29.4.11

Banyak Cakap

Kadang kadang hang kena kurangkan bercakap, nanti tak pasal pasal kebodohan hang terserlah pulak.

Tapi kalau hang banyak bercakap, hang tak sedar benda yang hang cakap tu mungkin akan membawa seribu makna yang istimewa kepada orang lain yang mendengarnya.

So sekarang pilih antara dua - nak banyak cakap ke atau tak nak cakap banyak?

28.4.11

Gua Bukan Samseng Jalanan, Tapi.....

Sekarang ni memang musim hujan. Pagi gua pergi kerja gua redah hujan, petang balik kerja pun gua hadap hujan lagi. Time hujan gua selalu drive motor gua dengan berhemat dan cermat, maklumlah jalan licin. Kadang kadang gua menyanyi dengan riang sebab saja nak hilangkan bosan, tapi biasanya kalau gua menyanyi hujan mesti tak reti nak berhenti - apa,tak boleh ke gua nak menyanyi?

Tapi, kadang kadang hati gua boleh bertukar menjadi panas walaupun sedang menempuh hujan yang sejuk. Sebab apa gua panas? Sebab ada segelintir umat yang bawak kereta ni macam tak reti nak respek kat rider macam gua ni. Apa, dia ingat gua tak bayar cukai jalan ke?

Lain kali boleh tak jangan jadi bingai sangat bawak kat lorong kecemasan tu? Apalah celaka sangat perangai, budak-budak motor semua nak lalu kat situ, kau pulak boleh menyemak kat situ. Dah tu, bila gua hon saja je lu buat-buat tak tahu - langsung tak nak berganjak masuk balik lorong sebelah. Kalau ada polis baru lu menggelabah puaka nak masuk lorong balik kan? Dasar pukimak babi anjing, tau la pakai kereta mahal.

Tak pasal-pasal kena jari tengah dengan gua, jangan nak maki-maki gua la lepas tu ye. Gua hon tapi lu tak tunjuk reaksi yang baik, memang kenalah lu dengan gua. Nasib baik jalan licin, kalau tak gua dah terajang bumper kereta lu.


notakaki - maaf, saya bukan racist....

25.4.11

Angan Berangan

Gua tau, semua orang suka berangan ye tak? Samalah macam Anwar Ibrahim berangan nak jadi Perdana Menteri dan juga Rosmah Mansur berangan nak jadi Malaysian First Lady. Macam tu jugalah dengan gua, gua memang suka berangan. Masa berak gua berangan, masa makan pun gua berangan, atas motor pun gua berangan - senang cerita anytime la gua berangan. Err, kalau silap gaya berangan boleh jadi rajin nak beronani.

Masa kecik kecik gua berangan nak jadi Gaban. Tu normal la untuk kanak kanak pra-sekolah, jangan malu nak mengaku la ye. Bila dah menginjak sikit usia tu gua dah mula berangan nak dapat awek dari kalangan awek-awek comel. Masuk kolej gua banyak berangan nak dapat pointer yang cemerlang, hakikatnya kelas banyak yang gua skip. Lepas je habis study dah mula pandai berangan nak ada kereta sendiri, motor sendiri dan kerja yang best. Mulalah pasang angan-angan nak kerja yang bergaji besar, nak merasa dompet tebal sebab penuh dengan duit.

Tapi selalunya angan-angan ni tinggal kenangan je kalau lu tak usaha betul betul. Macam gua la, apa yang gua angan-angankan tu memang banyak yang tak jadi real, lagi lagi part nak jadi Gaban tu. Dompet gua ada masa tebal, ada masa nipis macam kadbod. Kalau dah macam tu, macam mana nak ada kereta sendiri kan? Mujur gua ada motor dah, at least ada la angan-angan gua yang jadi kenyataan.


Tapi sekarang ni apasal gua banyak berangan nak berskandal dengan artis ni? Kadang-kadang dengan Rozita Che Wan, ada certain masa dengan Tiz Zaqyah pulak. Agak-agak ada can ke angan-angan gua yang ni nak jadi kenyataan?

24.4.11

Waspada Bila Aju Soalan Kat Gua

Selalu kawan kawan gua tanya kat gua soalan macam ni time lepak - "ko dah daftar mengundi ke belum?" Dan selalunya jawapan gua mestilah "belum lagi". Setiap kali gua jawab dengan "belum lagi" tu, tiap tu juga la gua kena tahan bebelan dari member gua. Dan bebelan yang selalu kedengaran tak lain tak bukan adalah bebelan yang pro-kuasa Melayu.

"Eh, ko taknak mengundi ke? Daftar la, ko nak tengok Cina pegang negara kita ke?"

"Apa la ko ni, nak sangat Malaysia jadik macam Singapura. Ko nak ke hidup susah macam Melayu kat sana?"

"Baik ko daftar Bob. Nanti nak pilihanraya ko undi Melayu, kita jangan bagi can orang Cina pegang negara kita ni."

Begitulah antara bebelan yang gua selalu terima. Dan gua hanya mengangguk, senyum, keluarkan rokok dari kotak, bakar lalu buat-buat tak tahu. Baik gua kosentret kat skrin yang tengah tayang WWE dari gua dengar lu melabon tak tentu hala merepek repek.

Gua ada darah Cina dari belah abah gua. Sekarang ada siapa siapa nak tuduh gua bukan Melayu?

20.4.11

Yang Ni Pun Nak Kacau?

Dulu masa sekolah rendah, gua memang jarang pekena nasi lemak. Sekali tengok je dah tau, mesti kalau hari hari pekena mahumuak. Gua lebih suka makan roti canai cicah kuah dal, lagi syok tabur sikit gula dalam kuah dal tu. Pernah buat? Kalau tak pernah sila cuba. Kalau betul nak cepat gua suruh brader roti canai tu bungkus dalam plastik, boleh makan sambil berjalan - jimat masa emas gua sebagai seorang pelajar.

Air pulak kalau bukan sirap memang tak sah. Kalau nak merasa milo memang habis la duit belanja, sebab milo bukan main mahal lagi harganya. Tak setanding dengan had perbelanjaan gua seharian langsung.

Lepas dah isi perut, mulalah kucar kacir cari kawan-kawan yang lain. Ada je aktiviti yang nak di buat. Macam macam yang gua main dulu. Konda kondi, teng-teng, main polis sentri, panjat bukit dan pelbagai lagi aktiviti yang menyihatkan tubuh badan. Kesudahannya, baju sekolah yang putih berubah kaler jadi cokelat. Siap dekat seluar ada tompok-tompok kesan tanah lagi tau, smart!

Kesimpulannya, apa jadah obesiti tu semua? Kalau lepas makan kau boleh main lari lari macam orang hilang akal, lemak dan kolestrol tu pun sama hilang juga. Kalau nak menghalang obesiti dari merebak, sila tutup restoran-restoran makanan segera yang bersepah-sepah dekat Malaysia ni. Setakat makan nasi lemak sama pekena jajan tu apa la sangat. Macam la dulu-dulu korang tak pernah layan tu semua wahai menteri-menteri sekalian?

Poyo.

19.4.11

Perjalanan Baru Hidup Gua

Dah lama gua tak merepek kat sini. Lagipun kalau hari hari gua merepek pun bukannya ada siapa siapa nak baca, gua cuma syok sendiri agaknya. Tapi memang gua malas nak tulis kat sini semenjak dua menjak ni.

Sekarang ni gua dah tak kerja. Bulan lepas bulan last gua kerja makan gaji kat company lama gua. Sekarang ni gua cuma tolong member gua hendel kantin dia kat TM Taman Tun Dr Ismail. Tiap hari gua keluar rumah jam 7.30 pagi - sesuatu yang tak pernah gua nak buat masa gua kerja dulu. Balik rumah dalam jam 5.30 petang, tu pun kalau takde orang lagi yang minum minum. Kalau ada, mulalah gua buat-buat sapu sampah, mop lantai, batuk berdehem-dehem dan sebagainya sebagai isyarat jelas dah tiba waktu balik.

Sampai rumah gua mandi mandi biar fresh badan ni, sebab tak boleh nak tahan dengan bau ketiak sendiri. Lepas mandi gua landing atas katil, komfem tertidur punya. Dengan tak makannya (harap berat badan susut dengan cara ni), gua bantai tidur ikut suka hati gua. Dan selalunya gua akan terjaga pada jam 10-11 malam.

Celik mata, basuh muka then kumur kumur sikit terus on pc. Online Facebook, Twitter, godek godek Youtube, buat kecah dekat blog orang, kemudian baru gua tidur. Sebab pukul 7 pagi gua nak kena bangun dah, aishhhh.