30.9.10

Panggilan Dari Jauh

Tengah gua melayan makanan ala Barat kat area Damansara tadi, gua dapat panggilan dari member-member gua yang belajar kat U.K sana.

Sekarang gua tak tahu apa perasaan yang patut gua luahkan. Gua tengah konfius sebab pada masa yang sama gua tengah sedap menyental daging kambing.

Satu hal lagi, banyak betul duit dorang sampai boleh call gua.

notakaki - terima kasih kengkawan!

25.9.10

Selamat Jalan, Kawan!

Pukul 2 pagi nanti, beberapa orang member gua akan terbang menaiki pesawat menuju ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Gua sebagai member tumpang gembira dengan perkhabaran tersebut, walaupun sedikit terkejut. Tapi, gua tak mempunyai hak untuk menghalang mereka dari mencapai apa yang mereka inginkan.

Sepatutnya tadi gua berada di KLIA, untuk menghantar (macam nak hantar nenek atuk lu orang pergi haji la) mereka semua, tapi apakan daya ada beberapa sebab yang menghalang gua dari meneruskan niat di hati.

Selain dari ketiadaan kenderaan (walaupun sudah dipelawa menaiki kereta member), hujan juga menjadi alasan gua memandangkan gua terlebih dahulu kena pergi ke The Mines dengan menunggang motosikal, barulah member gua pick up gua dan seterusnya ke KLIA dan gua juga merasakan bahawa berkemungkinan besar gua takkan terdaya menahan emosi gua di sana, maklumlah kalau dah melihat gadis-gadis berpelukan sambil menangis dan meluahkan segala perasaan sayang di hati serta tidak sanggup untuk meninggalkan antara satu sama lain, cukup untuk membuatkan gua menahan diri untuk tidak turut serta ke KLIA.

Buat member-member gua tu, gua mohon maaf sebab tak dapat pergi. Gua tak rela air muka ganas gua menunjukkan riak sebak dan sayu memandangkan takde siapa pun dari kalangan member-member gua sebelum ni yang pernah melihat riak wajah gua begitu. Jangan ingat kalau berhati punk tak reti nak berasa sebak ye. Gila ke apa, buatnya ada tangan gatal yang saja-saja nak picit punat kat kamera kan dah ke dajalkan gua namanya tu.

Apa-apa pun gua ucapkan selamat maju jaya pada lu orang semua. Pandai-pandai bawak diri kat sana, jangan ikutkan nafsu sangat. Solat jangan lupa, puasa pun sama. Makan minum kena jaga, jangan main bedal je benda yang nampak sedap. Lagi satu, berfesbuk jangan sesekali lupa, kalau tak gua remove lu orang dari senarai member gua.

Ok la, gua malas nak tulis panjang-panjang. Cukuplah gua taip sms panjang-panjang bagi kat lu orang tadi. Jangan lupa pada gua semasa di perantauan. Raya tahun depan hantar la ucapan kat surat khabar ye. Akhir kata, selamat maju jaya gua ucapkan kepada kalian.

notakaki : jangan lupa ole-ole yang gua pesan. nanti gua bayar la balik, ingat gua tak mampu ke?

14.9.10

Raya Tak Berapa Nak Raya

Gua bukan apa, sejak umur dah makin meningkat ni feel nak raya takdelah terasa sangat. Setakat nak feel makan lemang dengan ketupat pagi-pagi tu biasa-biasa je, cuma yang bestnya dah tak payah nak fikir nak sahur ke tidak. Dekat bawah ni sempat jugak la gua coretkan sedikit kenangan manis gua pada raya tahun ni di Kampung Ulu Gali, Raub, Pahang Darul Makmur.

Raya pertama

Pagi raya macam biasa la, apa yang lu orang buat macam tu jugak la gua buat. Dah takde unsur-unsur saspen langsung sebab memang perkara yang sama akan dilakukan oleh orang-orang lain.

Balik solat Jumaat, gua tidur kejap. Lepas tu kena kejut dengan adik gua sebab nak beraya rumah sedara mara. Gua akurkan sahaja, sebab dah nama pun raya kan. Mestilah kena menziarahi sanak saudara belaka.

Lepas pekena lemang, ketupat, kuih muih serta air sirap bagai gua balik rumah. Tukar baju kasi selesa, terus gua tidur sampai ke maghrib. Nikmat.

Raya kedua

Raya kedua gua bangun takde la tengahari sangat. Sebab mak gua dah plan nak ke Lipis beraya rumah sedara kat sana. Lagi sekali, gua akur pada arahan. Masa nak tuju ke Lipis tu gua sempat jugak tunjuk skil drift gua pada adik sama sepupu gua, biar diorang hilang rasa mengantuk sikit. Maklum la, radio tak berapa nak clear kalau kat kawasan hutan dan bukit bukau ni.

Dah beraya kat Lipis, mak gua dah merancang nak ke Felda Tersang pulak. Gua pulak rasa macam malas nak pergi, sebab dah letih. Nasib baik makcik gua mempunyai idea yang bernas. Apalagi, sementara yang lain ke sana, gua dan makcik gua patah balik ke Raub untuk membeli rak dapur. Setel hal-hal kedai perabot, terus gua hantar makcik gua ke pulang ke rumahnya di Felda Lembah Klau.

Lepak sekejap sambil pekena megi, kendian petik-petik rambutan sikit kasi datang balik tenaga. Lepas tu gua pun terus balik ke rumah atuk gua. Sampai rumah, macam biasa kasi tukar pakaian selesa sikit terus gua tidur. Nikmat lagi sekali.

Raya ketiga

Gua plan nak pulang ke Kolumpo ini hari. Tapi memandangkan gua bangun agak lewat, gua terpaksa batalkan plan gua. Jadi, gua pun duduk rumah dengan cemerlangnya sambil tengok tivi. Entah apa-apa entah cerita yang ada kat tivi gua layankan aje. Mood nak berjalan tu tak berapa nak ada, lagi-lagi tetiba mak sama makcik gua buat nasik minyak untuk hari ni. Memang tak keluar rumah la gua jawabnya.

Lepas setel makan, kasi rehat-rehat kejap main sms sambil tengok tivi. Tak lupa jugak sesi beramah mesra dengan adik-adik sepupu gua yang kecik-kecik belaka. Dah puas serta penat melayan kerenah anak-anak kecil, gua tanpa perlu disuruh terus melabuhkan badan ke atas tilam lantas menidurkan diri gua sebentar.

Petang tu gua bangun, basuh muka, capai kunci kereta, terus gua drive sampai ke pekan Raub. Gua ingat nak carik saiberkefe, tapi gua hampa dan terkilan. Untuk menutup rasa terkilan gua, gua pun melilau tanpa arah di pekan Raub dan kemudian gua ternampak satu kedai mamak, gua pun singgah untuk pekena teh tarik petang-petang. Lama jugak tak kena teh tarik waktu-waktu camni. Sedar tak sedar, nak dekat senja rupanya. Cis.

Raya keempat

Gua bangun dengan awalnya hari ini, memandangkan gua perlu pulang ke Kolumpo hari ni jugak. Pukul 8.30 pagi, lepas setel semua benda, gua pun bersalam-salaman dengan semua orang. Gua pun memandu dengan hati yang senang kerana tak banyak kereta yang berada di atas jalan pada hari ini dan gua selamat sampai Kolumpo pada jam 10.30 pagi begitu.

Sampai rumah, gua rilek-rilek kejap sambil melayan Fesbuk. Petang sikit nak dekat Maghrib gua ke rumah sahabat gua di Wangsa Maju, untuk melayan permintaan perut gua yang inginkan nasi dagang. Sedap nasi dagang yang makcik kau masak weh!

Malam macam biasa sesi melepak mengambil alih. Sama seperti malam-malam sebelum ni, melepak sudah menjadi satu kewajipan bagi belia-belia macam gua ni. Sebab tu gua ingat, kalau melepak dijadikan subjek dalam pengajian peringkat diploma mahupun ijazah, gua yakin ramai belia-belia kita yang akan lulus dengan cemerlangnya.

Balik dari melepak macam biasa la, sesi untuk Fesbuk tu mesti ada. Tak lama sikit pun jadik la. So, lepas dah berfesbuk gua pun berblogging pulak. Terus gua merapu-rapu entah apa-apa entah kat sini. Dah letih melayan pc gua ni, gua pun akan tutup pc cabuk gua ni untuk memasuki alam mimpi sebab gua nak kena pergi kerja dah pagi esok. Celaka!

9.9.10

Sampaikan Salam Aidilfitri 1431

Di kesempatan yang ada ini gua dengan ikhlasnya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat sanak saudara, sahabat handai, rakan dan taulan, rakan-rakan tadika, cikgu cikgi, makcik jual nasik lemak time bulan puasa, brader jaga mesin off seat kat Pudu, menteri-menteri Kabinet, pemimpin-pemimpin pembangkang, para peniaga di bazar Ramadhan Taman Cheras Utama, staf-staf Restoren Jalal Yusuf, staf-staf Image Magic Digital Printing Services, brader kedai kasut bundle kat Kajang, awek-awek cun, bekas-bekas makwe serta kepada semua yang mengenali diri gua secara sengaja ataupun tidak.

Gua jugak ingin memohon maaf dan ampun jikalau ada salah dan silap sepanjang perkenalan dengan gua. Manalah tau kalau-kalau ada terkasar bahasa. Mohon ampunlah ye. Gua pun insan biasa macam lu orang jugak. Kira 0-0 la senang cerita. Tahun depan punya hal kita cerita tahun depan je la.

Juga, berhati-hati semasa memandu bagi mereka yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing. Jangan asyik nak fikir cepat sampai je, orang lain pun nak cepat sampai. Tapi kalau sampai awal ke kampung setakat nak duduk bersidai usya awek-awek perah santan nak buat lemang baik tak payah.

Pagi raya jangan makan banyak-banyak, nanti nak solat sunat raya pun tak mampu. Balik dari solat barulah pulun habis-habisan, tapi jangan lupa orang yang kemudian pulak ye. Kesian nanti kalau orang datang rumah tengok lemang, ketupat, bahulu semuanya sudah habis dipulun dengan rakus.

Lagi satu, jangan lupa jemput gua datang ke rumah kalau ada buat open house. Manalah tau gua boleh jumpa jodoh kat sana, bolehlah gua belanja lu orang makan cendol kat tepi jalan.

4.9.10

Ilmiah

Malam semalam sesi lepak lepak gua memang gua rasa yang paling berilmiah setakat ni. Mana taknya, member gua, cikgu kacak dah bukak macam macam topik tentang ilmu sains. Dari ilmu fizik, cara cara untuk mendapatkan atom, pergerakan molekul molekul halus, malahan jugak diceritakan oleh beliau tentang topik angkasa raya yang mengandungi entah berapa banyak galaksi agaknya serta cerita tentang alien, connection yang dibuat antara manusia dengan alien serta falsafah falsafah alien.

Gua yang tak berapa nak tau apa apa ni hanya mampu tercengang mendengar sambil berasa kagum dengan gaya penceritaan beliau yang diselang selikan dengan kesan efek khas asap asap rokok yang bertaburan. Dengan dibantu samar samar lampu jalan menjadikan sesi melepak malam tadi benar benar bermakna bagi gua dan rakan rakan yang lain.

Tapi gua risau dengan satu member gua yang join semalam. Ada ke patut, dia nak try bagi signal kat alien dengan harapan alien tu akan balas balik signal yang dia hantar tu? Apa, lu ingat lu boleh hantar signal kat alien pakai henfon lu ke apa?