26.11.10

..................

Ok, gua memang suka cari nahas. Kenapa gua cakap macam tu? Sebabnya, gua tak reti nak tido lagi walaupun jam dah tunjuk pukul 4.32 pagi dan tak lama lagi mak atau abah gua bangun tido dan kemudiannya tentu mereka akan berleter pada gua secara berduet dan bertubi-tubi.

Gua memang suka cari nahas dengan aktiviti tak reti nak tido ni. Bila gua tak reti tido, walaupun dah lewat macam ni, sampaikan tak lama lagi gua dah boleh dengar azan Subuh, secara otometiknya gua akan bangun lambat. Bila gua bangun lambat, gua juga akan turut lambat untuk bersiap-siap dan seterusnya gagal untuk sampai ke opis gua sebelum jam 9 pagi.

Apa gila pagi-pagi buta update blog tulis benda mengarut? Ingat gua ni macam saudara Pipi ke? Kalau gua ni macam Pipi takpe la juga, sekarang ni nak sama taraf dengan bulu kaki Pipi pun belum tentu lagi. Apatah lagi nak celen kehenseman beliau.

Huh, tensyen tensyen!

21.11.10

Kesihatan Menjamin Masa Depan Bakal Isteri dan Anak

Oh yeah. Gua di serang batuk-batuk berselang selikan dengan kehadiran kahak dan sakit sedikit di dada. Ini semua sebab cara hidup yang tak sihat. Minum air berais tak kira pagi, petang, malam ataupun tengah malam, makan aiskrim satu bekas sorang-sorang, dan juga kerana menghisap rokok Winston Light ( gua lebih kepada Pall Mall hijau ye).

Jadi, marilah sama-sama kita merubah gaya hidup demi masa depan dan kesihatan tubuh badan yang penuh gilang-gemilang.


...
...
...

Err, takde sape-sape ke yang nak ajak gua lepak tengok bola malam ni? Boleh la pekena kopi ais 4 gelas sampai kembung perut.

12.11.10

Semua Orang Nak Buat Tribute

Macam mana?

Cuma budak-budak Bunkface je yang gua rasa kalau tak ada pun takpe. Entah apa-apa entah yang diorang buat pun gua tak tau. Nak enterfrem jugak la tu, celaka!

7.11.10

Serius, Ini Betul Punya Serius

Dari Jumaat malam bawak ke Sabtu malam gua tak miss langsung tengok Buletin Utama TV3. Gua pun macam tak berapa nak percaya je gua boleh mengadap Buletin Utama. Biasanya gua langsung tak bernafsu nak mengadap tv pukul 8 malam ni. Gua lagi bernafsu nak mengadap porno dalam telefon bimbit gua.

Gua ingatkan banyak la berita-berita menarik yang gua boleh tengok. Dapat la jugak gua tambah pengetahuan am dalam diri gua yang tak berapa nak pandai ni. Boleh jugak buat modal nak berdebat dengan kawan-kawan masa lepak kedai mamak. Tapi rupa-rupanya gua tak dapat apa-apa pun sepanjang gua menonton siaran berita tu.

Gua jadik konpius.

Gua jadik keliru.

Gua konpius sebab gua mengenangkan yang TV3 tu stesen tv swasta dan takde langsung Farit Ismeth Emir baca berita dalam Buletin Utama.

Tapi kenapa gua rasa TV3 punya berita dah macam RTM punya berita. Sampaikan gua rasa la, RTM punya berita pun tak terlampau kerajaan macam TV3 punya berita.

Ataupun, gua tak tahu menahu langsung yang TV3 dah masuk bawah RTM?

notakaki : oh, patut la...ni semua galas dengan batu sapi punya hal la ni.