8.8.11

Diari Puasa Dorm M34

Di suatu petang yang hening, gua sedang bermalas-malasan di atas katil. Ditambah pula dengan kipas yang berputar laju yang dihala ke arah gua membuatkan sesi bermalasan itu hampir-hampir berubah ke sesi peniduran.

Tiba-tiba masuk seorang junior yang bernama Saped. Gua jeling ke arah Saped dan gua ternampak di kedua-dua tangan beliau tergenggam kemas sebungkus biskut dan juga sebotol air masak. Saped lalu bersahaja ke arah balkoni dan terus membuka pintu balkoni. Selang 3 saat kemudian Saped masuk semula ke dalam dan menuju ke arah loker beliau seraya mengeluarkan sebotol kordial perisa oren dan juga sekotak rokok.

Gua yang sedang bermalasan terus berdehem 3 ke 4 kali dan Saped terus berpaling ke arah gua.

"Eh Bebob, kau ada rupanya. Ingatkan takde tadi. Puasa ke Bebob?" tanya Saped

"Aku puasa hari ni, tu yang tak berapa nak aktif ni. Aihh, ada jamuan ke kat belakang tu?" tanya gua semula.

"Haha, biasa la Bebob. Lapar la pulak, ni aku tengah tunggu Pejol ni," balas Saped.

Kemudian datang Pejol tersengih-sengih masuk ke dalam dorm. Dengan tak berbaju dan hanya berseluar bola kaler merah membuatkan Pejol kelihatan sungguh menawan.

"Bebob, anggap je la kitorang takde kat belakang ni ek? Kau puasa tu, alang-alang dah puasa biarlah sampai berbuka nanti. Jangan risau, aku tutup pintu balkoni ni nanti." ujar Saped penuh hormat.

"Haa yelaa. Jangan risau la, aku boleh tahan punyalah. Takde hal la nak puasa ni..." jawab gua megah.

Gua biarkan budak berdua tu dengan jamuan makan mereka. Sebab gua pun macam tu jugak sebenarnya, cuma pada hari tu gua rasa nak puasa. Kalau hari-hari tak puasa tak boleh jugak, ye tak? Setakat biskut dengan air oren apa la sangat. Bagi gua kacang je nak hadap. Gua boleh tabah lagi mengharungi cabaran macam tu. Steady je gua baring sambil sekali sekala gua pura-pura buat suara warden. Tapi dahsyat mereka berdua, tak goyah walaupun gua bergurau macam tu.

Sampai satu part, gua terdengar bunyi api dihidupkan menggunakan lighter. Kemudian bau rokok menusuk masuk ke dalam ruang asrama dan terus pergi ke arah hidung gua. Gua yang mulanya steady dah jadi resah gelisah. Kiri kanan gua berguling semata-mata nak hilangkan perasan tu, tapi tak jadi jugak. Tak semena-mena peluh jantan turut membasahi dahi gua. Bagi gua, semua ni harus ditamatkan serta merta. Gua tak nak lagi terus dalam keadaan begini.

Gua nekad.

Gua pasti.

...

Tak pasal-pasal gua melayan rokok Dunhill sebatang lepas pekena biskut cokelat dengan air oren . Ni semua salah Saped dengan Pejol.

Haram jadah sungguh.

No comments: