1.12.10

Noinuer (Sila Baca Dalam Keadaan Terbalik)

Semua orang ada kawan. Sedangkan orang utan yang tinggal dalam hutan tu pun boleh ada kawan, apatah lagi kita yang tinggal dalam bandar. Samalah juga dengan gua. Tapi, ada banyak kategori kawan bagi gua. Kawan masa sekolah rendah, kawan sekolah menengah biasa, kawan sekolah teknik, kawan kolej, kawan tempat kerja, kawan yang gua kenal dari kawan-kawan gua di atas dan juga kawan sekampung.

Bagi gua, gua lebih selesa dan kamceng dengan kawan sekolah teknik gua. Mungkin kerana faktor hidup bersama selama dua tahun menyebabkan gua dan kawan-kawan seteknik yang lain mempunyai satu ikatan perhubungan yang istimewa. Entah, gua main cakap je. Gua pun tak tahu betul ke tak. Tapi, ada juga beberapa orang kawan kolej yang gua betul-betul berkawan sampai la ke sekarang.

Ok, berbalik pada kawan seteknik gua. Memandangkan kami semua jarang dapat berkumpul sama-sama macam masa dalam dewan makan dulu, salah seorang dari kawan seteknik gua memberikan idea supaya dianjurkan satu majlis perjumpaan semula ataupun dalam bahasa modennya 'reunion' bagi batch gua. Tapi yang ini bukan reunion biasa-biasa. Ala, yang selalu buat kat Mid Valley, Pavillion, KLCC, Times Square dan mana-mana lagilah, yang agendanya hanyalah lepak-lepak dan seterusnya makan di Pizza Hut tak pun KFC tak pun juga Mekdonel. Kan ke klise tu.

Kawan gua ni merancang nak buat satu percutian ke pulau. Bukan setakat reunion dan makan-makan je, tapi minum, mandi, main dan tidur pun dah boleh sama-sama. Bagi gua itu satu cadangan yang menarik, dan gua betul-betul bersetuju. Dan gua berharap agar apa yang dirancang kawan seteknik gua tu berjaya menjadi kenyataan hendaknya, amin.

...

...

...

...

Gua ada ajukan hal ni kat salah seorang kawan seteknik gua juga dalam satu sesi lepak-lepak minum teh. Dan jawapan yang diberikan oleh beliau cukup meragukan gua.

"Ala Bob, buat apa nak buat kat pulau jauh-jauh tu? Mahal pulak tu, menghabiskan duit je. Kita buat kat PD dah la."

Gua pelik dan hairan. Macam mana seseorang yang biasa mengamalkan gaya hidup mewah ala-ala anak Dato' boleh mengeluarkan pendapat yang sedemikan rupa?

Arghhhhhhhh!!!!!!!

No comments: