22.3.11

Untuk Seseorang....

Kau. Aku tulis ni pasal kau. Tiba-tiba aku teringat pasal kau. Entah kenapa aku pun tak tahu. Tapi yang penting, aku teringat akan persahabatan antara kita dulu. Kau aku anggap sebagai kawan karib, tempat aku meluahkan segala jenis perasaan dan yang paling best kau aku anggap sebagai adik.


Aku kenal kau pun pasal aku ikut pakwe kau dating dengan kau dekat tangga tepi sekolah masa form 4 dulu. Kat tangga tu la pertama kali aku jumpa kau, dan kau nasib baik tak buat perangai sombong, bajet ayu, bajet cantik dan menggedik. Dari situ kau dapat tahu nama aku dan aku dah lama tahu nama kau sebenarnya, sebab kau tu kira macam top aspuri kat sekolah dulu di kalangan junior.

Kemudian kau bawa lagi 2 orang kawan kau setiap kali kau dating, dan aku, bukannya dapat apa-apa pun sebab aku ni pemalu orangnya. Kawan kau tu pun aku nak bercakap dengan dia punyalah ambil masa yang lama, berminggu-minggu juga baru nk bercakap.

Dari situ hubungan kau, aku dan 2 orang sahabat kau semakin rapat. Setiap kali balik sekolah mesti aku tunggu korang semua depan kelas kawan kau yang seorang tu, then kita akan balik sama-sama sampailah korang semua masuk ke lorong nak ke aspuri. Tiap hujung minggu mesti kita lepak kantin sama-sama sambil mengumpat tak pun kau sibuk tanya hal pakwe kau yang tak duduk kat hostel tapi duduk rumah sewa tu dan aku macam biasa ada saja cerita nak bagi tahu kat kau.

Aku pernah beberapa kali try kawan kau tu, dan aku tahu kau sentiasa nak tolong aku. Tapi aku pelik, dah banyak kali aku cuba tapi dia still tak boleh terima aku. Dan kau macam biasa, sentiasa mendorong dan memberi aku semagat untuk cuba lagi sampai hati dia terpaut kat aku. Tapi aku gagal, aku gagal setelah mencuba selama 1 tahun lamanya.

Aku ingat lagi pada bulan puasa. Tiap kali lepas ambil nasi dan lauk kat DM, kita mesti lepak sama-sama dekat pondok tepi kantin. Tiap kali tu jugalah kau sibuk tanya pasal pakwe kau kat aku, padahal kau sendiri ada nombor telefon dia. Tapi aku tak kisah, aku jawab segala apa yang aku tahu. Dan aku ingat lagi, tiap kali nak gerak dari situ mesti aku akan minta duit syiling kat kau. Alasan aku mudah - "Nak 20 sen, aku nak buat beli ais 50 sen la...ada 30 sen je ni". Dan kau mesti jawab - "Ni minta syiling ni takde benda lain la nak buat, beli rokok la tu..". Aku tahu kau akan cakap macam tu, tapi aku tahu, kau tetap akan bagi aku 20 sen sebab kau takkan abaikan permintaan aku.

Aku tahu, kau cukup tak suka kalau aku merokok, apatah lagi kalau pakwe kau. Aku pernah tengok kau marah pakwe kau sebab mulut dia berbau rokok masa jumpa kau. Tapi memang patut pun kau marah dia, sebab masa tu dalam bulan puasa. Mulut berbau rokok pada siang hari dalam bulan puasa memang nampak tak senonoh dan kau layak nak marah-marah. Aku pun pernah kena sound dengan kau sebab mulut berbau rokok masa jumpa kau - "Hisap la lagi rokok tu, tak habis-habis dengan rokok tu...". Aku tahu kau marah kat aku, tapi macam biasa aku akan senyum kat kau sampai kau sendiri akan tersenyum dan lupakan kemarahan kau.

Kita selalu main tulis-tulis surat, sebab nak tahu perkembangan diri masing-masing dan juga berkongsi masalah. Kau selalu luahkan masalah kau kat aku, dan aku sentiasa akan cuba untuk memberi sebaik mungkin jalan penyelesaian kepada kau. Aku tahu, dalam hati kau sentiasa ada masalah. Jiwa kau tak tenang, hari-hari kau mengadu kat aku tentang macam-macam dan aku macam biasa, akan tolong kau sampai masalah kau selesai. Kau juga selalu minta pendapat dan nasihat dari aku tentang pelbagai perkara, dan biasanya aku mesti akan bagi berbagai-bagai nasihat kat kau supaya kau tak pening-pening kepala. Tapi sekarang, aku nak dengar masalah orang pun dah tak kuasa, apatah lagi nak bagi nasihat atau pendapat. Kenapa ye?

Masa kau dengan pakwe kau ada krisis besar, akulah tempat kau mengadu. Akulah tempat kau luahkan segala isi hati kau. Selalunya kau akan minta maaf dengan aku sebab aku terpaksa dengar segala luahan kau sampaikan kau sendiri cakap mesti aku dah bosan melayan kau. Tapi kau silap, kau silap sebab aku tak pernah cakap macam tu dan sebagai seorang abang, apa gunanya kalau tak berada di sisi adiknya di saat dia memerlukan kau? Dan sebagai abang, aku akan buat apa saja yang boleh membahagiakan hati adiknya walaupun dalam apa jua keadaan sekalipun.

Lepas kau putus dengan pakwe kau, aku tengok kau macam dah tak bermaya. Hidup kau macam dah tiada arah, kau sentiasa kecewa kerana terpaksa berpisah dengan pakwe kau. Setiap hari kau tanya pada aku, apa punca sebenar pakwe kau tinggalkan kau macam tu saja. Dan aku sebenarnya sikit pun tak tahu kenapa pakwe kau minta putus dengan kau. Then, kau berkeras nak tahu juga kenapa dan aku dengan berat hati bertanya juga pada pakwe kau hal-hal dan sebab musabab yang menyebabkan dia tinggalkan kau.

Aku ingat lagi, malam tu malam birthday kau. Aku karang surat panjang-panjang, aku wish "Selamat Hari Lahir" untuk kau dalam surat tu. Tapi bukan hanya ucapan tu saja yang ada dalam surat tu, aku tuliskan juga alasan-alasan yang pakwe kau bagi kat aku sehari sebelum hari lahir kau. Aku tahu, kau mesti akan menangis bila baca surat aku nanti, aku rasa macam tak nak bagi surat tu kat kau. Tapi nak buat macam mana, dah kau juga yang minta penjelasan jadi dalam terpaksa aku pun hulurkan surat tu pada kau. Ya, tengah hari itu dari jauh aku lihat air mata kau tumpah juga selepas kau tersenyum membaca ucapan "Selamat Hari Lahir".

Mulai hari tu aku lihat di wajah kau yang kau semakin muram, monyok dan sedih. Tak sampai hati aku nak tengok kau dalam keadaan macam tu, lalu aku sendiri yang memberi cadangan agar kau carilah pengganti baru yang boleh mengisi kekosongan dalam hati kau tu. Akhirnya, kau jumpa juga walaupun kau sendiri masih belum pasti sama ada betul atau tidak pilihan hati kau.

Dalam masa yang sama aku lihat hubungan kau dengan 2 orang sahabat kau tadi semacam renggang sedangkan sebelum ni ke mana saja mesti bertiga. Aku cuba tanya apa yang terjadi tapi kau macam menyembunyikan sesuatu dari aku, dan aku malas nak paksa kau untuk bercerita kerana aku menghormati hak kau, tapi dalam masa yang sama hubungan aku dengan mereka masih lagi ok, kecuali kau dan mereka.

Aku tengah lepak dalam kelas petang tu dan tiba-tiba seorang mamat dari kelas kau datang kat aku dan hulurkan something untuk aku, yang memang aku tahu dari kau. Wow, bersusah payah kau buat kad "Happy Friendship Day" untuk aku walaupun kau terlambat sehari tapi aku faham, kita dah mula sibuk dengan persiapan untuk SPM. Dan walaupun lambat sehari, tapi aku bersyukur sebab kau masih lagi ingat akan aku.

Tapi tak pernah aku sangka, hubungan baik kita berlalu macam tu saja sebelum SPM tiba. Aku pelik, aku hairan. Kenapa tiba-tiba kau berubah? Kau dah tak nak cari aku untuk cerita masalah kau kat aku. Kita dah tak balik dari sekolah sama-sama dan kita dah tak lepak kantin sama-sama pada hujung minggu. Aku tak tahu apa salah aku pada kau. Mujur satu hari kau bagi aku surat walaupun ringkas tapi kau nyatakan bahawa kau bukan sengaja nak lupakan aku, tapi kau nak tumpukan sepenuh perhatian pada SPM dan kau minta aku pun buat perkara yang sama. Aku lega. Sekurang-kurangnya kau masih ingat pada aku lagi. Oh ya, dalam surat tu juga kau ada bagi tahu yang kau akan menghadiri kursus untuk SPM di luar selama seminggu dan kau harap supaya aku jangan terkejut kalau tak nampak kau kat sekolah dalam tempoh seminggu tu.

Rupanya aku silap. Lepas kau balik dari kursus tu perangai kau lagi berubah. Kau dah tak tulis surat kat aku, nampak muka kau kat kantin pun jarang-jarang malah kawan kau yang 2 orang tu pun tak tahu apa dah jadi dengan kau. Aku nak sedapkan hati, aku cakap maybe pasal SPM nak dekat kot, so dia nak bagi 100% tumpuan kat SPM. Tapi yang aku bengang, ada sekali tu kau terserempak dengan aku kat kantin tapi kau buat-buat tak nampak je bila aku lalu sebelah kau. Kenapa? Cuba kau cakap kenapa?

Aku sedih tiap kali baca kad "Happy Friendship Day" kau tu. Kau tulis dalam tu yang kau harap hubungan kita takkan putus sampai bila-bila. Kau tulis yang aku akan tetap jadi kawan baik dan abang kau buat selamanya dan kau cakap kau takkan lupakan aku walau apa yang terjadi. Tapi sekarang, kau juga yang memungkirinya dan bukan aku. Aku pasrah, aku redha. Tiap perkara mungkin ada hikmahnya dan aku tak nak ambik serius perkara ni sebab bagi aku ini perkara kecil saja. Sebab perjalanan hidup aku masih panjang.

Selepas SPM

Lama tak contact kau, akhirnya berjaya juga aku contact kau dalam Facebook. Dan kau, sekarang sudah pun bekerja dan juga tetap cantik seperti dulu. Cuma aku masih keberatan nak tanya pada kau - "Kenapa kau mungkir segala janji-janji kau kat aku?". Tapi aku tak sanggup, aku tak mahu mulakan satu persengketaan baru dengan kau walapun apa yang telah berlaku semasa di sekolah suatu masa dahulu cukup menyakitkan hati aku.

Akhirnya setelah berhubung semula, kau berikan aku khabar gembira. Kau akan bernikah tak lama lagi dan aku bersyukur sebab akhirnya kau bertemu juga dengan jodoh kau. Dulu kau selalu cakap yang kau berharap yang kau akan bertemu dengan suami yang baik macam aku dan mampu menjaga kau macam aku jaga kau kat sekolah dulu. Alhamdulillah, kau tak lupa untuk jemput aku hadir ke majlis persandingan kau dan walaupun lambat sampai, aku dah cuba sehabis baik untuk memenuhi jemputan kau tu. Terima kasih kerana mengundang aku ke majlis itu.

Sekarang, kau semakin bahagia dengan suami dan juga cahaya mata sulung kau yang comel tu. Dan aku tumpang gembira untuk kau, dan aku doakan supaya kau sentiasa berbahagia di samping keluarga yang tercinta. Aku harap supaya janganlah kau lupakan aku kerana aku dah berjanji yang aku takkan lupakan kau dan aku tetap sayangkan kau sampai bila-bila pun, walaupun sayang aku tidak sama dengan sayangnya kau untuk suami dan anakmu.

6 comments:

Bainun Waheeda said...

ko tengah nangis ye bob?

bebob said...

agak2 la ckp aku nangis..

Bainun Waheeda said...

EGO

bebob said...

mana ada ego2 ni...

Anonymous said...

aku rase la. balak baru die yang suruh die jauhkan diri dari kau.

zulhelmimalek said...

entah, tak tau la pulak aku..