4.10.10

Hala Tuju Dan Masa Depan Yang Cerah Untuk Liverpool : Bahagian 2

Dalam tulisan semalam gua ada sentuh hal-hal yang bagi gua akan mampu untuk menyelamatkan Liverpool dari terus diperkotak-katikkan oleh pasukan bawahan.

Tapi itu dari segi pemilihan pemain. Kali ni, gua nak sentuh akan kebarangkalian penukaran pengurus serta pimpinan tertinggi Liverpool itu sendiri.

Pertama, apa kata Roy Hodgson ditukarkan dengan segera. Malaysia mempunyai beberapa orang jurulatih yang pada hemat gua mampu untuk mengembalikan zaman kegemilangan The Reds.

Dollah Salleh, Mat Zan Mat Aris, Yunus Ali, K Rajagopal, B Sathianathan dan beberapa nama lagi yang tak mampu untuk disebutkan. Oh ya, jangan lupa pakar bola sepak tempatan, Encik Shebby yang ternyata berjaya dengan MyTeamnya. Kalau The Reds dapat mengikat kontrak dengan salah satu nama diatas, terutamanya Encik Shebby, maka The Reds akan berjaya untuk menjuarai musim ini.

Kedua, bawak masuk juga individu-individu penting di dalam FAM. Nescaya, pengurusan Liverpool akan berjalan dengan lancar kerana ditadbir dan diurus oleh mereka yang pakar dan berpengetahuan luas dalam dunia bola sepak.

Gua tak tau la kalau cadangan gua boleh digunapakai, sebab ini saja penyelesaian terbaik yang dapat gua fikirkan.

Anda pula bagaimana?

No comments: