11.5.10

Pengalaman Mendewasakan Kita

Baru aku sedar, pengalaman mendewasakan kita. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya, walau seburuk mana sekalipun perkara itu. Ia juga akan membuatkan kita yakin bahawa ujian yang diturunkan-Nya adalah semata-mata untuk menguji keimanan dan kesabaran kita dalam mengharungi keadaan itu.

Emosi jangan dicampur adukkan dengan fikiran, kerana nescaya jalan keluar dari segala masalah tidak akan ditemui. Berfikir secara rasional, bukan hanya mengikut emosi. Paling penting, walau apa pun yang berlaku, sabar itu mesti ada.

Kadangkala kita sering terhanyut dan alpa, lalai dalam permainan dunia. Hanya mengikut arus kehidupan yang penuh dengan nafsu dan keinginan semata-mata, yang ternyata akan lebih membuatkan kita lupa kepada apa yang pernah berlaku.

...

Lain kali, aku akan membuat kunci dabel untuk motor kesayangan aku supaya tragedi 8 Mei tidak akan berulang kembali. Ia cukup membuatkan hatiku gusar kerana terpaksa berpisah buat sementara waktu dengannya, yang telah banyak kali menemani aku ke mana saja tak kira ke mana pun. Tapi apakan daya, walaupun terpaksa namun aku harus merelakannya.

Celaka, entah mana cicirnya kunci motor aku tu pun aku tak tau. Aku syak jatuh kat Serdang takpun kat Taman Connaught masa aku tengah syok-syok angkut barang yang gila babi banyak.

Sekarang masalah dah setel, terima kasih atas bantuan rakan-rakan yang menggergajibesikan fork lock itu, juga dengan penuh amarahnya melepaskan sepakan padu ke arah hendel motor tapi masih jugak tak berjaya untuk di'unlock'kan hendel tersebut sekaligus membuktikan betapa kejuruteraan Modenas sangat la dahsyat.

Esok lusa aku nak buat kunci simpanan biar sampai sebelas bijik anak kunci sekalipun supaya tragedi itu tidak akan meragut nyawa fork lock dan kepala kunci motor aku lagi sekaligus menerbangkan Ringgit Malaysia yang agak bernilai di usia ini.

Cisss.

notakaki : jangan pandah rendah pada superbike saya ye kawan-kawan.

No comments: