23.8.11

Ramadhan 2011 #4

Senarai barangan yang gua beli untuk raya tahun ni (setakat untuk hari ini) :

i) bedak cap Dashing

ii) pencuci muka

iii) sehelai baju dan seluar bundle

Sudah terbukti, gua seorang yang berjimat cermat bila berbelanja.

18.8.11

Ramadhan 2011 #3


Nasib baik gua selak fesbuk, kalau tak gua tak tau hari ni birthday member gua ni. Jangan salah sangka, member gua tu bukannya Scha Al Yahya mahupun Awal Ashaari tu, tapi brader yang berdiri belah kiri tu. Ada iras-iras Justin Bibir ye tak?

Ok la, gua terus terang la ye Aspa. Gua mengucapkan selamat hari lahir kat lu. Gua tak tahu umur lu tahun ni masuk berapa, tapi yang pasti lu pangkat adik-adik je dengan gua. Semoga tahun ni memberi sinar baru dalam hidup lu tu. Ingat, bunga bukan sekuntum. Jangan selalu layan lagu Cinta 3 Segi tu, kelak merana diri lu.

Lagi satu gua nak pesan, lu cepat-cepat la start jadi blogger. Gua yakin dan cukup pasti dengan potensi lu untuk jadi blogger yang tersohor. Gua tak tipu, benda ni betul. Dan gua berani jamin, setakat Cik Epal, Anwar Hadi mahupun jejariruncing mesti lu dapat celen tanpa sebarang masalah.

Sedangkan dengan Awal pun lu dah boleh berdiri sama tinggi, apatah lagi mereka bertiga yang gua sebutkan tadi.

notakaki : ingat senang ke nak dapat slot khas dalam blog gua ni, ciss!!

17.8.11

Ramadhan 2011 #2

Kawan gua : Bob, puasa ke hari ni?

Gua : Puasa la.

Kawan gua : Oh, baguslah *bakar rokok sebelah gua dalam kereta*

Ramadhan 2011 #1

Kawan gua : Bob, jom McD drive thru?

Gua : Mintak jauhhhhh!!!!!

8.8.11

Diari Puasa Dorm M34

Di suatu petang yang hening, gua sedang bermalas-malasan di atas katil. Ditambah pula dengan kipas yang berputar laju yang dihala ke arah gua membuatkan sesi bermalasan itu hampir-hampir berubah ke sesi peniduran.

Tiba-tiba masuk seorang junior yang bernama Saped. Gua jeling ke arah Saped dan gua ternampak di kedua-dua tangan beliau tergenggam kemas sebungkus biskut dan juga sebotol air masak. Saped lalu bersahaja ke arah balkoni dan terus membuka pintu balkoni. Selang 3 saat kemudian Saped masuk semula ke dalam dan menuju ke arah loker beliau seraya mengeluarkan sebotol kordial perisa oren dan juga sekotak rokok.

Gua yang sedang bermalasan terus berdehem 3 ke 4 kali dan Saped terus berpaling ke arah gua.

"Eh Bebob, kau ada rupanya. Ingatkan takde tadi. Puasa ke Bebob?" tanya Saped

"Aku puasa hari ni, tu yang tak berapa nak aktif ni. Aihh, ada jamuan ke kat belakang tu?" tanya gua semula.

"Haha, biasa la Bebob. Lapar la pulak, ni aku tengah tunggu Pejol ni," balas Saped.

Kemudian datang Pejol tersengih-sengih masuk ke dalam dorm. Dengan tak berbaju dan hanya berseluar bola kaler merah membuatkan Pejol kelihatan sungguh menawan.

"Bebob, anggap je la kitorang takde kat belakang ni ek? Kau puasa tu, alang-alang dah puasa biarlah sampai berbuka nanti. Jangan risau, aku tutup pintu balkoni ni nanti." ujar Saped penuh hormat.

"Haa yelaa. Jangan risau la, aku boleh tahan punyalah. Takde hal la nak puasa ni..." jawab gua megah.

Gua biarkan budak berdua tu dengan jamuan makan mereka. Sebab gua pun macam tu jugak sebenarnya, cuma pada hari tu gua rasa nak puasa. Kalau hari-hari tak puasa tak boleh jugak, ye tak? Setakat biskut dengan air oren apa la sangat. Bagi gua kacang je nak hadap. Gua boleh tabah lagi mengharungi cabaran macam tu. Steady je gua baring sambil sekali sekala gua pura-pura buat suara warden. Tapi dahsyat mereka berdua, tak goyah walaupun gua bergurau macam tu.

Sampai satu part, gua terdengar bunyi api dihidupkan menggunakan lighter. Kemudian bau rokok menusuk masuk ke dalam ruang asrama dan terus pergi ke arah hidung gua. Gua yang mulanya steady dah jadi resah gelisah. Kiri kanan gua berguling semata-mata nak hilangkan perasan tu, tapi tak jadi jugak. Tak semena-mena peluh jantan turut membasahi dahi gua. Bagi gua, semua ni harus ditamatkan serta merta. Gua tak nak lagi terus dalam keadaan begini.

Gua nekad.

Gua pasti.

...

Tak pasal-pasal gua melayan rokok Dunhill sebatang lepas pekena biskut cokelat dengan air oren . Ni semua salah Saped dengan Pejol.

Haram jadah sungguh.

7.8.11

Hujung Minggu


Selamat berpuasa.

Semoga puasa di hujung minggu ini memberi seribu makna kepada lu orang dan juga pada diri gua sendiri.

Kah kah kah.

2.8.11

Jangan Jadi Setan Woi!

Puasa tahun ni gua harap gua tak jadi setan. Gua tak mahu ambik alih tugas setan yang dah kena hambat tu. Cukuplah si nafsu yang buat kerja, tu pun gua rasa tak ramai yang boleh nak hendel.

Tapi kan, gua rasa pengalaman puasa gua yang paling setan sudah tentu pada masa gua masih di bangku sekolah lagi.

Ya, betul tu.

Sampai sekarang gua geleng kepala kalau teringat kenangan hisap rokok kat balkoni dorm lepas balik dari sekolah di waktu bulan puasa. Lepas tu suka benar gua jalan-jalan keliling hostel usung megi, kole dengan milo 3 in 1 semata-mata nak tanya siapa yang ada heater.

Lepas dah kenyang, ramai-ramai bentang tilam bawah kipas pastu tidur sama-sama. Pukul 6 petang bangun, basuh muka, salin baju senonoh sikit lepas tu turun dewan makan beratur ambik nasik untuk berbuka. Kalau lauk ayam, nak pilih yang besar-besar je. Pastu kalau ada kuih best, rembat orang lain punya kuih.

Kehkehkeh, setan jugak gua ni rupanya ye.