27.11.12

Lama

Lama juga aku tak menulis kat sini. Sebenarnya aku sendiri dah tak tahu nak menulis apa, maklumlah sekarang busy berkepit dengan makwe baru (baca : twitter) saje. Alang-alang tadi ter-log in, baik aku menulis sikit-sikit supaya takdelah nampak dipinggirkan sangat blog ni.

Okay, bye.

6.11.12

Dua

Awan mendung.
Tanda hujan nak turun.
Suasana sunyi sepi. 
Bunyi guruh menguasai.
Genggaman tangan semakin kuat.
Kau dan aku. 
Aku dan kau.
Tiada yang lain.
Seolah dunia milik kita.
Hanya kita berdua.

18.9.12

Nekad

Bilik itu sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi kipas di siling. Krist duduk di atas kerusi, menghadap ke arah tingkap. Pintu bilik dikunci dari dalam. Sebatang rokok dibakar dan asapnya dihembus dengan tenang. Matanya memandang kosong keluar tingkap. Hari ini dia nekad dengan keputusannya. Keputusan yang akan merubah hidupnya.

Setiap sedutan rokok dinikmati oleh Krist, seolah-olah itu adalah sedutan rokok yang terakhir baginya. Dalam masa yang sama, fikirannya melayang jauh teringatkan sesuatu. Sesuatu yang menghantui hidupnya selama 5 tahun. Dek kerana itu, hidupnya menjadi tidak tenang. Ada saja yang tak kena.

Keluhan dalam dilepaskan. Krist tahu, bukan mudah untuk memaafkan dosa silamnya itu. Walau menangis darah sekalipun, dosa yang dilakukannya itu belum tentu terhapus dengan mudah. Sebab itu dia nekad dengan keputusannya kali ini. Krist tak sanggup lagi hendak menanggung beban rasa bersalah selama 5 tahun. Kalau boleh diputarkan kembali masa, ingin sekali dia kembali ke masa itu. Tapi apakan daya, dia tiada kuasa untuk melakukannya.

Krist bangun dari kerusi dan dengan langkah yang longlai dia menuju ke sebuah almari. Ditarik keluar laci dan Krist mengambil sesuatu di dalam laci itu. Setelah mengambil benda di dalam laci itu tadi, dia duduk semula di atas kerusi. Nafasnya di tarik panjang, dalam masa yang sama air mata Krist menitis di pipi. Krist sudah sedia. Krist sudah nekad. Inilah masa yang sesuai untuk melakukannya.

Bammmm!!!!!

Sebutir peluru dari pistol Glock menembusi kepala Krist. Cebisan otaknya melekat di dinding. Bau hanyir darah memenuhi ruang bilik itu. Dengan mengambil tindakan itu, maka tiada lagi beban yang perlu ditanggung oleh Krist.

Dan hanya Dia yang tahu apakah dosa yang telah dilakukan oleh Krist dahulu.