24.10.09

Untuk Di Jual

Ada sape-sape berminat nak beli Modenas Kristar, 110?

Kaler set hijau putih, bukan macam bendera Pas sebab ada kaler hitam jugak. Semat la jugak kaler tu.

Pernah merembat ke Subang dengan jayanya dan menduduki tempat ke 3 dari 1054 bijik motor lagi.

Pernah juga secara kereknya berlumba dengan sebijik Proton Wira standed semasa dalam perjalanan pulang dari Sungai Congkak.

Belum pernah terbabas secara besar-besaran kecuali jatuh tergelincir di depan rumah seorang rakan. Cilaka.

Mempunyai rekod masa yang agak lama untuk enjin dihidupkan, iaitu selama lebih kurang 40 minit yang berjaya dicatatkan petang semalam.

Harga tak mahal sangat, RM 5000 dah ok dah. Takde nak deal-deal lagi dah.

Haha, ade beran nak angkat?

Jahanam!


Ini filem baru Quentin Tarantino.

Ini bukan filem remake The Inglourious Bastards tahun 1978, itu filem lama. Itu betul-betul punya cerita perang.

Yang ni boleh gelak-gelak lagi dalam panggung, cuma kadang-kadang terasa nak marah bila ada orang macam tak kisah nak jawab talipon dalam panggung. Siap cakap kuat-kuat macam kat dalam jamban rumah dia pulak.

Lagi satu, kalau rasa diri tu pengagum Nazi dan juga pembenci kaum Yahudi pikir-pikirlah balik nak tengok ke taknak.

Filem ni memang memperkotak-katikkan Nazi dan mengangkat Yahudi sebagai pemenang, itu yang aku rasa la.

Selain daripada 2 butir popcorn yang melekat kat sweater Led Zeppelin aku, pastu rilek je tak perasan sampai la ke car park, aku rasa filem ni best jugak la untuk ditonton. Cibai punya popcorn.

14.10.09

Apehal Blog Ni Dah Lama Tak Berupdate?

Aku pun tak tau kenapa.

Pagi-pagi aku dah keluar rumah.

Balik rumah pun dah petang.

Nak online malas dah, kena rehat-rehat jap.

Malam lepak mamak sampai 2-3 pagi.

Balik rumah terus tido.

Mana ada masa nak online beb. Nak update blog lagi.

Ni pun nasib baik ada kat rumah, kang jap lagi nak merembat ke Shah Alam.

Ntah ape gila panggil interbiu jauh-jauh.

Dekat-dekat area Cheras tak boleh ke?

Dah la, aku nak pegi mandi pulak. Bau pun dah serupa macam kambing gurun dah, pergghhhh. Aku sendiri tak tahan ni.

11.10.09

Papadom


Mesti tonton filem ini.

Two thumbs up for Afdlin Shauki.

6.10.09

Putih = Suci

Blog ini bertukar kaler.

Melambangkan betapa sucinya hati aku.

Hahahahahaha.