24.4.11

Waspada Bila Aju Soalan Kat Gua

Selalu kawan kawan gua tanya kat gua soalan macam ni time lepak - "ko dah daftar mengundi ke belum?" Dan selalunya jawapan gua mestilah "belum lagi". Setiap kali gua jawab dengan "belum lagi" tu, tiap tu juga la gua kena tahan bebelan dari member gua. Dan bebelan yang selalu kedengaran tak lain tak bukan adalah bebelan yang pro-kuasa Melayu.

"Eh, ko taknak mengundi ke? Daftar la, ko nak tengok Cina pegang negara kita ke?"

"Apa la ko ni, nak sangat Malaysia jadik macam Singapura. Ko nak ke hidup susah macam Melayu kat sana?"

"Baik ko daftar Bob. Nanti nak pilihanraya ko undi Melayu, kita jangan bagi can orang Cina pegang negara kita ni."

Begitulah antara bebelan yang gua selalu terima. Dan gua hanya mengangguk, senyum, keluarkan rokok dari kotak, bakar lalu buat-buat tak tahu. Baik gua kosentret kat skrin yang tengah tayang WWE dari gua dengar lu melabon tak tentu hala merepek repek.

Gua ada darah Cina dari belah abah gua. Sekarang ada siapa siapa nak tuduh gua bukan Melayu?

20.4.11

Yang Ni Pun Nak Kacau?

Dulu masa sekolah rendah, gua memang jarang pekena nasi lemak. Sekali tengok je dah tau, mesti kalau hari hari pekena mahumuak. Gua lebih suka makan roti canai cicah kuah dal, lagi syok tabur sikit gula dalam kuah dal tu. Pernah buat? Kalau tak pernah sila cuba. Kalau betul nak cepat gua suruh brader roti canai tu bungkus dalam plastik, boleh makan sambil berjalan - jimat masa emas gua sebagai seorang pelajar.

Air pulak kalau bukan sirap memang tak sah. Kalau nak merasa milo memang habis la duit belanja, sebab milo bukan main mahal lagi harganya. Tak setanding dengan had perbelanjaan gua seharian langsung.

Lepas dah isi perut, mulalah kucar kacir cari kawan-kawan yang lain. Ada je aktiviti yang nak di buat. Macam macam yang gua main dulu. Konda kondi, teng-teng, main polis sentri, panjat bukit dan pelbagai lagi aktiviti yang menyihatkan tubuh badan. Kesudahannya, baju sekolah yang putih berubah kaler jadi cokelat. Siap dekat seluar ada tompok-tompok kesan tanah lagi tau, smart!

Kesimpulannya, apa jadah obesiti tu semua? Kalau lepas makan kau boleh main lari lari macam orang hilang akal, lemak dan kolestrol tu pun sama hilang juga. Kalau nak menghalang obesiti dari merebak, sila tutup restoran-restoran makanan segera yang bersepah-sepah dekat Malaysia ni. Setakat makan nasi lemak sama pekena jajan tu apa la sangat. Macam la dulu-dulu korang tak pernah layan tu semua wahai menteri-menteri sekalian?

Poyo.

19.4.11

Perjalanan Baru Hidup Gua

Dah lama gua tak merepek kat sini. Lagipun kalau hari hari gua merepek pun bukannya ada siapa siapa nak baca, gua cuma syok sendiri agaknya. Tapi memang gua malas nak tulis kat sini semenjak dua menjak ni.

Sekarang ni gua dah tak kerja. Bulan lepas bulan last gua kerja makan gaji kat company lama gua. Sekarang ni gua cuma tolong member gua hendel kantin dia kat TM Taman Tun Dr Ismail. Tiap hari gua keluar rumah jam 7.30 pagi - sesuatu yang tak pernah gua nak buat masa gua kerja dulu. Balik rumah dalam jam 5.30 petang, tu pun kalau takde orang lagi yang minum minum. Kalau ada, mulalah gua buat-buat sapu sampah, mop lantai, batuk berdehem-dehem dan sebagainya sebagai isyarat jelas dah tiba waktu balik.

Sampai rumah gua mandi mandi biar fresh badan ni, sebab tak boleh nak tahan dengan bau ketiak sendiri. Lepas mandi gua landing atas katil, komfem tertidur punya. Dengan tak makannya (harap berat badan susut dengan cara ni), gua bantai tidur ikut suka hati gua. Dan selalunya gua akan terjaga pada jam 10-11 malam.

Celik mata, basuh muka then kumur kumur sikit terus on pc. Online Facebook, Twitter, godek godek Youtube, buat kecah dekat blog orang, kemudian baru gua tidur. Sebab pukul 7 pagi gua nak kena bangun dah, aishhhh.