2.12.12

Minta Balik

"Musalmah! Musalmah!" jerit Adi sambil berlari-lari anak.

"Abang Adi nak apa lagi? Kan Musalmah dah kabor yang kita tak boleh bersama. Minggu depan Musalmah dah nak bertunang bang, tolonglah faham." jawab Musalmah.

"Musalmah, bagi le abang can nak bercakap sikit. Takkan nak bercakap dengan Musalmah pun dah tak boleh sekarang ni? Baru nak bertunang, belum lagi nak berkahwin." balas Adi sambil termengah-mengah.

"Janganlah macam ni bang, nanti kalau orang kampung nampak apa pula kata mereka? Tak manis kan kalau kita berdua-duaan kat sini?" kata Musalmah sambil matanya meliar ke kiri dan kanan.

"Bukannya kita beromen Musalmah, abang cuma nak cakap sikit je dengan Musalmah. Lepas ni abang dah takde can nak bercakap dengan Musalmah, maklumlah dan jadi tunang orang." pinta Adi dengan penuh harapan. Peluh jantan menitik laju dari dahinya. Habis basah belakang baju kemeja kotak-kotak yang dipakai olehnya.

"Hmmm, baiklah bang. Apa ia yang abang nak cakapkan ni? Musalmah nak kena cepat ni, nak kena pergi ke rumah Mak Esah ni." Musalmah akhirnya mengalah. Bukan apa, lagi ditegah nanti lagilah Adi menahan dia dengan pelbagai alasan. Baik dia bagi saja peluang ke Adi.

"Macam ni Musalmah, kan dulu abang ada bagi ke Musalmah henpon Nokia 3310 sempena hari jadi Musalmah tahun lepas. Sekarang abang nak minta balik la henpon ni sebab henpon abang dah rosak, lagipun nanti Musalmah bolehlah minta henpon baru dari tunang Musalmah tu. Dia kan kerja gomen, mesti banyak duit kan?" minta Adi sambil tersengih-sengih.

"Eeeeeeeeeeee, ini rupanya yang abang nak cakapkan ke Musalmah? Musalmah ingat abang nak minta maaf ke apa ke. Dah la, Musalmah beransur dulu, nanti Musalmah suruh Pain hantar ke rumah abang!!!" bentak Musalmah sambil berlalu pergi.

Adi tersenyum puas. Nampak gayanya tak payahlah dia nak keluarkan duit beli henpon baru lepas ni.

27.11.12

Lama

Lama juga aku tak menulis kat sini. Sebenarnya aku sendiri dah tak tahu nak menulis apa, maklumlah sekarang busy berkepit dengan makwe baru (baca : twitter) saje. Alang-alang tadi ter-log in, baik aku menulis sikit-sikit supaya takdelah nampak dipinggirkan sangat blog ni.

Okay, bye.

6.11.12

Dua

Awan mendung.
Tanda hujan nak turun.
Suasana sunyi sepi. 
Bunyi guruh menguasai.
Genggaman tangan semakin kuat.
Kau dan aku. 
Aku dan kau.
Tiada yang lain.
Seolah dunia milik kita.
Hanya kita berdua.

18.9.12

Nekad

Bilik itu sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi kipas di siling. Krist duduk di atas kerusi, menghadap ke arah tingkap. Pintu bilik dikunci dari dalam. Sebatang rokok dibakar dan asapnya dihembus dengan tenang. Matanya memandang kosong keluar tingkap. Hari ini dia nekad dengan keputusannya. Keputusan yang akan merubah hidupnya.

Setiap sedutan rokok dinikmati oleh Krist, seolah-olah itu adalah sedutan rokok yang terakhir baginya. Dalam masa yang sama, fikirannya melayang jauh teringatkan sesuatu. Sesuatu yang menghantui hidupnya selama 5 tahun. Dek kerana itu, hidupnya menjadi tidak tenang. Ada saja yang tak kena.

Keluhan dalam dilepaskan. Krist tahu, bukan mudah untuk memaafkan dosa silamnya itu. Walau menangis darah sekalipun, dosa yang dilakukannya itu belum tentu terhapus dengan mudah. Sebab itu dia nekad dengan keputusannya kali ini. Krist tak sanggup lagi hendak menanggung beban rasa bersalah selama 5 tahun. Kalau boleh diputarkan kembali masa, ingin sekali dia kembali ke masa itu. Tapi apakan daya, dia tiada kuasa untuk melakukannya.

Krist bangun dari kerusi dan dengan langkah yang longlai dia menuju ke sebuah almari. Ditarik keluar laci dan Krist mengambil sesuatu di dalam laci itu. Setelah mengambil benda di dalam laci itu tadi, dia duduk semula di atas kerusi. Nafasnya di tarik panjang, dalam masa yang sama air mata Krist menitis di pipi. Krist sudah sedia. Krist sudah nekad. Inilah masa yang sesuai untuk melakukannya.

Bammmm!!!!!

Sebutir peluru dari pistol Glock menembusi kepala Krist. Cebisan otaknya melekat di dinding. Bau hanyir darah memenuhi ruang bilik itu. Dengan mengambil tindakan itu, maka tiada lagi beban yang perlu ditanggung oleh Krist.

Dan hanya Dia yang tahu apakah dosa yang telah dilakukan oleh Krist dahulu.

14.9.12

JFT 96



Akhirnya, kebenaran terserlah jua. 

Justice for the 96!

You'll never walk alone!

11.9.12

Mana Pergi Jiwa Itu?

"Kenapa nampak muram je Hadi? Setahu aku, kau ni orangnya periang, tapi kenapa malam ni lain macam je aku tengok?" tanya Murad, di bibirnya terselit sebatang keretek.

"Entahlah Murad, aku pun tak tahu kenapa. Barangkali sebab separuh dari jiwa aku sudah terbang melayang agaknya. Itu yang jadi macam ni." terang si Hadi.

"Jadi, kalau separuh dah melayang, mana perginya lagi separuh Hadi?" soal Murad lagi.

"Lagi separuh? Dah lama jiwa aku tinggal separuh Murad. Sejak kali terakhir dia pegi dari hidup aku, tanpa sebab dan alasan. Sejak dari hari itu, aku hanya hidup dengan separuh dari jiwa aku yang asal." jawab Hadi sambil matanya memandang kosong ke langit.

Hembusan asap keretek mengisi atmosfera malam yang sepi dan dingin itu.

3.9.12

Kisah Zulfadli dan Nur Aina : Episod 4

Zulfadli tersentak, terkejut dari lamunan. Itu cerita setahun yang lepas. Cerita yang masih lagi dia ingat, walaupun sudah setahun berlalu. Kini, perlahan perlahan Nur Aina hilang dari hidup Zulfadli. Lama Zulfadli cuba untuk membuang Nur Aina dari hatinya, tapi baru sekarang Zulfadli mampu. Sebelum ini, Zulfadli masih lagi berhubungan dengan Nur Aina - di Twitter, BBM ataupun WhatsApp - kerana Zulfadli masih lagi yakin hati Nur Aina akan terbuka untuk menerima dirinya. Tapi Zulfadli silap, dan itu adalah antara kesilapan paling besar yang pernah Zulfadli lakukan dalam hidup dia.

Zulfadli sangkakan selama ini Nur Aina masih belum mempunyai sesiapa dalam hidupnya. Mana taknya, setiap kali Zulfadli tanya mesti Nur Aina akan memberitahu dia masih lagi single mingle, tiada lelaki lain dalam hidupnya. Jadi dari situ Zulfadli masih yakin yang dia masih ada peluang, walaupun sebenarnya Zulfadli bakal mengalami keremukkan hati yang paling parah dalam hidupnya.

Ramadhan. Ya, pada bulan Ramadhan-lah hati Zulfadli hancur berkecai. Zulfadli tak mahu salahkan bulan yang baik ini, takut juga dia kalau dipanah petir. Tapi yang Zulfadli marahkan kenapa Nur Aina tidak berterus terang lama dahulu, sebelum Zulfadli meluahkan perasaan buat kali kedua. Kenapa mesti Nur Aina biarkan hati Zulfadli berbunga-bunga sedangkan dia boleh jujur dengan Zulfadli sebelum itu. Walaupun beberapa orang rakan memujuk mengatakan mungkin Nur Aina ingin menjaga hati Zulfadli, tapi bagi Zulfadli kalau boleh biar berterus terang pada awalnya - sebelum perasaan sayang makin bercambah - kerana makin lama dibiar maka akibatnya boleh menyebabkan Zulfadli terjun dari KB Mall. Mujur iman Zulfadli masih ada, paling kuat pun dia hisap sebatang rokok selang 5 minit sampailah habis sekotak.

Kalau boleh Zulfadli tak hendak lagi insan bernama Nur Aina muncul dalam hidup dia, tapi apakan daya Nur Aina masih berlegar-legar di timeline Twitter milik Zulfadli. Nak di-unfollow atau di-block Zulfadli rasa tak gentleman, maka dibiarkan saja Nur Aina berkeliaran di timeline. Sekarang Zulfadli boleh menarik nafas lega kerana sudah beberapa hari dia tak nampak Nur Aina tweet. Mungkin Nur Aina sudah tutup akaun agaknya, maklumlah sebelum ni tak habis habis Nur Aina kata ada orang stalk dia, bisik hati kecil Zulfadli.

Ah, celaka. Dah nak pukul 6 rupanya. Kejap lagi Zulfadli nak balik dari kerja. Sementara ada lagi beberapa minit ni baik dia pergi melepak dekat tangga sambil menghisap sebatang dua rokok. Baru sedap nak balik katanya.

Katanyalah.

Hai

Sebab dah lama dibiarkan tanpa entri baru, maka gua pun re-post entri lama. Entri yang pernah ditarik keluar sebelum ni, demi menjaga hati seseorang. 

Tapi sekarang peduli apa gua, yang gua tahu gua nak post balik.

Kisah Zulfadli dan Nur Aina : Episod 3

Dalam perhubungan yang singkat itu, sudah beberapa kali sebenarnya Zulfadli memendam rasa ekoran perbuatan Nur Aina yang kadangkala bagi Zulfadli seakan-akan Nur Aina tidak langsung faham akan isi hatinya. Sebenarnya, seminggu sebelum kejadian sedih yang menimpa diri Zulfadli tu, mereka berdua telah bergaduh - yang boleh dikatakan agak terbesar dalam hubungan mereka. Itupun terjadi di hari pertama mereka berjumpa setelah masing-masing tidak berjumpa selama 2 minggu.

Zulfadli memang ingin sangat berjumpa Nur Aina kerana sudah 2 minggu tidak bertentang mata dengan gadis pujaannya itu. Maka pada hari itu, dipastikan oleh Zulfadli tidak akan ada sebarang gangguan yang boleh menggagalkan pertemuan dengan Nur Aina. Dengan senang hati, terus saja Zulfadli memandu menuju ke rumah Nur Aina dan seterusnya keluar menghabiskan masa dengan Nur Aina.

Pada mulanya semua okay, sampailah satu masa setelah selesai makan Zulfadli kehilangan idea mahu ke mana. Yela, hari masih petang dan awal, jadi semahunya dia ingin menghabiskan masa dengan Nur Aina sepuas-puasnya. Tapi tak semena-mena Nur Aina seperti ingin pulang ke rumah dengan segera - seperti ada rancangan lain pula yang ingin dilakukan olehnya. Sebelum itu Nur Aina ada memberitahu bahawa mungkin malam itu dia akan keluar melepak dengan kawan-kawan di sini.

"Ok wak, nak ke mana pulak lepas ni? Takkan nak balik kot, awal lagi ni," tanya Zulfadli.

"Entahlah, takde idea la wak,"jawab Nur Aina.

Dalam masa yang sama, tak henti-henti tangan Nur Aina berbalas sms dengan rakannya. Siapa rakan Nur Aina, Zulfadli tak ingin ambil tahu. Zulfadli terus memandu dengan sabar tanpa arah tujuan, dalam kepala berputar ligat mencari idea ke mana destinasi seterusnya.

"Eh,kita nak ke mana ni wak?" soal Nur Aina.

"Tak tau la wak, tu yang saya main jalan je. Nak balik pun awal lagi ni," balas Zulfadli, mengharap agar Nur Aina faham kehendak hatinya.

"Kalau macam tu balik je la, boleh la saya tidur kejap. Lagipun letih ni, boleh la rehat kejap" kata Nur Aina.

"Hmm,yela. Cakap je la awak tu nak balik, sebab nak keluar lepak dengan kawan-kawan malam ni kan?? Terus terang je, tak payah guna alasan macam tu. Saya pun takde hal kalau awak mengaku," balas Zulfadli, sedikit keras.

"Mana adaaa..." jawab Nur Aina.

"Dah tu, tadi awak bagitahu kat saya kawan awak cakap kalau boring text la dia, boleh la lepak. Betul tak?" balas Zulfadli.

Sepi. Tiba-tiba dalam kereta suasana yang sebelumnya ceria bertukar menjadi sepi. Manakan tidak, Zulfadli betul-betul beria hendak habiskan masa dengan Nur Aina, alih-alih jadi begini. Jadi dengan hati yang panas terus saja Zulfadlu memandu ke rumah Nur Aina dan dalam masa yang sama terus saja dia mendail nombor salah seorang sahabat, semata-mata mahu menunjuk kepada Nur Aina yang dia juga mempunyai kawan yang boleh diajak untuk melepak.

"Siapa tu?" tanya Nur Aina.

"Kawan la, saya pun ada kawan jugak. Lepas ni boleh singgah lepak dengan dia kejap, alang-alang nak balik rumah kan, lagipun awal lagi ni," jawab Zulfadli acuh tak acuh.

"Hmmm,okayyyy..." balas Nur Aina.

Rupa-rupanya, ada juga rasa tidak puas hati Zulfadli dengan apa yang dilakukan oleh Nur Aina.

Bagi Zulfadli, dia langsung tidak mahu menghalang ataupun masuk campur dalam kehidupan peribadi Nur Aina, dan itu juga bukan hak Zulfadli untuk mencampuri urusan peribadi Nur Aina. Tapi sekurang-kurangnya, fahamilah isi hatinya kerana sering kali dia merasa kecil hati dengan tingkah laku Nur Aina.

Itulah kali pertama Zulfadli pulang dengan hati yang marah.

Kisah Zulfadli dan Nur Aina : Episod 2

Bila dikenang kembali, Zulfadli dan Nur Aina asalnya berkawan saja. Setiap hari mereka berbalas text, bermensi di Twitter dan berchatting di Fesbuk. Sampailah satu hari, Nur Aina mengadu pada Zulfadli bahawa dia kesunyian kerana tiada siapa di hati dia pada masa itu. Zulfadli tak terkejut, cuma dia hanya berkata pada Nur Aina supaya bersabar - mana tahu tak lama lagi dapat pengganti yang baru.

Start dari hari itu, mereka makin rapat. Secara tak sedar, dalam hati Zulfadli dah mula ada rasa sayang pada Nur Aina. Fikirannya sentiasa terarah kepada Nur Aina. Baik pagi, siang, petang mahupun malam. Hanya Nur Aina yang bermain dalam fikirannya.

Satu hari, Zulfadli ambil keputusan berani untuk menyatakan perasaannya terhadap Nur Aina. Ternyata respons yang diberikan oleh Nur Aina baik, cuma bagi Nur Aina masih terlalu awal untuk memulakan perhubungan yang lebih serius. Berikan dia sedikit masa untuk pergi lebih jauh, dan Zulfadli tiada masalah untuk itu.

Hari-hari yang berlalu dirasakan cukup sempurna oleh Zulfadli, lebih-lebih lagi dengan kehadiran Nur Aina dalam hidupnya. Hidupnya penuh keceriaan, tiada lagi kedukaan dan kosong. Begitu juga dengan Nur Aina, kekosongan yang selama ini wujud dalam hatinya telah terisi dengan kehadiran Zulfadli.

Tapi itu semua sementara saja. Akhirnya hubungan mereka berdua tidak menjadi. Bagi Zulfadli, dia sudah tahu apa yang menyebabkan hati Nur Aina berpaling terus dari dia. Zulfadli tahu, Nur Aina menerima diri dia hanya kerana kesunyian dan kekosongan dalam hati Nur Aina dek kerana cinta sebelum ini tidak menjadi. Sekadar untuk menghilangkan perasaan sunyi itu, dan Zulfadli muncul tepat pada masanya dalam hidup Nur Aina. Zulfadli tak mahu salahkan Nur Aina, bagi Zulfadli itu adalah normal. Setiap orang akan menghadapi situasi tersebut. Cuma, Zulfadli sedikit terkilan kerana apa yang diharapkan olehnya tidak kesampaian.

Bak kata Ahmad Dhani - salahku biarkan kamu, bermain dengan hatiku - Zulfadli akui, kesilapan dia di situ adalah kerana terlalu mengharapkan cinta dari Nur Aina, dan mudah membiarkan hatinya dipahat dengan nama seorang insan bernama Nur Aina.

Kisah Zulfadli dan Nur Aina

Zulfadli terdiam. Bagaikan ada batu besar yang menghempap terus ke dadanya tanpa ada can untuk dia mengelak. Tak pernah seumur hidup dia merasakan perasaan yang sebegitu rupa. Baginya, inilah kali pertama dia mengalami kejutan sebegitu rupa.

Nur Aina, gadis yang dicintai olehnya telah membuat satu keputusan yang mengejutkan. Selama ini dia sangka yang hubungan dia dan Nur Aina akan kekal berlanjutan, tapi apakan daya perhubungan itu terputus di pertengahan jalan. Bunga-bunga bahagia kelihatan sepanjang perhubungan mereka, walaupun masih tiada lagi ikatan percintaan di antara mereka berdua. Tetapi, rupa-rupanya ada sesuatu yang akan menghancurkan hubungan yang baru hendak bermula itu.

Bagi Zulfadli, tiada berita yang paling menyedihkan selain daripada menerima berita sedih dari Nur Aina pagi itu. Terasa bagaikan seluruh manusia di dunia ini mengejek-ejek dirinya di atas kegagalan itu. Walhal bagi Zulfadli, dia telah melakukan segala yang terbaik - semata-mata untuk bertakhta di hati Nur Aina.

Sudahlah letih dengan beban kerja yang terlampau banyak, ditambah lagi dengan perasaan kecewa, hampir-hampir membuatkan Zulfadli hilang pertimbangan. Bayangkan, semasa memandu di terowong SMART, hampir saja meter keretanya mencecah 130 km/j - cukup untuk membuktikan betapa kecewanya hati seorang manusia yang bernama Zulfadli. Mujurlah nasihat dari seorang teman yang diungkapkan kepadanya sebelum itu membuatkan fikirannya kembali ke paras normal.

Sampai sekarang Zulfadli tertanya-tanya apakah yang menyebabkan Nur Aina sanggup mengambil keputusan sedemikian rupa. Apakah salah dia sehinggakan Nur Aina nekad dengan keputusannya itu?

Bagi Zulfadli, segala yang dilakukan olehnya selama ini benar-benar ikhlas untuk menambat hati Nur Aina. Tiada langsung niat di hati untuk mempermainkan Nur Aina, hatta melukakan hati Nur Aina. Mungkin ada sedikit kesalahan yang dilakukan oleh dia sehinggakan Nur Aina berkecil hati. Tapi Zulfadli juga seperti manusia yang lain, sering saja melakukan kesilapan, sama ada secara sedar ataupun tidak.

Tapi walau apa pun yang terjadi, dia tetap sayangkan Nur Aina. Dan dia masih berharap agar Nur Aina sudi memberikan kepadanya peluang kedua - untuk dibuktikan betapa dia ikhlas menyayangi Nur Aina. Dan sebolehnya, dia akan tetap berusaha untuk memenangi kembali hati Nur Aina - insan yang telah memberikan kebahagiaan di dalam hati Zulfadli.

5.7.12

Rajin

Gua tengah buat kerja lebih masa ni (padahal kat luar hujan lebat).


Ok, bai.

11.6.12

Rest In Peace Mira, Awek Chuck Taylor

Bila aku dapat tahu yang watak utama dalam novel dan blog Awek Chuck Taylor iaitu Mira meninggal dunia pagi tadi, memang buat aku ternganga sekejap. Mahu tak terkejut, aku ni boleh dikatakan fanatik dengan blog tu kot. Hari-hari mesti nak baca, kalau tak baca rasa macam tak lengkap hidup aku untuk satu hari.

Mira ni bagi aku dia ni sempoi, dia cool. Aku pernah juga ber-mention dengan dia dekat twitter. Sembang pasal bola, pasal muzik, dan macam-macam lagi. Sampaikan aku terfikir, alangkah best-nya kalau dapat makwe macam dia. Nami pernah cakap kat aku, "ko kalau nak awek punk rock ko cari yang macam Ez tu". Yang aku pasti, awek Chuck Taylor tetap dia seorang saja sampai bila-bila.

Tapi nak buat macam mana, Tuhan lebih sayangkan dia.

Semoga tenang kau di sana, Ezreen Emira a.k.a Mira Awek Chuck Taylor.

9 Mac 1986 - 9 Jun 2012.

7.6.12

Hati Seorang Lelaki

Kata orang, hati seorang lelaki tidak mudah dijentik. Lelaki itu sifatnya keras, maka secara automatik hatinya mesti keras juga. Bagi saya, itu kenyataan bohong. Mustahil hati seorang lelaki tidak boleh dijentik. Errr, maksud jentik di sini bukannya jentik yang guna jari tangan tu ya. Jauh sekali jentik-jentik yang menetas dari telur nyamuk di dalam longkang mahupun kolah air.

Kalau betul hati seorang lelaki tidak mudah dijentik, mustahil air mata saya hampir menitis sewaktu menonton rancangan Bersamamu suatu ketika dulu.

Kan?

Sepatah Perkataan Membawa Seribu Makna

Hai.

18.5.12

YNWA #2


Nak buat macam mana King, John W Henry dah mula bertindak. Walau apa pun King, terima kasih gua ucapkan pada King kerana berjaya bawa Mickey Mouse Cup (Carling Cup) ke Anfield dalam tempoh 17 bulan King manage Liverpool. Walaupun cuma Mickey Mouse Cup (Carling Cup), at least lepas juga kemarau piala sejak kali terakhir menang FA Cup tahun 2006.

Walau siapa pun yang akan menggantikan tempat King nanti, gua tetap akan memberi sokongan padu terhadap kelab, bukannya pada pengurus atau pun pemain semata-mata. Kadang-kadang tu adalah kutuk-kutuk sikit, kalau setiap masa nak memuji payah juga ye tak?

You'll never walk alone.

Terima kasih, Kenny Dalglish.

notakaki : cara gua nak hilangkan sedih masa gua dapat tahu king kenny kena sacked semalam adalah makan mee goreng mamak sepinggan. setel!

11.5.12

YNWA!




Ok, tak nak banyak cakap memang lawa kit season 2012-2013 Liverpool ni. Lagi-lagi siap ada Hillsborough flames dengan 96 kat kolar belakang.


You'll Never Walk Alone!

3.4.12

Diari Hidup Zaman #1

Hai, nama saya Zaman. Saya seorang pemuda dari kelas pertengahan berusia 25 tahun. Saya bekerja sebagai budak penghantar surat ataupun nama yang lebih glamour mat despatch. Saya masih bujang lagi dan masih tidak memiliki makwe sejak zaman saya bersekolah menengah lagi. Ramai kawan-kawan saya yang kata saya ni loser, tapi saya peduli apa dengan kata-kata mereka, yang penting saya bahagia dengan hidup saya sekarang.

Tapi, saya tetap berasa sunyi bila mengenangkan yang saya ni tiada makwe lagi. Sebenarnya saya berasa iri hati apabila melihat kawan-kawan saya keluar dating dengan makwe mereka pada setiap hujung minggu. Tapi apakan daya, saya masih tiada seorang makwe pun lagi. Hanya Sid, kucing peliharaan saya yang setia menemani saya di rumah sewa setiap kali Amran iaitu rakan serumah saya keluar dating dengan makwe dia yang sampai 3 ke 4 orang tu.

Saya sebenarnya meminati seorang makwe di bangunan tempat saya bekerja. Opis saya di tingkat 5 manakala makwe tersebut bekerja di tingkat 8. Jadi setiap pagi saya akan pastikan saya akan menaiki lif yang sama dengan makwe tersebut, walaupun saya terpaksa menunggu. Setiap pagi saya akan merokok di depan bangunan tempat saya bekerja sehinggalah makwe tersebut sampai. Apa yang saya boleh buat hanya senyum kepada makwe tersebut kerana saya berasa malu untuk mengucapkan selamat pagi kepada dia.

Jadi semasa di dalam lif saya akan curi-curi pandang ke arah makwe tersebut sambil tersenyum seorang diri. Saat yang paling saya nantikan adalah saat di mana makwe tersebut menyelak rambutnya ke tepi telinga. Auwww, seringkali saya merasakan bahawa itu adalah momen yang terindah di dalam hidup saya, lebih indah daripada menang hadiah pertama nombor ekor. Nampak betapa losernya saya di situ tapi lagi sekali saya tekankan, saya peduli apa kalau awak nak kata saya ni loser.

Ting!

Alamak, dah sampai tingkat 5. Kacau betul lif ni, apa pasal cepat sangat dia sampai. Cuba perlahan sikit naik, ini laju semacam je. Dan ini juga bermakna masa-masa saya bersama si dia akan berakhir di sini. Tapi jangan risau, hari esok masih ada untuk saya dan dia.

Hehe.

1.4.12

Lagu Minggu Ini #7



Buat masa sekarang ini adalah lagu yang kerap dimainkan dari playlist BlackBerry gua. Kenapa gua selalu dengar lagu ni? Mungkin sebab gua minat dengan rock kapak kot. Lagipun kalau karaoke kan wajib nyanyi lagu rock kapak, mana pernah ada orang buat peel pilih lagu Cradle Of Filth buat nyanyi masa pergi karaoke.

Apa? Nak kata gua jiwang meleleh? Gua lempang muka tu nanti baru tahu tinggi rendah langit dan bumi.

Kah kah kah.

25.3.12

Salam 2-1

Hai, apa khabar semua? Nampaknya agak lama saya tak menulis di sini. Eh, bukan saya tapi gua. Okay, entri ini ditulis sebaik sahaja perlawanan antara Liverpool dan Wigan Athletic tamat. Ya, Liverpool kalah lagi dan kali ni kalah di Anfield. Satu perkara yang pasti membuatkan ramai peminat dan penyokong Liverpool tertanya-tanya apa yang tak kena dengan Mighty Reds.

Kalau ditanya pada gua, gua sendiri mati akal nak menjawabnya. Kalah dengan QPR pada perlawanan yang lalu cukup menghiris hati gua kerana Liverpool kalah dalam masa 15 minit (kalau tak silap). Kali ini kalah pula pada Wigan di laman sendiri. Patut atau tidak gua menangis?

Baiklah, kita tinggalkan sebentar hal bola sepak sebab kalau nak menulis pasal bola sepak mahu sampai ke esok pagi tak habis-habis nak menulis. Gua dalam mood nak menangis pun ada ni, tapi gua batalkan sebab gua nak sambung baca novel Bayang tulisan saudara Nami Cob Nobbler penulis novel Awek Chuck Taylor yang meletup tu. Dengar kabor novel dia kali ni agak gelap, so mohon bagi gua baca sampai habis baru gua review, itu pun kalau gua nak review la.

Celaka, mana pula perginya buku Bayang yang gua letak kat almari tadi???!!!!

26.2.12

Cinta

Kata orang, cinta pandang pertama itu indah. Tiada cinta yang paling berkesan di hati selain dari cinta pandang pertama. Itu kata oranglah, bukan kata saya.

Bagi saya, cinta paling indah adalah cinta pada diri sendiri. Cinta pada diri sendiri akan memastikan kamu berjaya mengharungi liku-liku dalam kehidupan ini. Tetapi kalau cinta pandang pertama - pada seorang gadis atau lelaki - belum tentu kamu akan selesa mengharungi perjalanan hidup ini. Malahan mungkin juga kamu tidak akan mampu untuk meneruskan perjalanan jika kamu dikecewakan oleh cinta pandang pertama kamu itu.

Itu hanya pandangan dari saya, seorang kutu yang masih mencari jalan untuk mencintai dirinya sendiri. Tapi jangan lupa, ada satu lagi cinta yang indah, seindah cinta pada diri sendiri.

Cinta pada Ilahi.

13.2.12

Hitam

Langkah aku susun, teratur. Kadangkala cepat, kadangkala perlahan. Di lorong yang gelap dan sunyi itu kelihatan beberapa susuk tubuh yang berkeliaran. Bau hanyir dan masam menusuk ke dalam hidung.

Pencarian malam itu tidak mendatangkan hasil yang aku inginkan. Puas aku ke hulu ke hilir mencari dia. Namun, bayang-bayang dia tidak aku temui. Yang nampak hanyalah bayangan wanita kerepot yang mundar mandir mencari pelanggan yang rata-ratanya jauh lebih muda daripadanya.

Asap rokok aku hembus. Terasa enak nikotin masuk ke dalam paru-paru. Maaf, bukan nikotin saja tapi berpuluh ribu bahan kimia. Peluh jantan yang menitik aku tidak hiraukan. Yang aku tahu sekarang, tekak yang kering ini minta dibasah dengan secawan kopi o ais yang pekat dan dingin.

Ahhh, esok-esok sajalah aku cari dia. Mesti esok dia ada. Lagipun, banyak lagi masa dia di sini. Cuma aku saja yang kena rajin singgah di tempat ini.

11.2.12

Jiwa

Bisakah aku bertanya padamu
Dari mana datang sayang ini
Dari redup mata mu
Atau bisikan mesra.

Adakah kerna sentuhan listrikmu
Membuat ku terus berjanji
Hati ini hanya milikmu saja.

Sentuhanmu bukan datang dari
Dunia materi
Terasa ini pernah mengusikku
Bagai dejavu.

Ku rindu sentuhanmu
Ku damba sentuhanmu
Tiada lain yang ku inginkan
Hanyalah
Hanya sentuhanmu.

Sentuhan Listrikmu
Lagu dan Lirik oleh M. Nasir © 1993
Luncai Emas Sdn. Bhd.

9.2.12

Malam

Malam itu sunyi sepi. Angin bertiup lembut. Bulan memancarkan cahayanya yang terang. Langit dihiasi bintang.

Tapi aku?

Aku terkontang kanting keseorangan. Mencari sesuatu. Mengharapkan sesuatu. Hanya berserah dan meminta. Semoga dipermudahkan oleh Tuhan bagiku.

29.1.12

Lagu Minggu Ini #6 - Special Edition



Salam 2-1 kepada semua yang berada di luar sana. Janganlah bila sudah kalah masing-masing buat tak tahu team pilihan anda, tapi bila menang bukan main gebang lagi ye tak?

Amboi, tak elok tahu buat macam tu? Satu lagi abang nak pesan, bila menang jangan bongkak sangat, lepas tu bila dah kalah emo macam perempuan kena curi spender dekat ampaian.

Akhir kata, salam 2-1 lagi sekali. Dengarkan bait-bait lirik lagu power ini dan hayatilah ia dengan hati yang terbuka.

YNWA!

17.1.12

Kambek!

Amboi, sejak dua menjak ni malas benor nak menulis. Entah apa yang difikirkan aku ni pun tak tahulah. Nak kata dok fikir pasal nak kahwin tak juga.

By the way, kambek yang paling menangkap jiwa aku pada tahun ni adalah kambek Thierry Henry. Kambek Paul Scholes langsung tak menarik nafsu buas aku.

Kenapa?

Jangan sesekali berani tanya soalan macam tu, kalau tak sia-sia je kena lempang.