28.9.11

Dia

Sebenarnya gua sedang mengalami hari-hari yang sukar dalam hidup gua. Sepanjang hidup gua selama ni, inilah pertama kali gua rasa macam mana hati tak tenteram, tidur tak lena (mustahil), makan tak kenyang (macam menipu), lemah je setiap langkah perjalanan gua dan pelbagai lagi perkara yang menunjukkan gua dalam keadaan down yang amat sekarang.

Perempuan.

Ya, sebab perempuan gua jadi begini.

Tapi, jangan salah sangka pulak. Entri ini bukan untuk menyalahkan perempuan. Memang takde niat langsung nak tulis macam tu.

Cuma gua nak cakap, sepanjang perhubungan yang singkat itu, gua telah lalui kenangan yang paling manis dalam hidup gua. Yang paling takkan mudah untuk gua lupakan dengan sewenang-wenangnya. Yang mampu membuatkan gua untuk tersengih dalam bilik sorang-sorang dan gua jarang sekali melalui pengalaman sebegitu rupa.

Terima kasih pada dia kerana memberikan satu sinar cahaya dalam hidup gua - walaupun dalam masa yang amat singkat sekali.

notakaki : ingat punker tak reti nak bersendu ke?

19.9.11

Apalah Nasib Aiman Nur

Aiman Nur baring di atas katil. Matanya tak lekang dari memerhatikan kipas yang berpusing laju. Dalam masa yang sama, Aiman Nur berasa sedih dengan layanan yang diberikan oleh ibu tirinya kepada dia.

Apa salah aku?

Apa dosa aku?

Itulah antara soalan yang sering bermain dalam minda Aiman Nur. Bagi dia, kenapa seorang budak yang baru berusia 10 tahun dilayan sebegitu rupa. Setahu dia, dia tak pernah buat perkara yang tak senonoh. Baik di rumah mahupun di sekolah. Cuma adalah sekali-sekala dia berkelakuan nakal, tapi itukan lumrah bagi budak yang berusia macam dia.

Kalau abahnya ada, ibu melayan dengan baik sekali. Tapi bila abah takde, memang nak lepak kat ruang tamu pun Aiman Nur tak berani. Bukan apa, pantang ada salah - walaupun sekecil kuman - kompem dia akan dimaki dengan dahsyat oleh ibu. Maki tu dah satu hal, selalu juga tangan ibu singgah ke pipi dan kepala Aiman Nur. Cuma kaki je yang belum singgah, hanya menunggu masa.

Apalah nasib Aiman Nur.

15.9.11

Bukan Salah Aiman Nur

Musalmah Kebaya benci sangat dengan Aiman Nur. Padahal budak tu tak tahu apa-apa pun. Tapi Aiman Nur juga yang disalahkannya.

Sebenarnya bukan salah Aiman Nur.

Aiman Nur masa tu belum lahir lagi. Jadi janin pun belum, macam mana nak salahkan dia? Kesian Aiman Nur, tak pasal-pasal dibenci atas sebab dendam lama.

Dulu, Musalmah Kebaya berkenan sungguh dengan wajah kacak Jeffrey Din. Sampaikan sanggup hari-hari dia lalu depan rumah Jeffrey Din semata-mata nak tengok jejaka idaman dia yang sering melepak bawah pokok jambu sambil bermain gitar.

Setiap kali keluar, Musalmah Kebaya akan pakai kebaya yang ketat - semata-mata nak tarik perhatian Jeffrey Din. Tapi hampeh, Jeffrey Din langsung buat tak tahu je. Tapi tiap kali Rozita Che Nan lalu, Jeffrey Din kenyit mata. Mulalah Rozita Che Nan malu-malu manja. Tu yang berbulu Musalmah Kebaya tengok.

Tapi, tu cerita lama. Cerita sebelum Musalmah Kebaya kahwin dengan Jeffrey Din. Itu pun setelah Jeffrey Din dan Rozita Che Nan bercerai mati. Kalau tak, tak tahulah dapat ke tidak Musalmah Kebaya kahwin dengan Jeffrey Din.

Dan Aiman Nur adalah anak yang dilahirkan hasil perkahwinan Jeffrey Din dan Rozita Che Nan. Itu yang berbulu sangat Musalmah Kebaya dengan Aiman Nur. Padahal budak tu tak salah langsung.

Bukan salah Aiman Nur.

Aiman Nur

Panggg!!!!!

Pecah.

Berderai gelas tu.

Aiman Nur hanya menunduk ke lantai. Takut benar Aiman Nur pada ibu yang berdiri dengan muka bengis di depannya. Bukannya Aiman Nur sengaja nak pecahkan, tapi tangan Aiman Nur licin - itu yang jatuh gelas tu.

"Kau ni memang anak tak guna la, tau nak menjahanamkan harta benda aku je!! Bukannya aku beli pakai duit bapak kau pun!!" tengking Musalmah Kebaya.

Sebenarnya Musalmah Kebaya ni cuma ibu tiri kepada Aiman Nur. Itulah sebabnya anti sungguh dia pada Aiman Nur.

"Lain kali, jahanamkan harta benda bapak kau dulu. Kau ingat kau boleh buat sesuka hati kau je kat rumah ni haa?!!" jerit Musalmah Kebaya sambil tangannya menolak-nolak kepala Aiman Nur.

Aiman Nur makin kecut.

Ada air jernih yang bertakung di matanya.

Namun dalam hatinya, tersemat perasaan benci yang amat terhadap wanita yang bernama Musalmah Kebaya.

10.9.11

6% Cukai Perkhidmatan? Alaa,Sikit Je Tu....

Bagi seorang pekerja biasa-biasa dengan gaji tak sampai RM1500 sebulan - ditambah dengan hutang PTPTN yang entah bila nak habis bayar - berita tentang 6% cukai perkhidmatan yang akan dikenakan bagi tambah nilai prabayar membuatkan gua macam nak menangis tak henti-henti.

Sebab apa?

Sebabnya kita dapat seorang pemimpin yang tahap bebal dia tak tau nak letak kat mana lagi dah.

Tak percaya?

Sila klik sini.