2.6.11

Saya Bukan Pro-Zina, Tapi Saya Juga Bukannya Pejuang Jihad Siber

Kasihan. Kat Malaysia ni masih ramai lagi orang orang yang perasan diri dia lebih bagus dan mulia dari orang lain, lagi lagi orang Melayu Islam kita.

Abang abang, kakak kakak dan adik adik sekalian, kita kalau nak menegur orang hendaklah dengan secantik cantik bahasa. Jangan dimaki dengan bahasa kesat. Seolah olah macam awak semua hanya nampak kesalahan dia sahaja, padahal diri awak semua pun belum tentu betul lagi. Besar kemungkinan orang yang dimaki tu tertekan dan langsung membunuh diri. Siapa tahu? Takkan kita nak biarkan dia meninggal dunia dalam keadaan yang macam tu?

Seelok eloknya, tarik dia keluar dari jalan hidup macam tu. Tak perlu guna hujah hujah agama pada budak usia macam tu, sebab belum tentu dia paham dan mengerti semua tu. Hujahkan pada dia tentang penyakit dan bahana yang akan datang kalau dia terus hidup macam tu. Nah, bukankah dengan cara itu lebih menakutkan bagi seorang budak berusia 14 tahun? Ini tak, anda semua nak bercakap soal dosa, pahala, hukum hakam dalam Islam sedangkan belum tentu anda semua sempurna iman dan amal kepadaNya.

Ok, jangan marah ye pejuang jihad sekalian. Saya bukan pro-zina. Tapi saya tahu ada batas dalam setiap perbuatan, termasuklah perbuatan anda semua tu.

2 comments:

Adahunny said...

sudah u baca entry terbaru budak tu?? erghh tetiba rasa geram teramat tapi tidaklah sampai mahu maki hamun bagai...cuma i rasa sikit pun tidak berbekas di hati budak tu segala komen2 yang diluahkan padanya..DUNIA DUNIA *geleng-geleng kepala*

zulhelmimalek said...

buat penat je nak menaip panjang panjang semata mata nak maki dia. sebab memang dah agak,benda tu semua memang takkan bagi kesan kat dia.