26.5.10

Terjebak!

Sila sila la ye!

http://www.formspring.me/zulhelmimalek

24.5.10

Cacat Otak Bukan Cacat Tubuh Badan


lagi


dan lagi


Apabila budak-budak cacat otak berkumpul, beginilah endingnya.

Gua geleng kepala bila tengok peel masing-masing.

Celaka!

19.5.10

Fikirkan Sejenak

Apa jadi kalau kau tengah jalan-jalan balik dari kerja, tetiba ada satu mamat tak tentu hala jerit kat kau, maki-maki kau kat depan orang ramai tapi sorang pun tak buat apa-apa sebab takut dengan mamat saiko tu.

Kemudian tiba-tiba dia keluarkan pistol, dia tembak ke arah langit dulu dalam 2 ke 3 das, pastu agak-agak dah puas hati dia pun tembak kat kaki kanan kau dulu. Bila dah tak boleh berdiri tegak, dia tembak kaki kiri kau 5 das lagi. Masa tu mesti kau dah jatuh, betul tak? Pastu tak pasal-pasal dia lari laju-laju kat kau kemudian dia lompat tinggi-tinggi sambil buat muka Stone Cold Steve Austin, then dia kasi siku kat perut kau sambil dia tembak betul-betul kat cuping telinga belah kiri kau.

Tiba-tiba datang pulak sekor kucing bulu kaler ungu belang hijau katak pisang jalan-jalan santai dengan sekor belalang kunyit saiz gorilla pergi betul-betul kat mamat tadi tu yang masih lagi landing atas perut kau, pastu kucing sama belalang kunyit tadi tu bergabung diri lalu membentuk sepasukan askar komando elit bawah tanah lantas melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah mamat tadi termasuk la dengan kau-kau sekali kena.

Tapi mamat tu tak mati lagi, dia tetiba transform jadi unicorn pastu terbang bebas ke awan sambil melaungkan "1 Malaysia!" kuat-kuat sampaikan posmen yang tengah hantar surat kat area tu terkejut lalu jatuh tersembam atas taik kuda yang dipenuhi langau besar. Dan kau pulak tetiba jadi bertenaga semula dan terus bangun seraya berlari-lari anak ke arah sebuah helikopter yang berada tak jauh dari kawasan kejadian. Bila kau tengok drebar helikopter tu kau terkejut besar sebab yang jadik drebar tu Heidi Klum. Dia pun bawak kau jalan-jalan pergi makan angin dekat Slovakia, tengok team Harimau Muda A kena belasah dengan team bola kat sana.

Agak-agak la, apa jadi kat pak gad pasaraya Mydin sebelah tu?

11.5.10

Pengalaman Mendewasakan Kita

Baru aku sedar, pengalaman mendewasakan kita. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya, walau seburuk mana sekalipun perkara itu. Ia juga akan membuatkan kita yakin bahawa ujian yang diturunkan-Nya adalah semata-mata untuk menguji keimanan dan kesabaran kita dalam mengharungi keadaan itu.

Emosi jangan dicampur adukkan dengan fikiran, kerana nescaya jalan keluar dari segala masalah tidak akan ditemui. Berfikir secara rasional, bukan hanya mengikut emosi. Paling penting, walau apa pun yang berlaku, sabar itu mesti ada.

Kadangkala kita sering terhanyut dan alpa, lalai dalam permainan dunia. Hanya mengikut arus kehidupan yang penuh dengan nafsu dan keinginan semata-mata, yang ternyata akan lebih membuatkan kita lupa kepada apa yang pernah berlaku.

...

Lain kali, aku akan membuat kunci dabel untuk motor kesayangan aku supaya tragedi 8 Mei tidak akan berulang kembali. Ia cukup membuatkan hatiku gusar kerana terpaksa berpisah buat sementara waktu dengannya, yang telah banyak kali menemani aku ke mana saja tak kira ke mana pun. Tapi apakan daya, walaupun terpaksa namun aku harus merelakannya.

Celaka, entah mana cicirnya kunci motor aku tu pun aku tak tau. Aku syak jatuh kat Serdang takpun kat Taman Connaught masa aku tengah syok-syok angkut barang yang gila babi banyak.

Sekarang masalah dah setel, terima kasih atas bantuan rakan-rakan yang menggergajibesikan fork lock itu, juga dengan penuh amarahnya melepaskan sepakan padu ke arah hendel motor tapi masih jugak tak berjaya untuk di'unlock'kan hendel tersebut sekaligus membuktikan betapa kejuruteraan Modenas sangat la dahsyat.

Esok lusa aku nak buat kunci simpanan biar sampai sebelas bijik anak kunci sekalipun supaya tragedi itu tidak akan meragut nyawa fork lock dan kepala kunci motor aku lagi sekaligus menerbangkan Ringgit Malaysia yang agak bernilai di usia ini.

Cisss.

notakaki : jangan pandah rendah pada superbike saya ye kawan-kawan.

5.5.10

Mana-Mana Tempat Nak Pergi Pun Bahaya La Sekarang Ni...

Lepas ni kalau keluar malam-malam nak tengok bola jangan bawak kereta laju-laju. Satu lagi, kalau polis suruh berhenti baik ikutkan saja, karang tak pasal-pasal kena tembak.

notakaki : agak terlambat sebenarnya, al-fatihah.

2.5.10

Puas!

Saat aku menulis ni masih lagi terngiang-ngiang petikan gitar yang super hebat dari Kid, Din sama Joe, macam tu jugak la dengan dentuman bass dari Eddie dengan Nasir. Jugak hentakan padu drum dari Black mahupun Abang Yazid. Memang berbisa, menyengat, membunuh, memuaskan, dan segala macam kata-kata yang tak dapat nak digambarkan langsung. Memang tadi Search dengan Wings memberikan yang terbaik untuk peminat yang datang, sangat la berbaloi-baloi!

Masa nak pergi ke sana pun kereta dah berderet-deret, paking tepi jalan tu jangan cakap la. Bukan setakat 2 layer, sampai 3-4 layer pun ada. Memang dari anggaran aku la, ada dekat 750,000 orang yang datang (eh, yeke?). Belum kira lagi yang dok bersidai kat luar tak reti-reti nak masuk walaupun show dah nak start. Mungkin pasal tak beli tiket lagi gamaknya, nasib baik la tiket aku dah rembat awal-awal siang tadi. Takde la kelam kabut sangat.

Masuk je dalam venue konsert, fuhhh, terasa bahangnya. Lautan manusia memenuhi segenap penjuru Arena Tertutup, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort. Belum kira lagi yang dok panjat-panjat tebing semata-mata malas nak masuk lagi dalam sebab mungkin panas tak tentu hala. Siap ada brader-brader yang bawak anak kecik tengok konsert sambil himpit-himpit dengan ramai orang. Orang kata walaupun dah beranak pinak tapi jiwa masih rock. Salute la brader!

Pilihan lagu tak payah cakap la, setakat Isabella tu mesti ada punya. Bak kata Amy, lagu ni dah macam lagu Negaraku pulak. Dia punya wajib nyanyi setiap kali show sama la dengan lagu Negaraku yang wajib kita nyanyi kat perhimpunan sekolah setiap hari Isnin. Gemuruh, Opera Hidup dengan Balada Pemuzik Jalanan sangat mengasyikkan. Sejati, Gadisku, Rozanna, Nur Nilam Sari, Isi dan Kulit, Taman Rashidah Utama, Semalam Yang Hangat pun ada jugak tadi. Tambah lagi dengan segmen solo gitar antara Joe dengan Kid, pulak tu Black sama Abang Yazid bergasak ketuk drum secara solo. Memang terbaik!

Senang cerita, sangat berbaloi la keluarkan RM 70 untuk tiket sebab showmanship yang diberikan kedua-dua band sangat la hebat. Bila lagi nak tengok 2 band otai kat Malaysia ni main satu stage sejak kali terakhir pada 17 tahun yang sudah. Tapi Awie ada khabar tadi, InsyaAllah bulan 6 ni sekali lagi diorang main, tapi kali ni kat Stadium Larkin, Johor pulak. Sesiapa yang terasa nak buat trip pergi Johor tu bagitau la, mana la tau ada kelapangan masa boleh la join tengok kat sana pulak. Sambil tu boleh jugak mengorat awek-awek Johor, hehe.

notakaki : tapi tadi tak nampak pulak budak-budak dress up bunkface kat situ. agaknya tak kena dengan jiwa diorang.