23.1.10

Kala Malam Bulan Mengambang

Aku baru je perasan.

Aku kalau nak mengarang cerita baru mesti malam-malam hari nak ke pagi.

Apasal hah?

20.1.10

Zaman Nakal Sekolah Teknik Dulu

Malam tu memang malam yang bosan di asrama. Ye, setiap malam di asrama akan menjadi bosan sekiranya tidak dipenuhi dengan aktiviti yang menggembirakan. Setakat duduk kat tebeng, sembang-sembang sambil hisap rokok dan suit-suit awek aspuri yang lalu lalang kat asrama aspuri tu dah cukup membosankan bagi aku. Takkan takde benda lain yang betul-betul lebih adventure selain dari memecah loker budak dorm sebelah semata-mata nak carik benda yang boleh dikunyah? Hari-hari buat mau panas muka ni nanti.

Dalam dok terpinga-pinga memikirkan plan yang betul-betul jahat, datang pulak 2 orang junior dari blok K & L, Adib dan Zack nama mereka. Kitorang kat blok M & N memang dah kamceng dengan budak-budak ni pasal senior diorang perangai macam gampang, jadi mereka pun menumpang kasih pada kami senior blok M & N. So, Adib tanpa segan silu telah bertanyakan sesuatu kat aku yang masa tu tengah syok melayan Surya;

"Bob, ko tak rasa macam nak tengok cd blue ke?" tanya Adib.

"Hah, cd blue? Kau biar betul, mana nak dapat cd blue kat sini? Lagi satu, nak tengok kat mana? Takkan dalam bilik warden kot?" aku membalas penuh minat.

"Haha, rilek la. Cd aku ada, Jepun punya. Ini bukan 3 star, ini 5 star punyaaaa. Kita tengok kat blok akademik, bilik bahasa" kata Adib.

"Perghhh, tak boleh biar kalau macam ni. Tapi takpe ke, kang kalau kantoi camne?" tanya aku pulak.

"Ko ikut je Bob, aku dah tengok 2 malam dah kot. Takde pape pun. Asal kita cover line dah la," syor Adib sambil Zack sengih-sengih muka macam celaka mintak seken rokok.

"Ok la, kalau camtu aku on je. Sape lagi nak join ni? " aku setuju sambil rakus menghabiskan sisa-sisa Surya di tangan sebelum Zack mencapainya.

"Kita tanya je la sesape, kalau diorang nak selamba la gerak. Tapi malam sikit la, tunggu line betul-betul clear. Nanti aku carik ko ye," Adib memberi cadangan.

"Ok ok, nanti kau panggil aku," balas aku.

Tengah aku sibuk-sibuk cari kaki lagi untuk buat perkara adventure ni, Adib dengan Zack datang dengan seorang lagi kutu, tapi aku dah tak berapa nak ingat siapa. Setelah dipersetujui, kitorang pun bergerak ala-ala komanda ke arah blok akademik yang tak berapa jauh sangat dari asrama aspura. Blok akademik malam-malam memang gelap. Satu lampu pun tak dipasang, jadi kalau nak naik sorang-sorang sangat la aku tak berani. Itu yang membuatkan line tersangat clear untuk melakukan aktiviti pornografi.

Dah panjat tangga sampai ke tingkat 2, kitorang pun sampai kat bilik bahasa. Masa tu dalam hati aku terfikir, apa punya bodoh cikgu tak kunci solex pintu bilik bahasa ni, kan dah jadi port budak-budak tengok cd blue. Benda dah senang masuk, takyah tunggu lama-lama la jawabnya. Kitorang pun terus masuk dalam bilik bahasa tu. Dalam bilik tu dah ada tv siap dengan cd player lagi, memang seronok la layan cd blue malam-malam. Haha.

Masa tu, kitorang setting pencahayaan tv dengan mengkaver tingkap di sebelah tv dengan menggunakan skrin putih projektor milik sekolah, supaya takde cahaya yang terpancar melalui tingkap. Kalau tak, kantoi keras beb. Lepas siap setting baik, kipas dah on pada kelajuan 5, kami pun memulakan sesi menonton porno dengan hepinya. Strategi kami cukup ampuh, iaitu dengan meletakkan seorang di luar bilik bahasa secara bergilir-gilir untuk cover line. Jadi, nak menonton pun takkan risau lagi.

Muka masing-masing masa tu takyah cakap la, jenis muka sangap je sekor-sekor. Tu kalau ada perempuan masa tu, memang habis di kerjakan secara gang bang. Adib masa tu kat luar, tengah cover line. Tapi tak lama lepas tu, dia dah mula bagi hint nak serahkan baton cover line kat orang lain pulak. Aku pun secara sukarelanya pun keluar la menggantikan tempat Adib.

Mula-mula keadaan terkawal je masa aku jaga. Tetiba, masa aku jenguk kepala nak tengok kat bawah boleh pulak ada pakgad kat bawah tu. Dia pulak perasan aku jenguk kepala tadi, aku pun dengan sepantas kilat terus la tunduk menyorok. Pucat muka aku masa tu, dah macam masa kantoi tak turun Asar kat surau. Pakgad tu pulak, siap sound aku yang kat atas ni. Lagi la aku takut. Dia siap warning, kalau tak turun jugak dia sendiri yang akan naik. Ah sudah, kalau dia naik kantoi la budak-budak dalam bilik tu. Aku senang-senang dah boleh chow je masa tu. Tapi atas prinsip persahabatan aku tak sanggup nak biarkan diorang kantoi. Aku pun bukak tingkap sikit bagitau kat bebudak yang kat dalam tu tentang situasi terkini. Menggelupur masing-masing nak berambus dari situ. Lepas bagi amaran, aku pun terus lari ke arah tangga. Nak jugak aku stenbai, kot-kot pakgad tu dah sampai atas.

Aku tengok line sudah clear, apa lagi nak tunggu. Aku pun cabut la dari situ, sepantas kilat aku dah turun ke tingkat paling bawah sekali. Kitorang lari asing-asing taknak sekali lari, takut senang dikenal pasti. Aku pun lari la nak masuk ke kawasan asrama balik, tapi tetiba aku nampak bebudak tadi kat pintu belakang dewan makan (DM). Aku pun join la diorang kat situ, sambil-sambil tu boleh tanya tentang perkembangan musuh. Kitorang pun melangkah la masuk ke dalam DM, tapi ternyata la langkah kiri. Pakgad tadi dah tercegat kat depan pintu DM sambil menjerit, "Woiiiiii!!!!!!!!!!!!!!" Sangat celaka perangai beliau.

Apa lagi, kucar kacir kitorang lari. Yang 3 ekor tadi boleh bantai lari ke depan, sampai kat aku bijak sikit la, aku lari ke belakang sampai la ceruk-ceruk belakang sekolah. Sambil tu usya-usya sikit kat balkoni asrama aspuri. Mana tau kot-kot ada yang tengah bukak coli ke, kan dah untung di situ. Tapi memang tak dapat dinafikan, sangat la hebat ye kerana berlari-lari di kawasan sekolah secara solo pada malam hari. So dengan gaya komando aku pun berjaya menyusup masuk ke dalam asrama tanpa di sedari oleh musuh yang telah hilang entah ke mana. Berbekalkan selipar di tangan, aku terus naik ke tingkat 3 asrama sambil berlari-lari manja. Gila celaka penat sungguh main kejar-kejar dengan pakgad malam-malam. Jadi, untuk melepaskan lelah aku pun menghisap rokok sebagai penambah tenaga yang telah hilang, sambil menunggu lagi 3 orang yang masih belum lagi muncul.

Tengah aku galak bercerita pada rakan-rakan tentang pengalaman yang ditempuhi sebentar tadi, muncul 3 orang yang sudah ketinggalan tadi. Dalam keadaan masih termengah-mengah, Adib sempat lagi nak pow rokok aku. Gampang punya budak. Kami pun duduk enjoy sambil bergelak ketawa bercerita tentang kejayaan kami menonton cd blue di bilik bahasa dan juga melarikan diri dari pakgad yang gaya lariannya dah serupa macam Usain Bolt. Sangat menggembirakan.

18.1.10

Idaman Kalbu

Agak-agak la, kalau aku simpan RM 2 dari duit aku setiap hari, bila agaknya aku boleh dapat kereta sebijik macam kat atas ni?

Ataupun, ade sesiapa yang baik hati nak belikan sebijik bagi aku?

Kalau ada, memang hari-hari aku ambik orang tu pergi mana-mana yang dia nak, then siap jemput masa balik lagi. Bila-bila masa.

15.1.10

Amaran!


Jangan benarkan teknologi menghampiri anak-anak kecil.

Buruk padahnya nanti.

Malahan, jangka hayat bateri henfon anda akan cepat berkurangan.

Bingung Di Malam Hari......

Betul la apa yang orang cakapkan selama ni. Kalau dah masuk dalam dunia pekerjaan ni, hal-hal remeh temeh dalam dunia dah tak berapa nak masuk sangat, contohnya macam melepak kat mamak sampai 3-4 pagi baru reti nak balik rumah. Alasan dia, sebab letih kerja dari pagi sampai ke petang, so bila malam duduk rumah berehat tengok tv sepam dua pastu tidur awal.

Tapi apa pasal celaka sangat mata aku ni tak reti nak tidur awal walaupun besok nak kena bangun pagi-pagi mengadap kerja yang menimbun?
Damn!

13.1.10

Arghhhhh!!!

Semalam aku duduk melepak kat mamak. Ada la dengan 2-3 orang kutu taman. Sambil pekena kopi ais, kitorang pun pakat la nak sembang-sembang. Mula-mula sembang hal-hal duniawi, yang penuh dengan keseronokkan dan keasyikkan.

Sembang punya sembang, sampai rokok dah berbatang-batang habis, tetiba sorang kutu nak blah. Besok kerja katanya. Ok la, takde hal punya. Lain kali boleh melepak lagi. Tinggal la kami bertiga yang masih gagah meneruskan sesi perlepakkan. Sambung lagi sembang, kali ni cerita pasal pendidikan pulak. Aku dah mula endah tak endah, lebih menumpukan sepenuh perhatian pada kopi ais sama Nusantara hijau aku. Punya la semangat diorang bersembang, sekali sekala aku celah sikit-sikit la, tu pun part yang gelak-gelak je.

Tapi lepas tu, tiba-tiba je topik yang dibincangkan menjadi lebih serius. Hal yang memang aku sendiri taknak sibuk fikir-fikir. Masih ada beberapa tahun lagi untuk mengumpul duit, tapi perkara ini terlalu awal untuk difikirkan. Ini bukan hal main-main, besar tanggungjawabnya.

Aku menelan air liur tanda terkesima. Nusantara hijau aku sedut dalam-dalam, perlahan-lahan aku hembus asap ke atas. Dalam diam, aku palingkan muka ke arah skrin besar yang tengah tayang cerita Alvin & The Chipmunks, tanda aku tak berapa nak masuk dengan topik yang disembangkan.

Lain kali kalau nak melepak dengan aku takyah nak sembang pasal kahwin, karang tak pasal-pasal ada yang makan gelas besar pulak. Yang aku tak tahan, siap bincang berapa ribu nak pakai buat majlis kahwin. Ada jugak siap tanya, besok-besok nak duduk mana, rumah sendiri ke rumah mertua. Lebih mengharukan, sempat ke nak tengok anak-anak pegang degree. Arghhhh, kusut aku dibuatnya. Padahal ada yang baru praktikal, siap cakap nak sambung ambik degree lagi. Tak boleh ke jangan terlampau memandang ke depan, wahai rakan-rakanku?

8.1.10

Hobi Masa Kecik Kecik

Dalam tahun 1998-2000, scene kumpul kad WWF cukup top. Siapa yang tak kumpul kad WWF dalam dompet Adidas pasar malam memang tak berapa nak cool la berbanding dengan budak-budak yang join scene kad WWF. Harga pun tak berapa nak mahal, memang boleh dikatakan mampu dimiliki oleh budak-budak sekolah masa tu. Sekali beli je dah dapat 3 keping. Nak beli kat mana pun tak susah, kat pasar malam ada jual.

Pasar malam area rumah aku pulak setiap hari Jumaat. So, setiap kali pergi pasar malam benda pertama yang aku carik memang kad WWF tu la selain dari usya-usya dompet Adidas takpun Nike. Masa pilih kad pun dah kecoh. Kejap-kejap nak gambar The Rock, kejap-kejap kang bila teringat yang gambar The Rock dah banyak mula la carik gambar Stone Cold pulak. Masa tu yang paling top Stone Cold dengan The Rock la. Undertaker tak berapa nak berkenan, jiwa kegelapan tak berapa nak ada dalam diri masa tu.

Kalau dapat kad gambar yang aksi Stone Cold buat aksi lain dari kad budak-budak lain cukup best. Masa tu dia punya eksyen macam pakai beg Adidas ori kaler hitam bawak pergi sekolah. Masa nak tunjuk kat kawan-kawan punya la berlagak. Siap ada yang offer tukar kad suka sama suka, tapi awal-awal lagi dah rejek sebab susah gila nak dapat kad rare ni. Member tengok pun berbulu je, usya macam nak rembat kad dalam dompet diam-diam.

Punya la nak jaga kad WWF tu, siap beli lagi card holder buat selit dalam dompet. Sekali tengok, tebal dompet dah macam tebal dompet bapak-bapak yang penuh dengan kad kredit. Kalau letak kat poket belakang, rasa membukit je kat poket belah kanan. Lagi satu, member-member memang salute la kalau kad WWF tu banyaknya sampai macam tu sekali. Kadang-kadang siap main tukar-tukar kad lagi. Katakan la, kad gambar Jericho dah ada sampai 4 dalam simpanan. So, offer la nak tukar kad dengan member-member yang lain. Mana tau kot-kot member ada kad gambar Chris Benoit yang smart, boleh la tukar dengan dia.

Tapi ada jugak budak-budak yang join scene kad nama. Konon dah macam bisnesman la dah ada kad nama. Nak beli pun bukan main leceh. Nak kena tempah lagi, siap kena isi borang macam nak mintak pinjaman buku teks. Pastu, bukannya terus dapat direct kat tangan, nak kena tunggu posmen hantar lagi. Harga pun mahal, tak macam kad WWF. Boleh pulak pilih gambar apa yang nak diletak atas kad, gambar yang ada pulak gedik semacam je. Gambar bintang filem hindustan la, gambar kucing la, gambar bunga la dan macam-macam jenis gambar yang langsung tak menunjukkan diri masa tu dah pandai layan lagu XPDC secara diam-diam.

Atas kad tu pulak boleh la letak macam-macam info. Nama penuh kau pun boleh, tapi tu memang standed la. Dah nama pun kad nama. Alamat siap ada, kadang-kadang ada yang letak nombor talipon sekali. Padahal masa tu kalau nak bergayut dengan talipon bukan main susah. Mak kat tepi siap pasang telinga, mana tau kot-kot ada perbualan yang menjurus kepada kapel mengkapel. Yang lagi tak boleh blah, siap ada ucapan atau kata-kata hikmat atas kad tu. Sangat celaka!

Budak-budak perempuan suka la simpan kad-kad macam ni. Dia punya suka lagi-lagi kalau dapat kad gambar Shah Rukh Khan, Salman Khan, takpun Amir Khan. Bukan main suka kalau bab nak bagi kat pakwe-pakwe hensem dalam kelas, dengan harapan diorang akan simpan kad tu elok-elok. Bagi yang kaki jiwang tu memang akan simpan la. Tapi bagi yang kaki wrestling ni, jangan harap la nak simpan. Dah kira melanggar protokol dah tu.

Masuk je tingkatan 1, scene kumpul kad WWF dah tak berapa nak meriah. Nak pergi pasar malam beli kad WWF pun dah reti nak segan. Pergi pasar malam dah pandai beli ayam rangka, sambil usya awek-awek sebaya yang cun melecun. Budak-budak kecik boleh la main benda alah tu. Tapi memang masa tu kad WWF dah agak susah nak carik, mungkin scene kad WWF dah berkubur. Tapi, scene kad nama bodoh tu aku tengok mampu bertahan sampai aku naik tingkatan 4 masuk sekolah teknik sebab ada sorang awek tu kasi kad nama dia kat aku. Sungguh memalukan.

Kadang-kadang aku terpikir balik, apa faedahnya habiskan duit beli kad WWF tu banyak-banyak pastu simpan dalam dompet Adidas kasi tebal? Sebab sekarang aku pun tak berapa nak pasti, apa agaknya nasib kad WWF tu dengan dompet Adidas pasar malam aku tu. Dah dikitar semula ke? Hanyut sampai ke Sungai Rajang ke? Ke mak aku dah ambik diam-diam kad aku tu masa aku tidur, pastu terus bakar dengan sampah sarap yang lain kat belakang rumah?

9 Januari 2010


Mari ramai-ramai pergi.

Benda free, tak elok nak di tolak.

7.1.10

10 Perkara Yang Jangan Dilakukan Bila Berada di Gig, Konsert atau Apa Saja Acara Yang Berkaitan Dengan Muzik


  1. Jangan hanya berdiri mengkakukan tubuh anda sambil memeluk tubuh. Pulak tu siap buat muka gengster bila orang lain tertolak dia. Ingat, ini gig la brader, kalau nak berdiri tegak diam-diam lu pergi la berbaris kat sekolah setiap hari Isnin;
  2. Pastikan anda tidak merokok apabila berada di dalam mosh pit. Bukan semua orang kat situ merokok. Mana tau ada awek-awek cun ataupun brader-brader straight edge yang benci akan asap rokok korang tu, so kena la respek kat diorang. Selain tu, ianya akan mengelakkan dari bara rokok anda jatuh melayang ke atas lengan brader skinhead kat sebelah dan menyebabkan muka anda dicop dengan tapak Doc Mart;
  3. Gig ataupun konsert bukan la tempat yang sesuai untuk pasangan yang berkapel untuk dating. Bagi si lelaki, kalau awek anda di raba oleh tangan-tangan gatal, jangan nak buat muka bengang gila babi sebab anda sendiri yang bodoh kerana membawa awek anda ke gig atau konsert. Sila la lepak kat Times Square sambil bermain bowling ataupun lepak di taman KLCC beromen secara sembunyi-sembunyi;
  4. Bagi gadis-gadis atau awek cun, pastikan anda bukan berseorangan atau berduaan dengan rakan anda apabila bersesak-sesak di depan pentas semata-mata nak tengok Bunkface, kerana kehadiran anda akan menyebabkan banyak tangan gatal yang singgah di segenap penjuru tubuh badan anda yang montok itu, termasuk la aku kalau ada peluang, hehehe....;
  5. Bagi gadis-gadis yang bertudung sopan, jaga kelakuan anda semua. Jangan melakukan perkara yang akan mendatangkan rasa jelik pada mereka yang berada di sekeliling anda. Ingat, anda membawakan imej Muslimah di tengah-tengah konsert atau gig, amat tak manis jika anda yang terlebih-lebih seperti meroyan;
  6. Jangan sesekali anda berasa diri anda hebat, lantas anda hanya memakai selipar apabila ke gig atau konsert kerana nescaya anda tidak akan dapat lagi merasai kewujudan kaki anda selepas itu;
  7. Jangan makan makanan yang berat sebelum anda masuk ke dalam mosh pit. Dengan perut yang penuh, anda akan kehilangan tenaga dan cepat berasa letih serta mengah secara tiba-tiba;
  8. Kalau boleh, jangan berpogo atau bermoshing sesuka hati tanpa menghiraukan perasaan orang di sekeliling anda, kelak hati anda yang akan tercalar beserta dengan muka dan tubuh badan;
  9. Jangan baling apa-apa saja objek ke dalam mosh pit, kerana nampak sungguh tiada semangat setiakawan bila anda melakukan perkara sedemikian. Aku pernah nampak dalam satu gig yang pernah aku pergi, sebiji kerusi melayang ke dalam mosh pit gara-gara rasa tak puas hati. Kita mahu bergembira, bukannya nak bergaduh tak tentu hala;
  10. Jangan balik lambat bagi mereka yang tidak mempunyai transpot sendiri, ianya akan menyebabkan anda terpaksa berjalan kaki untuk pulang. Dah tau gig habis pukul 12 malam, apa la bebal sangat nak stay sampai habis. Pastu tak habis-habis nak menyusahkan orang, siap suruh jemput dia macam la dia anak tan sri;
Itu la sedikit sebanyak perkara yang dapat di kongsi bersama. Lain kali kalau ada lagi, aku buat la part 2 pulak. Letih la nak pikir petang-petang ni, panas pulak tu.

6.1.10

Apa Yang Mengganggu Di Fikiran?

Tetiba pulak aku rasa stim.

Apa kes?

2.1.10

Sekali Sekala Layan Punk Apa Salahnya Beb




Budak-budak ni kalau dah naik gila diorang habis la.

1.1.10

Malam Tahun Baru

malam tahun baru
tak tentu arah
nak kemana
tiada tempat nak dituju
alih alih
lepak saja di mamak
minum teh tarik
hisap June mentol
sembang sembang
bahan bahan
gelak gelak
maki maki
tengok tengok
sudah hampir jam 12
siaran tv disediakan
ramai ramai tengok tv
nampak najib atas pentas
dengan bini kesayangan
sampai juga jam 12
semua orang nampak girang
bersorak sakan di dataran
nampak penuh sungguh sesak
masih ada bawak anak
bunga api dentum dentam
langit malam jadi meriah
suasana malam jadi bising
sudah habis pertunjukan
semua umat mahu pulang
nah, ambik kau
kan dah bersesak di jalanraya
yang sibuk sangat nak sambut buat apa
baik dok lepak mamak
minum minum
makan makan
kenyang perut
senang hati
balik rumah
gosok gigi
basuh kaki
dah selesai apa lagi
mari tidur sampai pagi!