14.9.10

Raya Tak Berapa Nak Raya

Gua bukan apa, sejak umur dah makin meningkat ni feel nak raya takdelah terasa sangat. Setakat nak feel makan lemang dengan ketupat pagi-pagi tu biasa-biasa je, cuma yang bestnya dah tak payah nak fikir nak sahur ke tidak. Dekat bawah ni sempat jugak la gua coretkan sedikit kenangan manis gua pada raya tahun ni di Kampung Ulu Gali, Raub, Pahang Darul Makmur.

Raya pertama

Pagi raya macam biasa la, apa yang lu orang buat macam tu jugak la gua buat. Dah takde unsur-unsur saspen langsung sebab memang perkara yang sama akan dilakukan oleh orang-orang lain.

Balik solat Jumaat, gua tidur kejap. Lepas tu kena kejut dengan adik gua sebab nak beraya rumah sedara mara. Gua akurkan sahaja, sebab dah nama pun raya kan. Mestilah kena menziarahi sanak saudara belaka.

Lepas pekena lemang, ketupat, kuih muih serta air sirap bagai gua balik rumah. Tukar baju kasi selesa, terus gua tidur sampai ke maghrib. Nikmat.

Raya kedua

Raya kedua gua bangun takde la tengahari sangat. Sebab mak gua dah plan nak ke Lipis beraya rumah sedara kat sana. Lagi sekali, gua akur pada arahan. Masa nak tuju ke Lipis tu gua sempat jugak tunjuk skil drift gua pada adik sama sepupu gua, biar diorang hilang rasa mengantuk sikit. Maklum la, radio tak berapa nak clear kalau kat kawasan hutan dan bukit bukau ni.

Dah beraya kat Lipis, mak gua dah merancang nak ke Felda Tersang pulak. Gua pulak rasa macam malas nak pergi, sebab dah letih. Nasib baik makcik gua mempunyai idea yang bernas. Apalagi, sementara yang lain ke sana, gua dan makcik gua patah balik ke Raub untuk membeli rak dapur. Setel hal-hal kedai perabot, terus gua hantar makcik gua ke pulang ke rumahnya di Felda Lembah Klau.

Lepak sekejap sambil pekena megi, kendian petik-petik rambutan sikit kasi datang balik tenaga. Lepas tu gua pun terus balik ke rumah atuk gua. Sampai rumah, macam biasa kasi tukar pakaian selesa sikit terus gua tidur. Nikmat lagi sekali.

Raya ketiga

Gua plan nak pulang ke Kolumpo ini hari. Tapi memandangkan gua bangun agak lewat, gua terpaksa batalkan plan gua. Jadi, gua pun duduk rumah dengan cemerlangnya sambil tengok tivi. Entah apa-apa entah cerita yang ada kat tivi gua layankan aje. Mood nak berjalan tu tak berapa nak ada, lagi-lagi tetiba mak sama makcik gua buat nasik minyak untuk hari ni. Memang tak keluar rumah la gua jawabnya.

Lepas setel makan, kasi rehat-rehat kejap main sms sambil tengok tivi. Tak lupa jugak sesi beramah mesra dengan adik-adik sepupu gua yang kecik-kecik belaka. Dah puas serta penat melayan kerenah anak-anak kecil, gua tanpa perlu disuruh terus melabuhkan badan ke atas tilam lantas menidurkan diri gua sebentar.

Petang tu gua bangun, basuh muka, capai kunci kereta, terus gua drive sampai ke pekan Raub. Gua ingat nak carik saiberkefe, tapi gua hampa dan terkilan. Untuk menutup rasa terkilan gua, gua pun melilau tanpa arah di pekan Raub dan kemudian gua ternampak satu kedai mamak, gua pun singgah untuk pekena teh tarik petang-petang. Lama jugak tak kena teh tarik waktu-waktu camni. Sedar tak sedar, nak dekat senja rupanya. Cis.

Raya keempat

Gua bangun dengan awalnya hari ini, memandangkan gua perlu pulang ke Kolumpo hari ni jugak. Pukul 8.30 pagi, lepas setel semua benda, gua pun bersalam-salaman dengan semua orang. Gua pun memandu dengan hati yang senang kerana tak banyak kereta yang berada di atas jalan pada hari ini dan gua selamat sampai Kolumpo pada jam 10.30 pagi begitu.

Sampai rumah, gua rilek-rilek kejap sambil melayan Fesbuk. Petang sikit nak dekat Maghrib gua ke rumah sahabat gua di Wangsa Maju, untuk melayan permintaan perut gua yang inginkan nasi dagang. Sedap nasi dagang yang makcik kau masak weh!

Malam macam biasa sesi melepak mengambil alih. Sama seperti malam-malam sebelum ni, melepak sudah menjadi satu kewajipan bagi belia-belia macam gua ni. Sebab tu gua ingat, kalau melepak dijadikan subjek dalam pengajian peringkat diploma mahupun ijazah, gua yakin ramai belia-belia kita yang akan lulus dengan cemerlangnya.

Balik dari melepak macam biasa la, sesi untuk Fesbuk tu mesti ada. Tak lama sikit pun jadik la. So, lepas dah berfesbuk gua pun berblogging pulak. Terus gua merapu-rapu entah apa-apa entah kat sini. Dah letih melayan pc gua ni, gua pun akan tutup pc cabuk gua ni untuk memasuki alam mimpi sebab gua nak kena pergi kerja dah pagi esok. Celaka!

No comments: