13.2.13

Good Old Days


Ok, aku pun tak faham apa sebenarnya yang cuba aku lakukan. Cuma aku nak cakap yang dalam gambar ni ada seorang makwe sekolah. Rokok tu tak silap aku rokok Luffman kotak silver. Kamera member aku dan lokasi pula di Bau Bau Cafe, CM Annexe.

Aduh, rindu zaman lepak situ la sial. 

5.2.13

Selamat Jalan, Aiman.

Mohd Atiff Aiman
Civil Disorder, Dum Dum Tak, The F.R.U, Spunky Funggy, Swampy Zombie Fever etc

Aku kenal dia melalui seorang rakan iaitu Adli, yang bermain satu band dengan dia. Sekitar tahun 2006, Central Market Annexe menjadi tempat pertama kali aku berjumpa dengan dia, memandangkan dia bekerja di The Ricecooker Shop. Dari seorang yang asing, dia menjadi salah seorang rakan aku walaupun tak rapat sangat. Dalam seminggu, boleh kata 3-4 kali aku dan Adli akan turun CM untuk lepak chill pekena nasi lemak dan teh ais Bau Bau Cafe .

Bau Bau Cafe dan The Ricecooker Shop menjadi tempat wajib bagi aku dan Adli untuk melepak, bersama beberapa orang rakan antaranya Abh serta Bainun termasuklah dia. Aku masih ingat, setiap kali kami masuk ke kedai, dia akan khusyuk menghadap pc bermain Myspace ataupun melayan Youtube dan kami akan buat The Ricecooker Shop tu seperti rumah kami sendiri. Haha.

Tapi sejak Bau Bau Cafe tutup, dan The Ricecooker Shop berpindah tempat, aku dah tak berjumpa dengan dia. Seingat aku, hanya 2 kali aku berjumpa dengan dia. Itupun dalam tahun lepas, secara tak sengaja. Dan berita dia sakit pun aku dapat tahu dari Bainun tengahari semalam.

Bainun ada ajak aku untuk jenguk dia pada petang semalam, tapi aku sendiri terlupa dan terus pulang ke rumah. Sesampainya aku di rumah, Bainun mention di Twitter dan bagitahu yang dia sekarang ada dekat hospital menemani Aiman. Aku cuma cakap dekat Bainun kalau ada apa-apa update je terus dekat aku. Tak sampai setengah jam lepas aku cakap dengan Bainun yang aku nak pergi makan, Bainun bagitahu yang Aiman sudah tiada.

Ya, Aiman sudah pergi menghadap Tuhan Yang Satu.

Dia seorang punk rocker.

Dia seorang yang rebel.

Dia seorang yang bersemangat dalam melakukan apa saja.

Dia seorang yang tetap dengan pendirian dia.

Hanya ada seorang Mohd Atiff Aiman yang aku kenal.

Tenanglah engkau di sana Aiman. Segala kenangan serta semangat punk rock dalam diri kau akan tetap kami (rakan-rakanmu) bawa ke akhir hayat kami.