27.2.10

Yakin Boleh!

Aku ingat nanti aku nak senyap-senyap pergi register mana-mana audition rancangan realiti tv yang berkaitan dengan nyanyian sebab hari ni ada orang puji suara aku boleh cari makan.

Individu yang telah memuji aku tersebut merupakan individu yang ke 1,764 yang telah melemparkan pujian sebegitu rupa.

So, yakin boleh!

24.2.10

Pertemuan Yang Tak Di Sangka

Semalam aku bertemu beberapa orang rakan di sebuah restoran makanan segera di Bangsar. Sedang seronok bercerita, tiba-tiba aku terpandang satu susuk tubuh yang betul-betul aku kenali. Aku tergamam, apa yang dia buat kat sini? Betulkah ini orangnya yang aku cari selama ini? Rasa teruja menghampiri aku, maklumlah ini kali pertama sejak pertemuan kami kali terakhir 5 tahun yang lepas yang penuh dengan kesedihan.

Aku mengangkat tangan, sambil memanggil namanya. Sekali, masih tak disedari. Dua kali, pun juga begitu. Masuk kali ketiga, aku menjerit agak kuat berbanding kali pertama dan kedua tadi. Syukur, dia berpaling memandang ke arahku yang sedang tersenyum dalam wajah yang paling manis. Pada riak wajahnya, tergambar juga kegembiraan yang tak terhingga. Kami saling berbalas senyuman, sambil kakiku melangkah pergi ke arahnya. Akhirnya, tangan kami bertaut kembali, berjabat tangan setelah 5 tahun tidak berbuat demikian. Kelembutan tangannya masih juga seperti dulu, yang tidak akan sesekali aku lupakan dalam ingatan ini. Senyuman manisnya yang sering aku bayangkan kini sudah betul-betul muncul di hadapanku. Tingkah lakunya masih sama seperti dulu, tidak berubah sama sekali walaupun sudah 5 tahun tidak bertemu.

Aku memperkenalkannya pada rakan-rakanku yang lain, lantas mempersilakan dia duduk menyertai kami kerana banyak soalan yang ingin aku tanyakan. Dia pun bersetuju dan terus menyertai kami. Banyak perkara yang kami bualkan, lebih kepada kenangan manis yang berlaku dulu. Tak henti-henti dia tergelak bila mengenangkan kembali kenangan yang mencuit hati. Inilah gelak tawa yang betul-betul aku rindui. Sedang asyik bercerita, tiba-tiba tanpa diduga...

...
...

Amacam? Ada bakat menulis novel cinta remaja zaman siber maju 2020 tak? Kalau berbakat, boleh print banyak-banyak pastu jual kat pasar malam takpun kat Jalan Tunku Abdul Rahman. Boleh juga masuk mana-mana pertandingan sastera, manalah tau boleh menang. Dengar khabar kalau menang ada juga can jadi buku teks sastera untuk budak-budak sekolah menengah yang nak ambil Sijil Pelajaran Malaysia.

Royalti hasil jualan buku nanti boleh juga buat tambang pergi bercuti ke Gold Coast sebulan dua. Kalau dah bosan cuba pulak lepak tengok opera kat Sydney. Sambil-sambil tu dapat la melabur dalam ASB untuk simpanan hari tua.


20.2.10

Bukan Sengaja....


Semenjak cuti kerja seminggu ni, aku sekarang dah rajin jadi pemerhati. Bukan apa, daripada aku duduk kat rumah membuang masa, baik aku cuba-cuba buat sesuatu yang baru.

Sepanjang seminggu cuti lepak-lepak kat rumah, aku secara tak pasal-pasal takkan miss satu sinetron yang tengah sibuk main kat TV3 setiap Isnin hingga Khamis pukul 2 petang, iaitu Tasbih Cinta. Aku tengok bukan sebab aku nak jadi peminat tegar sinetron Indonesia, tapi pasal semua orang kat rumah aku sibuk nak tengok, jadi dengan terpaksa aku pun layan la sekali.

Dalam kemeriahan warga Malaysia menonton sinetron ni, aku terperasan beberapa perkara yang menyebabkan aku menjadi bingung seketika untuk memikirkan jawapannya. Kebanyakannya nampak seperti remeh, tak pasti kalau orang lain pun ada perasan ke tak.

Ni ada beberapa perkara yang dapat aku kenal pasti melalui pengamatan aku terhadap Bella, opss, terhadap sinetron ni;

  • Mengapa kamera untuk sinetron ini hanya memfokuskan pada wajah para pelakon sahaja? Kenapa langsung tidak difokuskan seluruh tubuh ataupun sebangsat-bangsatnya, hingga ke paras pinggang para pelakon? Adakah ini satu seni dalam penggunaan kamera?;
  • Aku juga kadang-kadang terfikir, adakah Jojo dan Bella itu berdiri sebelah menyebelah? Kerana kelihatan seperti kedua-duanya berada di tempat yang lain, tapi secara tiba-tiba mereka sebenarnya berdiri sebelah menyebelah. Bukan saja pada Jojo dan Bella, malahan juga pada watak-watak yang lain;
  • Dalam sinetron ini, dapat dipastikan bahawa penggunaan pelakon tambahan untuk membawakan watak orang-orang kampung memanglah tiada. Dalam 1 babak, kelihatan seperti mak kepada Jojo memberi ucapan kepada para tetamu yang hadir di rumahnya, tapi langsung tak dapat dipastikan pada siapakah ucapan itu ditujukan kerana tiada langsung kelihatan muka para tetamu yang sedang mendengar ucapan itu. Mengapa ini berlaku? Kerana kekangan bajet dari produserkah?;
  • Semasa terbongkarnya suatu rahsia, ataupun apa-apa perkara yang mengejutkan, kamera akan memfokus berulang kali terhadap muka para pelakon yang sedang ternganga mulutnya dalam gerak geri perlahan sehingga boleh menyebabkan rasa menyampah yang amat sangat kepada mereka yang menonton;
  • Para pelakon juga seringkali dilihat bercakap seorang-seorang macam orang gila pada waktu yang tertentu. Kalaupun mahu bermonolog, takkan setiap masa nak bermonolog. Dan mengapa monolog itu kadang kala dilihat dah serupa macam bersembang dengan orang lain, bukan lagi monolog?;
  • Tak tau sama ada ini kebetulan ataupun tidak, semua sinetron yang aku sempat tengok, bukan saja Tasbih Cinta, tak habis-habis mengetengahkan suasana dalam bulan Ramadhan. Kenapa tak dalam bulan Rejab ke, Syaaban ke, Zulkaedah ke? Dah la bulan puasa lambat lagi ni;
Itu la antara beberapa perkara yang dapat aku kenal pasti melalui pengamatan aku pada sinetron yang berjudul Tasbih Cinta ini. Tak sangka, dalam sibuk-sibuk melayan kecantikkan wajah Bella, aku juga dapat menyelami beberapa perkara yang terselindung di dalam sinetron ini seperti yang tercatat di atas.

Agak-agak ada can tak jadi juri untuk Anugerah Skrin tahun depan?

16.2.10

Sekali Sekala Kalau Balik Lepak Petang Awal Sikit Apa Salahnya

Ini hari rutin macam biasa la. Pukul 3.30 petang lagi dah melangok lepak kat mamak pekena air soya dalam tin. Lagi-lagi dalam keadaan cuaca yang panas semenjak dua menjak ni, memang syok melayan soya dalam tin sambil perabihkan Winston Light 20 kepunyaan member.

Tapi ada satu perkara yang paling membanggakan aku hari ni.

Boleh pulak lepas lepak kat mamak, kitorang bantai main badminton dekat depan rumah aku dengan gaya macam budak-budak sekolah rendah main waktu petang-petang. Nasib baik takde basikal, kalau tak mesti basikal tu dah jadik net tak rasmi.

Perghh, petang yang sungguh menyihatkan.

14.2.10

14 Februari 2010

Ini hari agaknya mesti budak-budak remaja yang main kapel-kapel mesti tengah syok selebret Hari Valentine kat KLCC, Pavillion, Times Square, Sungai Wang, Mid Valley, One Utama, Rumah Tumpangan Ah Seng, Hotel Bajet Wong, Hotel Tune, Hotel Cheras dan mana-mana lagi la.

Tapi bagi aku, apa barang selebret Hari Valentine. Tak ranggi langsung. Baik duduk rumah layan vcd Kungfu Hustle sambil garu-garu bontot.

Apa-apa pun, aku ucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina pada semua yang meraikannya bersama keluarga hari ini.

13.2.10

Sampai Bila?

gambar hasil curi di internet


Agak-agak kenapa pengarah filem kat Malaysia (yang konon-kononnya punya ilmu yang tinggi dalam perfileman) dicop sebagai kurang bijak ataupun dalam bahasa kasarnya BODOH?

7.2.10

Rasa Nak Hentak Kaki Atas Meja Sambil Menghirup Asap Gudang Garam Original

Kadang-kadang bila aku tengah mengelamun sorang-sorang, mesti akan teringat kisah masa zaman bodoh alang kat sekolah dulu. Dan-dan je mesti sengih sorang-sorang, stail sengih pun macam dapat surat dari awek misteri siap ada bedak wangi dalam tu. Rasa rindu nak buat peel bodoh dan rebel macam kat sekolah dulu sentiasa ada.

Tapi rebel-rebel aku pun, takde pernah terpikir nak lari-lari anak dalam keadaan bogel keliling floor dalam keadaan samar-samar diterangi lampu koridor asrama sambil diselangi gelak tawa nan riang.

Sangat celaka perangai korang ye!

notakaki : buat mereka yang pernah menghuni penjara juntech, kalau terer cuba teka siapa yang dimaksudkan?

1.2.10

Selamat Bercuti Pada Mereka Yang Bercuti

Hari ni aku terasa sungguh nikmat.

Nikmat bangun tido pukul 12 tengahari.

Nikmat duduk berehat atas sofa sambil tengok tv besertakan dengan putaran kipas yang sangat laju.

Nikmat dapat bersantai di rumah sambil melayan aiskrim vanila bersalut kepingan coklat dan kacang.

Apa barang kerja hari ni wehhh.