuai nak disiarkan di sini.

Lantas, 2 orang yang terkena bidasan dan kata-kata nista tadi terus terdiam, termasuklah kami yang sedang asyik bergelak tawa. Suasana sepi seketika, bak kata budak-budak ada malaikat lalu. Khurafat sungguh pemahaman tersebut.

Kemudian senior tadi merampas objek yang menjadi punca kemarahan beliau yag mendadak-dadak dari tangan salah seorang rakan tadi dan meletakkan kembali ke atas katilnya sambil mengeluarkan kecaman dan amaran,

"Jangan nak mengada-ada main lagi benda ni, asyik nak buat benda tak berfaedah je" serius beliau berkata-kata sambil berlalu pergi dari dorm di iringi jelingan maut terhadap kami semua.

Tak sampai 1 saat beliau chow dari situ, suasana kembali hingar-bingar. Kitorang pakat gelak ramai-ramai sampai berguling-guling kerana insiden tadi. Benda tu sebenarnya takde la salah sangat kot, dah nama pun duduk hostel. Tensyen brader, koman-koman mesti kena ada benda yang menghiburkan hati. Kiranya budak 2 orang tadi tu melakukan kerja yang mulia la kan. Bukannya diorang usik barang mahal pun. Benda murah je pun, itu pun nak marah-marah. Siapa suruh placing terdedah atas katil, kan dah jadi mainan budak-budak dorm.

Ingat ye, untuk sesiapa pun. Kalau duduk hostel, jangan sesekali membiarkan spender anda terdedah begitu saja. nescaya ianya akan menjadi bahan mainan seperti apa yang telah berlaku di atas tadi.

notakaki - bukan cantik sangat pun spender mamat tu, dah la kusam, buruk pulak tu. aku ingat lagi kaler spender tu, kaler peach yang dah kusam. tu pun nak berkira ke?

22.9.09

Kembali

Hari ni aku sudah pulang ke kampung halaman di Kuala Lumpur. Anak jati Kuala Lumpur beb, mana boleh lepak kampung lama-lama. Haha.

Raya tahun ni macam tak raya je, tengok bola lagi syok. Kredit kepada Mak Ngah kerana telah memasang Astro, lantas membolehkan aku menonton perlawanan antara Liverpool menentang West Ham United. Nasib baik menang, kalau tak aku nekad nak letupkan meriam buluh sedas dua.

Satu je yang aku pelik, apa pasal raya tahun ni tak dapat banyak duit raya ha?

notakaki - kepada kawan-kawan yang dah bekerja, paham-paham la ye.

18.9.09

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat hari lebaran, minal aidzin wal faidzin. Kalau-kalau ada terkasar bahasa dan tersilap perilaku harap dimaafkan. Tak elok berdendam, bukan ada faedah pun berdendam ni. Baik lepak rumah Tok Penghulu, makan lemang dengan rendang, sambil-sambil tu boleh juga 'pow' duit raya.

Sekali lagi aku mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua muslimin dan muslimat di serata dunia.

notakaki - kalau ada yang balik melaka roger-roger la, boleh lepak bandar hilir jalan-jalan

16.9.09

16 September 1963

Hari ini genap 46 tahun Malaysia menyambut ulang tahun kewujudannya.

SELAMAT HARI MALAYSIA.

Bukan Hari Merdeka saja yang patut disambut ya.

15.9.09

Mari Berjiwang

Hari ni tiba-tiba nak melayan jiwang. Ahh, jangan nak poyo-poyo ye. Bohong la kalau tak pernah layan rock kapak. Malas nak cerita banyak, layankan saja.





Fotograf - Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal

Seindah sinar pagi
Ku pancarkan sinar ini
Semoga bersinar di hatimu

Selembut angin malam
Terhembus kasih untukmu
Hingga terbayang wajahmu
Percayalah sayangku
Hanya engkau ku cinta
Tak pernah aku berubah hati

Semakin hari (sayang)
Semakin hangatnya cinta
Sehingga membakar di kalbu

Jangan kau ucap selamat tinggal
Pada diriku yang setia
Tak sanggup aku untuk berpisah
Inginku hidup bersama
Cintaku hanya untukmu
Setiap hari kau ku rindu

notakaki - jangan ternyanyi versi Shades sudah la.

12.9.09

Macam Celaka!

Ada satu benda kat Malaysia ni yang paling aku anti sekali. Memang boleh buat jiwa panas membara tak pasal-pasal la. Tapi sejujurnya, apa benda pulak tu?

Jawapannya kondisi jalan raya kat Malaysia ni yang haram tak serupa langsung macam jalan. Kalau bawa motor, boleh jahanam rim motor tu dalam masa sebulan dua. Haram jadah sungguh. Kontrektor buat kerja main-main. Tampal jalan macam tampal plaster kat lutut. Pemalas sungguh, duit projek ambik sampai ribu riban.

Kalau macam tu baik biarkan aje jalan kat Malaysia ni dalam berkeadaan tanah merah, baru la rali namanya. Baru true kaki racing. Huh!

Arghhh, marah betul hati muda aku.

10.9.09

Keseronokan

Malam tadi, selepas Isyak berjemaah di masjid ada satu sesi mesyuarat harian bersama rakan-rakan. Kebiasaan venue yang dipilih tak lain tak bukan mesti restoran mamak. Kenapa entah orang Malaysia suka benor lepak mamak. Apa yang hensemnya mamak tu pun aku tak tau.

Ok la, berbalik pada mesyuarat tadi. Aku, Abh bersama Abang Wan saja yang menghadiri mesyuarat. Ahli jawatankuasa yang lain tak dapat nak hadir sebab sibuk bertadarus kat rumah sambil menganyam ketupat daun palas untuk raya nanti.

Sambil pekena kopi ais kegemaran, kami bersembang-sembang kosong sambil mata terpana ke arah skrin besar pasal Astro pasang cerita best. Sembang punya sembang, maki punya maki, sedar-sedar ada yang bakar line menyanyi lagu Axl's-Andai Dapat Ku Undurkan Masa. Huh, tak metal langsung. Tapi apa boleh buat, jiwa masing-masing menjurus ke arah ketimuran yang hakiki. Lantas, satu persetujuan telah di capai. Agenda selepas ini adalah untuk menuju ke Giant untuk berkaraoke sepam dua.

Setelah membayar bil minum yang mencecah hingga RM8200, kami pun bertolak ke rumah masing-masing kerana mahu bersiap-siap. Nak keluar malam kena la hensem-hensem,hehe. Setelah hensem dan kunci rumah sudah diambil kami bertolak menuju ke Giant dengan perasaan yang sungguh girang. Maklum la, ini malam merupakan malam karaoke pertama dalam bulan Ramadhan, hehe. Ok, sampai saja kat Giant masing-masing berlari-lari seperti Watson Nyambek masa Sukan Komanwel dulu. Gila laju betul lari, nasib baik tak terbabas langgar kaunter kat pusat karaoke tu, kalau tak brader tu mesti usya panas.

Dah kat kaunter tu apa lagi kan, buat pembayaran la. Ambik kau, malam ni pekena karaoke 2 jam. Memang satu sesi mengasah bakat betul la. Semua ada plan nak apply masuk One In A Million, tu pun kalau Paul Moss tak jadi juri sebab dia garang sangat la.

Masuk je bilik, terus capai mikrofon. Takde benda lain dah yang nak difikir. Tu je perkara pertama terlintas dalam otak. Dalam tempoh 2 jam, berbagai jenis lagu yang berjaya dihabiskan, dan tidak kurang juga ada yang tak berjaya dihabiskan langsung (masa ni gua bantai nyanyi Lefthanded-Lagenda Cinta. Tumpas gara-gara tak hafal melodi, cettt!). Selepas penat mengerah suara ke tahap maksimum persis si Robert Plan, aku dah tak daya lagi dah. Biasanya kalau lepak kat RedBox Sogo takde hal pun sampai 3 jam. Tak tahu la kenapa. Nasib baik dah habis time, kalau tak memang suara aku jadi macam suara Ramli Sarip la gayanya.

Lepas tu tak reti nak balik rumah terus, pergi mamak balik pekena teh o ais pula. Haha, tekak kering mana boleh tidur. Sembang-sembang sepam dua dulu baru pulang ke rumah. Lain kali takdenye nak lepak Giant lagi. Tak eksklusif langsung. Tempat macam port beromen je. Lain kali kita pergi RedBox pula, baru true kaki karaoke.

Gua ingat nak share video best sempena malam tu, tapi malas la pula. Tak baik mengaibkan rakan sendiri, haha. Nasib baik la aku berhati perut.

7.9.09

Gila

Aku dah jadi macam orang gila. Terkekeh-kekeh gelak sorang-sorang.

Ni semua salah brader bawah ni la.

www.hilangpunca.com

Haha.

notakaki : petang ramadhan yang diisi dengan gelak dan tawa.

6.9.09

Seorang

Masuk hari ni, hari ke-2 aku berbuka puasa secara solo. Aiseh, tak best betul. Tu la, siapa suruh tak ikut balik kampung. Dalam sibuk-sibuk menelaah komputer di hadapan, sudah terbayang dengan jelas di mata apakah yang mahu dimakan pada hari ini.

-Murtabak (tak kisah sama ada daging ataupun ayam)
-Roti john (kenapa tak dinamakan Kassim?)
-Ayam percik
-Kari kepala ikan
-Kebab ayam la beb
-Karipap RM2
-Nasi beriani gam (featuring ayam masak sambal)
-Cendol
-Air kelapa
-Air tebu

Wah, hebat nafsu syahwat kau ye bob. Kau ingat duit dalam poket kau tu banyak sangat ke?


Ops, lupa la pulak. Hehe. Selamat berbuka puasa.

5.9.09

Kerajinan

Haha. Menjawab kembali apa yang telah diperkatakan oleh saudari Nad dalam blognya, bahawa ada segelintir umat yang rajin mengupdate blog setiap hari.

You know why? Sebab aku dah takde kerja nak buat la Nad. Dok menganggur saja, kerja pun tarak. So, untuk membuatkan aku seperti ada kerja, maka inilah yang dilakukan, mengupdate blog everyday. Lainlah kalau kau nak tolong aku cari tempat kerja, orait gak tu. Amacam Nad, hang ada lubang kerja tak? Tolonglah aku Nad, pleaseeeeeeeeee.....

notakaki : lepas syawal kalau tak kerja gak aku nak pindah berlin, main besi kat sana. lagi syok.

4.9.09

UP!

Masa : 2.40 petang, waktu Malaysia.

Lokasi : Pavillion, Kuala Lumpur.

Agenda : Menonton filem kartun paling cool tahun ini. Yeah!

Petang tadi, aku bersama Encik Abh melakukan perkara yang biasa kami lakukan sebelum bulan Ramadhan. Yeah, kami menonton wayang. Nak-nak cerita UP la pulak. Memang tersangat la layan cerita tersebut. Mengetengahkan pelbagai jenis nilai-nilai murni yang membuatkan seperti anda berada di dalam kelas Sivik dan Pendidikan Moral layaknya.

Jarang aku nak tengok filem kartun di pawagam, sebab kartun kat peti televisyen dah cukup elok bagi aku. Tapi, dek kerana desakan rakan dan keinginan untuk menonton aku gagahkan jua menonton di dalam bulan Ramadhan ni.

Rating yang boleh aku kasi, 25 ribu bintang untuk UP. Walaupun terlewat sedikit untuk menontonnya, tapi aku peduli apa. Janji layan. Ada masa, kita tengok wayang lagi. Jangan buat wayang dah la. Pesanan ikhlas dari saya, anak didik Dr.Fadzilah Kamsah.

notakaki : kalau ada popcorn dengan air coke besar lagi puas hati. nasib baik sedang berpuasa.

3.9.09

Sesuatu Yang Indah - Anthem Untuk Mereka Yang Bercinta

Kekasihku..aku telah mengenalmu sekian lama
Sepatutnya aku bisa mencintaimu sepenuh hati
Kuharapkan engkau dan aku saling mengerti bukan menyakiti
Tak perlu ada lagi ada pertengkaran

Chorus:
Kini aku temukan telah aku dapatkan jauh sudah tersimpan
Sesuatu yang indah dari dirimu
Semoga aku bisa..mungkinpun aku mampu untuk dapat
Memberikan tulus hatiku....

Kekasihku..betapa aku tak pernah dapat membuaimu dengan
Kata-kata cinta yang mungkin bisa menyejukkanmu
Sungguh aku masih ingin terus mencari dalam jiwamu
Rasa ini ingin kuakui

Chorus

Kekasihku..maafkan aku jika
Tak mampu bahagiakanmu memelukmu dengan rasa cinta......

Kini aku temukan telah aku dapatkan jauh sudah tersimpan
Sesuatu yang indah dari dirimu
Semoga aku bisa..mungkinpun aku mampu untuk dapat
Membahagiakan hatimu....

Nyanyian : Padi


Aku suka lagu ni. Pergi jahanam la kalau ada orang cakap "ape barang layan band Indon, tak indie langsung la camni" itu semua omong kosong. Apa yang dia tahu tentang indie? Mengarut. Yang penting lagu ni best. Susunan muzik dia cool, lirik dia pun syahdu meleleh.

Bayangkan, malam-malam sebelum tidur aku mesti dengar lagu ni. Paling koman pun 15 kali. Nampak tu, banyak mana aku obses dengan lagu ni.

Kalau nak dengar, pandai-pandai la cari. Apa guna ada Google, kalau tak rugi je la Google tu diwujudkan.

notakaki : lagu ini ditujukan khas buat abang wan, hehe.

2.9.09

Lagenda Filem Melayu

Mat Rasip Yahya a.k.a Mat Sentol


Anda kenal siapa ini? Inilah dia pelakon dan pengarah filem Melayu dulu-dulu, Mat Sentol. Aku dah lama sebenarnya tak tengok filem Mat Sentol ni. Baru-baru ni je rajin tengok Mat Bond kat YouTube. Hehe. Memang best la cerita tu. Avant-garde gila cerita ni. Bagi aku, Mat Sentol ialah salah seorang ikon perfileman Melayu kat Malaysia ni. Anda setuju?

1.9.09

Hujan

Pagi-pagi lagi hujan dah turun dengan lebatnya. Menandakan rahmat dari Yang Maha Esa. Segala kotoran atas muka bumi ni dibersihkan dengan sekali jalan.

Aku macam biasa la, nyenyak di kamar tidur. Perghhh, gila syahdu....

Cerita Sayu Di Malam Ramadhan


Malam ni muncul dengan cuaca yang agak baik. Aku sebagai seorang Muslim yang berkaliber memang sudah memasang niat untuk bertarawih di masjid. Tiba-tiba henponku berbunyi. Ada mesej masuk rupanya. Ada pelawaan untuk ke masjid. Lantas dengan sepantas kerengga, aku pun bersiap-siap. Berbaju Melayu kaler maroon dengan berseluar jeans saja, nak pakai samping memang la tak sesuai sungguh. Dalam fikiran dah terbayang keenakkan menghisap Surya selepas berbuka. Lepas je siap berdressing, aku pun capai la kunci motor kapcai aku. Sambil bersiul kecil aku pun pelan-pelan naik motor. Bila je aku nak setat enjin, rasa macam tak best. Aku belek punya belek, last-last aku dapat tau apa yang tak kena. Tayar motor aku kehilangan angin sebab mungkin dia asyik kentut sepanjang Maghrib tu. Aku dengan tensennya sambil merengus kecil tak tau la nak cakap apa dah. Alih-alih aku langsung tak ke masjid, hatta ke surau sekalipun. Bersolat Isyak di rumah saja. Terawih kalau nak best kena berjemaah kat masjid gak, baru tak sunyi. Tapi, yang paling meninggalkan kesan adalah,
AKU TAK DAPAT HISAP ROKOK LANGSUNG MASA TU!!!! ARGGHHHH!!!

notakaki : hmm, besok kena keluar duit mau
operate motor