19.2.11

Apa? Sini Ada Hantu?



Apa? Nak tengok wayang nak kena pakai seluar panjang, tak boleh pakai seluar pendek? Lu biar betul. Mana lu dapat fatwa baru ni, gua tak pernah dengar pun sebelum ni?

kah kah kah...tak true langsung la lu ni...kah kah kah

kah kah kah...kalau pakai seluar panjang nanti tak selesa nak duduk la...kah kah kah

kah kah kah...sikit sikit nak ejas boxer yang tersepit...kah kah kah

kah kah kah...takkan sejuk sikit pun tak boleh brader...kah kah kah

kah kah kah...takkan nak kena ajak awek baru boleh pakai seluar pendek...kah kah kah


Er, takde apa apa sebenarnya. Gua saja nak bergurau, bukan nak kutuk siapa siapa pun. Gua nak cerita pasal filem Sini Ada Hantu yang gua tengok itu hari tapi gua tak tahu macam mana, jadi gua buat la perangai sikit, konon konon macam Tukar Tiub.

Gua boleh cakap yang cerita ni boleh tahan la, takde pun gua rasa menyesal lepas keluar panggung sebab cerita dia boleh buat gua gelak tahap tak senonoh. Lagi lagi part cerita hantu asrama tu.

notakaki - benda takde motif memang selalu jadi macam ni. maaf tukartiub sebab gunapakai stail gelak

14.2.11

Sembang Jangan Selalu Kosong

Gua tak sangka pula yang member gua si Bob Mat pandai bersembang tentang hal hal politik Malaysia dan luar negara.

Mati mati gua ingat dia hanya tau sembang pasal hal panjat gunung, masuk hutan, terjun dari air terjun dan pukul orang je.

1.2.11

Saya Seekor Ratatouille

Nama saya Ratatouille. Saya seekor tikus jalanan yang bersaiz XL. Saya tinggal di sebuah restoren mamak bersama sama dengan keluarga saya. Bapak saya dah lama mati, kerana dilenyek sebuah van. Mak saya pun sudah mati, selepas parah di kepala kerana dipukul dengan sebatang penyapu oleh pekerja restoran mamak tersebut. Kini yang tinggal hanyalah saya dan 8 ekor adik beradik saya yang lain. Cuma saya jarang bertegur sapa dengan mereka kerana masing masing sibuk menjalani kehidupan yang penuh dengan ranjau berduri ini.

Hobi saya adalah bermain di celah celah semak samun. Saya juga gemar berlari lari di khalayak ramai di restoran tersebut. Kadang kadang saya berlari ke arah para pelanggan di situ, dengan tujuan untuk beramah mesra dengan mereka. Tapi, kebanyakan orang menganggap saya sebagai makhluk yang menjijikkan, hanya kerana badan saya dipenuhi luka luka dan kurap.

Saya mencari makan di sekitar restoran terbabit, terutamanya di rumah sampah serta di dalam longkang. Saya memakan apa saja, termasuklah wayar elektrik, cebisan tulang ayam mahupun sampah sarap. Tapi saya lagi suka kalau dapat sekeping roti canai yang dicicah kuah dal, tapi apakan daya saya cuma seekor tikus yang tak reti untuk mencicah roti canai dengan kuah dal.

Semasa saya bersiar siar di khalayak ramai, saya sering membuatkan gadis gadis terkejut dengan kehadiran saya. Malahan, brader brader yang lepak minum kat situ turut terkejut dengan saya. Saya juga sering dibaling dengan pelbagai jenis objek seperti kotak rokok, kulit limau, gumpalan tisu, tin dan pelbagai jenis benda lagi. Tidakkah mereka tahu bahawa badan saya sakit setiap kali terkena balingan mereka? Di mana rasa belas ehsan mereka terhadap saya? Saya juga makhluk yang hidup di muka bumi ini, jadi apa salahnya saya berkongsi sedikit nikmat kehidupan yang tersedia di atas muka bumi ini?

Tapi, saya tidak menyalahkan manusia seratus peratus kerana saya tahu mereka jijik dan geli dengan saya kerana keadaan diri saya yang kotor dan gemar memakan sampah. Cuba lihat pada tikus hamster, yang juga merupakan sepupu saya. Mereka dibelai, dimanja dan disayangi kerana mereka dalam keadaan yang bersih dan comel serta tidak makan sampah sarap serta tinggal di rumah sampah. Mereka dapat tinggal di tempat yang selesa, diberi makan dan minum serta selalu dibawa ke mana saja tuan mereka pergi kerana mereka tidak seperti saya.

Apakan daya, saya hanyalah seekor tikus jalanan yang bernama Ratatouille.