31.12.09

2010

Aku tengok ramai orang kucar-kacir dok sibuk cerita pasal tahun baru. Nak selebret kat mana la, dengan sape la, best ke tak, dan macam-macam lagi.

Nasib baik la aku bukan jenis orang-orang macam tu. Malam tahun baru pun macam malam-malam hari biasa. Setiap malam kalau nak melepak sambil main spray buih bodoh tu pun boleh aje, bukan nak kena tunggu malam 31 Disember tiap-tiap tahun.

Malam ni pun agenda aku mesti macam malam-malam sebelum ni. Melepak kat mamak sampai 2-3 pagi, kang kalau bosan tetiba dah sampai kat tempat karoke. Lepas tu pusing-pusing Angsana usya bapuk, suluh-suluh lampu kalau nampak orang beromen dengan bapuk, sembang-sembang dengan bapuk sampai kekadang aku rasa nak turun dari kereta pastu tumbuk perut bapuk tu pastu blah dan pelbagai aktiviti yang menarik.

Tapi yang paling cool la kan, kalau masuk 2010 ni bermakna dah setahun aku tak keje secara tetap. Ada jugak la kadang-kadang dapat job untuk 2-3 hari je. Gila babi cool hidup aku, hidup tanpa caruman KWSP dan tanpa gaji bulanan. Boleh pulak aku survive sampai setahun ye.

notakaki : malam 31 disember 2007 adalah malam yang paling best sebab dapat bergembira dekat c.m annexe tengok persembahan kugiran secara free.

29.12.09

Kesilapan Membawa Padah

Tengah hari tadi, masa aku tengah sedap-sedap ngadap pc sambil makan nasik tetiba henset aku berbunyi tanda mesej masuk:

"Hye sweetie, ape bikin?" - A.M (short form, takleh bagitau sape sebenarnya)

Terus tersembur nasik dalam mulut aku. Apa celaka punya peel nak mesej aku dengan ayat serupa macam bapuk tua ni?

Aku pun balas la balik:

"Hahaha, ape lancau bos?"

Tunggu seminit dua, kunyah-kunyah nasik dalam mulut, pastu masuk lagi mesej:

"Salah anta la bos, hahaha.." - A.M

Aku pun sengih dalam memberontak. Lain kali kalau nak anta mesej kat gadis tu tengok-tengok la nama tu dulu. Ni tak, lu main beduk je tekan 'Send', kan dah sampai kat aku. Nasib baik mesej bodoh camtu je, kalau mesej BLUE camne? Kau jugak yang malu nanti.

Kehkehkehkehkeh...

28.12.09

Ampangan 7's Side, 2005





Dulu masa sekolah tahun 2005 aku memang seorang pemain ragbi. Jangan tak percaya, masa tu aku boleh lagi berlari-lari dalam padang tanpa sebarang masalah pun.

Tapi sejak-sejak akhir ni, nak lari tepi padang pun aku dah tak larat lagi. Aku syak masa depan aku dalam sukan ragbi ni tak secerah masa depan aku dalam permainan konda kondi dan juga Left 4 Dead 2.

notakaki : dalam bulatan merah itu adalah aku. lihat, betapa kurusnya aku persis model spender renoma.

26.12.09

Kensel!

Sekali konsert Radio Rosak tak jadik la ini hari. Ini semua pasal clash dengan RTW 9 la ni. Dalam kepala hotak aku dah memang terpikir taknak pegi RTW, macam boring je. Lagi-lagi kat Radio Rosak ada Search sama Wings, boleh la layan Pawana dengan Opera Hidup secara menggila. Ditambah pulak dengan FTG dengan Deja Voodoo Spells, lagi seronok nak head banging. Tetiba Radio Rosak kensel pasal nak bagi laluan kat RTW berjalan dengan gilang gemilang walaupun dalam hujan lebat (jangkaan aku la..).

Dengan kenselnya Radio Rosak, tak semena-mena aku berada di Stadium Shah Alam tengok orang drift. Entah apa sakit kepala hotak aku ni pun aku tak tau. Bukannya aku minat sangat dengan sukan permotoran ni, lagi-lagi drift, tak kena dengan jiwa aku langsung.

Tapi, yang paling best la kan, aku lebih banyak menguap dari tengok orang sibuk-sibuk buat drift. Sangat dahsyat.

notakaki : sumpah, lepas ni takdenye aku nak ikut ko lagi mat!

25.12.09

Ketagihan

Ape celaka la tetiba rasa tak sedap hati ni? Tengah syok tekan-tekan keyboard, boleh pulak datang feel yang macam ni. Dah la aku kat rumah sorang-sorang, orang tua aku balik kampung sampai hari Rabu. Memang timing tak tepat langsung la perasaan aku ni.

Ke aku je yang saja-saja nak rasa macam ni?

Takkan la pulak kot. Apa gampang aku boleh saja-saja nak rasa tak sedap hati. Aku bukannya mutan pun.

Adoiii, makin tak kena pulak dah. Tak boleh jadik ni, kena ambik tindakan yang betul ni.

....
....

Laa, sekarang aku dah tau apa yang buat aku jadik camni. Patut la rasa tak sedap hati, tengah menyangap nak pekena Surya sebatang dua rupanya.

Kasi merembat ke kedai Din kejap, beli Surya buat bekalan malam ni.


Menggelabah Tak Tentu Hala

Pernah tak, bila ada orang jual barang datang rumah korang menggelabah gila babi? Lagi-lagi masa tu umur takde la nak sampai belas-belas lagi. Lagi masa tu mak bapak korang keluar jalan-jalan tinggalkan korang kat rumah?

Benda ni pernah jadik kat aku. Masa tu lingkungan umur dalam 9-10 tahun la. Makan askrem pun bersepah lagi kat baju time tu, siap pow mak duit lagi kalau nak beli askrem. Memang takde unsur-unsur dewasa langsung la.

Ok, berbalik pada cerita tadi. Masa tu pulak, aku dengan adik aku tengah syok main boling paking kereta. Susun botol cantik-cantik, pastu baling bola getah macam main boling tu. Cuma yang lainnya, takyah sewa kasut boling sama tempat dia memang bukan kat Ampang Superbowl, hanya tempat paking kereta abah aku.

Tengah syok hayun bola, tetiba dari rumah jiran aku nampak ada orang jual barang. Aku pun punya la cuak masa tu, dah la berdua je dengan adik aku. Masa kecik-kecik kan selalu dimomokkan bahawa jangan percaya dengan orang yang jual barang ni. Entah-entah dorang tu penyamun ke, penculik ke, kan dah bahaya tu.

Jadi, dengan sepenuh gelabahnya aku pun bantai la tutup pintu, kunci pagar rumah siap dengan mangga. Konon-konon nak keluar rumah la konon, baru nampak macam takde orang. Pastu orang tadi pun tengok aku macam nak main kejar-kejar kat luar, jadi dia pun tak singgah la rumah aku. Aku pun tarik napas lega, konon dah selamat dari bala bencana.

Tapi rupa-rupanya bala bencana yang akan datang hasil dari tindakan membuta tuli aku tu. Masa aku nak bukak pagar tu, baru aku teringat yang kunci rumah ada kat dalam rupanya. Kalau macam tu, macam mana aku nak masuk rumah? Tambah lagi, aku baru teringat yang abah aku ada pesan nanti nenek sama pakcik aku nak datang rumah. Habis, kalau pintu dah terkunci macam mana diorang nak masuk lepak-lepak dalam rumah kan? Makin la menggelabah aku jadinya, macam nak tunggu turn bersunat la pulak.

Aku pun konon-konon nak tiru macam MacGyver, amik la hanger besi kasi lurus depan, pastu bengkokkan sikit. Ingat dapat bukak la jugak mangga tu, tapi haram jadah tak jadi apa. Jadi makin panik ada la. Adik aku langsung tak dapat nak join jadi MacGyver, sebab umur dia baru 5-6 tahun camtu.

Tengah aku panik nak bukak mangga, dah pulak sampai pakcik dengan nenek aku. Makin la aku menggelabah masa tu, tambah lagi masa tu menurut ilmu astrologi aku dah nak masuk waktu Maghrib. Rasa macam nak menangis pun ada. Pakcik aku pun turun la dari kereta, pastu dia tanya kenapa tak masuk rumah lagi. Aku pun takleh nak cakap ape la, hanya jawab yang pintu rumah terkunci. Lagi parah kunci tinggal dalam rumah. Jadi nak taknak terpaksa la nenek dengan pakcik sama makcik aku duduk kat luar rumah sementara tunggu abah aku balik.

Pastu dari jauh aku dah nampak kereta Iswara kaler putih abah aku punya. Secara otomatik aku jadi takut melampau-lampau. Rasa macam nak lari rumah pun ada. Tapi memandangkan semangat Suria Baja Hitam masih menebal dalam diri, aku gagahkan jua menghadapi abah aku tu.

Masa abah aku turun dari kereta pun dia dah usya pelik. Dia pun tanya la kenapa tak masuk rumah, walaupun azan Maghrib sudah pun lama berkumandang. Aku tak berani jawab, jadi pakcik aku la yang tolong jawabkan. Masa tu aku tengok muka abah aku dah semacam, usya nak panas je. Aku tak buat apa dah, tunduk pandang ke bawah lantai je la. Gila kau nak balas renungan panas abah aku tu, carik nahas namanya tu.

Dah tu, abah aku pun bukak la pagar dan pintu yang terkunci tu sebab dia ada kunci lagi satu. Aku pun stret masuk rumah, lari masuk bilik terus. Tak berani nak lepak kat ruang tamu beramah mesra dengan nenek aku. Tetiba je, abah aku bukak pintu. Dia punya la marah aku pasal jadi cuai macam tu sekali. Nak lagi best, tangan dia masa tu tengah pegang besi spring buaian budak-budak tu. So, korang boleh paham la apa yang jadi seterusnya.

....
....

Maka, petang tu berakhir dengan adegan aku menangis tersedu-sedan dalam bilik air sambil dicurahi limpahan air dari shower. Petang yang sangat tragik bagi aku seumur hidup. Syahdu...

22.12.09

Rare!

Stadium Kuala Selangor, 2005

Dari kiri Daus , Chot Si Gagah, Aku, Pucong dan Bob Mat. Masa ni kitorang pergi tengok orang bersukan untuk Daerah Kuala Selangor kat Stadium Kuala Selangor. Pergi semata-mata taknak masuk kelas punya pasal, sambil-sambil tu sokong wakil sekolah yang join bersukan. Mentang-mentang pegang jawatan Quarter Master kat sekolah, tu yang senang nak ikut tu. Kalau masuk kelas pun tak guna jugak, asyik tido je. Baik aku join aktiviti kemasyarakatan dengan kawan-kawan sekolah yang punya peel sama macam aku.

Mana Satu?



atau..






notakaki : aku rasa radio rosak lagi layan, budak-budak sekolah kompem tak ramai...

19 Disember 2009


Ape kes muka masing-masing macam nak terberak taik masin je? Tu la, mandi serupa tak ingat dunia punya. Hujan-hujan pun main hayun je mandi, tapi feel dia lagi best la bagi aku.

Rancangan sebenar pergi makan-makan kat kenduri kahwin lecturer budak 3 ekor tu kt PD. Aku main ikut je, jenis tak heran kalau pergi majlis yang takde kaitan langsung dengan aku. Peduli apa aku, dah orang buat majlis kan, takkan nak dihalaunya kita pulak. Ape pulak kata tetamu yang lain.

Lepas makan-makan, hisap rokok, amik gambar, sembang-sembang, ke hulu ke hilir sampai hujung seluar basah lencun, kitorang pun blah la. Nak mandi laut punya pasal, hujan tak hujan, redah je. Rugi betul kalau tak mandi laut bila dah bawak baju seluar bagai. Tapi yang tak syok, masa tu air boleh surut pulak. Haishhh...

19.12.09

Hijrah

A : Dengar cite Angah nak ke Sabah, betul ke? Ape kes dia nak duduk jauh-jauh? Dapat jadik CEO ke kat sana? SPM pun baru habis.

AA : A'ah, bulan 1 ni dia gerak la.

A : Habis, abah ngan mama bagi ke? Dorang tak cakap pape ke?

AA : Dorang bagi je. Siap nak belikan barang-barang nak bawak ke sana lagi kalau jadik ke Sabah.

A : Wah, tak boleh jadik ni. Abang pun nak mintak pindah duduk Australia la camni.

AA : Laa, tak bole la camtu. Angah pegi Sabah pasal dia masuk PLKN. Bukan terus tinggal kat situ.

Terus aku tumbuk dinding rumah. Habis retak seribu jadinya, bersepah-sepah serpihan dinding atas lantai. Berani betul adik aku bermain-main dengan aku. Cisss.

* A = Aku
AA = Adik aku

15.12.09

Kalah & Menang

Semalam jelas terasa kecewa bila tengok Liverpool kalah dengan Arsenal, 2-1. Rasa macam nak tepuk je dahi si Glen Johnson lepas dia masukkan bola ke gawang sendiri, tapi nasib baik aku kat Cheras bukan kat sebelah Rafa Benitez. Kalau tak, memang merah la dahi si Johnson tu.

Tapi ini malam hati banyak senang bila tengok Malaysia menang 3-1 dengan Laos. Tu nasib baik menang, kalau kalah memang aku hempas tibi atas lantai. Tapi aku tengok bebudak Malaysia main macam lembab la, ada teragak-agak sikit bila dah pegang bola. Entah apa kenan agaknya aku pun tak tau. Cuma aku harap untuk final nanti main kasi laju sikit la brader, baru feel macam tengok EPL punya game.

12.12.09

Cuba Ambik Serius Hal Ini

Selama ni aku tulis banyak benda yang mengarut dalam blog aku ni. Entri-entri semua jenis tau nak main-main je, takde langsung keseriusan dalam blog ni. Tapi kali ni, aku akan tulis satu posting yang agak serius, rebel, matang, sofistikated, maskulin, dan macam-macam lagi la.

Serius sekali, dalam kepala otak aku sekarang, aku tengah pikir satu benda......

AKU NAK PINDAH DUDUK AUSTRALIA, BOLEH BELA KANGGARU BANYAK-BANYAK.

Amacam, stail tak?

10.12.09

Letih

Cheras - Batu 9 Langat - Kajang - Cheras - Kuala Selangor - Sabak Bernam - Cheras

Memang terasa jelas keletihannya. Aku hampir-hampir kehilangan kaki kanan gara-gara kerap menekan pedal minyak dan brek. Mujur kereta tersebut bertransmisi automatik. Kalau tak, kaki kiri aku juga akan mengalami nasib yang serupa. Fuhhhh...

7.12.09

Siri Mari Bercakap Dengan Motor

Di satu pagi yang hening, tiba-tiba...

Aku : Celake, tak habis-habis nak pancit je tayar kau ni. Apa kau ingat aku ada banyak duit sangat ke haa?


Si Motor : ......................

5.12.09

Huargghhhhhhh...

Hari ni hari apa?

Ape pasal bosan sangat ni.

Duit dah terlampau banyak sangat, tapi tak tau nak buat apa.

Ada mana-mana awek nak temankan aku habiskan duit?

3.12.09

Mutiara Kata

"akal fikiran ataupun otak letaknya di kepala, iaitu di tempat yang lebih tinggi daripada mana-mana bahagian tubuh badan manusia. sedikit sebanyak menunjukkan betapa mulianya kedudukan otak dan akal yang digunakan untuk berfikir. tetapi, hampir sebahagian dari manusia di dunia ini tidak menggunakan otak untuk berfikir, tetapi menggunakan buku lali yang letaknya jauh di bawah kaki sana...."

* petikan kata-kata hikmat oleh seorang pemikir agung, Tan Sri Dr. Muhammad Zulhelmi bin Abdul Malek yang ditemui tercatit di dalam buku nota milik beliau, semasa beliau melanjutkan pelajaran di sebuah institusi pendidikan tinggi.

30.11.09

Apa Kes?

Aku baru balik dari karoke bersama geng-geng yang lain. Dah puas hepi-hepi, dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing tetiba ada road block.

Nasib baik kitorang tak bawak molotov cocktail, pistol, senapang patah, tukul besar, vakum, chain saw, mesin tebu, pisau toreh getah, dildo dan macam-macam lagi bahan terlarang.

Cuma salah sorang daripada geng karoke membawa bersama puluhan koleksi video lucah 3GP dalam henpon beliau. Nasib baik la polis tak cek henpon. Kalau tak naya je kau.

notakaki - peringatan! lain kali bayar duit parking, jangan ikut jalan belakang. bukannya mahal, rm3 je pun.

28.11.09

Selepas Raya

Aku baru balik dari Pahang petang tadi. Beraya kat kampung dengan sanak saudara. Rumah atuk aku bukan main sesak lagi. Aku ingat nak simpan duit beli banglo, takde la sesak sangat raya lain kali. Tapi dalam sesak pun, tempat tido aku still the best. Gila kau, bilik tu aku sorang je yang tido. Tak ke berlagak namanya tu. Haha.

Nasib baik petang tadi jalan tak jem. Bukan macam hari Khamis itu hari. Kaki aku dah naik krem dah main pedal minyak dengan klac. Ada la serba sedikit sumpah seranah dalam hati ni, tapi aku je yang malas nak zahirkan ke dalam bentuk kata-kata yang jelas. Bosan dengan jem, lepas Bentong je aku ikut Lembah Klau. Jalan tak macam nak pergi reli la pulak kan. Macam dah nak melayang kereta Iswara merah old skul aku tu. Jiwa kelajuan la katakan, hehe. Nasib baik tak langgar lembu yang bersepah-sepah kat tepi jalan tu. Entah sape-sape punya lembu la gamaknya. Tak sayang kat binatang peliharaan langsung.

Ni sekarang aku tengah bosan gila. Tak tau nak buat apa. Takkan nak korek duit tabung, pegi layan bapuk kot. Kang orang cakap aku takde taste pulak, layan bapuk. Hari-hari hadap Maispes pun bosan jugak. Entah ape benda entah yang ade kat Maispes tu.

Sekarang aku ingat nak pegi jenguk anak-anak yatim. Buat free show sepam dua, dapat jugak pahala free. Orang cakap suara aku sedap. Kadang-kadang macam M.Nasir, kang tetiba pulak macam Jamal Abdillah. Naik heran pulak aku dibuatnya.

26.11.09

Salam Aidil Adha


Besok nak raya dah. Sepanjang aku hidup ni, aku perhatikan yangg feel nak sambut raya korban ni tak seberapa gempak macam raya puasa. Kalau raya puasa orang ramai sanggup bersesak kat Jalan TAR, cari macam-macam barang. Pulak tu, budak-budak pulak siap seting dengan kawan-kawan nak keluar shoping baju raya kat Sungei Wang la, Times Square la, macam-macam lagi la. Tapi untuk raya korban aku tengok takde pulak semangat keshopingan yang maha hebat, agaknya diorang malas kot.

Hari ni aku nak gerak balik kampung. Besok pagi lepas sembahyang raya kalau aku rajin boleh la aku join orang sembelih lembu, tapi biasanya aku lebih pada bergelumang dengan toto dan selimut je. Aku tak berapa nak beria la kalau bab-bab nak tengok lembu kena sembelih ni.

Jadi, dikesempatan ini aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha, bawak kereta balik kampung jangan bawak laju-laju. Kalau nak bawak kereta laju-laju, apply kerja kat team F1 Ferrari. Lagi satu, kalau makan daging masak rendang besok jangan sampai tersedak. Kalau tersedak ke, tercekik ke, bawak-bawak la minum air sirap. Tu jenis makan tak baca Bismillah la tu, gelojoh semacam.

22.11.09

Budak Lelaki Astro


Kalau ada sesiapa terasa bosan duduk rumah, bila pasang tv tak habis-habis cerita Indon, tak salah kalau keluarkan sikit duit tengok Astro Boy. Agak menarik jugak la.

17.11.09

Selkom Brodben

Entah apa-apa entah Selkom Brodben aku sekarang ni. Kadang-kadang lembab nak mampus, kadang-kadang tu langsung tak dapat nak connect ke dunia maya. Beria la aku tekan butang 'Connect', tapi langsung tak dapat nak connect. Apa kes ni Selkom? Kalau tak bayar bil kang mampus dipotongnya terus, tapi bila dah bayar macam gampang la pulak kan. Nasib baik bukan aku bayar, abah aku yang bayar. Makan duit rakyat jelata tau je ye, tapi servis terbaik kadang-kadang tak dapat. Ni macam mana ni? Pada siapa nak aku adukan nasib? Pada badan-badan berkanun, atau badan beruniform?

Punya la lama aku nak update blog ni, semua pasal Selkom Brodben la ni. Dah susah aku nak coretkan kata-kata nista kat sini, nak online Maispes carik awek pun susah jugak. Tapi memang susah pun, awek kat Maispes sombong-sombong belaka. Nak kena dress up indie pastu dengar lagu Bunkface baru dorang tak sombong. Macam sial je peel. Aku pun manusia jugak, tak mati pun kalau tak dengar lagu Bunkface tu. Baik aku layan Raihan, dia punya feel gua cakap sama lu, memang bawak ke tido.

Nasib baik ini malam aku punya luck memang baik. Tu pasal la aku dapat mencarut kat sini, kalau tak dah penuh air liur basi kat bantal aku tu time-time camni. So sekarang aku nak menjelajah Gugel, nak mencari sesuatu yang tak pasti apa benda tu. Kang nanti kalau aku dah pasti aku bagitau la.

9.11.09

Tidur

Sejak dua menjak ni aku peratikan yang waktu tido aku dah tak tentu hala, kucar-kacir je. Ada kejap-kejap pukul 8.30 malam dah padam, kang besok-besok pulak pukul 4 pagi. Entah apa kes aku pun tak tau. Nak kata kurang kalsium, tak mungkin la kot. Apa pulak kaitannya kalsium dengan waktu tidur yang tak konsisten? Kalau nak cakap aku sibuk buat esaimen, mana mungkin. Aku dah lama tak perlu hadir ke kolej setiap pagi jam 8.30, memang aku dah takkan dapat esaimen punya sekarang ni. Dan satu lagi, walaupun dulu aku ada berlambak-lambak esaimen tapi tak pernah la pulak aku tido lambat pasal nak setelkan esaimen. Buang tebiat ke ape?

Sebab letih, mungkin la kot. Tapi kalau dah tido pukul 4 pagi apa kejadah letihnya tu. Tak nampak langsung ketepatan penggunaan perkataan 'letih' di situ. Kalau kata kerana melepak, boleh jugak aku percaya. Yela, kekadang syok melepak bawak ke pagi. Selagi tok imam tak singgah kedai mamak beli roti canai, selagi tu taknak balik. Itu la agaknya penyebab timing tido jadik lambat.

Kadang-kadang memang aku malas nak lepak malam-malam ni, tapi nak buat macam mana, dah member beria-ia ajak. Lepak je la sekali. Sambil-sambil tu bole minum-minum, usya awek, suit-suit awek, hisap rokok, bagi kucing makan keropok Toki, carut-carut dengan Prabu (pekerja mamak), dan seribu satu macam aktiviti yang membahagiakan hati nurani ini.

Tapi bila dah tido lambat, bangun pun jadik lambat. Ni yang aku kurang gemar ni. Nanti mula la kucar-kacir nak bangun, nak mandi, nak gosok gigi, nak trim misai dan macam-macam lagi. Pernah jugak aku tido awal, tapi lambat jugak bangun. Entah apa yang susah sangat nak bangun awal pun aku tak tau. Tapi kalau aritu ada plan nak pegi dating, cepat pulak bangun. Siap pagi-pagi bancuh milo panas dengan goreng lempeng lagi. Memang set brekfes yang sangat lengkap untuk pagi tu. Aishh, pening-pening....

Sekarang ni pun, sewaktu catatan ni dibuat, mana aku tido lagi. Kalau dah tido macam mana pulak aku dengan terernya menaip beratus-ratus patah perkataan tanpa slek sedikit pun, betul tak? Ishh, naik bingung aku dibuatnya. Yang buat aku lagi bingung kan, entah pape la yang aku mengarut tulis pagi-pagi buta ni. Lagi bertambah aku bingung, kenapa la kau sanggup habiskan masa baca entri aku kali ni. Baik kau gunakan masa tu dengan memakan nasik ke, memberus gigi ke, pegi pomen moto ke, membajak sawah ke, ada jugak faedahnya. Dah-dah, tutup pc tu, pergi masak nasik, kang kalau lapar salahkan aku pulak.

6.11.09

Under Maintenance

Pc aku sekarang under maintenance. Itu pasal la dah lama tak berupdate. Cilake punya pc, tak abis-abis nak jahanam. Kang kalau aku campak ke laut buat tukun susah pulak nak melayari internet, usya blue, download blue, cari awek, download software haram dan bla bla bla.

Kepala pundek la cc ni, bapak kuat ekon die. Gua dah naik beku dah ni. Damn.

notakaki - ape kes member aku tukar kaler blog die jadik kaler pink??????

24.10.09

Untuk Di Jual

Ada sape-sape berminat nak beli Modenas Kristar, 110?

Kaler set hijau putih, bukan macam bendera Pas sebab ada kaler hitam jugak. Semat la jugak kaler tu.

Pernah merembat ke Subang dengan jayanya dan menduduki tempat ke 3 dari 1054 bijik motor lagi.

Pernah juga secara kereknya berlumba dengan sebijik Proton Wira standed semasa dalam perjalanan pulang dari Sungai Congkak.

Belum pernah terbabas secara besar-besaran kecuali jatuh tergelincir di depan rumah seorang rakan. Cilaka.

Mempunyai rekod masa yang agak lama untuk enjin dihidupkan, iaitu selama lebih kurang 40 minit yang berjaya dicatatkan petang semalam.

Harga tak mahal sangat, RM 5000 dah ok dah. Takde nak deal-deal lagi dah.

Haha, ade beran nak angkat?

Jahanam!


Ini filem baru Quentin Tarantino.

Ini bukan filem remake The Inglourious Bastards tahun 1978, itu filem lama. Itu betul-betul punya cerita perang.

Yang ni boleh gelak-gelak lagi dalam panggung, cuma kadang-kadang terasa nak marah bila ada orang macam tak kisah nak jawab talipon dalam panggung. Siap cakap kuat-kuat macam kat dalam jamban rumah dia pulak.

Lagi satu, kalau rasa diri tu pengagum Nazi dan juga pembenci kaum Yahudi pikir-pikirlah balik nak tengok ke taknak.

Filem ni memang memperkotak-katikkan Nazi dan mengangkat Yahudi sebagai pemenang, itu yang aku rasa la.

Selain daripada 2 butir popcorn yang melekat kat sweater Led Zeppelin aku, pastu rilek je tak perasan sampai la ke car park, aku rasa filem ni best jugak la untuk ditonton. Cibai punya popcorn.

14.10.09

Apehal Blog Ni Dah Lama Tak Berupdate?

Aku pun tak tau kenapa.

Pagi-pagi aku dah keluar rumah.

Balik rumah pun dah petang.

Nak online malas dah, kena rehat-rehat jap.

Malam lepak mamak sampai 2-3 pagi.

Balik rumah terus tido.

Mana ada masa nak online beb. Nak update blog lagi.

Ni pun nasib baik ada kat rumah, kang jap lagi nak merembat ke Shah Alam.

Ntah ape gila panggil interbiu jauh-jauh.

Dekat-dekat area Cheras tak boleh ke?

Dah la, aku nak pegi mandi pulak. Bau pun dah serupa macam kambing gurun dah, pergghhhh. Aku sendiri tak tahan ni.

11.10.09

Papadom


Mesti tonton filem ini.

Two thumbs up for Afdlin Shauki.

6.10.09

Putih = Suci

Blog ini bertukar kaler.

Melambangkan betapa sucinya hati aku.

Hahahahahaha.

30.9.09

Riang Ria Aidilfitri











notakaki - gua takde dslr yang macam budak-budak pakai tu, so kualiti gambar jangan nak dipertikaikan

27.9.09

Sembang-sembang Aidilfitri

Amir : Korang buat apa ek sekarang? Kerja ke?

Adli : Aku kerja la sekarang, kerja aku special sikit. Aku kerja kira pokok. Letih wooo...

Amir : (Tahan ketawa....) Kau pulak Napi?

Napi : Uishhh, aku lagi susah, kerja aku ukur jalan. Hari-hari aku ukur jalan...hehe.

Amir : (Langsung tak dapat nak tahan, ketawa jugak..) Haa, kau pulak Bob? Kerja ukur apa pulak?

Aku : Aku sekarang agak sibuk la Mir, maklum la dah jadi pelakon drama.

Amir : Bluweeekkkkkk......(terus dia muntah hijau sambil terajang pintu kereta Napi)

25.9.09

Nostalgia

Hari tu hari apa entah. Tapi yang pasti insiden tersebut berlaku di asrama laki-laki Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor. Aku masa tu baru je form 4, kiranya budak-budak junior la ni, kena respek senior..hak tuih!

Budak-budak hostel kalau tak nakal bukan duduk hostel la namanya. Yang baik-baik jenis kaki bodek senior, semua sebab takut dengan gertakan senior yang berlagak samseng la tu. Sampaikan ada yang sanggup tadahkan air basuh berak untuk senior time keputusan bekalan air. Takde keberanian langsung untuk menghadapi hidup yang berliku di hostel. Huh!

Berbalik pada cerita tadi. Masa tu ada 2 orang rakan sedorm aku sedang bergembira bermain-main sesuatu. Kami yang lain hanya memerhatikan dari atas katil sambil tersengih-sengih dan tangan penuh dengan keropok cap 'Snek Ku'. Ada juga yang bersidai-sidai di balkoni sambil bergosip tentang awek-awek aspuri yang cun dan tip top. Entah apa peel la, orang datang sekolah nak cari ilmu, dia pula nak cari jodoh.

Tengah asyik bergelak ketawa sambil bersorak riang, tiba-tiba je ada satu susuk tubuh yang masuk ke dalam dorm. Kerek betul, dah la tak bagi salam. Oh, patut la kerek, senior kitorang rupanya. Dengan muka masam mencuka, konon nak bagi nampak yang die tengah marah dengan sepenuh hati, padahal badan kurus keding, terus beliau men'sound' 2 orang mangkuk tadi,

"Oi, dah takde benda lain ke nak main? Suka-suka hati korang je usik barang aku ye!" bidas senior yang konon-konon samseng tersebut. Ada la juga kata-kata keji yang keluar, tapi tak sesuai nak disiarkan di sini.

Lantas, 2 orang yang terkena bidasan dan kata-kata nista tadi terus terdiam, termasuklah kami yang sedang asyik bergelak tawa. Suasana sepi seketika, bak kata budak-budak ada malaikat lalu. Khurafat sungguh pemahaman tersebut.

Kemudian senior tadi merampas objek yang menjadi punca kemarahan beliau yag mendadak-dadak dari tangan salah seorang rakan tadi dan meletakkan kembali ke atas katilnya sambil mengeluarkan kecaman dan amaran,

"Jangan nak mengada-ada main lagi benda ni, asyik nak buat benda tak berfaedah je" serius beliau berkata-kata sambil berlalu pergi dari dorm di iringi jelingan maut terhadap kami semua.

Tak sampai 1 saat beliau chow dari situ, suasana kembali hingar-bingar. Kitorang pakat gelak ramai-ramai sampai berguling-guling kerana insiden tadi. Benda tu sebenarnya takde la salah sangat kot, dah nama pun duduk hostel. Tensyen brader, koman-koman mesti kena ada benda yang menghiburkan hati. Kiranya budak 2 orang tadi tu melakukan kerja yang mulia la kan. Bukannya diorang usik barang mahal pun. Benda murah je pun, itu pun nak marah-marah. Siapa suruh placing terdedah atas katil, kan dah jadi mainan budak-budak dorm.

Ingat ye, untuk sesiapa pun. Kalau duduk hostel, jangan sesekali membiarkan spender anda terdedah begitu saja. nescaya ianya akan menjadi bahan mainan seperti apa yang telah berlaku di atas tadi.

notakaki - bukan cantik sangat pun spender mamat tu, dah la kusam, buruk pulak tu. aku ingat lagi kaler spender tu, kaler peach yang dah kusam. tu pun nak berkira ke?

22.9.09

Kembali

Hari ni aku sudah pulang ke kampung halaman di Kuala Lumpur. Anak jati Kuala Lumpur beb, mana boleh lepak kampung lama-lama. Haha.

Raya tahun ni macam tak raya je, tengok bola lagi syok. Kredit kepada Mak Ngah kerana telah memasang Astro, lantas membolehkan aku menonton perlawanan antara Liverpool menentang West Ham United. Nasib baik menang, kalau tak aku nekad nak letupkan meriam buluh sedas dua.

Satu je yang aku pelik, apa pasal raya tahun ni tak dapat banyak duit raya ha?

notakaki - kepada kawan-kawan yang dah bekerja, paham-paham la ye.

18.9.09

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat hari lebaran, minal aidzin wal faidzin. Kalau-kalau ada terkasar bahasa dan tersilap perilaku harap dimaafkan. Tak elok berdendam, bukan ada faedah pun berdendam ni. Baik lepak rumah Tok Penghulu, makan lemang dengan rendang, sambil-sambil tu boleh juga 'pow' duit raya.

Sekali lagi aku mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua muslimin dan muslimat di serata dunia.

notakaki - kalau ada yang balik melaka roger-roger la, boleh lepak bandar hilir jalan-jalan

16.9.09

16 September 1963

Hari ini genap 46 tahun Malaysia menyambut ulang tahun kewujudannya.

SELAMAT HARI MALAYSIA.

Bukan Hari Merdeka saja yang patut disambut ya.

15.9.09

Mari Berjiwang

Hari ni tiba-tiba nak melayan jiwang. Ahh, jangan nak poyo-poyo ye. Bohong la kalau tak pernah layan rock kapak. Malas nak cerita banyak, layankan saja.





Fotograf - Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal

Seindah sinar pagi
Ku pancarkan sinar ini
Semoga bersinar di hatimu

Selembut angin malam
Terhembus kasih untukmu
Hingga terbayang wajahmu
Percayalah sayangku
Hanya engkau ku cinta
Tak pernah aku berubah hati

Semakin hari (sayang)
Semakin hangatnya cinta
Sehingga membakar di kalbu

Jangan kau ucap selamat tinggal
Pada diriku yang setia
Tak sanggup aku untuk berpisah
Inginku hidup bersama
Cintaku hanya untukmu
Setiap hari kau ku rindu

notakaki - jangan ternyanyi versi Shades sudah la.

12.9.09

Macam Celaka!

Ada satu benda kat Malaysia ni yang paling aku anti sekali. Memang boleh buat jiwa panas membara tak pasal-pasal la. Tapi sejujurnya, apa benda pulak tu?

Jawapannya kondisi jalan raya kat Malaysia ni yang haram tak serupa langsung macam jalan. Kalau bawa motor, boleh jahanam rim motor tu dalam masa sebulan dua. Haram jadah sungguh. Kontrektor buat kerja main-main. Tampal jalan macam tampal plaster kat lutut. Pemalas sungguh, duit projek ambik sampai ribu riban.

Kalau macam tu baik biarkan aje jalan kat Malaysia ni dalam berkeadaan tanah merah, baru la rali namanya. Baru true kaki racing. Huh!

Arghhh, marah betul hati muda aku.

10.9.09

Keseronokan

Malam tadi, selepas Isyak berjemaah di masjid ada satu sesi mesyuarat harian bersama rakan-rakan. Kebiasaan venue yang dipilih tak lain tak bukan mesti restoran mamak. Kenapa entah orang Malaysia suka benor lepak mamak. Apa yang hensemnya mamak tu pun aku tak tau.

Ok la, berbalik pada mesyuarat tadi. Aku, Abh bersama Abang Wan saja yang menghadiri mesyuarat. Ahli jawatankuasa yang lain tak dapat nak hadir sebab sibuk bertadarus kat rumah sambil menganyam ketupat daun palas untuk raya nanti.

Sambil pekena kopi ais kegemaran, kami bersembang-sembang kosong sambil mata terpana ke arah skrin besar pasal Astro pasang cerita best. Sembang punya sembang, maki punya maki, sedar-sedar ada yang bakar line menyanyi lagu Axl's-Andai Dapat Ku Undurkan Masa. Huh, tak metal langsung. Tapi apa boleh buat, jiwa masing-masing menjurus ke arah ketimuran yang hakiki. Lantas, satu persetujuan telah di capai. Agenda selepas ini adalah untuk menuju ke Giant untuk berkaraoke sepam dua.

Setelah membayar bil minum yang mencecah hingga RM8200, kami pun bertolak ke rumah masing-masing kerana mahu bersiap-siap. Nak keluar malam kena la hensem-hensem,hehe. Setelah hensem dan kunci rumah sudah diambil kami bertolak menuju ke Giant dengan perasaan yang sungguh girang. Maklum la, ini malam merupakan malam karaoke pertama dalam bulan Ramadhan, hehe. Ok, sampai saja kat Giant masing-masing berlari-lari seperti Watson Nyambek masa Sukan Komanwel dulu. Gila laju betul lari, nasib baik tak terbabas langgar kaunter kat pusat karaoke tu, kalau tak brader tu mesti usya panas.

Dah kat kaunter tu apa lagi kan, buat pembayaran la. Ambik kau, malam ni pekena karaoke 2 jam. Memang satu sesi mengasah bakat betul la. Semua ada plan nak apply masuk One In A Million, tu pun kalau Paul Moss tak jadi juri sebab dia garang sangat la.

Masuk je bilik, terus capai mikrofon. Takde benda lain dah yang nak difikir. Tu je perkara pertama terlintas dalam otak. Dalam tempoh 2 jam, berbagai jenis lagu yang berjaya dihabiskan, dan tidak kurang juga ada yang tak berjaya dihabiskan langsung (masa ni gua bantai nyanyi Lefthanded-Lagenda Cinta. Tumpas gara-gara tak hafal melodi, cettt!). Selepas penat mengerah suara ke tahap maksimum persis si Robert Plan, aku dah tak daya lagi dah. Biasanya kalau lepak kat RedBox Sogo takde hal pun sampai 3 jam. Tak tahu la kenapa. Nasib baik dah habis time, kalau tak memang suara aku jadi macam suara Ramli Sarip la gayanya.

Lepas tu tak reti nak balik rumah terus, pergi mamak balik pekena teh o ais pula. Haha, tekak kering mana boleh tidur. Sembang-sembang sepam dua dulu baru pulang ke rumah. Lain kali takdenye nak lepak Giant lagi. Tak eksklusif langsung. Tempat macam port beromen je. Lain kali kita pergi RedBox pula, baru true kaki karaoke.

Gua ingat nak share video best sempena malam tu, tapi malas la pula. Tak baik mengaibkan rakan sendiri, haha. Nasib baik la aku berhati perut.

7.9.09

Gila

Aku dah jadi macam orang gila. Terkekeh-kekeh gelak sorang-sorang.

Ni semua salah brader bawah ni la.

www.hilangpunca.com

Haha.

notakaki : petang ramadhan yang diisi dengan gelak dan tawa.

6.9.09

Seorang

Masuk hari ni, hari ke-2 aku berbuka puasa secara solo. Aiseh, tak best betul. Tu la, siapa suruh tak ikut balik kampung. Dalam sibuk-sibuk menelaah komputer di hadapan, sudah terbayang dengan jelas di mata apakah yang mahu dimakan pada hari ini.

-Murtabak (tak kisah sama ada daging ataupun ayam)
-Roti john (kenapa tak dinamakan Kassim?)
-Ayam percik
-Kari kepala ikan
-Kebab ayam la beb
-Karipap RM2
-Nasi beriani gam (featuring ayam masak sambal)
-Cendol
-Air kelapa
-Air tebu

Wah, hebat nafsu syahwat kau ye bob. Kau ingat duit dalam poket kau tu banyak sangat ke?


Ops, lupa la pulak. Hehe. Selamat berbuka puasa.

5.9.09

Kerajinan

Haha. Menjawab kembali apa yang telah diperkatakan oleh saudari Nad dalam blognya, bahawa ada segelintir umat yang rajin mengupdate blog setiap hari.

You know why? Sebab aku dah takde kerja nak buat la Nad. Dok menganggur saja, kerja pun tarak. So, untuk membuatkan aku seperti ada kerja, maka inilah yang dilakukan, mengupdate blog everyday. Lainlah kalau kau nak tolong aku cari tempat kerja, orait gak tu. Amacam Nad, hang ada lubang kerja tak? Tolonglah aku Nad, pleaseeeeeeeeee.....

notakaki : lepas syawal kalau tak kerja gak aku nak pindah berlin, main besi kat sana. lagi syok.

4.9.09

UP!

Masa : 2.40 petang, waktu Malaysia.

Lokasi : Pavillion, Kuala Lumpur.

Agenda : Menonton filem kartun paling cool tahun ini. Yeah!

Petang tadi, aku bersama Encik Abh melakukan perkara yang biasa kami lakukan sebelum bulan Ramadhan. Yeah, kami menonton wayang. Nak-nak cerita UP la pulak. Memang tersangat la layan cerita tersebut. Mengetengahkan pelbagai jenis nilai-nilai murni yang membuatkan seperti anda berada di dalam kelas Sivik dan Pendidikan Moral layaknya.

Jarang aku nak tengok filem kartun di pawagam, sebab kartun kat peti televisyen dah cukup elok bagi aku. Tapi, dek kerana desakan rakan dan keinginan untuk menonton aku gagahkan jua menonton di dalam bulan Ramadhan ni.

Rating yang boleh aku kasi, 25 ribu bintang untuk UP. Walaupun terlewat sedikit untuk menontonnya, tapi aku peduli apa. Janji layan. Ada masa, kita tengok wayang lagi. Jangan buat wayang dah la. Pesanan ikhlas dari saya, anak didik Dr.Fadzilah Kamsah.

notakaki : kalau ada popcorn dengan air coke besar lagi puas hati. nasib baik sedang berpuasa.

3.9.09

Sesuatu Yang Indah - Anthem Untuk Mereka Yang Bercinta

Kekasihku..aku telah mengenalmu sekian lama
Sepatutnya aku bisa mencintaimu sepenuh hati
Kuharapkan engkau dan aku saling mengerti bukan menyakiti
Tak perlu ada lagi ada pertengkaran

Chorus:
Kini aku temukan telah aku dapatkan jauh sudah tersimpan
Sesuatu yang indah dari dirimu
Semoga aku bisa..mungkinpun aku mampu untuk dapat
Memberikan tulus hatiku....

Kekasihku..betapa aku tak pernah dapat membuaimu dengan
Kata-kata cinta yang mungkin bisa menyejukkanmu
Sungguh aku masih ingin terus mencari dalam jiwamu
Rasa ini ingin kuakui

Chorus

Kekasihku..maafkan aku jika
Tak mampu bahagiakanmu memelukmu dengan rasa cinta......

Kini aku temukan telah aku dapatkan jauh sudah tersimpan
Sesuatu yang indah dari dirimu
Semoga aku bisa..mungkinpun aku mampu untuk dapat
Membahagiakan hatimu....

Nyanyian : Padi


Aku suka lagu ni. Pergi jahanam la kalau ada orang cakap "ape barang layan band Indon, tak indie langsung la camni" itu semua omong kosong. Apa yang dia tahu tentang indie? Mengarut. Yang penting lagu ni best. Susunan muzik dia cool, lirik dia pun syahdu meleleh.

Bayangkan, malam-malam sebelum tidur aku mesti dengar lagu ni. Paling koman pun 15 kali. Nampak tu, banyak mana aku obses dengan lagu ni.

Kalau nak dengar, pandai-pandai la cari. Apa guna ada Google, kalau tak rugi je la Google tu diwujudkan.

notakaki : lagu ini ditujukan khas buat abang wan, hehe.

2.9.09

Lagenda Filem Melayu

Mat Rasip Yahya a.k.a Mat Sentol


Anda kenal siapa ini? Inilah dia pelakon dan pengarah filem Melayu dulu-dulu, Mat Sentol. Aku dah lama sebenarnya tak tengok filem Mat Sentol ni. Baru-baru ni je rajin tengok Mat Bond kat YouTube. Hehe. Memang best la cerita tu. Avant-garde gila cerita ni. Bagi aku, Mat Sentol ialah salah seorang ikon perfileman Melayu kat Malaysia ni. Anda setuju?

1.9.09

Hujan

Pagi-pagi lagi hujan dah turun dengan lebatnya. Menandakan rahmat dari Yang Maha Esa. Segala kotoran atas muka bumi ni dibersihkan dengan sekali jalan.

Aku macam biasa la, nyenyak di kamar tidur. Perghhh, gila syahdu....

Cerita Sayu Di Malam Ramadhan


Malam ni muncul dengan cuaca yang agak baik. Aku sebagai seorang Muslim yang berkaliber memang sudah memasang niat untuk bertarawih di masjid. Tiba-tiba henponku berbunyi. Ada mesej masuk rupanya. Ada pelawaan untuk ke masjid. Lantas dengan sepantas kerengga, aku pun bersiap-siap. Berbaju Melayu kaler maroon dengan berseluar jeans saja, nak pakai samping memang la tak sesuai sungguh. Dalam fikiran dah terbayang keenakkan menghisap Surya selepas berbuka. Lepas je siap berdressing, aku pun capai la kunci motor kapcai aku. Sambil bersiul kecil aku pun pelan-pelan naik motor. Bila je aku nak setat enjin, rasa macam tak best. Aku belek punya belek, last-last aku dapat tau apa yang tak kena. Tayar motor aku kehilangan angin sebab mungkin dia asyik kentut sepanjang Maghrib tu. Aku dengan tensennya sambil merengus kecil tak tau la nak cakap apa dah. Alih-alih aku langsung tak ke masjid, hatta ke surau sekalipun. Bersolat Isyak di rumah saja. Terawih kalau nak best kena berjemaah kat masjid gak, baru tak sunyi. Tapi, yang paling meninggalkan kesan adalah,
AKU TAK DAPAT HISAP ROKOK LANGSUNG MASA TU!!!! ARGGHHHH!!!

notakaki : hmm, besok kena keluar duit mau
operate motor