20.4.11

Yang Ni Pun Nak Kacau?

Dulu masa sekolah rendah, gua memang jarang pekena nasi lemak. Sekali tengok je dah tau, mesti kalau hari hari pekena mahumuak. Gua lebih suka makan roti canai cicah kuah dal, lagi syok tabur sikit gula dalam kuah dal tu. Pernah buat? Kalau tak pernah sila cuba. Kalau betul nak cepat gua suruh brader roti canai tu bungkus dalam plastik, boleh makan sambil berjalan - jimat masa emas gua sebagai seorang pelajar.

Air pulak kalau bukan sirap memang tak sah. Kalau nak merasa milo memang habis la duit belanja, sebab milo bukan main mahal lagi harganya. Tak setanding dengan had perbelanjaan gua seharian langsung.

Lepas dah isi perut, mulalah kucar kacir cari kawan-kawan yang lain. Ada je aktiviti yang nak di buat. Macam macam yang gua main dulu. Konda kondi, teng-teng, main polis sentri, panjat bukit dan pelbagai lagi aktiviti yang menyihatkan tubuh badan. Kesudahannya, baju sekolah yang putih berubah kaler jadi cokelat. Siap dekat seluar ada tompok-tompok kesan tanah lagi tau, smart!

Kesimpulannya, apa jadah obesiti tu semua? Kalau lepas makan kau boleh main lari lari macam orang hilang akal, lemak dan kolestrol tu pun sama hilang juga. Kalau nak menghalang obesiti dari merebak, sila tutup restoran-restoran makanan segera yang bersepah-sepah dekat Malaysia ni. Setakat makan nasi lemak sama pekena jajan tu apa la sangat. Macam la dulu-dulu korang tak pernah layan tu semua wahai menteri-menteri sekalian?

Poyo.

No comments: