31.12.11

2011 ke 2012

Fuck off 2011, welcome 2012.

Jaga-jaga 2012, jangan kamu kurang ajar dengan aku sebagaimana kurang ajarnya 2011 dengan aku. Ingat, aku ni pendendam orangnya. Bukan senang aku nak lupakan apa yang dah berlaku pada aku sepanjang 2011.

So 2012, jaga-jaga okay?

29.12.11

Definisi Punk Rock

"Punk is musical freedom. It's saying, doing and playing what you want. In Webster's terms, 'nirvana' means freedom from pain, suffering and the external world, and that's pretty close to my definition of Punk Rock."

Kurt Donald Cobain

Nampak tak? Dah pandai petik quote sekarang ni. Padahal malas nak tulis panjang-panjang.

Kahkahkah.

22.12.11

Azam

Hidup ni umpama roda. Kejap kau kat atas, kejap nanti kau kat bawah. Untuk naik ke atas, kau sendiri kena mula dari bawah - bukan terus ke atas. Tapi kalau kau anak raja benda tu tak mustahil la kan?

Lepas tu bumi ni berputar mengikut paksinya. Berputar mengelilingi matahari. Bulan pulak mengelilingi bumi, kalau bumi mengelilingi bulan itu dah jadi berita tergempar.

Ok la, dalam setahun ada 365 hari. Dalam satu bulan ada 31 hari. Kadang-kadang 30, ada jugak 29 hari. Itu belum cerita lagi dalam seminggu ada berapa hari. Dalam satu hari ada berapa jam pulak kan. Benci sebenarnya gua nak menaip panjang-panjang ni.

Senang cerita macam ni la. Krismas nak dekat, so hari Isnin tu cuti sebab Krismas jatuh hari Ahad. Bila Krismas nak dekat, secara otometiknya tahun baru pun nak dekat dah kan? Maka dengan itu gua nak bagitahu yang tahun depan gua punya azam adalah untuk memenuhi azam tahun-tahun lepas. Apa dia azam tahun-tahun lepas gua tu pulak gua pun tak berapa ingat dah, so gua harap dapatlah gua ingat kembali azam-azam gua yang lepas supaya dapatlah gua memenuhi azam gua tu.

Ok la, gua nak pergi mandi ni. Waktu Maghrib pun dah tiba. Gua nak mandi lepas tu nak pergi mapley makan nasik.

Ok,bye!

notakaki : dengar cerita kiamat tahun depan, betul ke?

19.12.11

Suka

Terus terang aku cakap, bila aku nampak yang dia dah activated balik dia punya fesbuk aku tersenyum. Bukan senyum pasal nak menggatal lahanat, cuma aku tersenyum bila dapat tengok wajah terbaru dia.

Senyuman dia, mata dia, ada something kat situ yang buat aku tertarik nak pandang lama-lama.

Ahhh, ni yang susah kalau mod jiwang dah mengambil alih diri.

***

Cepat-cepat tersedar yang aku dengan dia bukan siapa-siapa, kami hanyalah kawan.

16.12.11

Lagu Minggu Ini #5


Dah lama tak layan Muse. Kalau dulu masa kat asrama tiap hari walkman cikai gua main kaset Absolution, tapi sekarang gua dah jarang dengar Muse. Padahal gua rasakan dulu yang Muse punya lagu betul boleh buat gua terinzal.

Ini semua pasal malam kelmarin. Kalau gua tak bersembang pasal muzik dan terkeluar cerita tentang Muse dengan member gua, mungkin gua dah lupakan si Matt Bellamy ni.

Ahhh, gua rindu saat-saat dulu.

Dan rindu awak jugak.

15.12.11

Cinta Paling Epik?

Ahad lepas gua bertolak ke Central Market Annexe dari rumah gua di Cheras semata-mata nak ke acara yang saban tahun diadakan di sana iaitu Art For Grabs. Selain daripada keinginan gua untuk membeli buku dan jalan-jalan di sana, gua juga telah berjanji dengan seorang rakan untuk melepak bersama di sana.

Maka pada petang Ahad itu gua pun menunggang motosikal kapcai gua menuju ke Annexe. Sesampai je gua di sana, terus gua menuju ke tingkat paling atas sekali. Sambil mendaki tangga, sesekali terlintas dalam kepala otak gua nostalgia semasa menghabiskan masa di Annexe suatu masa dahulu. Pehhh, syahdu!

Bila dah sampai, gua tengok orang pun boleh tahan ramai. Makwe-makwe pun ada, tapi gua tak berapa minat nak mengorat time tu. Entah kenapa gua pun tak tahu, yang gua tahu gua nak pusing-pusing tengok apa yang ada dan boleh dibeli oleh gua.

Sedang gua leka berjalan, tiba-tiba kaki gua terhenti di depan gerai jualan Lejen Press. Maka secara otometiknya gua pun mengangkat beberapa buah buku untuk dibaca tajuk serta sinopsis di kulit belakangnya. Setelah puas membelek beberapa buah buku, dan tak lupa juga membelek duit di dalam dompet, gua dengan rasa penuh yakin membeli 2 buah buku - Awek Chuck Taylor oleh @comradenami dan juga Hero oleh beberapa orang penulis lain. Oh ya, gua ada juga beli sehelai t-shirt Amnesty Malaysia.

Okay, senang cerita ini bukan review sebenarnya. ACT tu pun gua dah habis baca dah pun masa zaman Hafiz tengah top kat blog, siap tahu cerita tambahan yang tak ditulis oleh Nami lagi tahu? Walaupun dah habis baca dekat blog dulu, gua tetap beli sebuah sebagai menghormati janji gua pada Nami sendiri. Tapi gua still rasa sendu tangkap syahdu bila baca ACT ni. Cibai la Nami, lu punya love story memang lagi epic la sial dari gua punya. Apalah sangat dengan love story gua ye tak?

Hero pulak gua tak habis baca lagi, baru separuh je gua baca. Itu pun gua malas nak tulis apa-apa pasal buku tu. Benda nak review-review ni bukan pesen gua. Kalau dok melepak dekat mapley sambil berborak dengan member yang tu memang gua power.

Nampaknya sampai di sini sajalah gua menulis. Gua pun dah start malas nak berfikir dah ni. Elok benar kalau gua buat perkara yang gua mahir - melepak di mapley. Takdelah gua mati kutu kat rumah ni tak tahu nak buat mende. Imej mapley, kopi ais, Marlboro light, roti canai dan makwe-makwe dah bermain-main di mata gua ni.

Celaka!

14.12.11

Epik Stori : Episod 3

"Haa, apa dia cadangan tuan hamba? Tuan hamba jangan main-main, nanti hamba kilas tangan tuan hamba baru tuan hamba tahu", ugut si ketua.

"Rilek la tok, hamba tak main-main. Cadangan ni dah lama hamba fikirkan, cuma kali ni saja ada can untuk hamba usulkan", sambung pemuda tersebut sambil menyalakan sebatang rokok daun.

"Silakan wahai pemuda", jemput si ketua kepada pemuda tersebut.

Hadirin yang lain semuanya diam menyepi. Masing-masing memasang telinga. Semuanya tak sabar nak dengar cadangan yang akan diusulkan sebentar nanti. Entah power entah tidak.

"Begini tok ketua, hamba ni bukanlah power mana, tapi hamba dah kaji tentang musuh kita ni lama dahulu. Hamba selalu juga terdengar desas desus tentang kelemahan musuh kita ni, cuma hamba tak yakin kita mampu untuk melakukannya", terang si pemuda sambil menghembuskan asap rokok ke atas. Angkuh.

"Pada hemat hamba, mereka ni nampak sahaja ganas tapi tetap mempunyai kelemahan. Kalau kita dapat serang pada titik kelemahan mereka, maka kita akan mampu menewaskan mereka tok ketua", sambung pemuda tersebut.

Pakcik-pakcik, makcik-makcik, makwe-makwe, abang-abang dan adik-adik sibuk berpandangan antara satu sama lain. Tak tahu nak percaya atau tidak pada kata-kata mamat di hadapan mereka.

"Tak guna juga kalau terus bermukadimah, cuba tuan hamba bagitahu sahaja pada kami semua apa dia kelemahan musuh kita tu?" soal seorang pakcik.

"Baiklah kalau begitu. Kalian semua, apa yang hamba tahu musuh kita ini lemah pada bahagian punggung mereka. Tetapi, bukan sebarangan senjata yang boleh kita gunakan untuk menyerang mereka pada bahagian itu, kecuali......" , kata pemuda tersebut dengan saspen.

"Kecuali apa?" tanya sekalian manusia, termasuklah si ketua sendiri.

Si pemuda tersengih macam kerang busuk.

Macam setan.

23.11.11

Malaysia Menang Lagi


Tahniah kepada barisan pemain Harimau Muda kita yang bermati-matian mempertahankan ibu segala emas untuk Sukan Sea bak kata wartawan dalam suratkhabar dalam perlawanan yang sungguh mendebarkan.

Walaupun menang, masih ada pemain yang tidak dapat membuang sifat dan perangai bangangnya jauh ke dalam longkang yang bersepah kat Indonesia tu sebelum sampai ke stadium. Siapakah dia? Anda tentu tahu dengan jelas siapa yang dimaksudkan.

Baiklah, kepada abam-abam, akak-akak, adik-adik dan juga makwe-makwe yang kemain lagi bersorak masa Harimau Muda kita ni menang kelmarin, jangan lupa yang pada 23 November 2011 akan berlangsung perlawanan kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil antara Malaysia dan Syria. Jadi marilah sama-sama kita memenuhi stadium untuk memberikan sokongan. Tak guna juga kalau dok bertempik kat kedai mamak dengan kedai Awe je. Ye tak?

Tapi ingat, yang menang tu biarkan menang dan perlawanan tu sudah pun berlalu. Ada lagi 90 minit yang mendebarkan yang menanti pasukan Harimau Muda kita. Masa untuk bergembira sakan dan up status fesbuk dengan ngauman bila Malaysia menang dah habis. Tumpukan pada perlawanan yang akan datang nanti. Ini bukan lagi perlawanan tahap Asean ni. Jangan nanti bila kalah dah tak nak mengaum pulak ye?

Mana yang mengaku diri tu Ultras Malaya (UM) pergi hafal cepat chants UM. Kalau setakat kau menari kat tengah-tengah UM tu baik tak payah, pastu dok kelam kabut mengaku diri tu UM kat fesbuk. Baik lu duduk dengan gua, boleh juga makan kuaci sambil tengok bola. Tak payah penat nak menyanyi menari bagai.

Apa-apa pun gua berharap Fakri Saarani terus bermain untuk perlawanan tersebut sebab ada juga bahan untuk dikepala banakan. Tapi jangan risau, mana yang layak dikepala banakan pun akan tetap diberi title kepala bana. Takkan la si Fakri nak makan seorang ye tak?

In Fakri We Trust! #IFWT!

Kehkehkeh.

19.11.11

Lagu Minggu Ini #4


The man who rocked the world!

17.11.11

Epik Stori : Episod 2

Sambung je la...

Tiba-tiba bertempik satu suara yang maha kuat, seperti suara guruh di langit gayanya. Tempikan itu sangat memeranjatkan - hatta si ketua sekali turut terperanjat. Maka tertanya-tanya setiap umat - siapakah gerangan yang bertempik tadi?

Maka terlihatlah satu susuk tubuh yang sangat besar - tingginya sekali ganda tinggi laki-laki biasa - itu sudah cukup mendatangkan gerun pada siapa yang melihat. Itu belum lagi nak dikira besarnya sepenumbuk yang dimiliki olehnya. Lagilah menggeleng semua orang kalau diajak bertumbuk.

Seraya berkatalah si gergasi,

"Jangan takut tuan hamba semua, kita pasti akan dapat menangkis serangan yang akan datang sebentar nanti. Cuma diharap supaya kalian tidak terburu-buru dalam melancarkan serangan!"

Dengan penuh semangat dilaungkan kata-kata tersebut, sambil penumbuknya diacu ke langit. Manakala sebahagian laki-laki yang berada di sebelahnya bingkas menutup hidung secara sembunyi kerana tidak tahan dengan bau ketiaknya yang masam.

"Mengapa terlalu yakin tuan hamba berkata sedemikian? Tidakkah tuan hamba memiliki sekelumit pun rasa takut di dalam hati? Ini bukan calang-calang musuh, musuh yang ini khabarnya memakan daging manusia," tanya seorang laki-laki yang sedang bertinggung di atas batu.

Hingar bingar seketika suasana di situ dengan cakap-cakap manusia.

"Kita hendaklah yakin akan kekuatan kita, kalau awal-awal sudah berkata sedemikian maka apa lagi yang boleh diharapkan dari tuan hamba? Adakah tuan hamba mahu turut serta berlindung di dalam gua?" ujar si gergasi.

Semua yang ada terbarai gelak.

"Sudah,sudah! Ini bukan masanya untuk kita bertengkar sesama sendiri. Lebih elok sekiranya kita berbincang bagaimana untuk menghadapi musuh ini," kata si ketua - sekadar untuk meredakan keadaan yang mungkin akan bertukar menjadi tegang.

"Tok ketua, hamba ada cadangan!" jerit seorang pemuda yang tampan mukanya.

Maka menolehlah semua orang ke arahnya.

16.11.11

Epik Stori

Arakian tersebutlah satu kisah yang dikhabarkan dari mulut ke mulut, lama dahulu dari zaman nenek moyang kita semua, bahawasanya ada satu umat manusia yang spesiesnya memakai pakaian yang diperbuat dari bulu kambing, tinggal di dalam hutan, bertani dan membela haiwan ternakan, serta memburu dengan menggunakan senjata yang diperbuat daripada batu yang diasah.

Maka dikatakan pemimpin bagi umat ini adalah seorang laki-laki yang berusia 50an. Dikhabarkan bahawa laki-laki ini sangatlah luar biasa kekuatannya - sehinggakan mampu mengangkat sebatang balak yang amat berat hanya dengan satu tangan sahaja. Bahkan dia juga memliki 15 orang bini dalam satu masa. Betapa kuatnya dia sehinggakan dia diangkat sebagai pemimpin di kalangan umatnya.

Syahadan, pada satu purnama telah datang segerombolan manusia yang lagi pelik dan dahsyat perilakunya menuju tepat ke arah umat yang pertama tadi. Maka disuruh oleh ketua mereka supaya bersiap sedia menangkis serangan yang akan mendatang. Diseru kepada umatnya yang lain bahawa kaum yang sedang menuju ke arah mereka itu adalah kaum yang amat dahsyat dan ganas tindak tanduknya dan tidak mempunyai sifat belas kasihan, maka disuruh olehnya wanita dan kanak-kanak supaya cepat-cepat lari masuk bersembunyi ke dalam gua sementara kaum laki-laki bersedia dengan senjata masing-masing.

Tiba-tiba...

Mati akal dah, mati akal dah.

Arghhhhhhh!!!!!!!!

12.11.11

Tiada Lagi .......?

9.11.11

Lagu Minggu Ini #3


Bila gua fikir-fikir balik memang mati kutu tak tahu nak taruk lagu apa. Tapi takkan la gua nak taruk video Najwa Latiff, nanti tak pasal-pasal gua kena kecam.

Lagi satu, si Najwa Latiff tu pun dah cukup top, so gua sengaja kasi can kat abam-abam Refused ni.

Apasal la depa tutup buku cepat sangat ek?

8.11.11

Aiman Nur : The End

Aiman Nur sekarang dah besar, umur dah 28 tahun. Mak dia pulak dah lama mati, abah dia pun sama jugak. Dengar khabor dia sekarang jadi vokalis sebuah band yang main rock kapak. Pakai seluar kain kulit ketat, siap ikat bandana dekat paha.

Kadang-kadang boleh tengok muka dia dalam TV1, TV2, TV3, TV9 dan Astro Ria. Tapi dekat TV Al-Hijrah jarang nampak, sebab perangai dia gampang tak macam orang.

notakaki : celaka, apa point sial cerita aiman nur ni?

Fakri Saarani Paling Power!

ihsan Google

Dalam banyak-banyak bangang, bangang lagi mamat ni.

Power!

4.11.11

Bisnes Juta Juta

Gua sekarang ada terfikir nak bikin satu bisnes, tapi bukanlah bisnes besar untung juta-juta dalam masa 5 hari. Gua ingat nak buat side income je pun, lagipun berapa sangatlah gaji gua kat tempat kerja gua sekarang ni. Gua tengok duit gua habis ke rokok je, entah apa nak jadi kat gua ni pun gua tak tahu.

Tapi tu la, harap-harap gua boleh steady je bikin ini projek sisi. Kot dapat tampung duit minyak, rokok sama makan gua pun dah cukup dah. So duit gaji gua dalam bank tu bolehlah gua simpan buat pergi haji.

Apa, nak gelak bila gua cakap macam tu? Berapa lama dah tak makan pelempang ni?

notakaki : bisnes apa tu? ade lewww...hikhikhik.

2.11.11

Lagu Minggu Ini #2


Apa point Chris Martin jalan-jalan kat tepi pantai?

Mujur bukan kat Port Dickson, kalau tak gua mohon sebar.

29.10.11

Sistem Kerja

Gua cakap kat bos gua yang tempat kerja gua takde sistem, tunggang langgang, kelam kabut, entah apa-apa punya pengurusan dan sebagainya.

Gua peduli apa.

27.10.11

Lagu Minggu Ini #1


Gua ingat nak buat macam Muzik Muzik la.

Ok tak?

24.10.11

Notis Pemberitahuan

Pemberitahuan.

3 kisah terakhir yang gua tulis sebelum ni terpaksa gua keluarkan dari blog gua, demi menjaga sensitiviti pihak yang berkenaan dengan cerita tersebut.

Ini kerana, ada pihak yang cuba mengeruhkan keadaan. Maka dengan itu gua sangat-sangat bersetuju dengan cadangan penarikan entri-entri tersebut. Pada asalnya, entri itu bukannya untuk mengaibkan sesiapa, sekadar tribute untuk seseorang. Tetapi setelah keadaan mula menjadi tegang dek kerana usikan syaitan yang tidak dapat dikenalpasti (baca : anon) jadi gua dengan hensemnya menarik balik entri-entri tersebut.

Sekian, terima kasih.

notakaki : terasa macam popular gila babi tahap abang nara pulak. eh,sumpah gua nak muntah hijau. sila jangan samakan gua dengan insan bernama nara, gua bukan jenisan macam tu. kahkahkah.

15.10.11

3gp Melayu Boleh

Tiba-tiba rasa ghairah nak tengok Klip 3GP.

Alaa, yang budak One Nation Emcees berlakon tu.

6.10.11

Bertapa

Hai kawan-kawan.

Gua sekarang tengah bertapa dalam Laut China Selatan untuk dapatkan ilmu bayang jurus ke 19. Ni pun gua pinjam laptop ikan duyung jantan yang jadi member satu dorm dengan gua. Yang best kat sini ada Unifi, so internet laju nak mampus. Hari-hari gua layan Youtube tengok Najwa Latip nyanyi lagu Cinta Muka Buku, so takdelah gua bosan sangat.

Cibai, apa benda yang gua makan petang tadi pun gua tak tau. Tak berhenti-henti kentut dari tadi ni apehal? Gua dah habis cover dah kentut gua ni. Mujur tak dengar, tapi yang tak bestnya nampaklah buih-buih keluar dari arah punggung gua. Nasib baik time macam ni makwe-makwe duyung tak lepak dengan gua, kalau tak jatuh imej gua.

Eh, kecoh pulak si Rafael ni. Oh ya, sebelum gua terlupa nama si duyung jantan tu Rafael. Masa gua tengah sedap nak update blog la dia nak guna laptop. Tadi time gua pergi kutip gamat takde pulak nak hadap laptop. Sajalah tu nak dengki dengan gua.

Ok la kawan-kawan, gua nak pergi bagi dugong belaan gua makan. Sekarang ni time supper dia. Nanti kalau gua lupa bagi makan mengamuk pulak menatang tu nanti.

Leceh, leceh.

Babai kawan-kawan.

*muahh, muahh, muahhh XOXO*

28.9.11

Dia

Sebenarnya gua sedang mengalami hari-hari yang sukar dalam hidup gua. Sepanjang hidup gua selama ni, inilah pertama kali gua rasa macam mana hati tak tenteram, tidur tak lena (mustahil), makan tak kenyang (macam menipu), lemah je setiap langkah perjalanan gua dan pelbagai lagi perkara yang menunjukkan gua dalam keadaan down yang amat sekarang.

Perempuan.

Ya, sebab perempuan gua jadi begini.

Tapi, jangan salah sangka pulak. Entri ini bukan untuk menyalahkan perempuan. Memang takde niat langsung nak tulis macam tu.

Cuma gua nak cakap, sepanjang perhubungan yang singkat itu, gua telah lalui kenangan yang paling manis dalam hidup gua. Yang paling takkan mudah untuk gua lupakan dengan sewenang-wenangnya. Yang mampu membuatkan gua untuk tersengih dalam bilik sorang-sorang dan gua jarang sekali melalui pengalaman sebegitu rupa.

Terima kasih pada dia kerana memberikan satu sinar cahaya dalam hidup gua - walaupun dalam masa yang amat singkat sekali.

notakaki : ingat punker tak reti nak bersendu ke?

19.9.11

Apalah Nasib Aiman Nur

Aiman Nur baring di atas katil. Matanya tak lekang dari memerhatikan kipas yang berpusing laju. Dalam masa yang sama, Aiman Nur berasa sedih dengan layanan yang diberikan oleh ibu tirinya kepada dia.

Apa salah aku?

Apa dosa aku?

Itulah antara soalan yang sering bermain dalam minda Aiman Nur. Bagi dia, kenapa seorang budak yang baru berusia 10 tahun dilayan sebegitu rupa. Setahu dia, dia tak pernah buat perkara yang tak senonoh. Baik di rumah mahupun di sekolah. Cuma adalah sekali-sekala dia berkelakuan nakal, tapi itukan lumrah bagi budak yang berusia macam dia.

Kalau abahnya ada, ibu melayan dengan baik sekali. Tapi bila abah takde, memang nak lepak kat ruang tamu pun Aiman Nur tak berani. Bukan apa, pantang ada salah - walaupun sekecil kuman - kompem dia akan dimaki dengan dahsyat oleh ibu. Maki tu dah satu hal, selalu juga tangan ibu singgah ke pipi dan kepala Aiman Nur. Cuma kaki je yang belum singgah, hanya menunggu masa.

Apalah nasib Aiman Nur.

15.9.11

Bukan Salah Aiman Nur

Musalmah Kebaya benci sangat dengan Aiman Nur. Padahal budak tu tak tahu apa-apa pun. Tapi Aiman Nur juga yang disalahkannya.

Sebenarnya bukan salah Aiman Nur.

Aiman Nur masa tu belum lahir lagi. Jadi janin pun belum, macam mana nak salahkan dia? Kesian Aiman Nur, tak pasal-pasal dibenci atas sebab dendam lama.

Dulu, Musalmah Kebaya berkenan sungguh dengan wajah kacak Jeffrey Din. Sampaikan sanggup hari-hari dia lalu depan rumah Jeffrey Din semata-mata nak tengok jejaka idaman dia yang sering melepak bawah pokok jambu sambil bermain gitar.

Setiap kali keluar, Musalmah Kebaya akan pakai kebaya yang ketat - semata-mata nak tarik perhatian Jeffrey Din. Tapi hampeh, Jeffrey Din langsung buat tak tahu je. Tapi tiap kali Rozita Che Nan lalu, Jeffrey Din kenyit mata. Mulalah Rozita Che Nan malu-malu manja. Tu yang berbulu Musalmah Kebaya tengok.

Tapi, tu cerita lama. Cerita sebelum Musalmah Kebaya kahwin dengan Jeffrey Din. Itu pun setelah Jeffrey Din dan Rozita Che Nan bercerai mati. Kalau tak, tak tahulah dapat ke tidak Musalmah Kebaya kahwin dengan Jeffrey Din.

Dan Aiman Nur adalah anak yang dilahirkan hasil perkahwinan Jeffrey Din dan Rozita Che Nan. Itu yang berbulu sangat Musalmah Kebaya dengan Aiman Nur. Padahal budak tu tak salah langsung.

Bukan salah Aiman Nur.

Aiman Nur

Panggg!!!!!

Pecah.

Berderai gelas tu.

Aiman Nur hanya menunduk ke lantai. Takut benar Aiman Nur pada ibu yang berdiri dengan muka bengis di depannya. Bukannya Aiman Nur sengaja nak pecahkan, tapi tangan Aiman Nur licin - itu yang jatuh gelas tu.

"Kau ni memang anak tak guna la, tau nak menjahanamkan harta benda aku je!! Bukannya aku beli pakai duit bapak kau pun!!" tengking Musalmah Kebaya.

Sebenarnya Musalmah Kebaya ni cuma ibu tiri kepada Aiman Nur. Itulah sebabnya anti sungguh dia pada Aiman Nur.

"Lain kali, jahanamkan harta benda bapak kau dulu. Kau ingat kau boleh buat sesuka hati kau je kat rumah ni haa?!!" jerit Musalmah Kebaya sambil tangannya menolak-nolak kepala Aiman Nur.

Aiman Nur makin kecut.

Ada air jernih yang bertakung di matanya.

Namun dalam hatinya, tersemat perasaan benci yang amat terhadap wanita yang bernama Musalmah Kebaya.

10.9.11

6% Cukai Perkhidmatan? Alaa,Sikit Je Tu....

Bagi seorang pekerja biasa-biasa dengan gaji tak sampai RM1500 sebulan - ditambah dengan hutang PTPTN yang entah bila nak habis bayar - berita tentang 6% cukai perkhidmatan yang akan dikenakan bagi tambah nilai prabayar membuatkan gua macam nak menangis tak henti-henti.

Sebab apa?

Sebabnya kita dapat seorang pemimpin yang tahap bebal dia tak tau nak letak kat mana lagi dah.

Tak percaya?

Sila klik sini.

23.8.11

Ramadhan 2011 #4

Senarai barangan yang gua beli untuk raya tahun ni (setakat untuk hari ini) :

i) bedak cap Dashing

ii) pencuci muka

iii) sehelai baju dan seluar bundle

Sudah terbukti, gua seorang yang berjimat cermat bila berbelanja.

18.8.11

Ramadhan 2011 #3


Nasib baik gua selak fesbuk, kalau tak gua tak tau hari ni birthday member gua ni. Jangan salah sangka, member gua tu bukannya Scha Al Yahya mahupun Awal Ashaari tu, tapi brader yang berdiri belah kiri tu. Ada iras-iras Justin Bibir ye tak?

Ok la, gua terus terang la ye Aspa. Gua mengucapkan selamat hari lahir kat lu. Gua tak tahu umur lu tahun ni masuk berapa, tapi yang pasti lu pangkat adik-adik je dengan gua. Semoga tahun ni memberi sinar baru dalam hidup lu tu. Ingat, bunga bukan sekuntum. Jangan selalu layan lagu Cinta 3 Segi tu, kelak merana diri lu.

Lagi satu gua nak pesan, lu cepat-cepat la start jadi blogger. Gua yakin dan cukup pasti dengan potensi lu untuk jadi blogger yang tersohor. Gua tak tipu, benda ni betul. Dan gua berani jamin, setakat Cik Epal, Anwar Hadi mahupun jejariruncing mesti lu dapat celen tanpa sebarang masalah.

Sedangkan dengan Awal pun lu dah boleh berdiri sama tinggi, apatah lagi mereka bertiga yang gua sebutkan tadi.

notakaki : ingat senang ke nak dapat slot khas dalam blog gua ni, ciss!!

17.8.11

Ramadhan 2011 #2

Kawan gua : Bob, puasa ke hari ni?

Gua : Puasa la.

Kawan gua : Oh, baguslah *bakar rokok sebelah gua dalam kereta*

Ramadhan 2011 #1

Kawan gua : Bob, jom McD drive thru?

Gua : Mintak jauhhhhh!!!!!

8.8.11

Diari Puasa Dorm M34

Di suatu petang yang hening, gua sedang bermalas-malasan di atas katil. Ditambah pula dengan kipas yang berputar laju yang dihala ke arah gua membuatkan sesi bermalasan itu hampir-hampir berubah ke sesi peniduran.

Tiba-tiba masuk seorang junior yang bernama Saped. Gua jeling ke arah Saped dan gua ternampak di kedua-dua tangan beliau tergenggam kemas sebungkus biskut dan juga sebotol air masak. Saped lalu bersahaja ke arah balkoni dan terus membuka pintu balkoni. Selang 3 saat kemudian Saped masuk semula ke dalam dan menuju ke arah loker beliau seraya mengeluarkan sebotol kordial perisa oren dan juga sekotak rokok.

Gua yang sedang bermalasan terus berdehem 3 ke 4 kali dan Saped terus berpaling ke arah gua.

"Eh Bebob, kau ada rupanya. Ingatkan takde tadi. Puasa ke Bebob?" tanya Saped

"Aku puasa hari ni, tu yang tak berapa nak aktif ni. Aihh, ada jamuan ke kat belakang tu?" tanya gua semula.

"Haha, biasa la Bebob. Lapar la pulak, ni aku tengah tunggu Pejol ni," balas Saped.

Kemudian datang Pejol tersengih-sengih masuk ke dalam dorm. Dengan tak berbaju dan hanya berseluar bola kaler merah membuatkan Pejol kelihatan sungguh menawan.

"Bebob, anggap je la kitorang takde kat belakang ni ek? Kau puasa tu, alang-alang dah puasa biarlah sampai berbuka nanti. Jangan risau, aku tutup pintu balkoni ni nanti." ujar Saped penuh hormat.

"Haa yelaa. Jangan risau la, aku boleh tahan punyalah. Takde hal la nak puasa ni..." jawab gua megah.

Gua biarkan budak berdua tu dengan jamuan makan mereka. Sebab gua pun macam tu jugak sebenarnya, cuma pada hari tu gua rasa nak puasa. Kalau hari-hari tak puasa tak boleh jugak, ye tak? Setakat biskut dengan air oren apa la sangat. Bagi gua kacang je nak hadap. Gua boleh tabah lagi mengharungi cabaran macam tu. Steady je gua baring sambil sekali sekala gua pura-pura buat suara warden. Tapi dahsyat mereka berdua, tak goyah walaupun gua bergurau macam tu.

Sampai satu part, gua terdengar bunyi api dihidupkan menggunakan lighter. Kemudian bau rokok menusuk masuk ke dalam ruang asrama dan terus pergi ke arah hidung gua. Gua yang mulanya steady dah jadi resah gelisah. Kiri kanan gua berguling semata-mata nak hilangkan perasan tu, tapi tak jadi jugak. Tak semena-mena peluh jantan turut membasahi dahi gua. Bagi gua, semua ni harus ditamatkan serta merta. Gua tak nak lagi terus dalam keadaan begini.

Gua nekad.

Gua pasti.

...

Tak pasal-pasal gua melayan rokok Dunhill sebatang lepas pekena biskut cokelat dengan air oren . Ni semua salah Saped dengan Pejol.

Haram jadah sungguh.

7.8.11

Hujung Minggu


Selamat berpuasa.

Semoga puasa di hujung minggu ini memberi seribu makna kepada lu orang dan juga pada diri gua sendiri.

Kah kah kah.

2.8.11

Jangan Jadi Setan Woi!

Puasa tahun ni gua harap gua tak jadi setan. Gua tak mahu ambik alih tugas setan yang dah kena hambat tu. Cukuplah si nafsu yang buat kerja, tu pun gua rasa tak ramai yang boleh nak hendel.

Tapi kan, gua rasa pengalaman puasa gua yang paling setan sudah tentu pada masa gua masih di bangku sekolah lagi.

Ya, betul tu.

Sampai sekarang gua geleng kepala kalau teringat kenangan hisap rokok kat balkoni dorm lepas balik dari sekolah di waktu bulan puasa. Lepas tu suka benar gua jalan-jalan keliling hostel usung megi, kole dengan milo 3 in 1 semata-mata nak tanya siapa yang ada heater.

Lepas dah kenyang, ramai-ramai bentang tilam bawah kipas pastu tidur sama-sama. Pukul 6 petang bangun, basuh muka, salin baju senonoh sikit lepas tu turun dewan makan beratur ambik nasik untuk berbuka. Kalau lauk ayam, nak pilih yang besar-besar je. Pastu kalau ada kuih best, rembat orang lain punya kuih.

Kehkehkeh, setan jugak gua ni rupanya ye.

31.7.11

Perutusan Khas Sempena Ramadhan Al-Mubarak 1432

Gua dengan rasa rendah diri dan sopan santun ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada mereka yang wajib berpuasa. Kepada yang wajib, tetapi pura-pura jadi tak wajib bawak bawak la bertaubat. Umur dah makin lanjut, esok lusa kalau mati masa tengah makan nasik curik-curik kat dalam semak kan ke dah bawak musibah di alam barzakh nanti?

Untuk kaum hawa pulak, sekiranya diri anda uzur janganlah bersikap tak semenggah dengan menghantar sms kepada rakan yang sedang berpuasa dengan menyatakan bahawa cempedak goreng amat sedap dimakan pada waktu petang. Sebelum gua libas tengkuk lu dengan hanger, baik lu persiapkan diri dengan belajar Pendidikan Sivik.

Dan kepada diri gua sendiri, jangan cuba cuba nak ponteng puasa. So, jauhkan diri dari anasir anasir yang membahayakan diri dan ibadat puasa gua. Pastikan tiada bisikan 'syaitan' yang kedengaran di cuping telinga mengajak untuk mennapau nasik campur di waktu tengah hari.

notakaki - entri copy and paste dari tahun lepas je ni, malas betul nak tulis panjang-panjang

30.7.11

Kalaulah.....

Gua ni belum lagi jadi artis.

Kalau jadi artis tak tahu la macam mana nak melayan.

Fuhhhhh.....

13.7.11

Berita Minggu - Setakat Untuk Bungkus Nasi Lemak?


Sebab tu la gua dah tak baca suratkhabar tiap pagi Ahad.

Kalau beli nasi lemak pun gua perhati elok-elok, tak mahu mak cik nasi lemak tu bungkus pakai Berita Minggu.

Low class okay!

3.7.11

Anarki Di Kuala Lumpur!!!


Anarki Di Kuala Lumpur karya Mohd Jayzuan

Ok, buku ni gua dapat dari member gua pagi tadi dalam pukul 2 gitu dekat NZ Wangsa Maju. Gua pesan kat member gua yang turun Frinjan 22 semalam supaya tolongkan belikan untuk gua buku baru Jay ni sebab gua tak dapat nak turun sendiri ke sana. Akhirnya lepas pekena nasi ayam sebagai hidangan tengah hari tadi, maka gua lapangkan masa gua untuk mula membaca karya terbaru dari Mohd Jayzuan - kutu rock n roll paling cool yang gua rasa pernah wujud kat Kuala Lumpur ni.

...

Buku ni mengisahkan tentang Syd Jamal, seorang punk rocker dan frontman bagi sebuah kugiran garage punk The Rats. Start je lu baca buku ni dah dok cerita pasal main, pussy, karipap, 'biskut', dan segala jenis benda yang boleh bikin lu orang nak start masturbasi dalam bilik. Bab seluk tangan dalam boxer pun ada, tak pasal-pasal tadi gua pun ikut sama seluk tangan dalam boxer. Nasib baik tak melarat pergi lebih jauh, tapi gua sempat juga bayangkan kalau-kalau tangan Melissa yang dok merayap dalam tu - memang sah gua dah terbang ke langit yang ke tujuh. Hahaha.

Tak cukup dengan itu, perkataan seperti balut, bong, dapur, ganja, LSD, heroin, arak, mabuk, overdosed, parti akan sentiasa lu orang jumpa sepanjang lu baca buku ni. Takkan adanya lu nak jumpa perkataan seperti solat berjemaah, puasa di bulan Ramadhan, bersedekah pada orang miskin dan sebagainya dalam buku ni. Kalau lu orang jenis serbanistas tak tentu hala, mesti akan rasa teruja untuk membakar atau menghumban buku ni jauh ke dalam lubang jamban kerana lu orang percaya bahawa buku ni hanya akan membawa anak-anak muda kita terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan yang hina.

Ini realiti hidup. Apa yang ditulis oleh Jay merupakan realiti hidup yang dilalui oleh segelintir manusia yang hidup di kota yang penuh dengan lumpur ini. Suka duka, pahit manis dalam hidup yang menjadi warna dalam kehidupan segelintir manusia yang dimaksudkan tadi.

Ada jiwang, ada rebel, ada suka, ada marah, ada sedih dan macam-macam rasa lagi dalam buku ni. Kalau nak tau apa lagi rasa yang boleh lu orang dapat dari buku ni, sila dapatkan sebuah dan start membaca sambil mendengar lagu-lagu dari kugiran punk seperti The Clash, The Ramones, Joy Division, Sex Pistols, Black Flag dan banyak lagi.

Memang ada umphhhh!!!

1.7.11

Mari Mengaum, Harimau Malaya!


tekun sungguh, rasa macam nak sepak je yang kat sebelah tu

i) Gambar di atas bukan di ambil masa game semalam. Ni game minggu lepas, Malaysia lawan Lebanon. Yang semalam punya gambar tak smart langsung, buat kena gelak kuat kuat dengan orang ramai je kalau upload.

ii) Gambar di ambil masa game belum start iaitu pada jam 7.53 petang. Bermakna ianya masa yang sangat sesuai untuk duduk bersantai hisap rokok sambil kaki dua-dua belah letak atas kerusi depan. Jadi, keadaan masa tu sangatlah bersopan santun tanpa sebarang adegan lompat melompat mahupun menjerit tak tentu hala.

iii) Jersi kaler biru tu gua beli kat Padang Besar. Kirim dari seorang kutu yang belajar kat sana. Harga sehelai memang murah, RM 28 sahaja. Kalau kat stadium tak cecah RM 40 memang tak sah. Mengikut informasi seorang teman, semalam punya harga dah cecah RM 59 sehelai. Tak patut sungguh nak mark up harga macam tu.

iv) Ahad ni perlawanan ke dua kat Taiwan sana. So siapa yang ada port best nak tengok bola ramai-ramai tanpa perlu beli tiket kapal terbang ke Taiwan sila roger gua. Kita buat tempat tu jadi macam Stadium Bukit Jalil.

Yeahhhh!!!!

28.6.11

Sonic Youth - Superstar



Bayangkan kau berjalan dalam hujan.

Keseorangan.

Kesejukkan.

Tanpa sesiapa pun di sisi kau.

Hanya ditemani cahaya lampu yang malap dan sekotak rokok yang telahpun basah.

27.6.11

Kami Tak Makan Sampah

"Biawak makan apa ek?"

"Biawak ni makan macam macam benda. Sampah pun dia bantai makan gak."

"Oh, yeke. Sama la macam punk. Budak budak punk kan makan sampah."

"Apesal pulak? Aku tak makan sampah pun?"

"Eh, kau punk ke?"

Ini memang buat gua geram. Kalau Harian Metro tak bodoh dok lapor budak punk makan sampah dulu takkan ada statement macam ni keluar tahu?

Agak basi isu ini ya.

notakaki : perbualan di antara gua dengan seorang rakan beberapa minggu yang lepas

26.6.11

Lemau

"Kau ni dah angau. Jangan jadi lemau, kawan."

Tu dia kata kata dari salah seorang kawan gua. Agak tersentak bila dia keluarkan ayat macam tu, tapi nasib baik gua cepat cepat sedar. Kalau tak, selamanya gua jadi mat angau dan lemau sepanjang masa.

Ek eleh.

notakaki : baik gua kosentret kat dua event best bulan 7 nanti - konsert sweet charity & blues gang dengan malaysia lawan liverpool

24.6.11

Happy

Kalau tengok balik last entri aku itu hari, bermakna dah berapa hari aku sampai KL dah. Tapi punya la malas tahap babi, nak menulis memang takde mood. Mood langsung tak sampai orang kata. Baru hati ni terbuka hati nak menulis, itu pun belum tentu senonoh tulisan kali ni.

Ya, aku memang bercuti di Pulau Tioman tempoh hari. Selama 23 tahun aku hidup, inilah kali pertama aku jejakkan kaki ke sana. Aku tak peduli kalau kau orang nak cakap aku ni kodi, yang penting aku hepi.

Aku hepi sebab aku ke sana dengan kawan kawan aku yang mampu buat aku hepi. Aku hepi juga sebab dapat tengok air laut kaler biru boleh nampak dalam. Aku hepi sebab selama 3 hari tu aku lari dari kesibukan bandar keji KL ni. Aku hepi sebab dekat sana aku rasa tenang. Aku hepi sebab kat sana aku langsung tak ingat apa apa masalah yang datang kat aku. Dan banyak lagi benda yang memang buat aku hepi sepanjang 3 hari di sana.

Sebenarnya jauh di sudut hati aku dan kawan kawan yang lain, memang berat untuk kami semua balik ke KL. Rasa macam tak cukup je 3 hari nak lepak sana. Banyak lagi benda seronok yang boleh kami buat kat sana sama sama. Belum puas rasanya nak explore satu pulau tu. Tak puas lagi nak berenang dengan ikan ikan kat sana.

Dan aku ada terfikir satu soalan.

Alangkah bestnya kalau aku tak payah balik ke KL, dan tinggal je kat Pulau Tioman tu terus?

15.6.11

Bercuti!!

Pulau Tioman.

16 Jun 2011 hingga 18 Jun 2011.

14.6.11

Punk Not Dead

Punk itu bukan tentang gaya pemakaian kau. Punk itu bukan dari mohawknya rambut kau. Punk itu bukan tentang tingginya boot kau. Bukan hanya pada jaket kulit kau yang penuh dengan spike dan patches band band punk dan hardcore.

Punk itu tentang diri kau, sikap kau, hati kau, rebel kau, semangat kau dan juga jiwa kau.

Jangan ingat bila buat rambut mohawk je baru boleh panggil punk. Tapi, jangan pulak ingat punk tak reti nak berjiwang.

Bullshit!

notakaki : bak kata @comradenami "sepunk rocker mana pun ko, gua boleh kesan sendu lu la". celaka!

13.6.11

Biodata Diri

Nama : Zulhelmi Malek

Nama panggilan : Zul, Helmi, Bebob, dan kadang kadang ada yang suka panggil Aaron Aziz

Tempat lahir : Kuala Lumpur (dekat hospital, sebab saya ni moden orangnya)

Tarikh lahir : 15 Mac 19xx (rahsia laa, ingat artis je nak rahsia rahsia?)

Adik beradik : 4 orang, saya yang sulung. Abang Long, heh!!

Sekolah : S.K Taman Midah 1, S.M Kebangsaan Cheras dan S.M Teknik Kuala Selangor

Hobi : Online Twitter, Facebook, berblogging, usha makwe, bergelak ketawa, makan dan tidur

Makanan kegemaran : Masakan emak dan juga makanan yang dibelanja oleh orang

Minuman kegemaran : Kopi ais, soya bean cap Drinho, air kosong dan air mata air

Kaler kegemaran : Hitam dan merah (ini kaler yang mendominasi hidup saya)

Cita cita : Peguam, askar, bomba, saintis, pelawak, perdana menteri dan rockstar

Kawan biasa : Ramai!!

Kawan baik : Ada la dalam 10 orang

Kawan rapat : Entah, ada ke? Ada ke weh?

Moto hidup : Part time human, full time punkrocker (cilok dari t-shirt band Dum Dum Tak)

...

Kah kah kah. Teringat balik zaman sekolah rendah dulu. Kemain lagi siap ada buku biodata, siap minta kawan kawan tulis dalam buku tu. Untuk kenang kenangan katanya.

Eh, apa celaka pagi pagi buta aku bantai tulis biodata diri ni?

Fak!

10.6.11

Setia

Ada satu masa pernah seorang kawan aku bersurah kat aku yang dia adalah insan yang paling setia. Maksud setia di sini ialah dia tu seorang yang sangat setia untuk menanti cintanya terhadap seorang gadis. Betapa setianya dia sampaikan dia mengaku pada aku yang dia tetap akan tunggu si gadis itu sampailah si gadis itu akan menjadi miliknya.

Pelik bukan?

Habis tu, takkan kau nak tunggu sampai ke tua. Manalah tahu kalau kalau hati si gadis langsung tak terbuka untuk dia terima kau. Nah, takkan sampai ke tua kau tetap nak tunggu dia? Takkan walaupun dia dah berkahwin dan beranak pinak kau tetap nak tunggu dia? Katakan kalau ada orang lain yang sudi mengisi hati kau, kau tetap nak tolak gara gara setianya kau pada benda yang pasti?

Dan dia pernah cakap pada aku, yang dia kalau dah sayang pada seseorang tu dia memang akan sayang sampai bila bila - walaupun orang tu tetap tak mahu pada dia. Dia susah nak cari yang lain, walaupun dia tahu orang yang dia sayang tu dah ada yang punya.

Reaksi aku?

Hembus asap rokok jauh jauh dari muka sambil sekali sekala menguap sebab mengantuk. Dalam masa yang sama seorang lagi kawan tengah setting khemah untuk tidur di tepi pantai nan permai.

Mengantuk sial!

8.6.11

Kisah Karim, Masdor dan Rakan Rakan 4

Dalam kepekatan malam, terdapat sekumpulan manusia sedang menunggang motosikal dengan riang ria hati mereka. Karim, Kulop Stopa, Wan Berahim, Ajak Rock dan Adpa menuju ke tempat yang ingin dituju. Dalam kepala otak masing-masing, terbayang keseronokan yang bakal mereka tempuhi. Keseronokan yang bersifat nakal sebenarnya.

Perjalanan yang mengambil masa selama 10 minit itu ternyata penuh dengan gurau senda oleh mereka berlima. Habis sepanjang jalan tu huru hara dengan suara malaon-malaon yang tak reti nak melekat kat rumah masing masing. Pantang ada benda yang boleh digelak, habis berderai ketawa masing-masing. Macam gampang.

Akhirnya, tiba jua mereka ke tempat yang dituju. Senyum kian melebar di pipi mereka. Yang paling lebar tak lain tak bukan Ajak Rock, sebab mulut dia lebar tahap tak patut. Ada orang kata bila dia tarik lagu Awie memang tak ada masalah langsung, sebab tu la dia digelar Ajak Rock oleh rakan sekampung. Tapi kadang kadang dia layan juga lagu kumpulan nasyid In-Team.

Setelah berlegar legar di kawasan sekitar, barulah mereka bertemu dengan port yang sesuai untuk parking motor masing masing. Nak parking motor pun kucar kacir. Biasanya kalau time parking punyalah masing-masing ambik masa yang lama, siap nak solex bagai. Tapi kali ni tidak. Hendel pun tak kunci. Nampak sangat kegopohan di situ.

Tiba-tiba...

6.6.11

Kisah Karim, Masdor dan Rakan Rakan 3

Dari jauh Karim nampak Kulop Stopa tersengih sengih macam kera dapat pisang tanduk. Ada lagi 3 kutu dengan Kulop Stopa malam. Wan Berahim, Ajak Rock dan Adpa. Berdasarkan line up malam ni, ternyata apa yang dirancangkan oleh Kulop Stopa ternyata best!

"Adoi Karim, kenapa awok lambat sangat ni? Kami dah tunggu kemain lama lagi haa..." sapa Kulop Stopa.

"Ala Kulop, aku berak tadi. Boleh pulak sakit perut memalam ni," balas Karim sambil bersalaman dengan kutu kutu yang lain.

Ajak Rock hanya tersengih mendengar jawapan Karim. Nampak sangat yang dia memang boleh bawa bergurau punya orang, bukan jenis yang tak boleh bergurau. Wan Berahim dengan Adpa entah apa yang dibuat dengan henfon masing masing sambil tersengih sengih. Ni tak lain tak bukan tengah membudayakan budaya membluetooth klip 3gp lakonan aksi anak tempatan la ni.

"Haa, macam mana dengan plan kamu tu Kulop? Bila nak mula?" tanya Karim sedikit tak sabar. Sambil jari jemari kasarnya sibuk menggaru garu celah ketiaknya yang sedikit gatal.

"Sabar laaa, malam masih muda ni. Apa kata sebelum tu kamu bakar rokok sebatang? Aku punya rokok dah habis la pulak," jawab Kulop Stopa bersahaja.

Kotak rokok bertukar tangan, begitu juga dengan lighter. Sebatang rokok diletakkan di pinggir bibir, lalu dibakar dengan api yang secukupnya lantas menerbitkan satu perasaan yang cukup indah buat perokok. Nikmat yang tak dapat diungkapkan dengan kata kata.

"Habis sebatang ni kita gerak!" arah Kulop Stopa.

Masing masing hanya mengangguk. Tumpuan kembali pada rokok yang sedang terbakar, kecuali bagi Wan Berahim dan Adpa yang tak sudah sudah membelek henfon masing masing. Ajak Rock yang pada mulanya semacam tak berminat tiba tiba mengendeng di sebelah Wan Berahim lalu mengeluarkan henfon mahal milik beliau.

Di sudut yang lain, Karim dan Kulop Stopa sedang khusyuk melayan hisapan rokok masing masing. Peluh jantan laju mengalir dari muka mereka berdua walaupun malam itu tak sepanas tengah hari tadi.

Nampak sangat projek malam ni memang projek bertaraf supermega.

Pot Pet Pot Pet

Benda kalau dah rasa something dalam hati, hidup kau pun dah gundah gulana, tak senang duduk, selalu tersengih secara tiba tiba, jadi kuat berangan, masuk tidur lambat, bangun tidur terus capai henpon dan macam macam lagi.

Ah sudah!

notakaki : damn la, cerpen gua apa jadi sekarang? takde ilham. i need some inspiration. ehem!

5.6.11

Hati

Saya dapat rasakan ada sesuatu yang sedang bergerak gerak di dalam hati saya. Tapi, ianya tidak menyakitkan malah memberikan satu perasaan yang sangat selesa.

Walaupun ianya duduk di dalam hati saya, namun tidak sedikit pun saya terfikir untuk mengeluarkannya dari dalam hati saya. Malahan, saya lebih suka dan selesa bila ia berada di dalam hati saya.

notakaki : kalau lu orang power cuba lu orang bagitau apa benda tu?

3.6.11

Kisah Karim, Masdor dan Rakan Rakan 2

Agak lama Karim duduk memerap dalam jamban. Berpeluh peluh dia dalam bilik kecik tak selesa tu. Sambil melabur, Karim ambik feel dengan menghisap Surya sebatang. Lebih padu katanya. Katanya laaa. Setel mencebok, Karim pun keluar. Rokok Surya yang betul betul dah habis bila tiba cebokkan terakhir tadi terus dibuang ke dalam lubang jamban. Jamban sendiri, apa ada hal. Suka hati dia la nak buang kat dalam tu.

Setelah selesai, Karim pun bergegas masuk ke dalam bilik. Laptop yang dari petang tadi terbuka siap sedia di atas meja. Terus Karim duduk menghadap laptop jenama Lenovo miliknya yang dibeli 3 bulan yang lepas. Macam biasa, Karim akan buka Facebook dan Twitter. Sambil sambil mengorat makwe, Karim baca juga blog blog yang best untuk dibaca. Bukan takat blog merepek, blog politik pun Karim layan. Kiranya Karim ni pemuda yang ada wawasan la.

Hari ni, kisah #adindaevans jadi trending kat Twitter. Karim tersengih je bila benda ni jadi isu nasional. Biasalah, budak budak baru nak kenal dunia. Silapnya orang lain yang lebih dewasa yang membuatkan seluruh perhatian warga Malaysia tertumpu pada budak tu. Itu saja sebenarnya yang budak tu mahukan. Perhatian dari semua orang.

"Ahh, bosan la pulak mengadap laptop ni. Aku mesti buat aktiviti luar yang lebih adventure. Tapi nak buat apa? Si Masdor celaka dah keluar merempit, arghhhhhh" keluh hati Karim.

Beep beep. Sms masuk.

Karim terus baca sms yang baru masuk tadi. Secara tiba tiba senyum nipis terukir di wajahnya. Ajakan Kulop Stopa ni memang menarik perhatian Karim. Mustahil untuk dia tolak dalam keadaan bosan macam ni. Memang tepat pada masanya. Tanpa disuruh, terus Karim bersiap. Nanti kalau lambat mahu kena tinggal dia dengan Kulop Stopa.

"Haaa Karim, ke mana kamu nak pergi tu??? Asal malam je tak lekat kat rumah, entah apa la yang dibuatnya kat luar sana?" soal Mek Kalsom, ibu kepada Karim.

"Alaa mak ni, tak rock la duduk rumah. Takkan nak layan Gerak Khas kot.." jawab Karim acuh tak acuh.

"Ada je yang dijawabnya. Haa, yelah. Kang balik jangan lewat sangat. Dengar kabor kat hujung jalan sana ada pocong merayap." kata Mek Kalsom dengan muka saspen.

"Ishh mak ni, benda karut camni la dia nak percaya lagi. Dah la, saya keluar dulu. Kang kunci je pintu ni, saya ada kunci. Assalamualaikum." pesan si Karim.

Dengan ucapan Bismillah, Karim lantas memecut laju motor kapcai kesayangannya tu. Lebih lebih lagi bila tiba di hujung jalan yang dimaksudkan oeh maknya tadi.

Heh!

2.6.11

Saya Bukan Pro-Zina, Tapi Saya Juga Bukannya Pejuang Jihad Siber

Kasihan. Kat Malaysia ni masih ramai lagi orang orang yang perasan diri dia lebih bagus dan mulia dari orang lain, lagi lagi orang Melayu Islam kita.

Abang abang, kakak kakak dan adik adik sekalian, kita kalau nak menegur orang hendaklah dengan secantik cantik bahasa. Jangan dimaki dengan bahasa kesat. Seolah olah macam awak semua hanya nampak kesalahan dia sahaja, padahal diri awak semua pun belum tentu betul lagi. Besar kemungkinan orang yang dimaki tu tertekan dan langsung membunuh diri. Siapa tahu? Takkan kita nak biarkan dia meninggal dunia dalam keadaan yang macam tu?

Seelok eloknya, tarik dia keluar dari jalan hidup macam tu. Tak perlu guna hujah hujah agama pada budak usia macam tu, sebab belum tentu dia paham dan mengerti semua tu. Hujahkan pada dia tentang penyakit dan bahana yang akan datang kalau dia terus hidup macam tu. Nah, bukankah dengan cara itu lebih menakutkan bagi seorang budak berusia 14 tahun? Ini tak, anda semua nak bercakap soal dosa, pahala, hukum hakam dalam Islam sedangkan belum tentu anda semua sempurna iman dan amal kepadaNya.

Ok, jangan marah ye pejuang jihad sekalian. Saya bukan pro-zina. Tapi saya tahu ada batas dalam setiap perbuatan, termasuklah perbuatan anda semua tu.

Kisah Karim, Masdor dan Rakan Rakan

Malam tu sunyi sepi. Sejak kematian Maikel, tiada lagi suasana bising di Warung Pak Mat Tongkol. Rambo, Masdor, Karim dan kutu kutu yang lain terus jadi pendiam. Mana taknya, sebelum ni Maikel la yang jadi tukang bising, tukang lawak, tukang kena bahan, tukang penyeri dan macam macam tukang lagi pada mereka semua. Sekarang, bila Maikel dah takde memang sesi melepak di warung tu dah jadi macam sesi tazkirah di masjid.

Karimlah yang paling tangkap syahdu, sebab Karim dengan Maikel rapat macam belangkas. Sejak kematian kedua ibu bapa Maikel, Karim selalu jadi teman Maikel. Sepanjang masa mereka berdua, sampaikan kalau orang yang tak kenal mereka mesti tuduh mereka sebagai pasangan homoseksual. Padahal mereka tu cuma sepupu saja.

Pernah sekali Karim bertumbuk dengan Awang Buncit gara gara tak puas hati bila si Awang Buncit dok tuduh Maikel perampas bini orang. Mustahil Maikel nak rampas bini orang, sedangkan nak bercakap dengan perempuan pun Maikel jadi gagap. Itu yang marah sangat Karim pada Awang Buncit, sampai bertumbuk mereka di luar kedai snuker Ah Chong. Nasib baik datang Pak Tamin leraikan keadaan, kalau tak habis lunyai Awang Buncit dikerjakan oleh Karim.

Sekarang ni bila Maikel dah takde, hidup Karim jadi sunyi sepi. Kalau dulu sampai ke Subuh dia dengan Maikel boleh duduk bersembang atas pangkin depan rumah Maikel, sekarang nak lalu depan rumah Maikel pun dia tak sanggup. Sayang betul dia pada Maikel macam sayang dia pada adik sendiri.

Rambo pun rasa terkilan juga. Yalah, kalaulah dia bagitahu Maikel awal awal hal Pak Lang Rosman itu hari dah tentu Maikel takkan meninggal dunia dalam eksiden ngeri tu. Dek kerana rasa bersalahlah, Rambo kata dia nak cepat cepat balik ke KL sebab dah tak sanggup nak hadap muka saudara mara yang lain, lagi lagi muka Karim. Yang buat dia lagi terkilan, dialah orang terakhir yang Maikel hubungi. Sempat jugak mereka bergurau senda memaki hamun sebelum Maikel putuskan panggilan. Fak, Rambo yang gengster tu pun tahu nak tangkap syahdu apatah lagi si Karim yang langsung takde ciri ciri lelaki gengster.

"Fak, kenapa kau mati lagi awal dari aku Maikel? Bukan ke kita dah plan nak pusing Semenanjung satu hari nanti?" rintih Karim pada satu malam.

"Dah banyak duit yang aku simpan untuk plan kita tu, aku siap rancang nak beli kamera DSLR lagi kau tau? Barulah puas nak bergambar nanti. Boleh letak dalam fesbuk," kata Karim pada diri sendiri.

Sunyi. Bunyi cengkerik memekak malam malam saja yang kedengaran.

"Ahhh, baik aku lepak kat warung. Manalah tau kot kot malam ni ada bola, boleh jugak aku hilangkan stress ni," getus hati kecil Karim.

Cepat cepat Karim capai henfon, hajat di hati nak ajak Masdor lepak sekali. Tragedi Musliha masih lagi menghantui dia, walaupun kisah tu dah seminggu berlalu. Kalau ada Masdor, takdelah dia takut nak lalu depan bas stand tu. Cepat cepat dia sms ke Masdor, takut benar dia kalau Masdor dah tidur.

Beep beep. Bunyi sms masuk ke henpon Karim. Terus Karim tekan 'Baca'.

"Sori geng, malam ni gua ke pekan. Atan ajak berlumba malam ni, ada habuan besar katanya, kehkehkeh"

Dushhhh, terus Karim lempar henfon mahal dia ke dinding. Memang marah benar Karim kalau berlumba tak ajak dia sekali. Hajat nak melepak sambil tengok bola digantikan terus dengan hajat nak melabur dalam jamban.

"Binawe punya Masdor!!" sumpah Karim dalam perjalan ke jamban.

31.5.11

Misteri Si Maikel

Maikel gelisah tak tentu hala. Entah apa setan yang kacau dia sampai jadi macam tu pun dia tak tau. Tapi yang pasti, bukan kerana Musliha - pondan yang Karim jumpa tu - ini sebab lain ni. Maikel tau, biasanya kalau perasaan macam ni datang, tentu ada perkara buruk yang akan berlaku dalam masa terdekat.

Pernah sekali dulu kat sekolah, Maikel dapat feeling macam ni. Tak senang duduk dia kat dalam kelas, kejap kejap bangun, kejap kejap dia duduk, sampaikan Cikgu Zabedah pun rasa benci tengok peel si Maikel tu. Waktu balik Maikel cepat cepat langkah kaki untuk sampai ke rumah. Elok je Maikel sampai kat rumah, datang Wak Jeman bagitahu cerita buruk. Dogol, kawan si Maikel masa darjah 6 dulu mati eksiden kena langgar dek lori bawak daging babi.

Maikel tersentak. Hal kematian Dogol tak lama dulu kembali menghantui Maikel. Maikel tak mahu kali ni ada siapa siapa datang bawak khabar buruk kat dia. Maikel tak mahu tragedi Dogol berulang kembali.

Cepat cepat Maikel sarung kasut Converse old school dia tu. Asalnya kaler putih, tapi kerana selalu sangat Maikel pakai dah jadi kaler krim kasut tu. Siap pakai kasut Maikel terus kunci pintu dan pagar rumah usang peninggalan arwah ayahnya, Haji Lubis. Maikel angkat beg galas kaler hijau askar tu dan cepat cepat berjalan ke arah jalan besar untuk menunggu bas. Hari ni jugak Maikel ingat nak ke KL, lepak seminggu dua kat sana dengan Rambo, sepupu belah mak Maikel.

Dalam 10 minit kemudian bas pun sampai. Maikel terus ke seat paling belakang, betul betul tepi tingkap. Senang angin masuk katanya. Maikel keluarkan telefon bimbit cam Sagem dia, lalu dihantarnya sms terus ke nombor Rambo. Nak kabor kat Rambo yang dia on the way ke KL sekarang. "Koman koman kena bagitahu awal ni, kalau tak mahu keluar menyamun si Rambo ni" getus hati kecil Maikel.

Dalam bas Maikel tertidur, Siap mimpi lagi si Maikel. Nyaris nyaris seluar Maikel basah dek kerana mimpi berahi dia dengan Zainab, janda anak satu kat kampung dia tu. Sampai KL Maikel dah terjaga, itupun setelah brader konduktor bas kejutkan dia. Kalau tak dikejut, mahu tidur sampai ke Subuh!

Maikel capai telefon bimbit cap Sagem dia, tengok ada 21 missed call. Apa kecibai banyak sangat missed call ni tapi yang peliknya Maikel langsung tak dengar bunyian monophonic tu. Maikel tengok nombor Rambo yang tertera, terus di dailnya nombor Rambo tu.

Berdering, tapi tak dijawab. Maikel cuba lagi. Kali ni berjawab.

"Haa kamu Rambo, ape hal call aku sampai 21 kali tadi? Aku tidur la, dalam bas mana boleh tak tidur. Aku dah sampai KL ni, kamu di mana?" tanya Maikel.

"Laa, kamu di KL dah ke? Itulah yang aku talipon kamu tadi. Aku nak bagitau yang aku nak balik ke kampung tadi. Pak Lang Rosman sakit tenat kat rumah, Mak Lang mintak kamu mari ke sini," balas Rambo.

"Perghhhhh, yeke ni? Aduhh, kenapa la aku tak dengar kamu talipon tadi. Kalau tak, takde la aku nak kena patah balik dari sini. Yela, aku nak pergi beli tiket bas dulu ni. Kamu cakap la ke Mak Lang yang aku on the way sekarang ni," kata Maikel.

"Baik la," balas Rambo pendek.

Nah, sekarang Maikel tak tahu nak cakap apa. Kalau dia tersedar tadi, takdelah kena buat kerja bodoh macam ni. Sekarang ni, Maikel nak kena naik bas untuk balik ke Lipis malam ni jugak. Satu kerja yang penat untuk Maikel hari ni. Apa apa pun, sebelum naik bas Maikel nak isi perut dulu. Dari petang tadi dia menahan lapar dalam bas.

Dalam bas Maikel tak banyak bunyi. Maikel dok perhati je paha makwe kat seat sebelah dia tu. Kemain montok lagi paha makwe tu. Maikel rasa geram, nak je dia masturbasi kat situ jugak, tapi Maikel tak mau buat perkara tak senonoh macam tu. Nak tak nak, Maikel alihkan pandangan ke luar tingkap. Sedap je angin malam pukul muka Maikel. Sedar tak sedar mata Maikel makin kuyu, dan tak lama kemudian Maikel pun tertidur.

...

Esoknya Maikel sampai ke rumah Pak Lang Rosman, tapi bukan dengan bas yang Maikel naik malam tadi. Maikel menumpang van jenazah masjid kampungnya sebab bas yang Maikel naik malam tadi terbabas langgar treler bawak balak dekat Genting Sempah. 16 orang mati malam tu, termasuklah makwe seksi sebelah Maikel tu.

Hmmm, patutlah semalam Maikel resah gelisah. Rupa rupanya Maikel yang akan mati malam tu!

Trauma Si Karim

"Cibai!!!!!" bentak Karim kat table sebelah. Masdor yang tengah makan mee goreng mamak takde sayur jadi tergamam.

"Kamu ni kenapa Karim? Tiba tiba menjerit tak tentu hala kat kedai makan ni? Malu la sikit, tempat awam ni," kata Masdor kepada Karim. Beberapa orang makcik dan pakcik sibuk memanjangkan leher untuk melihat apa yang berlaku. Huh, dasar perangai tipikal orang Melayu.

"Bukan apa, aku geram sungguh ni. Ada ke dia buat aku macam ni? Sampai sekarang aku trauma kau tak?" jawab Karim dengan muka serius nak kena tampar.

"Ce kamu cerita kat kami, apa sebenarnya yang berlaku. Manalah tahu kami boleh tolong ke?" nasihat Maikel, sepupu kepada Karim yang kebetulan lepak dengan Masdor. Beberapa orang kutu dah mula keliling table mereka. Brader ambik order pun ada jugak, tersengih sengih macam kerang busuk. Ada jugak brader brader beg silang sibuk datang menyemak kat situ. Nak tunjuk gengster la tu.

"Takde apa, aku ada kenal dengan sorang makwe kat bas stand seberang jalan tu. Aku tengok dia sorang sorang je tadi, aku pun tegur je la. Tak sangka dia bagi respon baik," terang Karim bersungguh sungguh.

Semua yang mendengar senyap buat sementara waktu. Cuma brader ambik order je sibuk memekak ambik order dari customer yang baru sampai. Bunyi kipas berpusing jelas kedengaran.

"Lepas tu aku tanya la nama dia, dia jawab nama dia Musliha. Ok la tu, aku tanya dia nak pegi mana, dia cakap dia nak pegi kerja. Aku tanya nak hantarkan dia, dia kata ok je. Aku pun eksaited la, " kata Karim.

"Dah tu, apa masalahnya sampai kamu nak mengamuk ni?" tanya aku pada Karim.

"Sebabnya bila dia paling muka betul betul kat aku, baru aku dapat tangkap yang dia tu bukannya perempuan ori. Tapi mak nyah!!!!!" jawab Karim dengan muka cemas.

"Ada halkum ke?" tanya Maikel cemas.

Karim hanya mengangguk anggukkan kepalanya. Peluh jantan menitik jatuh perlahan lahan di wajah Karim.

"Cibaiiiii!!!!!!!!" jerit semua orang di kedai makan itu dengan meriahnya.

Brader ambik order tadi dah berguling guling kat lantai sampaikan kertas order customer bersepah sepah.

29.5.11

Kosong

Kosong. Jiwa aku kosong. Langsung tidak ada apa apa. Memang boleh terisi, tapi masih tidak ada apa yang hendak diisi. Aku tahu, aku perlu mengisi jiwa aku secepat yang mungkin. Tapi, dengan apa?

Kadang kadang, kekosongan ini membuatkan aku sangat kecewa. Buatkan aku banyak berfikir. Memikirkan perkara yang entah apa apa. Perkara yang belum tentu akan menjadi kenyataan. Adakah ianya cuma angan-angan atau mainan minda?

Adakalanya aku rasa seperti hendak lari, jauh dari semua ini. Jauh dari rumah, jauh dari keluarga, jauh dari kawan kawan, jauh dari orang ramai dan jauh dari bandar besar yang kejam ini. Biarkan aku tinggal seorang diri di hujung dunia. Ya, hujung dunia yang aman! Bebas dari sebarang prasangka, jiwa kotor, keinginan duniawi dan segala macam yang mampu merobek jiwa ini.

Tapi aku tak mampu. Aku tahu, aku memang tak mampu. Aku belum cukup kuat untuk menghadapi semua itu seorang diri. Kaki aku belum cukup kuat untuk melangkah sejauh itu, dan dengan jiwa yang kosong ini, belum tentu aku akan berjaya mengharunginya.

28.5.11

Pengakuan Ikhlas

Aku ada satu jenis pesen perangai yang memang kalau kau dah kenal aku kat dalam Fesbuk ke, Twitter ke mesti kau rasa pelik bila jumpa aku face to face. PEMALU, ya aku memang pemalu orangnya. Tak kisah kau lelaki ke perempuan ke memang aku akan tunjuk sifat diri aku yang satu ni.

Dalam Fesbuk, Twitter, YM, or sms memang kau akan rasa aku ni jenis yang cepat mesra dan peramah. Tapi realitinya, aku akan ambik masa yang agak lama untuk selesa dengan orang yang aku baru kenal, walaupun dah lama kenal kat alam maya sekalipun. Kalau dalam alam maya bukan main lagi aku pung pang pung pang dengan kau, tapi bila jumpa direct in person tetiba aku jadi lambat sikit nak mesra, heh!

Bukan aku tak pernah nak ubah sikap tu - banyak kali juga aku cuba - tapi biasanya tetap akan jadi macam tu. Aku pun pernah kena sound dengan member aku pasal ni, dia cakap aku ni pemalu tak bertempat - even dengan lelaki sekalipun. Tapi janganlah salah sangka pula, aku ni bukannya homoseksual lahanat. Nak dapat makwe camne kalau bila berdepan dengan perempuan aku jadi kucar kacir tak tentu pasal? Nak pandang muka pun naik segan, apatah lagi nak beramah mesra.

So, buat kawan kawan yang baru aku kenal dalam Fesbuk atau Twitter, kalau kita lepak sama sama nanti janganlah nak pandang pelik muka aku pula. Mahu berlari keliling meja aku nanti. Kiranya aku ni lambat panas la bila jumpa orang yang baru first time jumpa. Bila dah lama sikit bersembang, barulah aku akan mula selesa dengan korang dan akan tunjukkan sifat aku di alam maya - selamba tak tentu hala dan banyak bercakap.

Masa tu barulah korang tau penat tak penat nak melayan aku ketawa terbahak bahak.

notakaki - perghh, gua jadi lagi tak keruan kalau ada makwe ajak gua lepak. jadi untuk awak, jangan buat saya naik segan bila kita lepak nanti okay.

26.5.11

Iqra'

Orang kata, kalau nak terer menulis kita kena banyak membaca. Tak kiralah nak baca novel ke, majalah ke, komik ke, suratkhabar ke, yang penting membaca. Sebabnya, melalui pembacaan kita akan dapat menguasai teknik menulis yang boleh membuatkan orang ramai berasa kagum dengan tulisan kita.

Jadi, untuk menjadi seorang penulis yang stailo, terer, berimaginasi tinggi, tinggi tatabahasa, bersopan santun, baik budi pekerti dan bermacam jenis lagi nilai murni, hendaklah kita mewajibkan diri untuk membaca. Dalam satu hari, pastikan anda membaca apa saja jenis bahan bacaan sekalipun - even majalah berkaitan kereta sekalipun - kerana dari membacalah kita akan dapat meningkatkan teknik penulisan kita ke tahap sasterawan negara.

Bagi aku, sekodi kodi broadband adalah broadband cap Celcom.

Sekian, terima kasih.

notakaki - terlampau jauh menyimpang sebenarnya ya.

21.5.11

Naik #2

Dengar kabor minyak RON 95 naik harga. Dah naik ke belum? Kalau dah naik lepas ni gua isi motor gua dengan air campur minyak masak je la.

Butoh deme la!

Masa

Orang kata, hidup masa zaman sekolah dulu memang best. Masa yang kau tak perlu nak fikir apa apa selain dari belajar, belajar dan belajar. Selebihnya hidup tahu nak enjoy saja. Tapi, sampai bila kau nak hidup dalam memori 5-6 tahun yang sudah?

Masa akan datang kita kena fikir selalu, jangan dok fikir perkara yang dah lepas. Kalau tak, diri kau pun takkan ke mana mana. Jangan biarkan diri tu asyik dalam ruangan masa yang sama seperti dulu. Hidup perlu diteruskan, bergerak ke hadapan sikit sikit kalau takut terbabas.

Bukan nak larang memori lama untuk dijengah, tapi memandang ke depan itu perlu kalau kau nak selamat sampai ke tempat yang nak dituju.

18.5.11

Makhluk Ganas

warna bulu dengan permukaan frozen hampir sama


muka kemain ganaih lagi


Makhluk kecik dua ekor ni gua jumpa kat kantin member gua. Kemain kecik lagi gua tengok, pastu jenis tak takut dengan orang. Ini macam kalau gua simpan dalam poket seluar pun takde hal, cuma hidup atau mati kita serahkan saja pada Tuhan.

Dengar kabor ada 4 beradik, entah mana pergi lagi 2 ekor pun gua tak tau. Menurut cakap cakap budak maintainance kat situ, hok yang hilang tu lagi comel - kaler putih. Apasal la kau hilang, kalau tak boleh la gua bagi nama Horlick.

Boleh la gua training budak budak ni dengan skill skill sarkas.

17.5.11

Ciri Ciri Awek Ranggi Pilihan Gua : Episode II

Okay, benda ni dulu gua pernah tulis kat sini dulu. Tapi gua ingat setakat 10 tu memang tak cukup, mau kena ada sampai 18 ribu baru cukup. Jadi gua pun mengambil keputusan untuk menambah lagi apa yang patut ada pada awek ranggi pilihan gua.

#1 Seorang punkrock girl. Err,tak kisah jugak kalau dia skinhead girl, indie rock gril, grunge girl or whatever asalkan jangan kaki club dah la.

#2 Mulut dia punya power bercakap sampaikan boleh buat aku tutup mulut. Memang dahsyat la kalau camtu.

#3 Gua suka sangat tengok kalau ada awek pakai kurung cotton dengan Converse. Ahh,seksi habis sial.

#4 Awek kaki panjang memang #turnon sebab boleh cangkuk leher, keh keh keh.

#5 Rebel, berjiwa muda, bukan berjiwa belia 4B tiap minggu pergi acara acara anjuran Puteri Umno.

#6 Tak kisah kalau nak ikut gua shopping kat kedai bundle yang kebanyakannya takde ekon.

#7 Sanggup berpeluh dengan gua untuk headbanging atau moshing dalam konsert atau gig,perghhhh....

#8 Kaki bola, sama sama minat dengan Harimau Malaya. Boleh gua bawak turun pergi stadium nanti. Err, satu bonus kalau awek tu minat Liverpool. Tapi tu tak penting, yang penting layan bola.

#9 Tak kisah untuk berpanas atau berhujan dengan gua (that's mean gua takde kereta sendiri la..)

#10 Boleh terima diri gua seadanya tanpa menyuruh gua melakukan suntikan botox atau apa benda saja yang mengarut yang membuatkan identiti diri gua berubah.

Cehh, baru tambah 10. Ingat nak habiskan sampai 18 ribu, tapi serius gua tak larat nak menaip panjang panjang ni. Penat la nak fikir apa yang dalam kepala otak ni, dengan cuaca panas lagi. Memang tak senang bontot gua nak duduk.

Arghhh, time ni la kepala dok teringat kat cendol pulut. Damn!

15.5.11

Naik

Sekarang harga gula naik 20 sen. Orang cerdik pandai dah sibuk canangkan kempen kurangkan gula dalam kehidupan, baru sihat tubuh badan kata depa.

Next week dengar kabor petrol RON 97 naik lagi sampai RM 3 seliter. Agak agak nanti ada tak kempen kurangkan minyak petrol untuk kesihatan?

Butoh deme la nak main kempen kempen.

12.5.11

Terkenang : Part 2

Benda kalau duduk asrama tapi perangai tak nakal serupa macam duduk kat rumah je. Ini fakta sahih yang gua dengar dari mulut seorang kutu yang selalu kena panggil ke bilik warden. Jadi malam malam di asrama adalah malam yang paling heaven di alam semesta bagi seorang remaja belasan tahun macam gua.

Gua seperti biasa akan mendengar dan turut sama melabon bersama geng geng yang lain. Biasanya cerita tentang awek kelas Awam 2, siapa gengster blok KL, apa projek hujung minggu dan kenapa sedap sangat murtabak telur DM menjadi bualan hangat geng geng gua.

Tapi malam tu gua tengok tetiba ada kucing dalam dorm tu. Entah siapa punya kerja agaknya yang bela kucing kat dalam dorm ni. Jadi gua pun ajukan soalan pada semua yang di dalam dorm tersebut.

"Ni sape pulak yang bawak naik kucing ni? Ke kucing ni sesat?"

"Aku bawak naik tadi,saje nak bela kucing. Maklumlah,aku kan suka kucing."

Itu jawapan Boccie. Ya, beliau memang sukakan kucing dan ada membela kucing di rumahnya (mengikut kata beliau) secara kecil kecilan. Gua puas hati dengan jawapan Bosri memandangkan dorm ni bukan dorm gua, tapi dorm Boccie.

"Jangan sampai dia berak rata rata dah la Cie. Memang ko la yang kena cuci"

Kata kata tegas seorang kutu di dalam dorm membuatkan Boccie tersengih sambil memberi jaminan bahawa kucing belaan beliau itu takkan berak merata rata, hasil penat lelah latihan yang telah diberikan.

Dah penat melabon sampai nak ke pukul 1 pagi, masing masing pun dah mengantuk. Kucing yang ada dalam dorm tadi gua dah tak nampak. Pergi berjalan jalan agaknya, fikir gua. Gua pun mengambil keputusan ke toilet untuk kencing, basuh kaki, touch up rambut dan juga menghisap rokok. Setelah selesai segalanya, gua menuju semula ke dorm Boccie untuk menumpang tidur di sana. Dari luar gua nampak dorm dah bergelap, tanda lampu dah ditutup.

Gua pun terus ke katil dan mencapai sekeping tilam. Trend bentang tilam kat lantai untuk tidur beramai ramai memang tengah top masa tu. Boleh merapatkan hubungan silatulrahim sesama mukmin. Jadi gua pun humban tilam yang gua pegang tadi ke lantai.

Lepas setting kedudukan tilam bawah kipas, gua pun terus landing dengan gaya terjun tiruk separa terlentang. Elok je kaki gua cecah ke tilam, gua terasa kaki gua ada benda ketul ketul tak berapa besar, tak berapa cair dan basah. Terus gua melompat bangun pergi ke suis lampu untuk tengok apa benda kat kaki gua tu.

Celaka.

...

Malam tu juga, Boccie menghantar pulang kucing yang dibela oleh beliau tak sampai 24 jam keluar dari asrama.

8.5.11

Nak Cepat Kaya?

Malam tadi gua melepak macam biasa kat mapley. Mapley je la tempat yang boleh gua lepak, sebab takde tempat lain yang boleh gua nak melepak. Tapi malam tadi gua lepak mapley yang jadi port awek awek cun. Memang best la cuci mata, hehe.

Macam biasalah, Sabtu malam minggu kalau kat mapley memang meriah sebab orang datang nak tengok bola. Yang bola tengok dia pun ada jugak, tapi tu jarang berlaku. Sambil tengok bola, mulut pun pung pang pung pang melabon tak tentu hala. Lepas tu tiba tiba gelak macam orang gila, sampai berpeluh peluh satu badan. Well, metabolisme badan gua memang tinggi, baru gelak sikit dah berpeluh. Belum bersukan lagi tu.

Tetiba ada satu brader datang kat meja gua. Gua dah perasan brader ni pergi meja ke meja kat situ. Bila dia kat table gua, dia hulur kat kawan gua 2 keping flyers. Gua biar member gua baca dulu, sebab gua tau adab dan akhlak. Lepas dia habis baca barulah gua capai kertas tu dan baca dengan penuh perhatian.

"Dapatkan RM 480 dalam masa 24 jam, anda mampu mengubah segalanya"

"Kami akan membongkar rahsia bagaimana untuk jadi kaya hanya dengan malas bekerja"

Wah, ayat dia kemain lagi ye. Gua geleng kepala, tanpa mampu berkata apa apa. Gua tengok brader tu pun datang naik Kancil, ada hati nak berkongsi rahsia kemewahan dengan orang lain. Takkan la tak boleh beli kereta yang lagi mahal kalau dah boleh dapat RM 480 dalam masa 24 jam?

Gaya pun takde macam gaya brader brader kaya, macam brader brader kayap ada la. Macam tu ke lu nak tarik orang untuk join benda yang lu join tu? Penampilan pun lu tak dapat nak yakinkan orang lain, so macam mana orang nak join brader? Ikut flyer cakap boleh dapat duit banyak tu, kalau sebulan lu kiralah berapa boleh dapat. Secara logiknya, brader yang dok bagi flyer tu pun dah tentu boleh berlagak nak tayang kemewahan dia ye tak? Tapi gua tak nampak pun kemewahan yang dia dapat dari benda yang dia buat.

So gua lipat flyer yang dia bagi tu, then gua bagi kat mapley kat situ. Sebab gua ingat, diorang patut target mapley mapley ni. Bila mapley ni dah join, sampailah mapley tu kaya so mapley mapley tu boleh bawak duit banyak banyak balik negara diorang. Tak pun, mapley tu boleh guna duit yang banyak tu untuk bukak kedai yang baru. Makin bertambahlah port lepak tengok bola kat KL ni.

Tak gitu?

notakaki - eh, awek depan table gua hisap rokok sampoerna la. kak, nusantara taknak try ke? kehkehkeh.