28.6.11

Sonic Youth - Superstar



Bayangkan kau berjalan dalam hujan.

Keseorangan.

Kesejukkan.

Tanpa sesiapa pun di sisi kau.

Hanya ditemani cahaya lampu yang malap dan sekotak rokok yang telahpun basah.

27.6.11

Kami Tak Makan Sampah

"Biawak makan apa ek?"

"Biawak ni makan macam macam benda. Sampah pun dia bantai makan gak."

"Oh, yeke. Sama la macam punk. Budak budak punk kan makan sampah."

"Apesal pulak? Aku tak makan sampah pun?"

"Eh, kau punk ke?"

Ini memang buat gua geram. Kalau Harian Metro tak bodoh dok lapor budak punk makan sampah dulu takkan ada statement macam ni keluar tahu?

Agak basi isu ini ya.

notakaki : perbualan di antara gua dengan seorang rakan beberapa minggu yang lepas

26.6.11

Lemau

"Kau ni dah angau. Jangan jadi lemau, kawan."

Tu dia kata kata dari salah seorang kawan gua. Agak tersentak bila dia keluarkan ayat macam tu, tapi nasib baik gua cepat cepat sedar. Kalau tak, selamanya gua jadi mat angau dan lemau sepanjang masa.

Ek eleh.

notakaki : baik gua kosentret kat dua event best bulan 7 nanti - konsert sweet charity & blues gang dengan malaysia lawan liverpool

24.6.11

Happy

Kalau tengok balik last entri aku itu hari, bermakna dah berapa hari aku sampai KL dah. Tapi punya la malas tahap babi, nak menulis memang takde mood. Mood langsung tak sampai orang kata. Baru hati ni terbuka hati nak menulis, itu pun belum tentu senonoh tulisan kali ni.

Ya, aku memang bercuti di Pulau Tioman tempoh hari. Selama 23 tahun aku hidup, inilah kali pertama aku jejakkan kaki ke sana. Aku tak peduli kalau kau orang nak cakap aku ni kodi, yang penting aku hepi.

Aku hepi sebab aku ke sana dengan kawan kawan aku yang mampu buat aku hepi. Aku hepi juga sebab dapat tengok air laut kaler biru boleh nampak dalam. Aku hepi sebab selama 3 hari tu aku lari dari kesibukan bandar keji KL ni. Aku hepi sebab dekat sana aku rasa tenang. Aku hepi sebab kat sana aku langsung tak ingat apa apa masalah yang datang kat aku. Dan banyak lagi benda yang memang buat aku hepi sepanjang 3 hari di sana.

Sebenarnya jauh di sudut hati aku dan kawan kawan yang lain, memang berat untuk kami semua balik ke KL. Rasa macam tak cukup je 3 hari nak lepak sana. Banyak lagi benda seronok yang boleh kami buat kat sana sama sama. Belum puas rasanya nak explore satu pulau tu. Tak puas lagi nak berenang dengan ikan ikan kat sana.

Dan aku ada terfikir satu soalan.

Alangkah bestnya kalau aku tak payah balik ke KL, dan tinggal je kat Pulau Tioman tu terus?

15.6.11

Bercuti!!

Pulau Tioman.

16 Jun 2011 hingga 18 Jun 2011.

14.6.11

Punk Not Dead

Punk itu bukan tentang gaya pemakaian kau. Punk itu bukan dari mohawknya rambut kau. Punk itu bukan tentang tingginya boot kau. Bukan hanya pada jaket kulit kau yang penuh dengan spike dan patches band band punk dan hardcore.

Punk itu tentang diri kau, sikap kau, hati kau, rebel kau, semangat kau dan juga jiwa kau.

Jangan ingat bila buat rambut mohawk je baru boleh panggil punk. Tapi, jangan pulak ingat punk tak reti nak berjiwang.

Bullshit!

notakaki : bak kata @comradenami "sepunk rocker mana pun ko, gua boleh kesan sendu lu la". celaka!

13.6.11

Biodata Diri

Nama : Zulhelmi Malek

Nama panggilan : Zul, Helmi, Bebob, dan kadang kadang ada yang suka panggil Aaron Aziz

Tempat lahir : Kuala Lumpur (dekat hospital, sebab saya ni moden orangnya)

Tarikh lahir : 15 Mac 19xx (rahsia laa, ingat artis je nak rahsia rahsia?)

Adik beradik : 4 orang, saya yang sulung. Abang Long, heh!!

Sekolah : S.K Taman Midah 1, S.M Kebangsaan Cheras dan S.M Teknik Kuala Selangor

Hobi : Online Twitter, Facebook, berblogging, usha makwe, bergelak ketawa, makan dan tidur

Makanan kegemaran : Masakan emak dan juga makanan yang dibelanja oleh orang

Minuman kegemaran : Kopi ais, soya bean cap Drinho, air kosong dan air mata air

Kaler kegemaran : Hitam dan merah (ini kaler yang mendominasi hidup saya)

Cita cita : Peguam, askar, bomba, saintis, pelawak, perdana menteri dan rockstar

Kawan biasa : Ramai!!

Kawan baik : Ada la dalam 10 orang

Kawan rapat : Entah, ada ke? Ada ke weh?

Moto hidup : Part time human, full time punkrocker (cilok dari t-shirt band Dum Dum Tak)

...

Kah kah kah. Teringat balik zaman sekolah rendah dulu. Kemain lagi siap ada buku biodata, siap minta kawan kawan tulis dalam buku tu. Untuk kenang kenangan katanya.

Eh, apa celaka pagi pagi buta aku bantai tulis biodata diri ni?

Fak!

10.6.11

Setia

Ada satu masa pernah seorang kawan aku bersurah kat aku yang dia adalah insan yang paling setia. Maksud setia di sini ialah dia tu seorang yang sangat setia untuk menanti cintanya terhadap seorang gadis. Betapa setianya dia sampaikan dia mengaku pada aku yang dia tetap akan tunggu si gadis itu sampailah si gadis itu akan menjadi miliknya.

Pelik bukan?

Habis tu, takkan kau nak tunggu sampai ke tua. Manalah tahu kalau kalau hati si gadis langsung tak terbuka untuk dia terima kau. Nah, takkan sampai ke tua kau tetap nak tunggu dia? Takkan walaupun dia dah berkahwin dan beranak pinak kau tetap nak tunggu dia? Katakan kalau ada orang lain yang sudi mengisi hati kau, kau tetap nak tolak gara gara setianya kau pada benda yang pasti?

Dan dia pernah cakap pada aku, yang dia kalau dah sayang pada seseorang tu dia memang akan sayang sampai bila bila - walaupun orang tu tetap tak mahu pada dia. Dia susah nak cari yang lain, walaupun dia tahu orang yang dia sayang tu dah ada yang punya.

Reaksi aku?

Hembus asap rokok jauh jauh dari muka sambil sekali sekala menguap sebab mengantuk. Dalam masa yang sama seorang lagi kawan tengah setting khemah untuk tidur di tepi pantai nan permai.

Mengantuk sial!

8.6.11

Kisah Karim, Masdor dan Rakan Rakan 4

Dalam kepekatan malam, terdapat sekumpulan manusia sedang menunggang motosikal dengan riang ria hati mereka. Karim, Kulop Stopa, Wan Berahim, Ajak Rock dan Adpa menuju ke tempat yang ingin dituju. Dalam kepala otak masing-masing, terbayang keseronokan yang bakal mereka tempuhi. Keseronokan yang bersifat nakal sebenarnya.

Perjalanan yang mengambil masa selama 10 minit itu ternyata penuh dengan gurau senda oleh mereka berlima. Habis sepanjang jalan tu huru hara dengan suara malaon-malaon yang tak reti nak melekat kat rumah masing masing. Pantang ada benda yang boleh digelak, habis berderai ketawa masing-masing. Macam gampang.

Akhirnya, tiba jua mereka ke tempat yang dituju. Senyum kian melebar di pipi mereka. Yang paling lebar tak lain tak bukan Ajak Rock, sebab mulut dia lebar tahap tak patut. Ada orang kata bila dia tarik lagu Awie memang tak ada masalah langsung, sebab tu la dia digelar Ajak Rock oleh rakan sekampung. Tapi kadang kadang dia layan juga lagu kumpulan nasyid In-Team.

Setelah berlegar legar di kawasan sekitar, barulah mereka bertemu dengan port yang sesuai untuk parking motor masing masing. Nak parking motor pun kucar kacir. Biasanya kalau time parking punyalah masing-masing ambik masa yang lama, siap nak solex bagai. Tapi kali ni tidak. Hendel pun tak kunci. Nampak sangat kegopohan di situ.

Tiba-tiba...

6.6.11

Kisah Karim, Masdor dan Rakan Rakan 3

Dari jauh Karim nampak Kulop Stopa tersengih sengih macam kera dapat pisang tanduk. Ada lagi 3 kutu dengan Kulop Stopa malam. Wan Berahim, Ajak Rock dan Adpa. Berdasarkan line up malam ni, ternyata apa yang dirancangkan oleh Kulop Stopa ternyata best!

"Adoi Karim, kenapa awok lambat sangat ni? Kami dah tunggu kemain lama lagi haa..." sapa Kulop Stopa.

"Ala Kulop, aku berak tadi. Boleh pulak sakit perut memalam ni," balas Karim sambil bersalaman dengan kutu kutu yang lain.

Ajak Rock hanya tersengih mendengar jawapan Karim. Nampak sangat yang dia memang boleh bawa bergurau punya orang, bukan jenis yang tak boleh bergurau. Wan Berahim dengan Adpa entah apa yang dibuat dengan henfon masing masing sambil tersengih sengih. Ni tak lain tak bukan tengah membudayakan budaya membluetooth klip 3gp lakonan aksi anak tempatan la ni.

"Haa, macam mana dengan plan kamu tu Kulop? Bila nak mula?" tanya Karim sedikit tak sabar. Sambil jari jemari kasarnya sibuk menggaru garu celah ketiaknya yang sedikit gatal.

"Sabar laaa, malam masih muda ni. Apa kata sebelum tu kamu bakar rokok sebatang? Aku punya rokok dah habis la pulak," jawab Kulop Stopa bersahaja.

Kotak rokok bertukar tangan, begitu juga dengan lighter. Sebatang rokok diletakkan di pinggir bibir, lalu dibakar dengan api yang secukupnya lantas menerbitkan satu perasaan yang cukup indah buat perokok. Nikmat yang tak dapat diungkapkan dengan kata kata.

"Habis sebatang ni kita gerak!" arah Kulop Stopa.

Masing masing hanya mengangguk. Tumpuan kembali pada rokok yang sedang terbakar, kecuali bagi Wan Berahim dan Adpa yang tak sudah sudah membelek henfon masing masing. Ajak Rock yang pada mulanya semacam tak berminat tiba tiba mengendeng di sebelah Wan Berahim lalu mengeluarkan henfon mahal milik beliau.

Di sudut yang lain, Karim dan Kulop Stopa sedang khusyuk melayan hisapan rokok masing masing. Peluh jantan laju mengalir dari muka mereka berdua walaupun malam itu tak sepanas tengah hari tadi.

Nampak sangat projek malam ni memang projek bertaraf supermega.

Pot Pet Pot Pet

Benda kalau dah rasa something dalam hati, hidup kau pun dah gundah gulana, tak senang duduk, selalu tersengih secara tiba tiba, jadi kuat berangan, masuk tidur lambat, bangun tidur terus capai henpon dan macam macam lagi.

Ah sudah!

notakaki : damn la, cerpen gua apa jadi sekarang? takde ilham. i need some inspiration. ehem!

5.6.11

Hati

Saya dapat rasakan ada sesuatu yang sedang bergerak gerak di dalam hati saya. Tapi, ianya tidak menyakitkan malah memberikan satu perasaan yang sangat selesa.

Walaupun ianya duduk di dalam hati saya, namun tidak sedikit pun saya terfikir untuk mengeluarkannya dari dalam hati saya. Malahan, saya lebih suka dan selesa bila ia berada di dalam hati saya.

notakaki : kalau lu orang power cuba lu orang bagitau apa benda tu?

3.6.11

Kisah Karim, Masdor dan Rakan Rakan 2

Agak lama Karim duduk memerap dalam jamban. Berpeluh peluh dia dalam bilik kecik tak selesa tu. Sambil melabur, Karim ambik feel dengan menghisap Surya sebatang. Lebih padu katanya. Katanya laaa. Setel mencebok, Karim pun keluar. Rokok Surya yang betul betul dah habis bila tiba cebokkan terakhir tadi terus dibuang ke dalam lubang jamban. Jamban sendiri, apa ada hal. Suka hati dia la nak buang kat dalam tu.

Setelah selesai, Karim pun bergegas masuk ke dalam bilik. Laptop yang dari petang tadi terbuka siap sedia di atas meja. Terus Karim duduk menghadap laptop jenama Lenovo miliknya yang dibeli 3 bulan yang lepas. Macam biasa, Karim akan buka Facebook dan Twitter. Sambil sambil mengorat makwe, Karim baca juga blog blog yang best untuk dibaca. Bukan takat blog merepek, blog politik pun Karim layan. Kiranya Karim ni pemuda yang ada wawasan la.

Hari ni, kisah #adindaevans jadi trending kat Twitter. Karim tersengih je bila benda ni jadi isu nasional. Biasalah, budak budak baru nak kenal dunia. Silapnya orang lain yang lebih dewasa yang membuatkan seluruh perhatian warga Malaysia tertumpu pada budak tu. Itu saja sebenarnya yang budak tu mahukan. Perhatian dari semua orang.

"Ahh, bosan la pulak mengadap laptop ni. Aku mesti buat aktiviti luar yang lebih adventure. Tapi nak buat apa? Si Masdor celaka dah keluar merempit, arghhhhhh" keluh hati Karim.

Beep beep. Sms masuk.

Karim terus baca sms yang baru masuk tadi. Secara tiba tiba senyum nipis terukir di wajahnya. Ajakan Kulop Stopa ni memang menarik perhatian Karim. Mustahil untuk dia tolak dalam keadaan bosan macam ni. Memang tepat pada masanya. Tanpa disuruh, terus Karim bersiap. Nanti kalau lambat mahu kena tinggal dia dengan Kulop Stopa.

"Haaa Karim, ke mana kamu nak pergi tu??? Asal malam je tak lekat kat rumah, entah apa la yang dibuatnya kat luar sana?" soal Mek Kalsom, ibu kepada Karim.

"Alaa mak ni, tak rock la duduk rumah. Takkan nak layan Gerak Khas kot.." jawab Karim acuh tak acuh.

"Ada je yang dijawabnya. Haa, yelah. Kang balik jangan lewat sangat. Dengar kabor kat hujung jalan sana ada pocong merayap." kata Mek Kalsom dengan muka saspen.

"Ishh mak ni, benda karut camni la dia nak percaya lagi. Dah la, saya keluar dulu. Kang kunci je pintu ni, saya ada kunci. Assalamualaikum." pesan si Karim.

Dengan ucapan Bismillah, Karim lantas memecut laju motor kapcai kesayangannya tu. Lebih lebih lagi bila tiba di hujung jalan yang dimaksudkan oeh maknya tadi.

Heh!

2.6.11

Saya Bukan Pro-Zina, Tapi Saya Juga Bukannya Pejuang Jihad Siber

Kasihan. Kat Malaysia ni masih ramai lagi orang orang yang perasan diri dia lebih bagus dan mulia dari orang lain, lagi lagi orang Melayu Islam kita.

Abang abang, kakak kakak dan adik adik sekalian, kita kalau nak menegur orang hendaklah dengan secantik cantik bahasa. Jangan dimaki dengan bahasa kesat. Seolah olah macam awak semua hanya nampak kesalahan dia sahaja, padahal diri awak semua pun belum tentu betul lagi. Besar kemungkinan orang yang dimaki tu tertekan dan langsung membunuh diri. Siapa tahu? Takkan kita nak biarkan dia meninggal dunia dalam keadaan yang macam tu?

Seelok eloknya, tarik dia keluar dari jalan hidup macam tu. Tak perlu guna hujah hujah agama pada budak usia macam tu, sebab belum tentu dia paham dan mengerti semua tu. Hujahkan pada dia tentang penyakit dan bahana yang akan datang kalau dia terus hidup macam tu. Nah, bukankah dengan cara itu lebih menakutkan bagi seorang budak berusia 14 tahun? Ini tak, anda semua nak bercakap soal dosa, pahala, hukum hakam dalam Islam sedangkan belum tentu anda semua sempurna iman dan amal kepadaNya.

Ok, jangan marah ye pejuang jihad sekalian. Saya bukan pro-zina. Tapi saya tahu ada batas dalam setiap perbuatan, termasuklah perbuatan anda semua tu.

Kisah Karim, Masdor dan Rakan Rakan

Malam tu sunyi sepi. Sejak kematian Maikel, tiada lagi suasana bising di Warung Pak Mat Tongkol. Rambo, Masdor, Karim dan kutu kutu yang lain terus jadi pendiam. Mana taknya, sebelum ni Maikel la yang jadi tukang bising, tukang lawak, tukang kena bahan, tukang penyeri dan macam macam tukang lagi pada mereka semua. Sekarang, bila Maikel dah takde memang sesi melepak di warung tu dah jadi macam sesi tazkirah di masjid.

Karimlah yang paling tangkap syahdu, sebab Karim dengan Maikel rapat macam belangkas. Sejak kematian kedua ibu bapa Maikel, Karim selalu jadi teman Maikel. Sepanjang masa mereka berdua, sampaikan kalau orang yang tak kenal mereka mesti tuduh mereka sebagai pasangan homoseksual. Padahal mereka tu cuma sepupu saja.

Pernah sekali Karim bertumbuk dengan Awang Buncit gara gara tak puas hati bila si Awang Buncit dok tuduh Maikel perampas bini orang. Mustahil Maikel nak rampas bini orang, sedangkan nak bercakap dengan perempuan pun Maikel jadi gagap. Itu yang marah sangat Karim pada Awang Buncit, sampai bertumbuk mereka di luar kedai snuker Ah Chong. Nasib baik datang Pak Tamin leraikan keadaan, kalau tak habis lunyai Awang Buncit dikerjakan oleh Karim.

Sekarang ni bila Maikel dah takde, hidup Karim jadi sunyi sepi. Kalau dulu sampai ke Subuh dia dengan Maikel boleh duduk bersembang atas pangkin depan rumah Maikel, sekarang nak lalu depan rumah Maikel pun dia tak sanggup. Sayang betul dia pada Maikel macam sayang dia pada adik sendiri.

Rambo pun rasa terkilan juga. Yalah, kalaulah dia bagitahu Maikel awal awal hal Pak Lang Rosman itu hari dah tentu Maikel takkan meninggal dunia dalam eksiden ngeri tu. Dek kerana rasa bersalahlah, Rambo kata dia nak cepat cepat balik ke KL sebab dah tak sanggup nak hadap muka saudara mara yang lain, lagi lagi muka Karim. Yang buat dia lagi terkilan, dialah orang terakhir yang Maikel hubungi. Sempat jugak mereka bergurau senda memaki hamun sebelum Maikel putuskan panggilan. Fak, Rambo yang gengster tu pun tahu nak tangkap syahdu apatah lagi si Karim yang langsung takde ciri ciri lelaki gengster.

"Fak, kenapa kau mati lagi awal dari aku Maikel? Bukan ke kita dah plan nak pusing Semenanjung satu hari nanti?" rintih Karim pada satu malam.

"Dah banyak duit yang aku simpan untuk plan kita tu, aku siap rancang nak beli kamera DSLR lagi kau tau? Barulah puas nak bergambar nanti. Boleh letak dalam fesbuk," kata Karim pada diri sendiri.

Sunyi. Bunyi cengkerik memekak malam malam saja yang kedengaran.

"Ahhh, baik aku lepak kat warung. Manalah tau kot kot malam ni ada bola, boleh jugak aku hilangkan stress ni," getus hati kecil Karim.

Cepat cepat Karim capai henfon, hajat di hati nak ajak Masdor lepak sekali. Tragedi Musliha masih lagi menghantui dia, walaupun kisah tu dah seminggu berlalu. Kalau ada Masdor, takdelah dia takut nak lalu depan bas stand tu. Cepat cepat dia sms ke Masdor, takut benar dia kalau Masdor dah tidur.

Beep beep. Bunyi sms masuk ke henpon Karim. Terus Karim tekan 'Baca'.

"Sori geng, malam ni gua ke pekan. Atan ajak berlumba malam ni, ada habuan besar katanya, kehkehkeh"

Dushhhh, terus Karim lempar henfon mahal dia ke dinding. Memang marah benar Karim kalau berlumba tak ajak dia sekali. Hajat nak melepak sambil tengok bola digantikan terus dengan hajat nak melabur dalam jamban.

"Binawe punya Masdor!!" sumpah Karim dalam perjalan ke jamban.