30.9.13

Manaf - The Unexpected Journey (Part 2)

Rumah Manaf letaknya betul-betul di hujung kampung. Kalau dari gaya memang jenis rumah tak reti nak bergaul dengan orang kampung yang lain, tapi sebenarnya Manaf baik dan peramah orangnya. Manaf juga tak kisah kalau ada orang kampung yang datang ke rumahnya lewat malam semata-mata untuk meminta tolong. Sebab tu Manaf disenangi oleh orang kampungnya, walaupun kedudukan rumahnya agak jauh dari rumah orang kampung. Manaf tinggal seorang diri di situ sejak kematian orang tuanya 5 tahun lepas. Orang tuanya meninggal dunia sebab eksiden semasa dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur. Sejak hari itu, Manaf tinggal seorang diri di rumah itu. Baru indie katanya.

Setibanya di rumah, Manaf disambut oleh Black, iaitu kucing kesayanganya. Black lah yang jadi teman serumah, teman menyembang, teman tengok tv dan teman tidur Manaf sekarang. Kalau Manaf bosan memang Black yang jadi teman Manaf bersembang. Walaupun dia sendiri tahu mustahil Black boleh faham apa yang dia kata tapi dia tetap tak peduli. Inilah dunia Manaf, di mana dia boleh hidup dengan tenang tanpa gangguan sesiapa pun. Manaf bahagia, walaupun Cuma bertemankan Black. Manaf tak pernak terfikir untuk mencari makwe atau isteri, kerana Manaf tahu perempuan ni susah nak dikawal, suka minta itu ini dan macam-macam lagi. Itu yang Manaf belajar dari drama Melayu di stesen tv swasta mahupun kerajaan.

Malam itu hujan turun dengan lebatnya. Manaf yang sedang enak diulit mimpi terjaga dari tidur setelah terdengar satu bunyi bising yang dating dari dapur. Dengan penuh hati-hati, Manaf menuju ke dapur. Di tangan Manaf tergenggam sebatang kayu yang untuk perlindungan diri. Manaf khuatir di dapurnya sekarang ada pencuri. Kalau hantu yang sedang selongkar dapurnya Manaf tak kisah, paling koman Manaf akan azan kuat-kuat dan baca ayat 3 Qul banyak kali. Tapi kalau pencuri Manaf perlu berhati-hati. Mana tahu pencuri tersebut memiliki pistol ke, mesingan ke, bazooka ke, tak ke naya Manaf nanti.

Hati Manaf berdebar-debar. Cuma tinggal beberapa langkah saja dari dapur. Keadaan gelap gelita. Manaf tak bercadang untuk membuka lampu, takut nanti yang membuat bising di dapurnya akan terkejut dan terus melarikan diri mengikut pintu belakang. Oleh kerana Manaf sudah biasa dengan selok belok rumah sendiri, maka Manaf dengan selamba berjalan dalam gelap. Di pintu dapur, Manaf masih lagi tenang mengintai apakah gerangan yang membuat bising tadi. Bila tak buka lampu payah pula nak melihat siapa yang ada di dapur. Jadi Manaf ambil keputusan untuk buka lampu dan terus terjah ke arah bunyi bising datang. Dengan lafaz Bismillah, Manaf membuka suis lampu dan terus berlari ke dapur sambil menjerit. Namun yang kelihatan hanyalah Black – yang sedang enak makan ikan goring yang Manaf simpan di dalam gobok sebelum masuk tidur tadi.

“Black, Black. Kau ni buat aku terkejut je la. Aku ingat pencuri mana la tadi yang pecah masuk, rupa-rupanya kau ye Black.” Kata Manaf dengan lemah lembut. Diusap kepala Black dengan lembut – tanpa Manaf sedari di balik tingkap ada sepasang mata yang sedang memerhatikannya. Mata yang berwarna biru tetapi bercahaya dalam gelap.

besambung...

26.9.13

Manaf - The Unexpected Journey (Part 1)

Manaf tercungap-cungap. Tak cukup tanah dia berlari. Ini semua salah Loqman dan konco-konconya. Manaf tak buat salah pun, cuma dalam perjalanan pulang tadi dia secara tak sengaja ternampak Loqman dan konco-konconya sedang cuba memecah masuk kedai runcit Pak Kassim. Manaf cuba tunjuk hero, habis dijerkahnya Loqman. Tapi lain yang jadi, Manaf pula dijerkah dan dikejar oleh Loqman dan konco-konconya. Mujur Manaf memiliki kepantasan berlari seperti Usain Bolt, maka dengan mudah dia meninggalkan Loqman dan konco-konconya jauh di belakang.

Manaf tengok keliling. Setelah dipastikan selamat dia pun keluar dari tempat persembunyiannya. Sudah hampir satu jam dia menyorok di situ, ketiaknya basah sebab kepanasan. Manaf memandang ke atas, terik mentari menyilaukan matanya. Tekak pula sudah kehausan, tangan diseluk ke dalam kocek seluar. Nah, mujur ada 40 sen. Boleh juga guna untuk beli air kosong di kedai Abang Som.

“Bangang punya Loqman, kalau betul nak fight moh le one by one. Ini siap bawak geng apa barang, tak jantan langsung!” bentak Manaf dalam hati.

Dari jauh kelihatan Abang Som tersenyum lebar dengan sebatang Surya di bibir hitamnya. Memang hitam bibir Abang Som, kalau kau tengok sendiri mesti kau terfikir dalam hati bila agaknya Abang Som nak kena kanser mulut.

“Oi Manaf, dari mana tu? Menonong je abang tengok. Meh sini pekena sepam dua Surya ni dulu.” ajak Abang Som sambil tersengih.

“Saya dari pekan tadi, hajat nak beli nombor ekor tapi saya rasa tindakan saya tu salah. Itu yang saya batalkan hasrat saya tu bang. Bang, kasi air kosong bungkus ikat tepi satu. Kurang manis ye bang.” Manaf cuba membuat lawak di tengah panas.

“Nah, ambik le air ni. Toksah bayar, aku sedekah ke kau je la. Kesian aku tengok kau berpanas jalan kaki ni, dah serupa macam zombie aku tengok.” kata Abang Sm sambil menghulur teh o ais bungkus. Lain yang Manaf minta lain yang dibaginya.

“Terima kasih bang, saya balik dulu ye. Assalamualaikum!” jerit Manaf sambil memberi tabik hormat kepada Abang Som.


Sambil berjalan pulang ke rumah, Manaf menghayati setiap sedutan teh o ais ditangannya. Maklumlah dengan cuaca yang panas begini memang sedap kalau dapat pekena air yang sejuk, lagi-lagi yang berais. Ini kalau ada yang sibuk-sibuk nak minta air ni memang Manaf sanggup nak bergasak. Hati kecil Manaf berkata dia tak takut nak bergasak, dia tak gentar nak bertumbuk. Tapi kenyataannya, baru sebentar tadi Manaf lari dari peluang untuk bertumbuk. Ek eleh!

bersambung....

7.5.13

Katakan Tidak Pada Perkauman



Kenapa perlu cetuskan sentimen perkauman?
Ada apa dengan bangsa? 
Ada apa dengan warna kulit? 
Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w sendiri melarang untuk mengagungkan bangsa, apatah lagi kita insan yang biasa.

Hentikan sentimen perkauman, kita sebagai rakyat Malaysia harus bersatu.
Kita anak Malaysia.
Ingat tu!

2.5.13

Baru & Lama

Bulan baru. 
Kerja baru.
Tempat baru.
Persekitaran baru.
Muka-muka baru.
Teman sepejabat baru.
Bos baru.
Dan harap-harap dapat makwe baru.

Yang lama hanya kasut.
Doc Mart warna coklat itu yang lama.
Oh ya, motor juga masih guna yang lama.
Diri aku?
Juga masih yang lama.

13.2.13

Good Old Days


Ok, aku pun tak faham apa sebenarnya yang cuba aku lakukan. Cuma aku nak cakap yang dalam gambar ni ada seorang makwe sekolah. Rokok tu tak silap aku rokok Luffman kotak silver. Kamera member aku dan lokasi pula di Bau Bau Cafe, CM Annexe.

Aduh, rindu zaman lepak situ la sial. 

5.2.13

Selamat Jalan, Aiman.

Mohd Atiff Aiman
Civil Disorder, Dum Dum Tak, The F.R.U, Spunky Funggy, Swampy Zombie Fever etc

Aku kenal dia melalui seorang rakan iaitu Adli, yang bermain satu band dengan dia. Sekitar tahun 2006, Central Market Annexe menjadi tempat pertama kali aku berjumpa dengan dia, memandangkan dia bekerja di The Ricecooker Shop. Dari seorang yang asing, dia menjadi salah seorang rakan aku walaupun tak rapat sangat. Dalam seminggu, boleh kata 3-4 kali aku dan Adli akan turun CM untuk lepak chill pekena nasi lemak dan teh ais Bau Bau Cafe .

Bau Bau Cafe dan The Ricecooker Shop menjadi tempat wajib bagi aku dan Adli untuk melepak, bersama beberapa orang rakan antaranya Abh serta Bainun termasuklah dia. Aku masih ingat, setiap kali kami masuk ke kedai, dia akan khusyuk menghadap pc bermain Myspace ataupun melayan Youtube dan kami akan buat The Ricecooker Shop tu seperti rumah kami sendiri. Haha.

Tapi sejak Bau Bau Cafe tutup, dan The Ricecooker Shop berpindah tempat, aku dah tak berjumpa dengan dia. Seingat aku, hanya 2 kali aku berjumpa dengan dia. Itupun dalam tahun lepas, secara tak sengaja. Dan berita dia sakit pun aku dapat tahu dari Bainun tengahari semalam.

Bainun ada ajak aku untuk jenguk dia pada petang semalam, tapi aku sendiri terlupa dan terus pulang ke rumah. Sesampainya aku di rumah, Bainun mention di Twitter dan bagitahu yang dia sekarang ada dekat hospital menemani Aiman. Aku cuma cakap dekat Bainun kalau ada apa-apa update je terus dekat aku. Tak sampai setengah jam lepas aku cakap dengan Bainun yang aku nak pergi makan, Bainun bagitahu yang Aiman sudah tiada.

Ya, Aiman sudah pergi menghadap Tuhan Yang Satu.

Dia seorang punk rocker.

Dia seorang yang rebel.

Dia seorang yang bersemangat dalam melakukan apa saja.

Dia seorang yang tetap dengan pendirian dia.

Hanya ada seorang Mohd Atiff Aiman yang aku kenal.

Tenanglah engkau di sana Aiman. Segala kenangan serta semangat punk rock dalam diri kau akan tetap kami (rakan-rakanmu) bawa ke akhir hayat kami.