2.12.12

Minta Balik

"Musalmah! Musalmah!" jerit Adi sambil berlari-lari anak.

"Abang Adi nak apa lagi? Kan Musalmah dah kabor yang kita tak boleh bersama. Minggu depan Musalmah dah nak bertunang bang, tolonglah faham." jawab Musalmah.

"Musalmah, bagi le abang can nak bercakap sikit. Takkan nak bercakap dengan Musalmah pun dah tak boleh sekarang ni? Baru nak bertunang, belum lagi nak berkahwin." balas Adi sambil termengah-mengah.

"Janganlah macam ni bang, nanti kalau orang kampung nampak apa pula kata mereka? Tak manis kan kalau kita berdua-duaan kat sini?" kata Musalmah sambil matanya meliar ke kiri dan kanan.

"Bukannya kita beromen Musalmah, abang cuma nak cakap sikit je dengan Musalmah. Lepas ni abang dah takde can nak bercakap dengan Musalmah, maklumlah dan jadi tunang orang." pinta Adi dengan penuh harapan. Peluh jantan menitik laju dari dahinya. Habis basah belakang baju kemeja kotak-kotak yang dipakai olehnya.

"Hmmm, baiklah bang. Apa ia yang abang nak cakapkan ni? Musalmah nak kena cepat ni, nak kena pergi ke rumah Mak Esah ni." Musalmah akhirnya mengalah. Bukan apa, lagi ditegah nanti lagilah Adi menahan dia dengan pelbagai alasan. Baik dia bagi saja peluang ke Adi.

"Macam ni Musalmah, kan dulu abang ada bagi ke Musalmah henpon Nokia 3310 sempena hari jadi Musalmah tahun lepas. Sekarang abang nak minta balik la henpon ni sebab henpon abang dah rosak, lagipun nanti Musalmah bolehlah minta henpon baru dari tunang Musalmah tu. Dia kan kerja gomen, mesti banyak duit kan?" minta Adi sambil tersengih-sengih.

"Eeeeeeeeeeee, ini rupanya yang abang nak cakapkan ke Musalmah? Musalmah ingat abang nak minta maaf ke apa ke. Dah la, Musalmah beransur dulu, nanti Musalmah suruh Pain hantar ke rumah abang!!!" bentak Musalmah sambil berlalu pergi.

Adi tersenyum puas. Nampak gayanya tak payahlah dia nak keluarkan duit beli henpon baru lepas ni.

1 comment:

LN. said...

Mcm tahi! Hahaha! Salute!