23.12.10

Kenangan Yang Terindah

Gua toleh kiri kanan. Sesak. Malam-malam di Bukit Bintang memang sentiasa sesak. Macam-macam jenis orang yang ada dekat situ. Tapi malam ni bukan main sesak lagi gua tengok, dah macam ada Jom Heboh la pulak.

Gua jalan sampai ke Starbuck Low Yatt. Gua tengok tak berapa nak ramai orang. Jadi gua pun ambil keputusan untuk lepak kat Starbuck minum-minum kopi. Kalau hari-hari kat mamak pun naik muak juga. Lepas order kopi gua terus lepak duduk kat luar, barulah layan minum kopi sambil sedut asap rokok. Sambil tu boleh la juga usya-usya makwe kat situ. Tapi jangankan makwe, mak makwe, akak makwe, adik makwe malahan bapak makwe pun gua berkesempatan untuk usya. Apa nak jadi dengan gua sekarang ni?

Gua pun tanya la makwe Starbuck kenapa ramai sangat orang malam ni. Makwe tu pun cakap dia tak tau kenapa. Tapi kerja tetap kerja, cari rezeki katanya. Gua iyakan saja, sebab gua tak tanya pun pasal kerja dia. Sambil tu mata gua melirik ke arah paha montok milik makwe tersebut yang jelas kelihatan apabila memakai jeans ketat.

Lepas makwe tu blah masuk ke dalam, tetiba je ada sebijik Volkswagen Beetle kaler pink airbrush bunga-bunga berhenti mengejut kat depan Low Yatt. Gua memang terkejut habis, dengan orang ramai kat situ pun jadi terkejut beruk sebab si pemandu buat skill macam dalam filem orang putih. Dan yang lagi buat gua terkejut sebab ada 4 bijik motor Ducati eskot Volkswagen Beetle tu sampai ke Low Yatt. Ini anak menteri mana pula buat hal kat depan Low Yatt ni?

Pelan-pelan gua tengok si pemandu membuka pintu kereta sambil 4 orang yang datang dengan Ducati tadi mengambil posisi masing-masing sambil memegang selaras M-16. Siap diacukan ke arah orang ramai yang datang hampir ke kereta. Bila dah keluar je si pemandu, gua jadi lagi terkejut. Sebabnya, si pemandu tu sebenarnya Juliana Evans. Wah, bukan main lagi siap ada pengawal peribadi pegang M-16. Rosnah Mat Aris yang bertaraf lagenda pun tak macam tu. Brader-brader kat situ apa lagi, kucar kacir keluarkan henfon masing-masing untuk tangkap gambar si Juliana ni.

Lepas tu Juliana Evans terus berjalan ke arah gua sambil tersenyum manis. Gua toleh kiri kanan depan belakang. Mana la tau kot-kot dia senyum kat orang lain, tapi takde pula orang lain selain dari gua. Yang ada pun makwe Starbuck paha montok tadi tengah clear table. Gua dah berderau darah bila tengok dia datang ke arah gua dengan muka yang manis macam tu. Peluh-peluh jantan tak semena-mena turun laju membasahi dahi gua. Gua telan air liur pelan-pelan sebab Juliana Evans makin hampir dengan gua.

"Hai you, sorang je ke? Nak i temankan ke?" sapa Juliana Evans.

"Err, ada orang lain ke kat sini? Macam takde kan? So, secara otometiknya i memang sorang je kat sini," balas gua dengan penuh sindiran.

"Amboi, bukan main lagi jawapan you ek? Macam tak sudi je," kata dia.

"Eh, bukan i tak sudi tapi terkejut la. Tetiba je you ke mari jumpa i. You kenal i ke?" tanya gua kat dia.

"Ala, sape tak kenal Bebob? Orang tak sekolah je yang tak kenal you tau. I ke sini pun bukannya apa, i nak ajak you temankan i ke Paris malam ni. Jom la, kita lepak kat sana seminggu. Boleh juga jalan-jalan ambil angin kat sana," pelawa Juliana Evans.

"Pergghhhh, Paris??? Mana la i ada duit. Lagi satu, baju-baju i semua kat rumah," terang gua dengan ikhlas.

"Pasal tu takpe, u jangan risau. Nanti kita boleh setel bila sampai kat sana. Yang penting i nak tau, you nak ikut ke tak ni?" tanya Juliana Evans sambil buat muka ala-ala gedik comel manja.

Setelah berfikir panjang, pelan-pelan gua angguk tanda setuju. Juliana Evans tersenyum riang dengan jawapan gua. Tanpa membuang masa, ditariknya tangan gua menuju ke arah kereta Volkswagen Beetle kaler pink dengan segera sambil diiringi brader pengawal yang memberi isyarat bagus ke arah gua. Sambil tu gua tengok muka brader-brader kat Low Yatt semacam panas hati dengan gua sebab Juliana Evans tak ajak diorang langsung. Dalam pada tu gua terfikir juga, nasib baik la petang tadi gua pergi ambik pasport gua yang dah siap yang gua buat itu hari.

Bermula malam tersebut dan seminggu di Paris menjadi kenangan yang cukup indah bagi gua dan juga Juliana Evans.

Azam Tahun Baru

Ok, terus terang gua cakap ini kali pertama gua ada azam tahun baru. Macam tak percaya pun ada.

1) Gua nak mula katakan tak nak makan nasik pada waktu malam

2) Cuba untuk simpan duit buat beli motor baru

3) Bayar PTPTN secara konsisten tiap-tiap bulan

4) Menjadi seorang pekerja yang berdedikasi dengan hadir ke opis tepat pada waktunya

5) Mengurangkan penggunaan laptop di waktu malam yang biasanya akan menjurus kepada kelewatan gua bangun pada keesokan harinya

6) Melancong ke beberapa tempat yang menarik dalam dan luar negara

7) Memiliki simpanan sebanyak RM1,576,897.50 di dalam akaun gua

8) Mahu belajar memasak lauk pauk yang sedap supaya gua boleh tunjuk handal depan bakal mak mertua

9) Memiliki dan menghafal semua lagu-lagu top Bunkface

10) Harap-harap gua dapat jadi pekerja gomen

11) Dah boleh mula mencari seorang awek untuk dijadikan pasangan hidup

Gua ada beribu-ribu lagi azam yang gua tak dapat nak tuliskan di sini. Memandangkan bulan depan dah stat jadi 2011, jadi gua kongsi 11 je azam tahun baru gua. Lagi 2000 gua simpan sebagai kenang-kenangan.

20.12.10

Menarik Minggu Ini

Hari ni 20 Disember, lagi 5 hari je nak Krismas. Brader-brader rock mesti dah kucar kacir kumpul duit. Tapi bukan nak buat beli hadiah, tapi nak buat bayar tiket konsert Double Trouble kat Sunway Lagoon. Tiket saja dah RM70. Tu belum campur duit t-shirt konsert, makan, minum, minyak kereta atau motor dan jugak tiket untuk awek.

Besoknya pulak, 26 Disember ada pulak Rock The World 10 kat Bukit Jalil. Yang ni brader-brader, adik-adik, akak-akak dan awek-awek indie mesti bersusah payah nak keluarkan duit dari poket masing-masing untuk bayar tiket yang berharga RM 30. Duit tambang LRT, bas, minyak motor, makan minum, beli baju band, beli ROTTW dan jugak rokok kena ambil kira. Lagi-lagi buat mereka yang bergelar pelajar. Kalau yang dah kerja tu berapa la sangat nak keluar duit, tak kisah pun. Yang penting dress up mesti smart, kena ikut trend. Kalau tak ikut trend, tak indie la. Awek-awek indie pun tak mau jeling, pandang apatah lagi.

Malam tu pulak, ada perlawanan akhir Piala Suzuki antara Malaysia dengan Indonesia. Yang ni semua orang nak turun. Tak kisah la lu rock ke, lu indie ke, turun tetap turun. Lagi stail kalau pakai jersi, baru la true. Kalau takde jersi, boleh beli kat stadium jugak. Tapi sediakan je la dalam RM 60, baru boleh dapat sehelai. Tiket gua tak pasti la pulak berapa, macam separuh akhir jugak kot. Makan minum tolak tepi, balik boleh singgah mamak. Takdenya lu mati kalau sebelum tengok bola lu tak makan.

Ada 3 event yang menarik bagi gua. Tapi yang RTW tu gua dah reject awal-awal. Apa barang pergi RTW dalam umur 22 tahun ni? Band yang main pun gua tak berapa nak berkenan tengok. Sekarang ni antara Double Trouble dengan final Piala Suzuki, yang mana satu yang menjadi pilihan gua. Gua pun tengah pening, tapi yang macam komfem bola la. Double Trouble gua tak sure lagi, masih menantikan petunjuk dari Ilahi lagi. Lagipun masa 1 Mei itu hari gua ada pergi, so takde la kempunan sangat.

Apa-apa pun sebelum 25 Disember 2010 ni gua harap gua dapat petunjuk sama ada nak turun Double Trouble ataupun tak, bergantung pada ketebalan dompet gua jugak la akhirnya.

Kesimpulannya, takde sape-sape yang ada tiket free nak bagi kat gua ke?

16.12.10

Tahniah Malaysia!!!


Zack, jejaka manis yang sentiasa dengan simbol 'peace'nya.

Daus, peminat tegar yang terpacak di stadium sejak 4:30 petang lagi.

Gua dengan muka separa stres sebab Malaysia main tak berapa nak smart masa ni.

Orang ramai, ramai orang.

Sorak sorai untuk Malaysia.

2 untuk Malaysia 0 untuk Vietnam.

Muka puas sebab Malaysia menang. Cuba kalau kalah....

Harap-harap next game kat Vietnam team Malaysia main smart. Jangan rambut je smart.

notakaki : semua gambar di atas diambil menggunakan kamera henfon saja, takde nak main lensa-lensa bagai

1.12.10

Noinuer (Sila Baca Dalam Keadaan Terbalik)

Semua orang ada kawan. Sedangkan orang utan yang tinggal dalam hutan tu pun boleh ada kawan, apatah lagi kita yang tinggal dalam bandar. Samalah juga dengan gua. Tapi, ada banyak kategori kawan bagi gua. Kawan masa sekolah rendah, kawan sekolah menengah biasa, kawan sekolah teknik, kawan kolej, kawan tempat kerja, kawan yang gua kenal dari kawan-kawan gua di atas dan juga kawan sekampung.

Bagi gua, gua lebih selesa dan kamceng dengan kawan sekolah teknik gua. Mungkin kerana faktor hidup bersama selama dua tahun menyebabkan gua dan kawan-kawan seteknik yang lain mempunyai satu ikatan perhubungan yang istimewa. Entah, gua main cakap je. Gua pun tak tahu betul ke tak. Tapi, ada juga beberapa orang kawan kolej yang gua betul-betul berkawan sampai la ke sekarang.

Ok, berbalik pada kawan seteknik gua. Memandangkan kami semua jarang dapat berkumpul sama-sama macam masa dalam dewan makan dulu, salah seorang dari kawan seteknik gua memberikan idea supaya dianjurkan satu majlis perjumpaan semula ataupun dalam bahasa modennya 'reunion' bagi batch gua. Tapi yang ini bukan reunion biasa-biasa. Ala, yang selalu buat kat Mid Valley, Pavillion, KLCC, Times Square dan mana-mana lagilah, yang agendanya hanyalah lepak-lepak dan seterusnya makan di Pizza Hut tak pun KFC tak pun juga Mekdonel. Kan ke klise tu.

Kawan gua ni merancang nak buat satu percutian ke pulau. Bukan setakat reunion dan makan-makan je, tapi minum, mandi, main dan tidur pun dah boleh sama-sama. Bagi gua itu satu cadangan yang menarik, dan gua betul-betul bersetuju. Dan gua berharap agar apa yang dirancang kawan seteknik gua tu berjaya menjadi kenyataan hendaknya, amin.

...

...

...

...

Gua ada ajukan hal ni kat salah seorang kawan seteknik gua juga dalam satu sesi lepak-lepak minum teh. Dan jawapan yang diberikan oleh beliau cukup meragukan gua.

"Ala Bob, buat apa nak buat kat pulau jauh-jauh tu? Mahal pulak tu, menghabiskan duit je. Kita buat kat PD dah la."

Gua pelik dan hairan. Macam mana seseorang yang biasa mengamalkan gaya hidup mewah ala-ala anak Dato' boleh mengeluarkan pendapat yang sedemikan rupa?

Arghhhhhhhh!!!!!!!

26.11.10

..................

Ok, gua memang suka cari nahas. Kenapa gua cakap macam tu? Sebabnya, gua tak reti nak tido lagi walaupun jam dah tunjuk pukul 4.32 pagi dan tak lama lagi mak atau abah gua bangun tido dan kemudiannya tentu mereka akan berleter pada gua secara berduet dan bertubi-tubi.

Gua memang suka cari nahas dengan aktiviti tak reti nak tido ni. Bila gua tak reti tido, walaupun dah lewat macam ni, sampaikan tak lama lagi gua dah boleh dengar azan Subuh, secara otometiknya gua akan bangun lambat. Bila gua bangun lambat, gua juga akan turut lambat untuk bersiap-siap dan seterusnya gagal untuk sampai ke opis gua sebelum jam 9 pagi.

Apa gila pagi-pagi buta update blog tulis benda mengarut? Ingat gua ni macam saudara Pipi ke? Kalau gua ni macam Pipi takpe la juga, sekarang ni nak sama taraf dengan bulu kaki Pipi pun belum tentu lagi. Apatah lagi nak celen kehenseman beliau.

Huh, tensyen tensyen!

21.11.10

Kesihatan Menjamin Masa Depan Bakal Isteri dan Anak

Oh yeah. Gua di serang batuk-batuk berselang selikan dengan kehadiran kahak dan sakit sedikit di dada. Ini semua sebab cara hidup yang tak sihat. Minum air berais tak kira pagi, petang, malam ataupun tengah malam, makan aiskrim satu bekas sorang-sorang, dan juga kerana menghisap rokok Winston Light ( gua lebih kepada Pall Mall hijau ye).

Jadi, marilah sama-sama kita merubah gaya hidup demi masa depan dan kesihatan tubuh badan yang penuh gilang-gemilang.


...
...
...

Err, takde sape-sape ke yang nak ajak gua lepak tengok bola malam ni? Boleh la pekena kopi ais 4 gelas sampai kembung perut.

12.11.10

Semua Orang Nak Buat Tribute

Macam mana?

Cuma budak-budak Bunkface je yang gua rasa kalau tak ada pun takpe. Entah apa-apa entah yang diorang buat pun gua tak tau. Nak enterfrem jugak la tu, celaka!

7.11.10

Serius, Ini Betul Punya Serius

Dari Jumaat malam bawak ke Sabtu malam gua tak miss langsung tengok Buletin Utama TV3. Gua pun macam tak berapa nak percaya je gua boleh mengadap Buletin Utama. Biasanya gua langsung tak bernafsu nak mengadap tv pukul 8 malam ni. Gua lagi bernafsu nak mengadap porno dalam telefon bimbit gua.

Gua ingatkan banyak la berita-berita menarik yang gua boleh tengok. Dapat la jugak gua tambah pengetahuan am dalam diri gua yang tak berapa nak pandai ni. Boleh jugak buat modal nak berdebat dengan kawan-kawan masa lepak kedai mamak. Tapi rupa-rupanya gua tak dapat apa-apa pun sepanjang gua menonton siaran berita tu.

Gua jadik konpius.

Gua jadik keliru.

Gua konpius sebab gua mengenangkan yang TV3 tu stesen tv swasta dan takde langsung Farit Ismeth Emir baca berita dalam Buletin Utama.

Tapi kenapa gua rasa TV3 punya berita dah macam RTM punya berita. Sampaikan gua rasa la, RTM punya berita pun tak terlampau kerajaan macam TV3 punya berita.

Ataupun, gua tak tahu menahu langsung yang TV3 dah masuk bawah RTM?

notakaki : oh, patut la...ni semua galas dengan batu sapi punya hal la ni.

27.10.10

Ane, Sebut Betul-Betul Tak Boleh Ke????

Semalam petang gua sama rakan opis gua, Fairuz lepak-lepak curi tulang sambil hisap rokok dekat tempat parking motor. Kebetulan masa tu orang tempat jaga parking pun ada. Kitorang bahasakan diri dia sebagai Ane je la, sebab tak tau nama betul dia dan juga memang tak nak tau langsung.

Banyak yang disembangkan oleh Fairuz dan Ane tu. Gua lebih kepada pendengar dan pemerhati je. Dari hal kerja jaga parking, main duit, rumah kondo, double storey, hal-hal kerja DBKL sampai la kepada hal-hal kerja angkut motor tinggal dan curik motor.

Ane tu pun cerita kat rumah dia pernah ada kejadian percubaan untuk curi motor penghuni kat situ jugak la. Cerita punya cerita, dalam intonasi dan riak wajah yang berbeza gua perhatikan Ane tu bercerita. Sampai la satu part si Fairuz tanya soalan kat Ane tu;

"Itu budak mau curik apa motor Ane?"

"Itu motor baru juga. Itu motor...motor YAMAGHA MAGENTA la. Itu motor baru juga la," jawab Ane tanpa ragu-ragu.

"Apa?? Magenta? Apa motor tu Ane????" tanya Fairuz dalam tahan gelak. Gua masa tu dah paling muka ke tempat lain.

"Ala, itu motor baru juga. YAMAGHA...YAMAGHA MAGENTA la tambi," balas Ane dengan selamba.

Gua dengan Fairuz tak pasal-pasal kena tahan gelak sampai la naik opis. Karang kalau terlepas gelak mahu dilibasnya kitorang dengan segala jenis barang yang boleh dicapai.

notakaki : apa kejadahnya YAMAHA LAGENDA boleh jadi YAMAGHA MAGENTA???

23.10.10

Ingat Duit Senang Nak Cari Ke?

Gua dalam masa-masa sekarang memang melalui zaman kebizian yang melampau. Dengan kerenah komputer lagi, cukup untuk membuatkan kepala otak gua serabut. Hal kerja jangan cakap la, lagi la buat gua serabut tak tentu pasal.

Itu belum cerita pasal cita-cita gua nak angkat motor baru lagi. Celah mana agaknya gua nak dapatkan RM5000 buat down payment motor pun gua tak tau.

Tapi hal yang ni lagi serabut. Setakat nak ejas mintak nombor telefon Tiz Zaqyah pun gua boleh hendel, tapi yang ni gua tak tau apa puaka yang datang.

Memang betul-betul buat gua serabut, sampai gua rasa macam nak makan roti canai cicah sup ayam campur tempoyak je gayanya.

...
...
...

Apa kejadah gua kena setelkan bayaran tertunggak PTPTN untuk tahun ni sebanyak RM826.22 dalam masa 10 hari?!

Habis macam mana dengan cita-cita gua oi!!

4.10.10

Hala Tuju Dan Masa Depan Yang Cerah Untuk Liverpool : Bahagian 2

Dalam tulisan semalam gua ada sentuh hal-hal yang bagi gua akan mampu untuk menyelamatkan Liverpool dari terus diperkotak-katikkan oleh pasukan bawahan.

Tapi itu dari segi pemilihan pemain. Kali ni, gua nak sentuh akan kebarangkalian penukaran pengurus serta pimpinan tertinggi Liverpool itu sendiri.

Pertama, apa kata Roy Hodgson ditukarkan dengan segera. Malaysia mempunyai beberapa orang jurulatih yang pada hemat gua mampu untuk mengembalikan zaman kegemilangan The Reds.

Dollah Salleh, Mat Zan Mat Aris, Yunus Ali, K Rajagopal, B Sathianathan dan beberapa nama lagi yang tak mampu untuk disebutkan. Oh ya, jangan lupa pakar bola sepak tempatan, Encik Shebby yang ternyata berjaya dengan MyTeamnya. Kalau The Reds dapat mengikat kontrak dengan salah satu nama diatas, terutamanya Encik Shebby, maka The Reds akan berjaya untuk menjuarai musim ini.

Kedua, bawak masuk juga individu-individu penting di dalam FAM. Nescaya, pengurusan Liverpool akan berjalan dengan lancar kerana ditadbir dan diurus oleh mereka yang pakar dan berpengetahuan luas dalam dunia bola sepak.

Gua tak tau la kalau cadangan gua boleh digunapakai, sebab ini saja penyelesaian terbaik yang dapat gua fikirkan.

Anda pula bagaimana?

Hala Tuju Dan Masa Depan Yang Cerah Untuk Liverpool

Gua tengok sekarang kejadian Liverpool tak reti nak menang makin menjadi-jadi.

Tadi Liverpool buat hal lagi. Kali ni kalah dengan Blackpool pulak. Gua dah tak tau nak kecam macam mana lagi dah.

Gua rasa Roy Hodgson dah boleh buat sesi pemilihan macam yang MyTeam buat. Masuk area kampung untuk cari budak kampung yang betul boleh dan mahu main bola.

Tak pun, cari player dari Afrika sana sebab gua tengok budak-budak Afrika main bola boleh tahan jugak.

Kalau la sebab tak cukup duit untuk buat semua tu jangan risau, ada cara lain yang lebih jimat. Cuba bawak masuk player dari Malaysia macam Safee Sali, Syed Adney, Shukor Adam, Khairul Anuar Baharom dan banyak lagi.

Nama-nama tadi cukup hebat dan mampu untuk meninggalkan kesan dan impak serta memberi hala tuju dan nafas baru kepada Liverpool. Murah pun murah, tapi stended main dah internasional.

Amacam, boleh pakai tak idea gua?

30.9.10

Panggilan Dari Jauh

Tengah gua melayan makanan ala Barat kat area Damansara tadi, gua dapat panggilan dari member-member gua yang belajar kat U.K sana.

Sekarang gua tak tahu apa perasaan yang patut gua luahkan. Gua tengah konfius sebab pada masa yang sama gua tengah sedap menyental daging kambing.

Satu hal lagi, banyak betul duit dorang sampai boleh call gua.

notakaki - terima kasih kengkawan!

25.9.10

Selamat Jalan, Kawan!

Pukul 2 pagi nanti, beberapa orang member gua akan terbang menaiki pesawat menuju ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Gua sebagai member tumpang gembira dengan perkhabaran tersebut, walaupun sedikit terkejut. Tapi, gua tak mempunyai hak untuk menghalang mereka dari mencapai apa yang mereka inginkan.

Sepatutnya tadi gua berada di KLIA, untuk menghantar (macam nak hantar nenek atuk lu orang pergi haji la) mereka semua, tapi apakan daya ada beberapa sebab yang menghalang gua dari meneruskan niat di hati.

Selain dari ketiadaan kenderaan (walaupun sudah dipelawa menaiki kereta member), hujan juga menjadi alasan gua memandangkan gua terlebih dahulu kena pergi ke The Mines dengan menunggang motosikal, barulah member gua pick up gua dan seterusnya ke KLIA dan gua juga merasakan bahawa berkemungkinan besar gua takkan terdaya menahan emosi gua di sana, maklumlah kalau dah melihat gadis-gadis berpelukan sambil menangis dan meluahkan segala perasaan sayang di hati serta tidak sanggup untuk meninggalkan antara satu sama lain, cukup untuk membuatkan gua menahan diri untuk tidak turut serta ke KLIA.

Buat member-member gua tu, gua mohon maaf sebab tak dapat pergi. Gua tak rela air muka ganas gua menunjukkan riak sebak dan sayu memandangkan takde siapa pun dari kalangan member-member gua sebelum ni yang pernah melihat riak wajah gua begitu. Jangan ingat kalau berhati punk tak reti nak berasa sebak ye. Gila ke apa, buatnya ada tangan gatal yang saja-saja nak picit punat kat kamera kan dah ke dajalkan gua namanya tu.

Apa-apa pun gua ucapkan selamat maju jaya pada lu orang semua. Pandai-pandai bawak diri kat sana, jangan ikutkan nafsu sangat. Solat jangan lupa, puasa pun sama. Makan minum kena jaga, jangan main bedal je benda yang nampak sedap. Lagi satu, berfesbuk jangan sesekali lupa, kalau tak gua remove lu orang dari senarai member gua.

Ok la, gua malas nak tulis panjang-panjang. Cukuplah gua taip sms panjang-panjang bagi kat lu orang tadi. Jangan lupa pada gua semasa di perantauan. Raya tahun depan hantar la ucapan kat surat khabar ye. Akhir kata, selamat maju jaya gua ucapkan kepada kalian.

notakaki : jangan lupa ole-ole yang gua pesan. nanti gua bayar la balik, ingat gua tak mampu ke?

14.9.10

Raya Tak Berapa Nak Raya

Gua bukan apa, sejak umur dah makin meningkat ni feel nak raya takdelah terasa sangat. Setakat nak feel makan lemang dengan ketupat pagi-pagi tu biasa-biasa je, cuma yang bestnya dah tak payah nak fikir nak sahur ke tidak. Dekat bawah ni sempat jugak la gua coretkan sedikit kenangan manis gua pada raya tahun ni di Kampung Ulu Gali, Raub, Pahang Darul Makmur.

Raya pertama

Pagi raya macam biasa la, apa yang lu orang buat macam tu jugak la gua buat. Dah takde unsur-unsur saspen langsung sebab memang perkara yang sama akan dilakukan oleh orang-orang lain.

Balik solat Jumaat, gua tidur kejap. Lepas tu kena kejut dengan adik gua sebab nak beraya rumah sedara mara. Gua akurkan sahaja, sebab dah nama pun raya kan. Mestilah kena menziarahi sanak saudara belaka.

Lepas pekena lemang, ketupat, kuih muih serta air sirap bagai gua balik rumah. Tukar baju kasi selesa, terus gua tidur sampai ke maghrib. Nikmat.

Raya kedua

Raya kedua gua bangun takde la tengahari sangat. Sebab mak gua dah plan nak ke Lipis beraya rumah sedara kat sana. Lagi sekali, gua akur pada arahan. Masa nak tuju ke Lipis tu gua sempat jugak tunjuk skil drift gua pada adik sama sepupu gua, biar diorang hilang rasa mengantuk sikit. Maklum la, radio tak berapa nak clear kalau kat kawasan hutan dan bukit bukau ni.

Dah beraya kat Lipis, mak gua dah merancang nak ke Felda Tersang pulak. Gua pulak rasa macam malas nak pergi, sebab dah letih. Nasib baik makcik gua mempunyai idea yang bernas. Apalagi, sementara yang lain ke sana, gua dan makcik gua patah balik ke Raub untuk membeli rak dapur. Setel hal-hal kedai perabot, terus gua hantar makcik gua ke pulang ke rumahnya di Felda Lembah Klau.

Lepak sekejap sambil pekena megi, kendian petik-petik rambutan sikit kasi datang balik tenaga. Lepas tu gua pun terus balik ke rumah atuk gua. Sampai rumah, macam biasa kasi tukar pakaian selesa sikit terus gua tidur. Nikmat lagi sekali.

Raya ketiga

Gua plan nak pulang ke Kolumpo ini hari. Tapi memandangkan gua bangun agak lewat, gua terpaksa batalkan plan gua. Jadi, gua pun duduk rumah dengan cemerlangnya sambil tengok tivi. Entah apa-apa entah cerita yang ada kat tivi gua layankan aje. Mood nak berjalan tu tak berapa nak ada, lagi-lagi tetiba mak sama makcik gua buat nasik minyak untuk hari ni. Memang tak keluar rumah la gua jawabnya.

Lepas setel makan, kasi rehat-rehat kejap main sms sambil tengok tivi. Tak lupa jugak sesi beramah mesra dengan adik-adik sepupu gua yang kecik-kecik belaka. Dah puas serta penat melayan kerenah anak-anak kecil, gua tanpa perlu disuruh terus melabuhkan badan ke atas tilam lantas menidurkan diri gua sebentar.

Petang tu gua bangun, basuh muka, capai kunci kereta, terus gua drive sampai ke pekan Raub. Gua ingat nak carik saiberkefe, tapi gua hampa dan terkilan. Untuk menutup rasa terkilan gua, gua pun melilau tanpa arah di pekan Raub dan kemudian gua ternampak satu kedai mamak, gua pun singgah untuk pekena teh tarik petang-petang. Lama jugak tak kena teh tarik waktu-waktu camni. Sedar tak sedar, nak dekat senja rupanya. Cis.

Raya keempat

Gua bangun dengan awalnya hari ini, memandangkan gua perlu pulang ke Kolumpo hari ni jugak. Pukul 8.30 pagi, lepas setel semua benda, gua pun bersalam-salaman dengan semua orang. Gua pun memandu dengan hati yang senang kerana tak banyak kereta yang berada di atas jalan pada hari ini dan gua selamat sampai Kolumpo pada jam 10.30 pagi begitu.

Sampai rumah, gua rilek-rilek kejap sambil melayan Fesbuk. Petang sikit nak dekat Maghrib gua ke rumah sahabat gua di Wangsa Maju, untuk melayan permintaan perut gua yang inginkan nasi dagang. Sedap nasi dagang yang makcik kau masak weh!

Malam macam biasa sesi melepak mengambil alih. Sama seperti malam-malam sebelum ni, melepak sudah menjadi satu kewajipan bagi belia-belia macam gua ni. Sebab tu gua ingat, kalau melepak dijadikan subjek dalam pengajian peringkat diploma mahupun ijazah, gua yakin ramai belia-belia kita yang akan lulus dengan cemerlangnya.

Balik dari melepak macam biasa la, sesi untuk Fesbuk tu mesti ada. Tak lama sikit pun jadik la. So, lepas dah berfesbuk gua pun berblogging pulak. Terus gua merapu-rapu entah apa-apa entah kat sini. Dah letih melayan pc gua ni, gua pun akan tutup pc cabuk gua ni untuk memasuki alam mimpi sebab gua nak kena pergi kerja dah pagi esok. Celaka!

9.9.10

Sampaikan Salam Aidilfitri 1431

Di kesempatan yang ada ini gua dengan ikhlasnya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat sanak saudara, sahabat handai, rakan dan taulan, rakan-rakan tadika, cikgu cikgi, makcik jual nasik lemak time bulan puasa, brader jaga mesin off seat kat Pudu, menteri-menteri Kabinet, pemimpin-pemimpin pembangkang, para peniaga di bazar Ramadhan Taman Cheras Utama, staf-staf Restoren Jalal Yusuf, staf-staf Image Magic Digital Printing Services, brader kedai kasut bundle kat Kajang, awek-awek cun, bekas-bekas makwe serta kepada semua yang mengenali diri gua secara sengaja ataupun tidak.

Gua jugak ingin memohon maaf dan ampun jikalau ada salah dan silap sepanjang perkenalan dengan gua. Manalah tau kalau-kalau ada terkasar bahasa. Mohon ampunlah ye. Gua pun insan biasa macam lu orang jugak. Kira 0-0 la senang cerita. Tahun depan punya hal kita cerita tahun depan je la.

Juga, berhati-hati semasa memandu bagi mereka yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing. Jangan asyik nak fikir cepat sampai je, orang lain pun nak cepat sampai. Tapi kalau sampai awal ke kampung setakat nak duduk bersidai usya awek-awek perah santan nak buat lemang baik tak payah.

Pagi raya jangan makan banyak-banyak, nanti nak solat sunat raya pun tak mampu. Balik dari solat barulah pulun habis-habisan, tapi jangan lupa orang yang kemudian pulak ye. Kesian nanti kalau orang datang rumah tengok lemang, ketupat, bahulu semuanya sudah habis dipulun dengan rakus.

Lagi satu, jangan lupa jemput gua datang ke rumah kalau ada buat open house. Manalah tau gua boleh jumpa jodoh kat sana, bolehlah gua belanja lu orang makan cendol kat tepi jalan.

4.9.10

Ilmiah

Malam semalam sesi lepak lepak gua memang gua rasa yang paling berilmiah setakat ni. Mana taknya, member gua, cikgu kacak dah bukak macam macam topik tentang ilmu sains. Dari ilmu fizik, cara cara untuk mendapatkan atom, pergerakan molekul molekul halus, malahan jugak diceritakan oleh beliau tentang topik angkasa raya yang mengandungi entah berapa banyak galaksi agaknya serta cerita tentang alien, connection yang dibuat antara manusia dengan alien serta falsafah falsafah alien.

Gua yang tak berapa nak tau apa apa ni hanya mampu tercengang mendengar sambil berasa kagum dengan gaya penceritaan beliau yang diselang selikan dengan kesan efek khas asap asap rokok yang bertaburan. Dengan dibantu samar samar lampu jalan menjadikan sesi melepak malam tadi benar benar bermakna bagi gua dan rakan rakan yang lain.

Tapi gua risau dengan satu member gua yang join semalam. Ada ke patut, dia nak try bagi signal kat alien dengan harapan alien tu akan balas balik signal yang dia hantar tu? Apa, lu ingat lu boleh hantar signal kat alien pakai henfon lu ke apa?

23.8.10

Cikgu Yang Panas

Ada mana mana makwe nak cari pakwe yang hensem, stailo, berketrampilan, pandai menggelecek bola, peminat Manchester United dan juga kaki tangkap gambar?

Boleh la try kat sini.

Gua tak sangka, member gua yang sorang ni hensem orangnya. Bertaraf cikgu pulak tu.

15.8.10

Kebaikan Berpuasa

Semenjak masuk bulan puasa ni gua dapati diri gua dah berubah menjadi seorang yang penyabar, penuh dengan sifat sifat terpuji, bersopan santun, mampu untuk mengawal kemarahan yang meresap ke dalam jiwa, malahan juga mampu untuk menangkis godaan 'syaitan' yang datang menghasut untuk memastikan gua tak berpuasa.

Walau bagaimanapun, yang paling gua perasan perut gua dah makin kecik sedikit. Maklumlah, berkat di bulan Ramadhan ni.

Tapi yang paling dahsyat, gua dah boleh pakai baju saiz M.

Hehe.

11.8.10

Perutusan Khas Sempena Ramadhan Al-Mubarak

Gua dengan rasa rendah diri dan sopan santun ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada mereka yang wajib berpuasa. Kepada yang wajib, tetapi pura pura jadi tak wajib bawak bawak la bertobat. Umur dah makin lanjut, esok lusa kalau mati masa tengah makan nasik curik curik kat dalam semak kan ke dah bawak musibah di alam barzakh nanti?

Untuk kaum hawa pulak, sekiranya diri anda uzur janganlah bersikap tak semenggah dengan menghantar sms kepada rakan yang sedang berpuasa dengan menyatakan bahawa cempedak goreng amat sedap dimakan pada waktu petang. Sebeleum gua libas tengkuk lu dengan hanger, baik lu persiapkan diri dengan belajar Pendidikan Sivik. Kepada yang berkenaan, anda tau siapa anda.

Dan kepada diri gua sendiri, jangan cuba cuba nak ponteng puasa. Dah 2 tahun gua dapat puasa penuh, takkan tahun ni tak boleh kot. So, jauhkan diri dari anasir anasir yang membahayakan diri dan ibadat puasa gua. Pastikan tiada bisikan 'syaitan' yang kedengaran di cuping telinga mengajak untuk mentapau nasik campur.

30.7.10

Jangan Tiru Peel Tak Senonoh Macam Ni

Gua tengah rilek rilek tengok tivi sambil telan anggur. Bukan telan macam tu je, gua kunyah pelan pelan kasi betul betul hancur baru gua telan masuk dalam mulut. Tengah layan makan anggur sambil tengok National Geographic, tiba tiba kawan gua Daniel telefon. Terkejut dengan tindakan henfon gua yang berbunyi secara tiba tiba, lekas lekas gua jawab panggilan Daniel.

"Ade mane tu bro? Bosan la malam ni, lu tak bosan ke?" tanya Daniel tanpa memberi salam.

"Rumah la, gua tengah tengok tivi sambil makan anggur ni. Lu apehal? Nak ajak gua lepak ke?" tanya gua balik dalam nada sedikit tegas.

"Jom la lepak mana mana, Las Vegas ke. Boleh jugak berjudi sepam dua, lepas tu boleh la ayat awek awek kat sana" pinta Daniel.

"Boleh je, tapi nak pergi sana naik apa?" tanya gua lagi sekali.

"Ala, jet dedi lu kan ada. Kita naik jet la, pasal minyak lu jangan risau, gua payung la sikit," pujuk Daniel sedikit manja. Fuck!

"Ish, ok la. Lu stenbai, kasi siap siap. Lagi 10 minit gua sampai rumah lu. Jangan lupa kasi clear padang bola kat rumah lu, nanti gua nak parking jet kat mana pulak," pesan gua.

"Oraitttt," dengan gembira Daniel bersorak.

Lepas tu terus gua siap siap, gua calit ubat ketiak satu kali jalan dua dua belah ketiak. Gua sarung baju yang semenggah sikit lepas tu terus gua berlari masuk bilik dedi gua untuk ambik kunci jet yang dia sangkut kat dinding.

25.7.10

Jangan Ingat Dalam Air Yang Tenang Takde Biawak

Gua gelisah, rimas dan rasa menyesakkan. Ini semua sebab ada satu awek daring sama gua. Gua perasan dah lama, tapi bila gua daring dia balik dia pura pura pandang jam tangan padahal gua nampak yang kat pergelangan tangan dia tu getah ikat rambut.

Gua pun buat buat tak tau, tapi dalam masa yang sama anak mata gua memang betul betul dah duduk kat hujung mata. Awek tu lagi sekali daring gua semacam. Gua tak tau nak cakap apa lagi dah. Gua tengok awek tu boleh tahan jugak lawanya. Senyum pun manis, kulit pun putih macam kain kapan. Tapi yang masih gua tak puas hati apasal awek tu tak henti henti nak usya gua sampai macam tu sekali? Member sekolah gua ke? Bukan, tapi muka memang familiar. Selalu jugak gua nampak, tapi gua tak berapa pasti kat mana.

Gua dah tak tahan dah ni. Gua dah rasa diri gua macam Faizal Tahir la pulak, takpun Bob AF sebab sampai macam tu sekali perhatian yang gua dapat dari awek tu. Nak taknak gua kena selesaikan jugak masalah ni. Gua nekad nak pergi dekat table awek cun tu. Gua nak tanya soalan soalan maut biar dia tercekik rojak yang dia tengah makan. Tapi apa apa pun gua mesti habiskan rokok gua dulu, pastu gua sembur ubat kasi wangi mulut baru awek tu tak pitam masa gua bersembang dengan dia.

Gua pun bangun menuju ke arah table yang awek tu duduk dengan langkah penuh yakin. Gua tengok awek tu dah tak senang duduk. Gelisah. Peluh betina memercik turun dari wajah ayu beliau. Muka awek tu tak semena mena berubah jadik merah, mungkin panas agaknya.

Sampai kat table awek tu gua berhenti. Gua berdehem lapan belas kali. Gua perati awek tu tunduk ke bawah. Muka tak pandang gua langsung, agaknya segan dengan gua. Member dia lagi 2 orang gua tengok tak pasal pasal bersiul sambil menggoyangkan kepala mengikut rentak irama lagu Aril AF.

"Saudari, ada apa apa masalah ke?" Zip seluar saya tak terkatup rapat ke, ataupun ada taik palat atas muka saya ni?" dengan segera soalan gua hulurkan tanpa menghulurkan salam.

"Er, er...bukan..takde ape ape pun. Hmmm, cuma...saya...," tergantung pulak jawapan dia.

"Cuma apa? Boleh ke saudari berteus terang? Saya bukan kanibal, puak yang memakan daging manusia tu," gua berdiplomasi sedikit.

" Errr, saya dah tengok awak dari tadi. Rasa macam nak kenal pulak dengan awak. Awak tak kisah ke?" jawab awek tu seraya memandang ke arah gua.

Terus gua rasa macam nak pitam. Awek yang secantik macam ni nak kenal dengan gua. Apa gua ni lagi hensem dari Jehan Miskin ke?

"Ooo, kalau macam tu boleh aje. Apa salahnya kan, " gua jawab sambil melemparkan senyuman paling iras dengan Aaron Aziz.

Gua dengan awek tu pun bersembang la untuk saling kenal mengenali antara satu sama lain. Dalam sesi bersembang tu, gua dapat rasakan yang awek ni betul betul ikhlas nak berkawan dengan gu, bukan sebab nak kenakan gua. Jadi lepas bersembang selama 8 jam 35 minit, gua pun mintak izin untuk chow sebab muka member gua kat table lagi satu dah macam mintak diberikan bantal dengan selimut la pulak.

"Ok, tapi boleh tak awak bagi nombor phone awak? Senang la nanti nak contact dengan awak, please...," pinta awek tu sambil buat muka comel gila babi. Babi pun tak comel macam tu.

Ok ok, boleh je," balas gua tanpa mahu melukakan hati tulus seorang awek cun.

Lepas bertukar tukar nombor telepon, gua pun chow dari situ. Mata gua pun dah berat, dah tak boleh nak hendel dah ni. Gua pun senyum kat awek tadi, sambil awek tu melambai lambai tangan menandakan babai mengalahkan seorang anak menghantar ibunya ke Tabung Haji. Dalam kereta gua cuma tersenyum je, tapi kepala otak gua ligat memikirkan kat mana gua pernah nampak awek tu.

Sampai kat rumah gua terus bukak komputer. Gua taknak tido. Gua dah rasa macam gua dah tau sape awek tadi. Untuk kepastian gua pun Gugel nama awek tadi. Sekali keluar gambar ni;



Ni la awek cun yang gua maksudkan tadi

Patut la gua pernah nampak awek ni. Awek ni ada berlakon dalam cerita Nur Kasih kat TV3 dulu. Terus gua tutup pc, gua capai henpon sambil layangkan sms ke awek tadi.

Tak sampai 20 saat awek tadi dah balas sms gua. Terus gua senyum sampai ke telinga di atas katil dalam posisi yang tak mampu untuk digambarkan.

24.7.10

Ciri-ciri Awek Ranggi Pilihan Gua

Gua memang cukup gemar memerhatikan orang orang di sekeliling gua sebab gua ada 2 bijik mata untuk melihat semua telatah, perangai, sifat dan segala macam jenis perkara yang gua rasa patut untuk gua perhatikan. Jadi, ini adalah apa yang gua rasa patut ada pada seseorang awek ranggi yang menjadi pilihan gua;

  1. Memiliki senyuman yang manis seperti segelas kopi ais ataupun gula gula cap kopiko,
  2. Raut wajah yang bersih, tenang, mendamaikan serta bebas dari parut kesan selepas eksiden,
  3. Masih memiliki ciri ciri wanita timur dan tidak terlalu menunjukkan ciri kebaratan yang melampau walaupun gua sememangnya berasal dari barat,
  4. Tidak pandai membazir wang ringgit di kala bershopping, lagi lagi di musim pra-raya,
  5. Mampu berfikir dan pandai menyelesaikan segala masalah mahupun kemelut yang datang melanda diri beliau tanpa perlu merengek rengek meminta perhatian,
  6. Menghormati masa masa peribadi gua dan tak perlu untuk memberi annual report kepada beliau 24 jam sehari,
  7. Mampu hidup dalam kesederhanaan dan mampu untuk melepak di gerai gerai tepi jalan bawah pokok;
  8. Tidak terlampau gedik seperti seekor kucing yang sedang kelaparan,
  9. Baik tutur katanya serta kurang kasar bahasanya walaupun gua sendiri suka bercakap kasar,
  10. Memiliki perangai dan peel yang gila ataupun bahasa mudahnya gila gila remaja,
  11. Tidak terlampau memandang wang ringgit, harta benda, kekayaan serta darjat kekeluargaan,
  12. Memiliki unsur unsur humor dalam diri dan bukannya seorang yang pasif,
  13. Tidak menjadikan Tyra Banks, Britney Spears, anak Yusof Haslam ataupun Justin Bieber sebagai idola,
  14. Cekap dalam bidang automotif, pertanian, seni reka tanda, ekonomi rumah tangga, pasaran saham, membaiki bumbung bangunan, mendaki bukit, grafiti, rapping serta headbanging,
  15. Tidak memakai gincu bibir kaler merah terang di waktu pagi, tengahari, petang mahupun malam,
  16. Cukup tabah, cekal dan bersedia untuk kena bahan dalam segala aspek yang dapat dibahankan,
  17. Memiliki sepasang Converse yang usang dalam almari kasut di rumah,
  18. Mampu mencapai range vokal Jaclyn Victor semasa berkaraoke,
  19. Tidak memasang impian untuk menjadi ketua pasukan sorak di institut pengajian tinggi,
  20. Bukan ahli Puteri Umno,

Begitulah serba sedikit apa yang dapat gua coretkan untuk kali ini. Sebenarnya masih ada 1,570 ciri lagi yang gua rasa tak perlu orang lain tau, cukuplah gua sorang je yang tau.

Kalau sape sape rasa ada ciri ciri kat atas tu sila silalah batuk, berdehem, senyum macam kambing, cepat cepat tengok muka sendiri kat cermin ataupun pura pura menyamar jadi kerusi.

21.7.10

Merokok : Membahayakan Kesihatan atau Poket?

Gua terkocoh kocoh ke tandas, sebab dah tak tahan nak terkencing. Sejuk betul ekon dalam opis ni, bisik hati gua. Sambil kencing, penyalaan sebatang rokok cap Pall Mall Menthol pun berjalan. Asap rokok gua sembur ke atas tanda keangkuhan gua, padahal gua hanya keseorangan di dalam tandas.

Tiba tiba, masuk sorang brader kerja maintenance kat bangunan tempat gua kerja. Itu jam gua dah duduk atas sinki hisap rokok sambil buat muka Tomok New Boyz. Gua pandang brader tu, brader tu pun pandang gua. Kami saling berbalas senyuman.

"Sedap nampak hisap rokok? Lagi lagi lepas makan, lagi la sedap ye tak?" brader tu mula bicara sambil membasuh termos milik beliau.

"A'ah, tapi biasa je bang. Dah macam tabiat la pulak," gua jawab sopan.

"Apa la agaknya rasa rokok ye? Saya ni tak hisap rokok," balas brader tu.

"Oh, yeke? Takde rasa apa sangat pun bang, tapi macam rokok yang saya hisap ni rasa sejuk," gua memberikan info.

Asap rokok gua hembus paling ke kiri, tak sopan hembus ke arah orang yang tak merokok. Pesan orang orang tua tu. Dalam masa yang sama gua perhati ada orang yang masuk ke tandas.

"Ada pulak rokok rasa sejuk ye. Satu hari awak hisap berapa kotak ni?" aju brader tersebut.

"Tengok la bang, biasanya sekotak boleh tahan 2 hari. Tapi kalau jadi sehari sekotak tu sebab lain. Kawan kawan mintak takpun memang tetiba nak hisap banyak hari tu," terang gua.

"Oh, ok la tu. Takde la banyak sangat. Ingatkan kuat hisap rokok," kata brader tu sambil tersenyum.

Gua pun angguk angguk senyum senyum.

"Ok la, saya masuk kerja dulu," brader tu macam mintak izin dengan gua la pulak.

"Ok bang," gua setuju tanpa menghalang.

Timing memang cantik, brader tu keluar je rokok gua dah habis. Gua kasi buang puntung rokok, kumur kumur sikit lepas tu touch up rambut. Selang seminit kemudian gua bakar lagi sebatang rokok.

Agak agak tak banyak ke kalau dah macam tu?

13.7.10

Seruan Kepada Semua

Pada petang Sabtu yang damai, angin sepoi sepoi bertiup, matahari tak berapa nak keluar sangat menandakan bahawa cuaca sangat sesuai untuk bermain bola, berbasikal, merejam lembing, lari 100 meter berpagar, memanah, berkuda, merempit sambil suwit suwit awek dan pelbagai lagi aktiviti riadah yang menyihatkan badan.

Bagi mereka yang gemarkan aktiviti dalam rumah pula, mereka lebih selesa menonton dvd, memakan cekodok, bermain PS 3, menulis entri baru di blog, melayani kerenah rakan rakan di Fesbuk, berchatting di YM sambil berwebcam separa lucah, berkhidmat pesanan ringkas lucah dan juga bermasturbasi di dalam bilik.

Apabila dilihat pada aktiviti yang dilakukan oleh 2 golongan yang berbeza itu, dapat disimpulkan bahawa perkembangan mental dah sahsiah diri lebih terjamin berpihak kepada golongan pertama tadi yang lebih gemarkan aktiviti di luar. Bersukan atau beriadah akan memberi keseronokan pada mereka dan secara tak langsung menjana kesihatan tubuh badan serta minda meraka.

Manakala bagi golongan kedua, keseronokan tetap ada. Tetapi, kemudaratan yang lebih banyak akan datang berbanding kebaikan. Berpeluh jauh sekali, cuma mungkin semasa bermasturbasi itu peluh akan keluar juga. Tetapi, ianya tetap tidak elok dari segi kesihatan mahupun dari perundangan Islam sendiri (bagi mereka yang beragama Islam). Dan apa yang menyihatkan jikalau mulut tak henti henti mengunyah cekodok di selang selikan dengan teh susu mahupun teh o panas?

Sampai bila kita mahukan kehidupan seperti itu? Tidakkah kita berasa bosan dengan cara hidup begitu? Tidak berasa malukah kita dengan rakan rakan lain yang jauh lebih sopan gaya hidupnya berbanding kita?

Oleh itu, marilah kita sama sama berubah menuju kearah kejayaan dan juga membentuk diri menjadi belia yang berwawasan, berkaliber, berintegriti, gemilang, terbilang dan berwawasan dalam menyahut seruan 1 Malaysia serta laungan Malaysia Boleh.

...

Tapi, gua lebih gemarkan tidur di petang hari Sabtu selepas balik dari kerja. Peduli apa gua dengan tulisan di atas.

notakaki : apa yang gua merepek pun gua tak tau.......

11.7.10

Tilikan : Antara Tepat dan Tidak Tepat

Paul si peramal

Mamat atas ni memang tengah top semenjak World Cup ni. Apa yang dia ramal, semuanya betul betul jadi. Orang ramai huru hara cerita pasal mamat ni kat mana mana je, tak kisah la kat kedai mamak ke, dalam jamban ke, semua nak cerita pasal Paul - si peramal yang tepat.

Sekarang ni, dia dah ada pesaing dia. Ada sekor burung kat Singapura, Mani namanya. Pun sibuk sibuk nak cari populariti dengan menilik keputusan perlawanan. Tapi Mani tak sependapat dengan Paul. Paul dalam ramalannya, final nanti Sepanyol yang menang. Tapi Mani ramal Belanda yang menang. Siapa yang tepat, kita tengok nanti.

Hari ni gua baca suratkhabar, keluar lagi beberapa jenis haiwan sibuk nak jadik pak tilik. Ada cimpanzi, babi hutan Afrika dengan buaya. Sibuk jugak 3 ekor binatang ni nak celen Paul. Ni mesti kes dengki dengan kepopularan Paul la ni. Diorang pun nak top jugak, tapi keluar saat saat World Cup nak habis. Macam mana nak tunjuk kehebatan masing masing? Salah strategi agaknya.

Tapi, kita sebagai orang Islam janganlah mati mati percaya benda yang karut ni. Percaya pada benda selain dari Allah bukan kecik punya salah. Bawak bawak la beringat sikit. Mungkin Allah saja bagi power kat Paul sebab nak test kita semua, sama ada kita akan percaya pada Paul atau pada Allah Yang Maha Berkuasa. Betul tak?

9.7.10

Tak Tau Apa Nak Jadi Dengan Dunia Sekarang Ni

Sekarang gua online, tulis entri dari saiberkefe.

Apa nak jadik ni??????

4.7.10

Sabtu Malam Minggu

Malam tadi gua buang masa kat Dataran Shah Alam. Bukan pasal gua mat rempit nak lepak tak tentu hala kat sana, tapi pasal ada Frinjan tu yang buat gua mencemar duli turun ke Dataran Shah Alam. Gua punya risau tengok kenapa la takde orang langsung kat sini, tapi lepas je gua sampai kat situ terus berpusu pusu orang datang, seolah olah gua ni la daya penarik Frinjan kali ni, cis!

Dalam sepoi sepoi angin malam ditambah dengan rintik rintik hujan, Frinjan berlangsung juga walaupun dalam hati gua memberontak nak tengok Jerman lawan Argentina yang main malam tu jugak. Celaka, susun la jadual betul betul lain kali, tak pasal pasal clash dengan Frinjan.

Gua berjaya merembat, bukan rembat tanpa buat bayaran tu ye, 3 keping cd yang gua yakin dan pasti menarik untuk didengar. Kira kira gua habis duit malam tadi pun paling koman RM 35 untuk 3 keping cd, belum cerita bab makan, rokok, topap henset lagi tu. Tapi gua puas hati, sebab gua dapat beli cd Iqbal M yang berharga RM 10 je. Ok la tu, kalau cd blue mahal mahal sanggup beli, cd lagu RM 10 pun takkan nak berkira brader?

Ikut kata hati rakan gua, nak je blah lepas kaut apa yang patut. Ni semua pasal bola la ni, cibai betul. Tapi mujur seorang rakan wanita lekas lekas memberitahu yang beliau telah pun on the way, jadi dengan segala hormatnya gua pun tunggu la beliau sebab gua yang terhegeh hegeh bagitau dia gua kat situ, hehe.

Tapi gua rasa memang ada hikmahnya gua tunggu kawan gua tu. Sebabnya gua dapat tengok Iqbal M sama Keladak perform, dapat jugak tengok bola sebab skrin besar tayang siaran langsung bola, dapat beli cd dan juga dapat bahan member gua yang kelihatan ayu dengan jersi Argentina beliau tu, haha.

Apa apa hal pun, gua suggest lu orang cuba cuba kenal dengan Iqbal M, komfem lu akan bosan dengan Bunkface lepas ni. Komfem!

27.6.10

Awas, Merbahaya!


Amacam, ada macam gaya brader brader samseng kaki pukul orang tak?

Yang paling samseng brader belah paling kiri sekali pakai baju kaler hitam emas tu. Setakat 10 orang berparang selamba je dia sapu sampai patah riuk tulang temulang, siap dipatahkannya hulu parang sambil tersenyum riang. Heh!

24.6.10

Malas Sungguh

Masih lagi dalam mood bercuti.

Arghhh, mana pergi tilam empuk bawah ekon kat dalam bilik hotel itu hari???

notakaki : cerita penuh akan menyusul beberapa hari lagi

20.6.10

Minta Maaf, Permintaan Anda Tidak Dapat Dipenuhi Buat Masa Sekarang

Sekarang ni gua ada spesel rekues dari seseorang yang mahukan gua menulis tentang dirinya di sini. Kalau dah mintak tulis pasal diri tu, mesti la nak yang baik baik belaka, pujian melangit setinggi KLCC, dan juga penuh dengan ayat membodek yang cukup menusuk kalbu.

Masalahnya gua bukan orang yang jenis macam tu. Kalau gua nak tulis pasal seseorang, habis la segala sisi gelap individu tersebut akan gua bongkarkan, walaupun segala cerita jahat itu rekaan semata mata,hehe. Tapi gua taklah sejahat kru Terjah pimpinan Nas Ahmad rambut ketak ketak yang suka terjah orang tak tentu pasal lepas tu buat cerita kecik jadik besar macam la cerita tu penting terhadap pembangunan belia negara.

Satu hal lagi, nak tulis pasal orang bukan senang. Karang kalau dah salah tulis kena bebel tak tentu hala, kena ugut taknak main khidmat pesanan ringkas dengan gua lagi selagi tak dibuang entri yang dah ditulis. Kan tak ke penat je gua menulis nanti?

Oleh itu, gua pun memilih jalan selamat untuk tidak menulis tentang beliau sehinggalah beliau memiliki blog sendiri dan juga menulis tentang gua dahulu. Haha, adil kan?

notakaki : amacam, deal ke tak ni?

19.6.10

RTM Oh RTM

Ada tak orang yang sanggup tak tidur semata-mata nak tengok bola kat tivi dengan harapan dapat tengok kat rumah sebab RTM ada ambik hak penyiaran World Cup 2010. Kalau tengok kat rumah best jugak, dapat la baring-baring sambil pekena Neskepe O satu jag tanpa sebarang bayaran dan masalah langsung.

Tapi bila sampai jam 2.30 pagi, bila bukak tivi game yang RTM siarkan tu pulak game semalam. Game yang memang dah tau siapa menang dan siapa kalah. Ape jadah nak tengok game semalam? Serupa je tengok kat berita sambil selak surat khabar. Agak-agak apa jadik kat tivi masa tu? Ke orang tu akan memaki hamun RTM sambil mengambil kunci rumah dan motor lantas keluar ke mamak yang sudah tentu pasang Astro yang ada live game, tengok pulak dengan ramai orang lagilah meriah tak patut.

Patut ke tak patut RTM buat macam tu? Ke memang RTM ni bodoh?

10.6.10

Kalau Semua Nak Demam, Susah La..

La ni semua orang pakat-pakat nak demam. Tak kisah la dalm tivi ke, dalam radio ke, semuanya nak demam bola. Macam la takde benda lain lagi yang lagi penting. Drama Melayu yang berkisarkan tentang permainan bola sepak jangan cakap la, entah dari mana entah datangnya, bukan main banyak pulak kat tivi sekarang ni. Bukan main beria cerita pasal budak sekolah main bola kat sekolah, buat gotong royong pasang skrin besar dalam kawasan perumahan untuk tengok bola ramai-ramai (yang ni memang fuck!), pasal budak perempuan nak main bola kat sekolah tapi mak dia bising la, dan macam-macam lagi drama Melayu yang konon-kononnya nak menyahut kemeriahan World Cup 2010.

Ada pulak program bual bicara pasal bola dan game show pasal bola pun ada jugak. Semuanya dirakam dengan hepinya sambil para peserta semuanya terkinja-kinja menjawab soalan yang berkaitan dengan dunia bola sepak sambil memakai jersi bola sponsor. Kalau team Malaysia masuk World Cup seronok la jugak nak terkinja-kinja, ni Asia Cup pun tak lepas nak sibuk demam bola sana sini.

Memandangkan World Cup pun dah nak dekat, aku ingat dalam masa sebulan World Cup berlangsung gejala-gejala seperti mc berpanjangan, annual leave, terponteng kerja, mata rabak kat opis, datang kerja lambat dan lain-lain lagi akan berlangsung dengan meriah sekali, yeay!

notakaki : apa-apa pun gua ucapkan selamat maju jaya kepada pasukan jerman!

5.6.10

Yahoo!!!

Selamat Hari Lahir, Agong.

Amacam, stedi tak ucapan gua?

Oleh kerana Agong punya hari lahir, maka rakyat Malaysia yang bekerja hari ni kena cuti. Kalau tak cuti, tak pasal pasal dapat triple.

26.5.10

Terjebak!

Sila sila la ye!

http://www.formspring.me/zulhelmimalek

24.5.10

Cacat Otak Bukan Cacat Tubuh Badan


lagi


dan lagi


Apabila budak-budak cacat otak berkumpul, beginilah endingnya.

Gua geleng kepala bila tengok peel masing-masing.

Celaka!

19.5.10

Fikirkan Sejenak

Apa jadi kalau kau tengah jalan-jalan balik dari kerja, tetiba ada satu mamat tak tentu hala jerit kat kau, maki-maki kau kat depan orang ramai tapi sorang pun tak buat apa-apa sebab takut dengan mamat saiko tu.

Kemudian tiba-tiba dia keluarkan pistol, dia tembak ke arah langit dulu dalam 2 ke 3 das, pastu agak-agak dah puas hati dia pun tembak kat kaki kanan kau dulu. Bila dah tak boleh berdiri tegak, dia tembak kaki kiri kau 5 das lagi. Masa tu mesti kau dah jatuh, betul tak? Pastu tak pasal-pasal dia lari laju-laju kat kau kemudian dia lompat tinggi-tinggi sambil buat muka Stone Cold Steve Austin, then dia kasi siku kat perut kau sambil dia tembak betul-betul kat cuping telinga belah kiri kau.

Tiba-tiba datang pulak sekor kucing bulu kaler ungu belang hijau katak pisang jalan-jalan santai dengan sekor belalang kunyit saiz gorilla pergi betul-betul kat mamat tadi tu yang masih lagi landing atas perut kau, pastu kucing sama belalang kunyit tadi tu bergabung diri lalu membentuk sepasukan askar komando elit bawah tanah lantas melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah mamat tadi termasuk la dengan kau-kau sekali kena.

Tapi mamat tu tak mati lagi, dia tetiba transform jadi unicorn pastu terbang bebas ke awan sambil melaungkan "1 Malaysia!" kuat-kuat sampaikan posmen yang tengah hantar surat kat area tu terkejut lalu jatuh tersembam atas taik kuda yang dipenuhi langau besar. Dan kau pulak tetiba jadi bertenaga semula dan terus bangun seraya berlari-lari anak ke arah sebuah helikopter yang berada tak jauh dari kawasan kejadian. Bila kau tengok drebar helikopter tu kau terkejut besar sebab yang jadik drebar tu Heidi Klum. Dia pun bawak kau jalan-jalan pergi makan angin dekat Slovakia, tengok team Harimau Muda A kena belasah dengan team bola kat sana.

Agak-agak la, apa jadi kat pak gad pasaraya Mydin sebelah tu?

11.5.10

Pengalaman Mendewasakan Kita

Baru aku sedar, pengalaman mendewasakan kita. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya, walau seburuk mana sekalipun perkara itu. Ia juga akan membuatkan kita yakin bahawa ujian yang diturunkan-Nya adalah semata-mata untuk menguji keimanan dan kesabaran kita dalam mengharungi keadaan itu.

Emosi jangan dicampur adukkan dengan fikiran, kerana nescaya jalan keluar dari segala masalah tidak akan ditemui. Berfikir secara rasional, bukan hanya mengikut emosi. Paling penting, walau apa pun yang berlaku, sabar itu mesti ada.

Kadangkala kita sering terhanyut dan alpa, lalai dalam permainan dunia. Hanya mengikut arus kehidupan yang penuh dengan nafsu dan keinginan semata-mata, yang ternyata akan lebih membuatkan kita lupa kepada apa yang pernah berlaku.

...

Lain kali, aku akan membuat kunci dabel untuk motor kesayangan aku supaya tragedi 8 Mei tidak akan berulang kembali. Ia cukup membuatkan hatiku gusar kerana terpaksa berpisah buat sementara waktu dengannya, yang telah banyak kali menemani aku ke mana saja tak kira ke mana pun. Tapi apakan daya, walaupun terpaksa namun aku harus merelakannya.

Celaka, entah mana cicirnya kunci motor aku tu pun aku tak tau. Aku syak jatuh kat Serdang takpun kat Taman Connaught masa aku tengah syok-syok angkut barang yang gila babi banyak.

Sekarang masalah dah setel, terima kasih atas bantuan rakan-rakan yang menggergajibesikan fork lock itu, juga dengan penuh amarahnya melepaskan sepakan padu ke arah hendel motor tapi masih jugak tak berjaya untuk di'unlock'kan hendel tersebut sekaligus membuktikan betapa kejuruteraan Modenas sangat la dahsyat.

Esok lusa aku nak buat kunci simpanan biar sampai sebelas bijik anak kunci sekalipun supaya tragedi itu tidak akan meragut nyawa fork lock dan kepala kunci motor aku lagi sekaligus menerbangkan Ringgit Malaysia yang agak bernilai di usia ini.

Cisss.

notakaki : jangan pandah rendah pada superbike saya ye kawan-kawan.

5.5.10

Mana-Mana Tempat Nak Pergi Pun Bahaya La Sekarang Ni...

Lepas ni kalau keluar malam-malam nak tengok bola jangan bawak kereta laju-laju. Satu lagi, kalau polis suruh berhenti baik ikutkan saja, karang tak pasal-pasal kena tembak.

notakaki : agak terlambat sebenarnya, al-fatihah.

2.5.10

Puas!

Saat aku menulis ni masih lagi terngiang-ngiang petikan gitar yang super hebat dari Kid, Din sama Joe, macam tu jugak la dengan dentuman bass dari Eddie dengan Nasir. Jugak hentakan padu drum dari Black mahupun Abang Yazid. Memang berbisa, menyengat, membunuh, memuaskan, dan segala macam kata-kata yang tak dapat nak digambarkan langsung. Memang tadi Search dengan Wings memberikan yang terbaik untuk peminat yang datang, sangat la berbaloi-baloi!

Masa nak pergi ke sana pun kereta dah berderet-deret, paking tepi jalan tu jangan cakap la. Bukan setakat 2 layer, sampai 3-4 layer pun ada. Memang dari anggaran aku la, ada dekat 750,000 orang yang datang (eh, yeke?). Belum kira lagi yang dok bersidai kat luar tak reti-reti nak masuk walaupun show dah nak start. Mungkin pasal tak beli tiket lagi gamaknya, nasib baik la tiket aku dah rembat awal-awal siang tadi. Takde la kelam kabut sangat.

Masuk je dalam venue konsert, fuhhh, terasa bahangnya. Lautan manusia memenuhi segenap penjuru Arena Tertutup, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort. Belum kira lagi yang dok panjat-panjat tebing semata-mata malas nak masuk lagi dalam sebab mungkin panas tak tentu hala. Siap ada brader-brader yang bawak anak kecik tengok konsert sambil himpit-himpit dengan ramai orang. Orang kata walaupun dah beranak pinak tapi jiwa masih rock. Salute la brader!

Pilihan lagu tak payah cakap la, setakat Isabella tu mesti ada punya. Bak kata Amy, lagu ni dah macam lagu Negaraku pulak. Dia punya wajib nyanyi setiap kali show sama la dengan lagu Negaraku yang wajib kita nyanyi kat perhimpunan sekolah setiap hari Isnin. Gemuruh, Opera Hidup dengan Balada Pemuzik Jalanan sangat mengasyikkan. Sejati, Gadisku, Rozanna, Nur Nilam Sari, Isi dan Kulit, Taman Rashidah Utama, Semalam Yang Hangat pun ada jugak tadi. Tambah lagi dengan segmen solo gitar antara Joe dengan Kid, pulak tu Black sama Abang Yazid bergasak ketuk drum secara solo. Memang terbaik!

Senang cerita, sangat berbaloi la keluarkan RM 70 untuk tiket sebab showmanship yang diberikan kedua-dua band sangat la hebat. Bila lagi nak tengok 2 band otai kat Malaysia ni main satu stage sejak kali terakhir pada 17 tahun yang sudah. Tapi Awie ada khabar tadi, InsyaAllah bulan 6 ni sekali lagi diorang main, tapi kali ni kat Stadium Larkin, Johor pulak. Sesiapa yang terasa nak buat trip pergi Johor tu bagitau la, mana la tau ada kelapangan masa boleh la join tengok kat sana pulak. Sambil tu boleh jugak mengorat awek-awek Johor, hehe.

notakaki : tapi tadi tak nampak pulak budak-budak dress up bunkface kat situ. agaknya tak kena dengan jiwa diorang.

29.4.10

Tegar Dengan Ini Benda


Aku sekarang dah jadi penagih tegar rokok kat atas ni.

Amacam, stail tak? Lagi syok kalau lalu lalang depan awek-awek cun depan Pavillion, sambil kat mulut selit Surya sebatang yang mengeluarkan aroma cengkih yang harum.

Mesti ramai awek buat muka jelik sambil kat tangan selit rokok Marlboro Menthol takpun Winston Light, aku pulak buat muka angkuh sebab duit yang awek-awek tadi guna untuk beli rokok mahal-mahal semuanya datang dari mak bapak.

Haha.

20.4.10

Rasa Macam Nak Tumbuk Muka Joned, Tapi Gua Mana Ada Member Nama Joned

Pc gua sekarang dah reti nak buat hal. Kejap-kejap kang restart secara paranormal. Gua pun tak tau apa yang berlaku pada beliau, walaupun gua dulu belajar tinggi sampai tingkat 3 kolej gua. Gua ingat pc gua dah merajuk sama gua la.

"Lu marah gua pasal gua tak bagi lu makan nasik ke? Takkan la macam tu kot. Lu tu pc, bukannya kucing yang boleh gua bagi lebihan nasik beriani kambing yang gua beli kat Restoren Abu Saleem tengahari tadi."

"Lu marah pasal gua tak kenalkan lu dengan awek-awek cun ke? Mustahil la camtu. Lu kan pc, apa salahnya lu sendiri log in Maispes takpun Fesbuk. Kalau lu nak cuba Tagged pun ok jugak. Kan kat situ banyak awek cun lu boleh carik?"

"Lu jeles ke gua guna lu untuk tengok porno tiap malam? Yang lu nak jeles buat apa? Lu ni laki-laki ke perempuan? Jangan lu cakap lu khunsa dah la, nanti tak pasal-pasal gua karate sebahagian dari keyboard lu."

"Lu berbulu ke tengok gua basuh motor kaler hijau gua walhal gua tak pernah sekalipun nak basuh lu? Apa lu nak mampos!? Lu kan barangan elektronik, mana boleh kena air banyak-banyak. Malapetaka jadinya nanti."

"Lu tensyen ke lu tak dapat hisap rokok padahal gua hari-hari dok menyedut asap merbahaya masuk ke dalam peparu gua? Sekarang ni gua nak tanya, lu ada peparu ke tidak? Kalau lu takde peparu, celah mana asap merbahaya tu nak pergi kalau lu cuba-cuba nak menghisapnya? Kan tak ke rugi duit lu beli rokok mahal-mahal nanti."

"Ke lu nak gua tukar lu dengan sebijik pc baru bercap Epal? Baik lu cakap betul-betul lu nak ke taknak? Kalau lu taknak, lu jangan nak buat hal lagi dalam dua tiga minggu ni."

"..................."

Sepi tanpa sebarang jawapan.

Celaka!

*apehal gua-lu-gua-lu pulak ni?

19.4.10

Ucap Selamat

Pukul 3:05 pagi, Isnin.

Selamat malam! Eh, selamat pagi!

17.4.10

Malaysia Hari Ini

Terasa macam nak jalan-jalan kat KL tapi nanti rasa macam berada kat tempat asing la pulak.

Maklum la, pemuda pemuda memakai seluar ketat kaler warna warni, dengan baju corak-corak besar, yang petak-petak konon-konon Hardcore pun ada, ada jugak yang pakai baju band walhal album band tu pun tak habis dengar lagi, ditambah pulak dengan spek mata hitam besar bingkai warna warni, dengan tali pinggang kaler lari sikit dari kaler seluar, diakhiri dengan kasut yang agak stailo-stailo tapi kelihatan sama antara satu sama lain. Oh ya, tak lupa jugak dengan nada dering telefon bimbit yang kedengaran Bunkface sekali. Haha.

Kalau pemudi pemudi pulak dengan baju singlet kaler putih nampak bra kaler cerah kat dalam, seluar pendek yang dah tak serupa macam seluar pun ada kalau tengok betul-betul, pakai skirt pendek siap belah tepi kiri kanan siap kadang-kadang boleh nampak g-string dari belakang, pakai gelang kaki tali getah, ada jugak yang pakai sebijik nak macam Yuna dengan Zee Avi, spek mata besar dah macam bentuk bra dan juga pelbagai aksesori pada tubuh badan yang benar-benar kelihatan sarat. Hah, tak lupa jugak rokok kat celah-celah jari telunjuk dan jari hantu. Stail!

...

Aku rindu nak lepak Bau Bau Cafe sambil layan nasik lemak sama teh ais. Padu!

notakaki : ada 1 persamaan antara pemuda pemudi di atas, iaitu kamera dslr tergantung erat di dada

11.4.10

Pusher - Our Beloved City Of The Dead

Dari hari pertama aku beli CD ni sampai la ke hari ni, tak habis-habis aku dengar dan cukup enak dan senang sekali untuk aku menekan butang 'Play' kat audio CD player aku.

Ada juga lagu Stop The Madness, cover dari band A.R.T dalam CD ni dan ianya begitu mengikut acuan Pusher sendiri.

Apa-apa pun, Pusher memang cool.

notakaki : beli kat the ricecooker shop, rm15 saja!

7.4.10

Jemu

Aku bukan apa, aku dah jemu makan nasik setiap kali waktu lunch.

Sekali sekala pekena makaroni keju dengan jus limau bali pun ada gaya jugak ye tak?

5.4.10

Fesyen Show, Hehehehe...

Semalam dengan tak semena-mena aku boleh terjebak tengok fesyen show. Jangan tanya kat mana, yang penting benda ni secara tak sengaja berlaku. Teruja jugak tengok awek-awek omputih jalan kucing atas pentas pakai baju seksi-seksi tayang kaki masing-masing yang memang la sangat panjang. Apa lu ingat gua takde taste ke?

Tapi aku lagi teruja saat nampak satu awek model pakai skirt pendek gila babi time dia nak langkah atas anak tangga sampai nampak spender kaler putih. Wow!

notakaki : kedudukan aku masa tu betul-betul sebelah pentas dan itu yang menyebabkan pemandangan menjadi sungguh indah

1.4.10

Double Trouble : Search & Wings 1 Mei 2010


Ada sape-sape terasa nak keluarkan RM70 untuk tengok konsert ni nanti tak? Tarikh pun dah cukup cantik dah tu, takde la alasan penat balik kerja dan jugak kena buat OT hari tu.

Ini 2 kumpulan lagenda kat Malaysia yang tak harus dilepaskan peluang untuk ditonton.

Sape-sape nak pergi roger la aku, ada jugak geng malam tu.

*gambar aku cilok kat internet, belum beli pun lagi tiket tu

25.3.10

Outsider Of The Year 2005!

Dulu masa sekolah teknik, aku memang tinggal kat asrama blok N dorm N31. Tapi jenis aku ni pulak yang tak reti nak tidur kat atas katil sendiri dalam dorm. Lepak dengan bebudak dorm jauh sekali, kecuali lepak-lepak santai sambil hisap rokok dengan bebudak junior dorm kat balkoni. Aku tak berapa nak masuk sangat dengan budak sebaya dalam dorm tu.

Senang cerita, dorm aku tu hanyalah tempat persinggahan untuk menukar baju, mandi, siap-siap untuk ke sekolah, tempat nak simpan kasut sekolah, simpan rokok dalam loker, ambik rokok dalam loker dan jugak masa nak lepak-lepak makan biskut cap ping pong sambil cicah kopi o panas.

Banyak masa aku dihabiskan kat dorm M34, dorm keramat bagi aku. Bebudak dalam dorm tu dah kenal sangat perangai aku. Siap ada tilam sendiri untuk menumpang tidur kat situ. Lagi satu, kebanyakan setan-setan kat aspura memang selalu lepak-lepak chill kat situ, jadi kalau lepak kat situ baru la nampak macam gengster aspura. Kadang-kadang nak sidai baju lepas basuh baju pun kat balkoni dorm tu. Bayangkan, bagaimana "Rumahku Syurgaku"nya dorm M34 bagi aku.

Tapi yang aku pelik sangat, kenapa la sepanjang masa SPM berlangsung aku lebih rela lepak kat rumah sewa yang dihuni oleh mereka yang sentiasa hidup dalam keenjoyan tanpa perlu memikirkan tekanan SPM yang hebat? Takkan pasal nak rasa hidup bebas seperti burung yang terbang bebas di awangan? Dengan makan minum yang tak menentu, ditambah dengan duit yang sentiasa kekeringan gara-gara kos sara hidup sebagai outsider di Batang Berjuntai, tapi tak nak jugak duduk kat asrama yang mana makan minum memang sudah terjaga apatah lagi waktu solat.

Bila difikirkan balik, gara-gara tindakan aku yang rebel tak bertempat tu la, penyebab keputusan SPM aku sangat "cemerlang". Hehe.

notakaki : bak kata orang-orang tua, belum cuba belum tahu!

18.3.10

Projek Besar Aku Hendel Sekarang, Heh!

Aku kagum. Kagum dengan diri sendiri. Walapun baru 2 bulan aku kerja kat situ, tak semena-mena bos kasi kepercayaan kat aku hendel projek macam sial jugak la nak buat. Memang aku tak sangka bos akan suruh aku yang buat, siap suruh nanti kalau bila-bila free ajar lagi 2 orang opismate aku yang memang dah lama kerja kat situ dari aku.

Kagum. Sungguh kagum.

...

Kepala bana kau kagum. Kalau dah aku sorang-sorang hendel projek buat kaver 200 set photo book sambil berdiri dalam kesejukan ekon mana nak tahan beb. Ulang semula, kaver depan dan belakang untuk 200 set photo book ye. So pandai-pandai la kira berapa banyak sebenarnya yang aku kena buat. Tu yang kadang-kadang aku hilang secara tiba-tiba demi mencari sesedut asap rokok.

notakaki : nasib baik besok bos nak payung satu opis dinner kat restoran seafood belah pj. jangan dia payung sekali dengan minuman keras dan wanita dah la.

15.3.10

Bravo!

Apa pasal la masa aku sekolah dulu tak pernah langsung terfikir nak main badminton wakil sekolah dalam MSSM Daerah Kuala Selangor?

13.3.10

Hajat Nak Makan Askrem Haagen-Dazs, Tapi...

Tengah aku syok menyusun air-air tin kat chiller, tetiba datang satu mamat. Nama dia Hasif, tapi aku panggil dia Bob Punda takpun Bob Ikan sebab dia kerja dok potong ikan je hari-hari. Sebab aku tengah konsentret kat kerja yang aku tengah buat, maka sambil lewa je la aku memandang kehadiran dia kat situ. Sambil tu boleh pulak dia usya-usya awek sekolah yang baru balik time tu. Celaka, perangai nak romeo je.

"Bob, ko tak lapar ke?" tanya Bob Ikan.

"Lapar la jugak, tapi baru pukul berapa ni. Rehat awal-awal pun tak fangsyen," jawab aku endah tak endah.

"Ala, bukan aku nak ajak kau rehat pun. Aku pun nak rehat lambat lagi ni," kata si Bob Ikan sambil matanya meliar ke kiri ke kanan. Takut kena sergah dengan *MT la tu.

"Dah tu, kau nak makan apa? Nak bedal biskut kat backroom ke?" tanya aku balik.

"Kita makan askrem, nak tak Bob?" tanya dia balik kat aku.

"Huih, askrem apa? Mahal ke murah punya?" penuh minat aku bertanyakan semula.

"Tu, nampak askrem Haagen-Dazs dalam tu? Kita rembat la satu buat makan dalam toilet," syor beliau yang nampaknya sangat mahir dalam kerja-kerja mencuri ni.

"Macam mana nak bawak ke belakang Bob? Nampak dek *Blue Wave kang naya je kita," bisik aku diam-diam sambil mata menjeling ke arah seorang awek cun pakai uniform sekolah.

"Hal menyeludup keluar kau bagi kat aku, tau la aku nak setelkan. Apa-apa pun jumpa aku kat toilet lepas ni," hebat Bob Ikan menyusun strategi.

"Orait, kasi aku setel susun air-air ni dulu. Baru nampak jujur dalam bekerja, haha," gelak aku.

Dengan kucar-kacir aku pun setelkan la kerja yang dari tadi tak siap-siap sebab melayankan si Bob Ikan tu. Setel je kerja, terus aku pergi backroom carik tandas di mana Bob Ikan sudahpun setia menantikan kedatangan aku. Dengan isyarat mata, aku pun mengekor langkah Bob Ikan masuk ke dalam tandas.

"Oi, bukak la cepat askrem tu. Aku dah tak tahan dah ni," paksa aku.

"Kejap la cibai, nak bukak la ni," sound Bob Ikan sambil kaver line.

Lepas tu kitorang pun terus la melayan askrem tersebut. Bukan senang nak dapat, kalau nak beli memang la mustahil. Jadi bila dah dapat free ni kita pun kena la menghayati dengan sepenuh nafsu.

Tapi, baru je sikit makan aku dah rasa lain macam. Dia punya rasa ada lain sikit la berbanding askrem-askrem yang dah biasa aku makan. Takkan pasal basi kot? Pernah ke askrem basi? Ke rasa askrem mahal memang camni? Aku pun dengan rasa tak puas hati mintak Bob Ikan tengok betul-betul apa flaver yang dia kaut. Tadi cakap dengan aku nak ambik flaver coklat siap ada kacang-kacang, tapi tak rasa macam coklat kacang-kacang pun.

"Fuck!" aku maki Bob Ikan.

"Apsal aku kena fuck pulak?" tanya Bob Ikan, sedikit gentar.

"Ni flaver kurma bodoh. Bukan coklat dengan kacang-kacang!" lagi satu makian hinggap di telinga Bob Ikan.

"Hehe, mana aku perasan," jawab Bob Ikan serba salah.

Terus aku blah dari tandas tu. Baik aku layan hisap rokok kat luar dari layan perangai Bob Ikan. Dengan tak semena-mena aku maki Haagen-Dazs pasal tak tulis Bahasa Melayu kat pek askrem tu sampaikan si Bob Ikan pun tak boleh nak bezakan flaver kurma dengan coklat kacang-kacang.

* Blue Wave = security kat Jaya Jusco
MT = Management Trainee