27.10.10

Ane, Sebut Betul-Betul Tak Boleh Ke????

Semalam petang gua sama rakan opis gua, Fairuz lepak-lepak curi tulang sambil hisap rokok dekat tempat parking motor. Kebetulan masa tu orang tempat jaga parking pun ada. Kitorang bahasakan diri dia sebagai Ane je la, sebab tak tau nama betul dia dan juga memang tak nak tau langsung.

Banyak yang disembangkan oleh Fairuz dan Ane tu. Gua lebih kepada pendengar dan pemerhati je. Dari hal kerja jaga parking, main duit, rumah kondo, double storey, hal-hal kerja DBKL sampai la kepada hal-hal kerja angkut motor tinggal dan curik motor.

Ane tu pun cerita kat rumah dia pernah ada kejadian percubaan untuk curi motor penghuni kat situ jugak la. Cerita punya cerita, dalam intonasi dan riak wajah yang berbeza gua perhatikan Ane tu bercerita. Sampai la satu part si Fairuz tanya soalan kat Ane tu;

"Itu budak mau curik apa motor Ane?"

"Itu motor baru juga. Itu motor...motor YAMAGHA MAGENTA la. Itu motor baru juga la," jawab Ane tanpa ragu-ragu.

"Apa?? Magenta? Apa motor tu Ane????" tanya Fairuz dalam tahan gelak. Gua masa tu dah paling muka ke tempat lain.

"Ala, itu motor baru juga. YAMAGHA...YAMAGHA MAGENTA la tambi," balas Ane dengan selamba.

Gua dengan Fairuz tak pasal-pasal kena tahan gelak sampai la naik opis. Karang kalau terlepas gelak mahu dilibasnya kitorang dengan segala jenis barang yang boleh dicapai.

notakaki : apa kejadahnya YAMAHA LAGENDA boleh jadi YAMAGHA MAGENTA???

23.10.10

Ingat Duit Senang Nak Cari Ke?

Gua dalam masa-masa sekarang memang melalui zaman kebizian yang melampau. Dengan kerenah komputer lagi, cukup untuk membuatkan kepala otak gua serabut. Hal kerja jangan cakap la, lagi la buat gua serabut tak tentu pasal.

Itu belum cerita pasal cita-cita gua nak angkat motor baru lagi. Celah mana agaknya gua nak dapatkan RM5000 buat down payment motor pun gua tak tau.

Tapi hal yang ni lagi serabut. Setakat nak ejas mintak nombor telefon Tiz Zaqyah pun gua boleh hendel, tapi yang ni gua tak tau apa puaka yang datang.

Memang betul-betul buat gua serabut, sampai gua rasa macam nak makan roti canai cicah sup ayam campur tempoyak je gayanya.

...
...
...

Apa kejadah gua kena setelkan bayaran tertunggak PTPTN untuk tahun ni sebanyak RM826.22 dalam masa 10 hari?!

Habis macam mana dengan cita-cita gua oi!!

4.10.10

Hala Tuju Dan Masa Depan Yang Cerah Untuk Liverpool : Bahagian 2

Dalam tulisan semalam gua ada sentuh hal-hal yang bagi gua akan mampu untuk menyelamatkan Liverpool dari terus diperkotak-katikkan oleh pasukan bawahan.

Tapi itu dari segi pemilihan pemain. Kali ni, gua nak sentuh akan kebarangkalian penukaran pengurus serta pimpinan tertinggi Liverpool itu sendiri.

Pertama, apa kata Roy Hodgson ditukarkan dengan segera. Malaysia mempunyai beberapa orang jurulatih yang pada hemat gua mampu untuk mengembalikan zaman kegemilangan The Reds.

Dollah Salleh, Mat Zan Mat Aris, Yunus Ali, K Rajagopal, B Sathianathan dan beberapa nama lagi yang tak mampu untuk disebutkan. Oh ya, jangan lupa pakar bola sepak tempatan, Encik Shebby yang ternyata berjaya dengan MyTeamnya. Kalau The Reds dapat mengikat kontrak dengan salah satu nama diatas, terutamanya Encik Shebby, maka The Reds akan berjaya untuk menjuarai musim ini.

Kedua, bawak masuk juga individu-individu penting di dalam FAM. Nescaya, pengurusan Liverpool akan berjalan dengan lancar kerana ditadbir dan diurus oleh mereka yang pakar dan berpengetahuan luas dalam dunia bola sepak.

Gua tak tau la kalau cadangan gua boleh digunapakai, sebab ini saja penyelesaian terbaik yang dapat gua fikirkan.

Anda pula bagaimana?

Hala Tuju Dan Masa Depan Yang Cerah Untuk Liverpool

Gua tengok sekarang kejadian Liverpool tak reti nak menang makin menjadi-jadi.

Tadi Liverpool buat hal lagi. Kali ni kalah dengan Blackpool pulak. Gua dah tak tau nak kecam macam mana lagi dah.

Gua rasa Roy Hodgson dah boleh buat sesi pemilihan macam yang MyTeam buat. Masuk area kampung untuk cari budak kampung yang betul boleh dan mahu main bola.

Tak pun, cari player dari Afrika sana sebab gua tengok budak-budak Afrika main bola boleh tahan jugak.

Kalau la sebab tak cukup duit untuk buat semua tu jangan risau, ada cara lain yang lebih jimat. Cuba bawak masuk player dari Malaysia macam Safee Sali, Syed Adney, Shukor Adam, Khairul Anuar Baharom dan banyak lagi.

Nama-nama tadi cukup hebat dan mampu untuk meninggalkan kesan dan impak serta memberi hala tuju dan nafas baru kepada Liverpool. Murah pun murah, tapi stended main dah internasional.

Amacam, boleh pakai tak idea gua?