16.11.11

Epik Stori

Arakian tersebutlah satu kisah yang dikhabarkan dari mulut ke mulut, lama dahulu dari zaman nenek moyang kita semua, bahawasanya ada satu umat manusia yang spesiesnya memakai pakaian yang diperbuat dari bulu kambing, tinggal di dalam hutan, bertani dan membela haiwan ternakan, serta memburu dengan menggunakan senjata yang diperbuat daripada batu yang diasah.

Maka dikatakan pemimpin bagi umat ini adalah seorang laki-laki yang berusia 50an. Dikhabarkan bahawa laki-laki ini sangatlah luar biasa kekuatannya - sehinggakan mampu mengangkat sebatang balak yang amat berat hanya dengan satu tangan sahaja. Bahkan dia juga memliki 15 orang bini dalam satu masa. Betapa kuatnya dia sehinggakan dia diangkat sebagai pemimpin di kalangan umatnya.

Syahadan, pada satu purnama telah datang segerombolan manusia yang lagi pelik dan dahsyat perilakunya menuju tepat ke arah umat yang pertama tadi. Maka disuruh oleh ketua mereka supaya bersiap sedia menangkis serangan yang akan mendatang. Diseru kepada umatnya yang lain bahawa kaum yang sedang menuju ke arah mereka itu adalah kaum yang amat dahsyat dan ganas tindak tanduknya dan tidak mempunyai sifat belas kasihan, maka disuruh olehnya wanita dan kanak-kanak supaya cepat-cepat lari masuk bersembunyi ke dalam gua sementara kaum laki-laki bersedia dengan senjata masing-masing.

Tiba-tiba...

Mati akal dah, mati akal dah.

Arghhhhhhh!!!!!!!!

2 comments:

humaira balkiss said...

hahahaha.starting dia sumpah dah sedap dahh.ayat bukan main lagi klasiknyaa tapi at the end mati akal ;D haha.sambung lah lagi :)

zulhelmimalek said...

sumpah susah nak tulis guna gaya penulisan klasik..hahahha