20.12.10

Menarik Minggu Ini

Hari ni 20 Disember, lagi 5 hari je nak Krismas. Brader-brader rock mesti dah kucar kacir kumpul duit. Tapi bukan nak buat beli hadiah, tapi nak buat bayar tiket konsert Double Trouble kat Sunway Lagoon. Tiket saja dah RM70. Tu belum campur duit t-shirt konsert, makan, minum, minyak kereta atau motor dan jugak tiket untuk awek.

Besoknya pulak, 26 Disember ada pulak Rock The World 10 kat Bukit Jalil. Yang ni brader-brader, adik-adik, akak-akak dan awek-awek indie mesti bersusah payah nak keluarkan duit dari poket masing-masing untuk bayar tiket yang berharga RM 30. Duit tambang LRT, bas, minyak motor, makan minum, beli baju band, beli ROTTW dan jugak rokok kena ambil kira. Lagi-lagi buat mereka yang bergelar pelajar. Kalau yang dah kerja tu berapa la sangat nak keluar duit, tak kisah pun. Yang penting dress up mesti smart, kena ikut trend. Kalau tak ikut trend, tak indie la. Awek-awek indie pun tak mau jeling, pandang apatah lagi.

Malam tu pulak, ada perlawanan akhir Piala Suzuki antara Malaysia dengan Indonesia. Yang ni semua orang nak turun. Tak kisah la lu rock ke, lu indie ke, turun tetap turun. Lagi stail kalau pakai jersi, baru la true. Kalau takde jersi, boleh beli kat stadium jugak. Tapi sediakan je la dalam RM 60, baru boleh dapat sehelai. Tiket gua tak pasti la pulak berapa, macam separuh akhir jugak kot. Makan minum tolak tepi, balik boleh singgah mamak. Takdenya lu mati kalau sebelum tengok bola lu tak makan.

Ada 3 event yang menarik bagi gua. Tapi yang RTW tu gua dah reject awal-awal. Apa barang pergi RTW dalam umur 22 tahun ni? Band yang main pun gua tak berapa nak berkenan tengok. Sekarang ni antara Double Trouble dengan final Piala Suzuki, yang mana satu yang menjadi pilihan gua. Gua pun tengah pening, tapi yang macam komfem bola la. Double Trouble gua tak sure lagi, masih menantikan petunjuk dari Ilahi lagi. Lagipun masa 1 Mei itu hari gua ada pergi, so takde la kempunan sangat.

Apa-apa pun sebelum 25 Disember 2010 ni gua harap gua dapat petunjuk sama ada nak turun Double Trouble ataupun tak, bergantung pada ketebalan dompet gua jugak la akhirnya.

Kesimpulannya, takde sape-sape yang ada tiket free nak bagi kat gua ke?

No comments: