23.12.10

Kenangan Yang Terindah

Gua toleh kiri kanan. Sesak. Malam-malam di Bukit Bintang memang sentiasa sesak. Macam-macam jenis orang yang ada dekat situ. Tapi malam ni bukan main sesak lagi gua tengok, dah macam ada Jom Heboh la pulak.

Gua jalan sampai ke Starbuck Low Yatt. Gua tengok tak berapa nak ramai orang. Jadi gua pun ambil keputusan untuk lepak kat Starbuck minum-minum kopi. Kalau hari-hari kat mamak pun naik muak juga. Lepas order kopi gua terus lepak duduk kat luar, barulah layan minum kopi sambil sedut asap rokok. Sambil tu boleh la juga usya-usya makwe kat situ. Tapi jangankan makwe, mak makwe, akak makwe, adik makwe malahan bapak makwe pun gua berkesempatan untuk usya. Apa nak jadi dengan gua sekarang ni?

Gua pun tanya la makwe Starbuck kenapa ramai sangat orang malam ni. Makwe tu pun cakap dia tak tau kenapa. Tapi kerja tetap kerja, cari rezeki katanya. Gua iyakan saja, sebab gua tak tanya pun pasal kerja dia. Sambil tu mata gua melirik ke arah paha montok milik makwe tersebut yang jelas kelihatan apabila memakai jeans ketat.

Lepas makwe tu blah masuk ke dalam, tetiba je ada sebijik Volkswagen Beetle kaler pink airbrush bunga-bunga berhenti mengejut kat depan Low Yatt. Gua memang terkejut habis, dengan orang ramai kat situ pun jadi terkejut beruk sebab si pemandu buat skill macam dalam filem orang putih. Dan yang lagi buat gua terkejut sebab ada 4 bijik motor Ducati eskot Volkswagen Beetle tu sampai ke Low Yatt. Ini anak menteri mana pula buat hal kat depan Low Yatt ni?

Pelan-pelan gua tengok si pemandu membuka pintu kereta sambil 4 orang yang datang dengan Ducati tadi mengambil posisi masing-masing sambil memegang selaras M-16. Siap diacukan ke arah orang ramai yang datang hampir ke kereta. Bila dah keluar je si pemandu, gua jadi lagi terkejut. Sebabnya, si pemandu tu sebenarnya Juliana Evans. Wah, bukan main lagi siap ada pengawal peribadi pegang M-16. Rosnah Mat Aris yang bertaraf lagenda pun tak macam tu. Brader-brader kat situ apa lagi, kucar kacir keluarkan henfon masing-masing untuk tangkap gambar si Juliana ni.

Lepas tu Juliana Evans terus berjalan ke arah gua sambil tersenyum manis. Gua toleh kiri kanan depan belakang. Mana la tau kot-kot dia senyum kat orang lain, tapi takde pula orang lain selain dari gua. Yang ada pun makwe Starbuck paha montok tadi tengah clear table. Gua dah berderau darah bila tengok dia datang ke arah gua dengan muka yang manis macam tu. Peluh-peluh jantan tak semena-mena turun laju membasahi dahi gua. Gua telan air liur pelan-pelan sebab Juliana Evans makin hampir dengan gua.

"Hai you, sorang je ke? Nak i temankan ke?" sapa Juliana Evans.

"Err, ada orang lain ke kat sini? Macam takde kan? So, secara otometiknya i memang sorang je kat sini," balas gua dengan penuh sindiran.

"Amboi, bukan main lagi jawapan you ek? Macam tak sudi je," kata dia.

"Eh, bukan i tak sudi tapi terkejut la. Tetiba je you ke mari jumpa i. You kenal i ke?" tanya gua kat dia.

"Ala, sape tak kenal Bebob? Orang tak sekolah je yang tak kenal you tau. I ke sini pun bukannya apa, i nak ajak you temankan i ke Paris malam ni. Jom la, kita lepak kat sana seminggu. Boleh juga jalan-jalan ambil angin kat sana," pelawa Juliana Evans.

"Pergghhhh, Paris??? Mana la i ada duit. Lagi satu, baju-baju i semua kat rumah," terang gua dengan ikhlas.

"Pasal tu takpe, u jangan risau. Nanti kita boleh setel bila sampai kat sana. Yang penting i nak tau, you nak ikut ke tak ni?" tanya Juliana Evans sambil buat muka ala-ala gedik comel manja.

Setelah berfikir panjang, pelan-pelan gua angguk tanda setuju. Juliana Evans tersenyum riang dengan jawapan gua. Tanpa membuang masa, ditariknya tangan gua menuju ke arah kereta Volkswagen Beetle kaler pink dengan segera sambil diiringi brader pengawal yang memberi isyarat bagus ke arah gua. Sambil tu gua tengok muka brader-brader kat Low Yatt semacam panas hati dengan gua sebab Juliana Evans tak ajak diorang langsung. Dalam pada tu gua terfikir juga, nasib baik la petang tadi gua pergi ambik pasport gua yang dah siap yang gua buat itu hari.

Bermula malam tersebut dan seminggu di Paris menjadi kenangan yang cukup indah bagi gua dan juga Juliana Evans.

Azam Tahun Baru

Ok, terus terang gua cakap ini kali pertama gua ada azam tahun baru. Macam tak percaya pun ada.

1) Gua nak mula katakan tak nak makan nasik pada waktu malam

2) Cuba untuk simpan duit buat beli motor baru

3) Bayar PTPTN secara konsisten tiap-tiap bulan

4) Menjadi seorang pekerja yang berdedikasi dengan hadir ke opis tepat pada waktunya

5) Mengurangkan penggunaan laptop di waktu malam yang biasanya akan menjurus kepada kelewatan gua bangun pada keesokan harinya

6) Melancong ke beberapa tempat yang menarik dalam dan luar negara

7) Memiliki simpanan sebanyak RM1,576,897.50 di dalam akaun gua

8) Mahu belajar memasak lauk pauk yang sedap supaya gua boleh tunjuk handal depan bakal mak mertua

9) Memiliki dan menghafal semua lagu-lagu top Bunkface

10) Harap-harap gua dapat jadi pekerja gomen

11) Dah boleh mula mencari seorang awek untuk dijadikan pasangan hidup

Gua ada beribu-ribu lagi azam yang gua tak dapat nak tuliskan di sini. Memandangkan bulan depan dah stat jadi 2011, jadi gua kongsi 11 je azam tahun baru gua. Lagi 2000 gua simpan sebagai kenang-kenangan.

20.12.10

Menarik Minggu Ini

Hari ni 20 Disember, lagi 5 hari je nak Krismas. Brader-brader rock mesti dah kucar kacir kumpul duit. Tapi bukan nak buat beli hadiah, tapi nak buat bayar tiket konsert Double Trouble kat Sunway Lagoon. Tiket saja dah RM70. Tu belum campur duit t-shirt konsert, makan, minum, minyak kereta atau motor dan jugak tiket untuk awek.

Besoknya pulak, 26 Disember ada pulak Rock The World 10 kat Bukit Jalil. Yang ni brader-brader, adik-adik, akak-akak dan awek-awek indie mesti bersusah payah nak keluarkan duit dari poket masing-masing untuk bayar tiket yang berharga RM 30. Duit tambang LRT, bas, minyak motor, makan minum, beli baju band, beli ROTTW dan jugak rokok kena ambil kira. Lagi-lagi buat mereka yang bergelar pelajar. Kalau yang dah kerja tu berapa la sangat nak keluar duit, tak kisah pun. Yang penting dress up mesti smart, kena ikut trend. Kalau tak ikut trend, tak indie la. Awek-awek indie pun tak mau jeling, pandang apatah lagi.

Malam tu pulak, ada perlawanan akhir Piala Suzuki antara Malaysia dengan Indonesia. Yang ni semua orang nak turun. Tak kisah la lu rock ke, lu indie ke, turun tetap turun. Lagi stail kalau pakai jersi, baru la true. Kalau takde jersi, boleh beli kat stadium jugak. Tapi sediakan je la dalam RM 60, baru boleh dapat sehelai. Tiket gua tak pasti la pulak berapa, macam separuh akhir jugak kot. Makan minum tolak tepi, balik boleh singgah mamak. Takdenya lu mati kalau sebelum tengok bola lu tak makan.

Ada 3 event yang menarik bagi gua. Tapi yang RTW tu gua dah reject awal-awal. Apa barang pergi RTW dalam umur 22 tahun ni? Band yang main pun gua tak berapa nak berkenan tengok. Sekarang ni antara Double Trouble dengan final Piala Suzuki, yang mana satu yang menjadi pilihan gua. Gua pun tengah pening, tapi yang macam komfem bola la. Double Trouble gua tak sure lagi, masih menantikan petunjuk dari Ilahi lagi. Lagipun masa 1 Mei itu hari gua ada pergi, so takde la kempunan sangat.

Apa-apa pun sebelum 25 Disember 2010 ni gua harap gua dapat petunjuk sama ada nak turun Double Trouble ataupun tak, bergantung pada ketebalan dompet gua jugak la akhirnya.

Kesimpulannya, takde sape-sape yang ada tiket free nak bagi kat gua ke?

16.12.10

Tahniah Malaysia!!!


Zack, jejaka manis yang sentiasa dengan simbol 'peace'nya.

Daus, peminat tegar yang terpacak di stadium sejak 4:30 petang lagi.

Gua dengan muka separa stres sebab Malaysia main tak berapa nak smart masa ni.

Orang ramai, ramai orang.

Sorak sorai untuk Malaysia.

2 untuk Malaysia 0 untuk Vietnam.

Muka puas sebab Malaysia menang. Cuba kalau kalah....

Harap-harap next game kat Vietnam team Malaysia main smart. Jangan rambut je smart.

notakaki : semua gambar di atas diambil menggunakan kamera henfon saja, takde nak main lensa-lensa bagai

1.12.10

Noinuer (Sila Baca Dalam Keadaan Terbalik)

Semua orang ada kawan. Sedangkan orang utan yang tinggal dalam hutan tu pun boleh ada kawan, apatah lagi kita yang tinggal dalam bandar. Samalah juga dengan gua. Tapi, ada banyak kategori kawan bagi gua. Kawan masa sekolah rendah, kawan sekolah menengah biasa, kawan sekolah teknik, kawan kolej, kawan tempat kerja, kawan yang gua kenal dari kawan-kawan gua di atas dan juga kawan sekampung.

Bagi gua, gua lebih selesa dan kamceng dengan kawan sekolah teknik gua. Mungkin kerana faktor hidup bersama selama dua tahun menyebabkan gua dan kawan-kawan seteknik yang lain mempunyai satu ikatan perhubungan yang istimewa. Entah, gua main cakap je. Gua pun tak tahu betul ke tak. Tapi, ada juga beberapa orang kawan kolej yang gua betul-betul berkawan sampai la ke sekarang.

Ok, berbalik pada kawan seteknik gua. Memandangkan kami semua jarang dapat berkumpul sama-sama macam masa dalam dewan makan dulu, salah seorang dari kawan seteknik gua memberikan idea supaya dianjurkan satu majlis perjumpaan semula ataupun dalam bahasa modennya 'reunion' bagi batch gua. Tapi yang ini bukan reunion biasa-biasa. Ala, yang selalu buat kat Mid Valley, Pavillion, KLCC, Times Square dan mana-mana lagilah, yang agendanya hanyalah lepak-lepak dan seterusnya makan di Pizza Hut tak pun KFC tak pun juga Mekdonel. Kan ke klise tu.

Kawan gua ni merancang nak buat satu percutian ke pulau. Bukan setakat reunion dan makan-makan je, tapi minum, mandi, main dan tidur pun dah boleh sama-sama. Bagi gua itu satu cadangan yang menarik, dan gua betul-betul bersetuju. Dan gua berharap agar apa yang dirancang kawan seteknik gua tu berjaya menjadi kenyataan hendaknya, amin.

...

...

...

...

Gua ada ajukan hal ni kat salah seorang kawan seteknik gua juga dalam satu sesi lepak-lepak minum teh. Dan jawapan yang diberikan oleh beliau cukup meragukan gua.

"Ala Bob, buat apa nak buat kat pulau jauh-jauh tu? Mahal pulak tu, menghabiskan duit je. Kita buat kat PD dah la."

Gua pelik dan hairan. Macam mana seseorang yang biasa mengamalkan gaya hidup mewah ala-ala anak Dato' boleh mengeluarkan pendapat yang sedemikan rupa?

Arghhhhhhhh!!!!!!!