28.3.11

Burung Apa?

Entah hantu mana agaknya yang merasuk gua pun gua tak tahu. Sepanjang masa dok pegang handphone. Pagi time breakfast pegang handphone, masa berak pun handphone sentiasa stanby, masa buat kerja pun sama juga, tengok tv pun handphone tak pernah lupa nak bawa. Senang cerita dah tak reti nak berenggang dengan handphone dah sekarang ni.


Oh, hantu burung rupanya yang dok kacau gua sekarang ni. Patutlah menjadi jadi gangguan kat gua semenjak dua menjak ni.



Klik di sini zulhelmimalek.

26.3.11

Cinta? Jangan Sembang Dengan Aku

Gila babi. Sekarang tak habis-habis gua asyik dok fikir pasal cinta. Entah kenapa, tapi tulah kenyataan. Maybe sebab umur gua dah pun masuk 23, so rasa gatal kote nak ada girlfriend tu mungkin makin menjadi-jadi.

Selain dari keghairahan sendiri, gua tengok member-member gua ramai yang dah awek. Siap ada yang dah lama tak lepak dengan gua sebab dah ada awek. Nasib lu memang baik, sebab gua memang tak kisah. Kalau gua jadi lu pun mungkin gua buat peel yang sama kot.

Terus terang gua cakap, gua tak pernah ada kisah cinta yang memorable. Yang gua ingat gua pernah bercouple dengan 2 orang awek je. Nombor 1 betul-betul lepas gua habis sekolah. Kira gua masa tu belum matang lagi, kerja pun tak ada - dan awek gua tu baru je form 3, haha. Kitorang kenal dalam chatroom. Then add kat Myspace, mintak nombor, main sms sampailah gua minta couple dengan dia. Tapi gua couple dengan dia sebulan je, dalam masa sebulan kitorang dating 3 kali. Kali ketiga kitorang dating tu, lepas dating balik rumah, main sms dengan dia then tetiba dia minta break. Ok, gua pun setuju sebab memang gua pun ada fikir benda tu, cuma gua tak sanggup je nak minta.

Yang nombor 2 gua ingat dalam tahun 2009. Gua kenal dekat Myspace. Kawan-kawan dulu sepam dua then tiba-tiba dia yang approach gua. Gua no hal punya, gua accept je. Tu pun tak lama, sebab gua rasa gua memang tak boleh nak bagi komitmen sebab kalau bab bercinta gua memang lemah gila babi. Entah berapa kali agaknya gua keluar dengan dia, agak-agaknya sekali je kot, tu pun tengok wayang. Ada la juga gua dapat hadiah dari dia, tapi last-last break juga.

Sekarang ni gua memang lonely soldier boy. Pantang nampak awek memang gua kucar kacir. Tapi bila bab nak mengayat memang gua lemah - sebab gua ni pemalu sebenarnya. Kalau duduk setable dengan awek cun, walaupun awek cun tu member gua sendiri - gua boleh jadi speechless. Pundek betul, cakap pun main tunduk-tunduk pandang bawah je.

Lagi kucar-kacir kalau awek cun tu member gua yang bawak, terus gua bercakap tak jadi apa. Kalau bercakap pun gua pandang muka member gua, yang muka awek tu gua tak pandang padahal gua bercakap dengan dia. Pernah sekali jadi masa gua lepak dengan member gua kat Bukit Ampang. Masa tu dia bawak member dia yang cun melecun. Cutting body memang baik dan satu lagi yang buat gua jadi horny - awek tu pakai pendakap gigi. Perghh, gua memang minat betul dengan awek yang macam ni. Kesudahannya muka gua jadi merah sebab kena bahan dengan member gua dan juga kena sakat dengan awek cun tu, sial betullah.

Arghhh, kalau nak bersembang pasal cinta apalah sangat. Gua takde pengalaman cinta bertahun-tahun macam orang lain. Gua takde awek untuk keluar merendek tiap malam. Akhirnya gua duduk rumah sorang-sorang online Facebook, blogging, tengok porn then kesudahannya gua terejakulasi sendiri.

What the fuck!

25.3.11

Terkenang : Part 1

Aku ingat lagi, masa tu Myspace tengah top. Memang gila babi punya top, sampai semua orang kucar kacir sibuk nak buat akaun Myspace sendiri. Maklumlah, tak nak nanti dicop kodi pula dengan kawan-kawan yang lain.

Member aku, si Bosri ni kira memang dah ada akaun Myspace sendiri masa tu. Begitu juga dengan beberapa orang member yang lain. Tapi aku still takde lagi, sebab masa tu aku ada Friendster je, tu pun tak aktif mana.

Tapi, scene Myspace kat sekolah aku makin menjadi-jadi selepas Bosri ni post satu topik kat grup sekolah kitorang. Memang panas topik yang mamat ni buka, memang sengaja nak cari bala dekat sekolah tu. Tak sangka pula dia berani nak buka topik macam tu, memang radikal sungguh perangai dia. Lagi best bila warden asrama kitorang buat perangai bukak CC kat dalam bilik warden, so makin menjadi-jadilah semua orang.

Seingat aku, topik yang dipost oleh Bosri telah membuatkan beberapa orang aspuri (pelajar perempuan) kat sekolah aku tu berbulu dan bengang dengan Bosri. Sebabnya mamat ni menyentuh isu-isu yang sensitif bagi pihak aspuri. Apa benda yang jadi isu pun aku tak tahu, sebabnya aku rasa benda tu bukan saja menghentam aspuri, malah aspura (pelajar lelaki) juga boleh terasa pedasnya.

Menjadikan ianya lebih menarik adalah bila salah seorang aspuri telah bertindak membidas, mengecam, mengkritik malahan menyimbah minyak ke dalam api yang memang telah marak sebelum itu. Lantas menyebabkan satu perang siber yang tak diduga akan terjadi di Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor.

Benda yang lagi menarik ialah posting oleh Bosri tu telah diprint dan disebarkan dikalangan pelajar sekolah aku, lantas menyebabkan satu perang dingin di sekolah aku yang aman damai sebelum ni. Kau bayangkanlah, keadaan yang sebelum ni membenarkan aspuri dan aspura bergurau senda sesama sendiri bertukar menjadi perang di antara satu sama lain. Aku pun terkena tempias benda ni kau tahu tak? Elok je aku rapat dengan beberapa orang aspuri ni, tetiba jadi tak ngam lepas kes ni terjadi.

Kebetulan pula masa tu aku takde akaun Myspace, so atas tindakan mahu memanaskan lagi keadaan maka aku pun menulis sepucuk surat yang bagi aku memang buat semua orang espcially aspuri makin bertambah bengang. Apa yang aku tulis dalam surat tu pun aku tak berapa nak ingat, cuma aku tidak menghentam satu pihak saja - iaitu aspuri - tetapi aku turut menghentam aspura secara tak langsung.

Dan setelah berbincang dengan Bosri, aku dengan nekadnya telah meletakkan surat tersebut dalan kelas 5 Awam 3 selepas habis kelas. Ya, kelas 5 Awam 3. Sebabnya individu yang begitu berapi-api dengan Bsori ada di dalam kelas tu.

Memang dah aku jangka, sekejap je surat tu pusing keliling aspuri. Pasal surat tu jugalah, tak pasal-pasal aku kena marah dengan member baik aku (yang aku mention dalam entri sebelum ni). Gila kau, dia seorang je yang tahu tulisan tangan aku, so memang akulah yang terus dia attack. Memang aku tak boleh lari, tapi nasib baiklah dia kata dia takkan bagitahu kat semua orang yang aku penulis surat tersebut. Perghhh, nasib baik. Kalau tak, tak tahulah apa nasib aku. Dan aku, macam biasa sentiasa cool cover line supaya tak dikenali sebagai penulis surat tersebut, keh keh keh.

...

Benda ni kalau boleh memang aku tak nak ingat lagi, sebab benda ni hanyalah satu isu yang bodoh bagi aku. Well, kita semua masa tu muda lagi - baru 17 tahun. So memang kepala otak tak berapa betullah weh. Tapi nasib baiklah lepas sekolah benda tu terus hilang macam tu saja. Kalau tak, tak dapatlah aku nak lepak dengan aspuri sekolah aku dulu. Kalau tak, tak dapatlah kita semua nak gelak sama-sama bila lepak satu table.

So, lepas tahu cerita sebenar jangan pula KAU nak marah aku ye. Benda belum matang masa tu, siapa-siapa pun boleh buat benda bodoh macam tu. Tapi apa-apa pun KAU salahkan Bosri, sebab dia yang start semua tu dulu.

Hehe.

Apa-apa Je La

Ok, aku kena bahan dengan beberapa orang rakan gara-gara entri aku yang panjang berjela-jela tu. Ya, aku tahu aku memang jarang nak kongsi cerita yang macam tu. Lagipun aku bukan saja nk tulis benda panjang-panjang macam tu, cuma nak share apa yang ada dalam hati aku ni. Dan bukan semua cerita yang sanggup aku kongsi dengan kawan-kawan aku.

Tak sangka pula dengan pilihan yang aku buat rupa-rupanya akan menjadikan aku subjek untuk dibahan oleh member sendiri.

Takpelah, aku terima je. Tak kisahlah hangpa nak bahan aku macam mana pun, berapa lama pun. Yang penting aku tak sorok cerita betul.

Lepas ni aku tulis cerita pasal korang pula ya, tu pun kalau aku dapat ingat apa yang best.

Babai.

Rindu Nak Pergi Gig

Gua rasa lepas gua dah berhenti kerja nanti, gua nak luangkan masa gua dengan mengunjungi gig-gig yang bersepah di kotaraya ni. Maklumlah, lepas ni hari Sabtu gua dah tak payah nak pergi kerja lagi. Gua dah boleh rilek lepak-lepak hujung minggu.

Tapi yang gua pasti sekarang ni banyak gig hardcore dan gua pula bukannya reti sangat nak menari hardcore ni. Ada siapa-siapa yang boleh tolong ajarkan gua macam mana nak menari stail hardcore?

Apa barang belajar dekat Youtube.

22.3.11

Untuk Seseorang....

Kau. Aku tulis ni pasal kau. Tiba-tiba aku teringat pasal kau. Entah kenapa aku pun tak tahu. Tapi yang penting, aku teringat akan persahabatan antara kita dulu. Kau aku anggap sebagai kawan karib, tempat aku meluahkan segala jenis perasaan dan yang paling best kau aku anggap sebagai adik.


Aku kenal kau pun pasal aku ikut pakwe kau dating dengan kau dekat tangga tepi sekolah masa form 4 dulu. Kat tangga tu la pertama kali aku jumpa kau, dan kau nasib baik tak buat perangai sombong, bajet ayu, bajet cantik dan menggedik. Dari situ kau dapat tahu nama aku dan aku dah lama tahu nama kau sebenarnya, sebab kau tu kira macam top aspuri kat sekolah dulu di kalangan junior.

Kemudian kau bawa lagi 2 orang kawan kau setiap kali kau dating, dan aku, bukannya dapat apa-apa pun sebab aku ni pemalu orangnya. Kawan kau tu pun aku nak bercakap dengan dia punyalah ambil masa yang lama, berminggu-minggu juga baru nk bercakap.

Dari situ hubungan kau, aku dan 2 orang sahabat kau semakin rapat. Setiap kali balik sekolah mesti aku tunggu korang semua depan kelas kawan kau yang seorang tu, then kita akan balik sama-sama sampailah korang semua masuk ke lorong nak ke aspuri. Tiap hujung minggu mesti kita lepak kantin sama-sama sambil mengumpat tak pun kau sibuk tanya hal pakwe kau yang tak duduk kat hostel tapi duduk rumah sewa tu dan aku macam biasa ada saja cerita nak bagi tahu kat kau.

Aku pernah beberapa kali try kawan kau tu, dan aku tahu kau sentiasa nak tolong aku. Tapi aku pelik, dah banyak kali aku cuba tapi dia still tak boleh terima aku. Dan kau macam biasa, sentiasa mendorong dan memberi aku semagat untuk cuba lagi sampai hati dia terpaut kat aku. Tapi aku gagal, aku gagal setelah mencuba selama 1 tahun lamanya.

Aku ingat lagi pada bulan puasa. Tiap kali lepas ambil nasi dan lauk kat DM, kita mesti lepak sama-sama dekat pondok tepi kantin. Tiap kali tu jugalah kau sibuk tanya pasal pakwe kau kat aku, padahal kau sendiri ada nombor telefon dia. Tapi aku tak kisah, aku jawab segala apa yang aku tahu. Dan aku ingat lagi, tiap kali nak gerak dari situ mesti aku akan minta duit syiling kat kau. Alasan aku mudah - "Nak 20 sen, aku nak buat beli ais 50 sen la...ada 30 sen je ni". Dan kau mesti jawab - "Ni minta syiling ni takde benda lain la nak buat, beli rokok la tu..". Aku tahu kau akan cakap macam tu, tapi aku tahu, kau tetap akan bagi aku 20 sen sebab kau takkan abaikan permintaan aku.

Aku tahu, kau cukup tak suka kalau aku merokok, apatah lagi kalau pakwe kau. Aku pernah tengok kau marah pakwe kau sebab mulut dia berbau rokok masa jumpa kau. Tapi memang patut pun kau marah dia, sebab masa tu dalam bulan puasa. Mulut berbau rokok pada siang hari dalam bulan puasa memang nampak tak senonoh dan kau layak nak marah-marah. Aku pun pernah kena sound dengan kau sebab mulut berbau rokok masa jumpa kau - "Hisap la lagi rokok tu, tak habis-habis dengan rokok tu...". Aku tahu kau marah kat aku, tapi macam biasa aku akan senyum kat kau sampai kau sendiri akan tersenyum dan lupakan kemarahan kau.

Kita selalu main tulis-tulis surat, sebab nak tahu perkembangan diri masing-masing dan juga berkongsi masalah. Kau selalu luahkan masalah kau kat aku, dan aku sentiasa akan cuba untuk memberi sebaik mungkin jalan penyelesaian kepada kau. Aku tahu, dalam hati kau sentiasa ada masalah. Jiwa kau tak tenang, hari-hari kau mengadu kat aku tentang macam-macam dan aku macam biasa, akan tolong kau sampai masalah kau selesai. Kau juga selalu minta pendapat dan nasihat dari aku tentang pelbagai perkara, dan biasanya aku mesti akan bagi berbagai-bagai nasihat kat kau supaya kau tak pening-pening kepala. Tapi sekarang, aku nak dengar masalah orang pun dah tak kuasa, apatah lagi nak bagi nasihat atau pendapat. Kenapa ye?

Masa kau dengan pakwe kau ada krisis besar, akulah tempat kau mengadu. Akulah tempat kau luahkan segala isi hati kau. Selalunya kau akan minta maaf dengan aku sebab aku terpaksa dengar segala luahan kau sampaikan kau sendiri cakap mesti aku dah bosan melayan kau. Tapi kau silap, kau silap sebab aku tak pernah cakap macam tu dan sebagai seorang abang, apa gunanya kalau tak berada di sisi adiknya di saat dia memerlukan kau? Dan sebagai abang, aku akan buat apa saja yang boleh membahagiakan hati adiknya walaupun dalam apa jua keadaan sekalipun.

Lepas kau putus dengan pakwe kau, aku tengok kau macam dah tak bermaya. Hidup kau macam dah tiada arah, kau sentiasa kecewa kerana terpaksa berpisah dengan pakwe kau. Setiap hari kau tanya pada aku, apa punca sebenar pakwe kau tinggalkan kau macam tu saja. Dan aku sebenarnya sikit pun tak tahu kenapa pakwe kau minta putus dengan kau. Then, kau berkeras nak tahu juga kenapa dan aku dengan berat hati bertanya juga pada pakwe kau hal-hal dan sebab musabab yang menyebabkan dia tinggalkan kau.

Aku ingat lagi, malam tu malam birthday kau. Aku karang surat panjang-panjang, aku wish "Selamat Hari Lahir" untuk kau dalam surat tu. Tapi bukan hanya ucapan tu saja yang ada dalam surat tu, aku tuliskan juga alasan-alasan yang pakwe kau bagi kat aku sehari sebelum hari lahir kau. Aku tahu, kau mesti akan menangis bila baca surat aku nanti, aku rasa macam tak nak bagi surat tu kat kau. Tapi nak buat macam mana, dah kau juga yang minta penjelasan jadi dalam terpaksa aku pun hulurkan surat tu pada kau. Ya, tengah hari itu dari jauh aku lihat air mata kau tumpah juga selepas kau tersenyum membaca ucapan "Selamat Hari Lahir".

Mulai hari tu aku lihat di wajah kau yang kau semakin muram, monyok dan sedih. Tak sampai hati aku nak tengok kau dalam keadaan macam tu, lalu aku sendiri yang memberi cadangan agar kau carilah pengganti baru yang boleh mengisi kekosongan dalam hati kau tu. Akhirnya, kau jumpa juga walaupun kau sendiri masih belum pasti sama ada betul atau tidak pilihan hati kau.

Dalam masa yang sama aku lihat hubungan kau dengan 2 orang sahabat kau tadi semacam renggang sedangkan sebelum ni ke mana saja mesti bertiga. Aku cuba tanya apa yang terjadi tapi kau macam menyembunyikan sesuatu dari aku, dan aku malas nak paksa kau untuk bercerita kerana aku menghormati hak kau, tapi dalam masa yang sama hubungan aku dengan mereka masih lagi ok, kecuali kau dan mereka.

Aku tengah lepak dalam kelas petang tu dan tiba-tiba seorang mamat dari kelas kau datang kat aku dan hulurkan something untuk aku, yang memang aku tahu dari kau. Wow, bersusah payah kau buat kad "Happy Friendship Day" untuk aku walaupun kau terlambat sehari tapi aku faham, kita dah mula sibuk dengan persiapan untuk SPM. Dan walaupun lambat sehari, tapi aku bersyukur sebab kau masih lagi ingat akan aku.

Tapi tak pernah aku sangka, hubungan baik kita berlalu macam tu saja sebelum SPM tiba. Aku pelik, aku hairan. Kenapa tiba-tiba kau berubah? Kau dah tak nak cari aku untuk cerita masalah kau kat aku. Kita dah tak balik dari sekolah sama-sama dan kita dah tak lepak kantin sama-sama pada hujung minggu. Aku tak tahu apa salah aku pada kau. Mujur satu hari kau bagi aku surat walaupun ringkas tapi kau nyatakan bahawa kau bukan sengaja nak lupakan aku, tapi kau nak tumpukan sepenuh perhatian pada SPM dan kau minta aku pun buat perkara yang sama. Aku lega. Sekurang-kurangnya kau masih ingat pada aku lagi. Oh ya, dalam surat tu juga kau ada bagi tahu yang kau akan menghadiri kursus untuk SPM di luar selama seminggu dan kau harap supaya aku jangan terkejut kalau tak nampak kau kat sekolah dalam tempoh seminggu tu.

Rupanya aku silap. Lepas kau balik dari kursus tu perangai kau lagi berubah. Kau dah tak tulis surat kat aku, nampak muka kau kat kantin pun jarang-jarang malah kawan kau yang 2 orang tu pun tak tahu apa dah jadi dengan kau. Aku nak sedapkan hati, aku cakap maybe pasal SPM nak dekat kot, so dia nak bagi 100% tumpuan kat SPM. Tapi yang aku bengang, ada sekali tu kau terserempak dengan aku kat kantin tapi kau buat-buat tak nampak je bila aku lalu sebelah kau. Kenapa? Cuba kau cakap kenapa?

Aku sedih tiap kali baca kad "Happy Friendship Day" kau tu. Kau tulis dalam tu yang kau harap hubungan kita takkan putus sampai bila-bila. Kau tulis yang aku akan tetap jadi kawan baik dan abang kau buat selamanya dan kau cakap kau takkan lupakan aku walau apa yang terjadi. Tapi sekarang, kau juga yang memungkirinya dan bukan aku. Aku pasrah, aku redha. Tiap perkara mungkin ada hikmahnya dan aku tak nak ambik serius perkara ni sebab bagi aku ini perkara kecil saja. Sebab perjalanan hidup aku masih panjang.

Selepas SPM

Lama tak contact kau, akhirnya berjaya juga aku contact kau dalam Facebook. Dan kau, sekarang sudah pun bekerja dan juga tetap cantik seperti dulu. Cuma aku masih keberatan nak tanya pada kau - "Kenapa kau mungkir segala janji-janji kau kat aku?". Tapi aku tak sanggup, aku tak mahu mulakan satu persengketaan baru dengan kau walapun apa yang telah berlaku semasa di sekolah suatu masa dahulu cukup menyakitkan hati aku.

Akhirnya setelah berhubung semula, kau berikan aku khabar gembira. Kau akan bernikah tak lama lagi dan aku bersyukur sebab akhirnya kau bertemu juga dengan jodoh kau. Dulu kau selalu cakap yang kau berharap yang kau akan bertemu dengan suami yang baik macam aku dan mampu menjaga kau macam aku jaga kau kat sekolah dulu. Alhamdulillah, kau tak lupa untuk jemput aku hadir ke majlis persandingan kau dan walaupun lambat sampai, aku dah cuba sehabis baik untuk memenuhi jemputan kau tu. Terima kasih kerana mengundang aku ke majlis itu.

Sekarang, kau semakin bahagia dengan suami dan juga cahaya mata sulung kau yang comel tu. Dan aku tumpang gembira untuk kau, dan aku doakan supaya kau sentiasa berbahagia di samping keluarga yang tercinta. Aku harap supaya janganlah kau lupakan aku kerana aku dah berjanji yang aku takkan lupakan kau dan aku tetap sayangkan kau sampai bila-bila pun, walaupun sayang aku tidak sama dengan sayangnya kau untuk suami dan anakmu.

19.3.11

Luah Selagi Terdaya

Apa nak jadi dengan gua ni? 2 hari gua tak pergi kerja, duduk rumah je tak buat apa apa selain dari online, online dan online. Oh ya, makan aiskrim sama cokelat jangan lupa juga. Sekarang ni gua dah jumpa 2 ke 3 blog yang bagi gua memang seronok untuk dibaca. Ada bermacam falsafah yang boleh gua dapat dari blog blog tu, dan gua memang minat dengan gaya penulisan penulis blog tersebut.

Ok, gua bukan nak membebel pasal blog yang gua baca sebab gua bukan siapa siapa. Cuma gua terasa macam nak luah kesakitan hati dengan situasi 'bila mana polis eskot bawa motor laju laju tahan pengguna jalanraya yang terdiri dari golongan rakyat bawahan semata mata nak bagi laluan kat pembesar negara lalu jalan tu tanpa perlu bersesak sedikit pun' yang terang terang akan membuat gua menyumpah seranah dalam hati, what the fuck!

Ok, gua tahulah lu tu pembesar negara, VVIP, menteri menteri kabinet, anak anak Raja, keturunan Sultan berdaulat, tapi kamon la, gua dan rakyat rakyat yang lain setiap tahun keluar duit buat bayar cukai jalan tapi kena berhenti hanya semata mata nak bagi laluan first class kat lu orang? Damn sungguh tahu tak? Lagi buat panas bila gua yang dah lambat nak punch card tiba tiba kena tahan kat lampu trafik yang dah hijau sebab nak bagi kereta lu orang lalu saja, dan guess what? Gaji gua kena potong sikit la cibai bila gua punch card lambat. Lu orang paham ke tak paham ni? Gua kerja keras kaw kaw sebab nak dapatkan duit, tapi pasal lu orang nak jalan saja dah buat gaji gua kena potong sedangkan duit gaji yang lu dapat tu rakyat juga yang bayarkan.

Tapi apakan daya, gua tiada kuasa dan juga suara. Gua cuma ada kuasa untuk memaki didalam hati saja. Sebab tak daya gua nak maki depan polis eskot, karang tak pasal pasal gua kena tahan dengan polis langsung gua tak boleh nak pergi kerja. Gua cuma harap yang respek la juga dengan rakyat bawahan sebab tanpa kami semua yang berhempas pulas membanting tenaga, takde la lu orang semua dapat pakai kereta besar besar.

Bak kata Irwansyah, kalau kita nak orang respek kat kita, kita kena respek kat orang lain juga. Ok, bab Irwansyah tu gua tipu. Saja nak komersial sikit.

Tamat.

15.3.11

23

Damn, umur gua dah cecah 23 tahun!

Tapi makwe sorang pun takde.

3.3.11

Lu Pejuang Terulung Melayu Ke?

Tajuk nampak macam panas, tapi yang sebenarnya tak berapa panas pun. Yang panas pun gua ni, sebab kipas kat atas gua ni macam tak laju je berputar. Bukannya pasal ada benda panas ke apa, tapi semuanya kerana kipas yang slow.

Tapi gua tetiba teringat pasal satu insiden kat dalam YM pada satu ketika dulu. Benda ni jadi masa gua baru baru je habis belajar, so kira masa tu gua muda lagi la sebab umur pun baru nak cecah 20. Masa tu gua tengah syok layan YM dengan awek awek yang ada dalam friend list gua, tetiba ada member gua menyelit buzz buzz sama gua. Gua pun layankan je la, mengenangkan dia tu member gua kat kolej dulu.

Nak dijadikan cerita, bersembanglah kami dengan merepek dan merapunya. Entah macam mana boleh pulak termasuk topik berkaitan kaum ni. Gua kalau orang nak bercerita pasal kaum atau bangsa ni memang malas sikit nak layan, tapi sebab masa tu awek awek ramai yang dah sign out so gua pun layan la member gua tu.

Mula la dia merapu cerita pasal Malaysia ni tak lama lagi kalau dibiarkan habis orang Melayu terbiar nasibnya, merempat di tanah air sendiri. Berjela jela la member gua ni berhujah mempertahankan kepentingan mempertahankan hak hak istimewa Melayu di bumi yang bertuah ini.

Kejap kejap dia tibai kaum ni, kejap kejap dia tibai pulak kaum yang ni. Lepas tu bangga dengan kedudukan darjat orang Melayu yang pada dia memang tak boleh nak dicuit sedikit pun, hatta sepintas lalu. Gua memang dah malas nak layan benda benda macam ni, walaupun gua sendiri orang Melayu. Gua cuma cakap kat dia satu benda je;

"Lu rasa besok kat akhirat Tuhan pandang pada imam dan amalan lu ke atau pada jenis bangsa lu? Kalau lu Melayu, tapi jenis tak reti nak solat, kuat mabuk, pantang nampak perempuan sikit mulalah konek terpacak, kutuk orang sana sini, lu rasa Tuhan pandang lu tinggi ke tak?"

Diam.

"Kalau orang tu Cina, tapi dia Muslim yang lebih baik sikap dan amalannya berbanding dengan lu la kan, agak agak Tuhan pandang rendah kat dia ke walaupun amal dan iman dia pada tahap yang lebih tinggi dari lu, hanya kerana dia berbangsa Cina. Agak agak lu macam mana?"

Kali ni dia menjawab.

"Bro, sekarang gua cerita pasal bangsa, bukannya agama. Bab agama lu tak payah la nak cerita." balas dia.

"Ye, gua tau tu semua. Tapi yang penting bagi gua adalah agama dan iman. Bukannya lu Melayu, Cina atau India. Yang penting iman, tu je." gua jawab.

"Memang la, tapi lu sendiri Melayu. Dan Melayu pun otometik lahir je dah Islam, betul tak?" dia provok gua.

"Ye, betul tu. Tapi lu tak malu ke bila lu yang lahir lahir je dah jadi Islam, tapi perangai serupa macam orang bukan Islam. Lu tak malu ke? Bro, Cina pun ada yang Islam, India pun ada yang Islam. Melayu memang Islam, tapi jangan lu lupa, ada juga yang murtad, ingat tu." balas gua.

Sepi.

Tup tup gua tengok dah sign out. Ceh!