25.3.11

Terkenang : Part 1

Aku ingat lagi, masa tu Myspace tengah top. Memang gila babi punya top, sampai semua orang kucar kacir sibuk nak buat akaun Myspace sendiri. Maklumlah, tak nak nanti dicop kodi pula dengan kawan-kawan yang lain.

Member aku, si Bosri ni kira memang dah ada akaun Myspace sendiri masa tu. Begitu juga dengan beberapa orang member yang lain. Tapi aku still takde lagi, sebab masa tu aku ada Friendster je, tu pun tak aktif mana.

Tapi, scene Myspace kat sekolah aku makin menjadi-jadi selepas Bosri ni post satu topik kat grup sekolah kitorang. Memang panas topik yang mamat ni buka, memang sengaja nak cari bala dekat sekolah tu. Tak sangka pula dia berani nak buka topik macam tu, memang radikal sungguh perangai dia. Lagi best bila warden asrama kitorang buat perangai bukak CC kat dalam bilik warden, so makin menjadi-jadilah semua orang.

Seingat aku, topik yang dipost oleh Bosri telah membuatkan beberapa orang aspuri (pelajar perempuan) kat sekolah aku tu berbulu dan bengang dengan Bosri. Sebabnya mamat ni menyentuh isu-isu yang sensitif bagi pihak aspuri. Apa benda yang jadi isu pun aku tak tahu, sebabnya aku rasa benda tu bukan saja menghentam aspuri, malah aspura (pelajar lelaki) juga boleh terasa pedasnya.

Menjadikan ianya lebih menarik adalah bila salah seorang aspuri telah bertindak membidas, mengecam, mengkritik malahan menyimbah minyak ke dalam api yang memang telah marak sebelum itu. Lantas menyebabkan satu perang siber yang tak diduga akan terjadi di Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor.

Benda yang lagi menarik ialah posting oleh Bosri tu telah diprint dan disebarkan dikalangan pelajar sekolah aku, lantas menyebabkan satu perang dingin di sekolah aku yang aman damai sebelum ni. Kau bayangkanlah, keadaan yang sebelum ni membenarkan aspuri dan aspura bergurau senda sesama sendiri bertukar menjadi perang di antara satu sama lain. Aku pun terkena tempias benda ni kau tahu tak? Elok je aku rapat dengan beberapa orang aspuri ni, tetiba jadi tak ngam lepas kes ni terjadi.

Kebetulan pula masa tu aku takde akaun Myspace, so atas tindakan mahu memanaskan lagi keadaan maka aku pun menulis sepucuk surat yang bagi aku memang buat semua orang espcially aspuri makin bertambah bengang. Apa yang aku tulis dalam surat tu pun aku tak berapa nak ingat, cuma aku tidak menghentam satu pihak saja - iaitu aspuri - tetapi aku turut menghentam aspura secara tak langsung.

Dan setelah berbincang dengan Bosri, aku dengan nekadnya telah meletakkan surat tersebut dalan kelas 5 Awam 3 selepas habis kelas. Ya, kelas 5 Awam 3. Sebabnya individu yang begitu berapi-api dengan Bsori ada di dalam kelas tu.

Memang dah aku jangka, sekejap je surat tu pusing keliling aspuri. Pasal surat tu jugalah, tak pasal-pasal aku kena marah dengan member baik aku (yang aku mention dalam entri sebelum ni). Gila kau, dia seorang je yang tahu tulisan tangan aku, so memang akulah yang terus dia attack. Memang aku tak boleh lari, tapi nasib baiklah dia kata dia takkan bagitahu kat semua orang yang aku penulis surat tersebut. Perghhh, nasib baik. Kalau tak, tak tahulah apa nasib aku. Dan aku, macam biasa sentiasa cool cover line supaya tak dikenali sebagai penulis surat tersebut, keh keh keh.

...

Benda ni kalau boleh memang aku tak nak ingat lagi, sebab benda ni hanyalah satu isu yang bodoh bagi aku. Well, kita semua masa tu muda lagi - baru 17 tahun. So memang kepala otak tak berapa betullah weh. Tapi nasib baiklah lepas sekolah benda tu terus hilang macam tu saja. Kalau tak, tak dapatlah aku nak lepak dengan aspuri sekolah aku dulu. Kalau tak, tak dapatlah kita semua nak gelak sama-sama bila lepak satu table.

So, lepas tahu cerita sebenar jangan pula KAU nak marah aku ye. Benda belum matang masa tu, siapa-siapa pun boleh buat benda bodoh macam tu. Tapi apa-apa pun KAU salahkan Bosri, sebab dia yang start semua tu dulu.

Hehe.

No comments: