31.1.11

Deftones Live In KL!


Takde kawan kawan gua yang nak belanja gua ke? Dari lu habis duit belikan awek hadiah mahal mahal, belanja makan kat restoran mahal takpun booking bilik hotel untuk berasmara, baik lu belanja gua pergi tengok Deftones.

Boleh juga kita luang masa sebagai kawan dengan seronoknya.

28.1.11

Gangguan

Gua kalau masa buat kerja memang gua serius. Gua akan bagi sepenuh komitmen terhadap kerja gua. Gua juga akan memastikan yang kerja gua siap pada waktunya, supaya gua boleh pergi bersenang lenang hisap rokok dalam tandas.

Tapi ada kalanya, gua sering diganggu oleh pelbagai anasir luar yang sering membuatkan tumpuan gua pada kerja hilang buat seketika.

...
...
...

Celaka punya ulat terbang kecik, takde tempat lain ke lu nak masuk selain dari lubang hidung gua?!

24.1.11

Skinhead


Ok, gua bukannya skinhead. Dulu pun gua bukannya skinhead. Dr. Martens gua pun baru gua beli tahun lepas, itu pun bukan pasal gua nak jadi skinhead. Cuma gua suka kalau pakai Dr. Martens, sebab ianya selesa dipakai dan tahan lasak serta nampak cool (bak kata Tukar Tiub). Cuma gua teringat yang masa gua sekolah dulu skinhead memang ramai. Kat sekolah kalau takde skinhead memang tak sah. Budak-budak yang tak tahu apa tu skinhead bila dah berkawan dengan skinhead mulalah dah pandai nak jadi skinhead. Sebab apa? Sebab pengaruh kawan kawan ataupun nak nampak gengster, nak nampak kuat.

Gua cuma ikut skinhead dalam keadaan biasa biasa. Bermakna gua hanya mendengar lagu lagu dari band skinhead Malaysia seperti A.C.A.B, Roots 'N' Boots, The Official dan band band lain yang sealiran dengannya. Gua juga mula mencari serta belajar apa yang dimaksudkan dengan skinhead, sekadar untuk pengetahuan diri sendiri saja. Bukan untuk menjadi skinhead.

Masa tu kalau pergi jalan jalan sekitar KL memang bersepah skinhead. Lu pegi Bukit Bintang nampak skinhead. Pergi Pertama Kompleks nampak skinhead. Pergi Sogo nampak skinhead juga. KLCC pun ada skinhead. Senang cerita memang tak susah nak tengok skinhead masa tu. Memang kalau takde skinhead macam tak lengkap KL masa tu. Tak lupa juga pada gadis gadis skinhead ataupun skingirl. Hehe, gua mengaku yang gua suka tengok skingirl. Gig skinhead pun boleh kata tiap tiap minggu mesti ada
.

Tapi sekarang, nak nampak skinhead kat semua tempat tu dah susah. Memang susah. Kalau ada pun 2-3 kerat je, tu pun gua tengok budak budak. Yang old timer kadang kadang lu boleh la nampak. Gua pernah nampak 3-4 orang skinhead lama dekat belakang Times Square dengan Vespa masing masing. Bukan main smart lagi.

Gua bukan apa, gua suka tengok cara berpakaian skinhead ni. Nampak kemas. Dengan kemeja kolar Fred Perry ataupun kemeja Ben Sherman, ditambah dengan braces, siap dengan jeans Levi's dan Dr. Martens, memang nampak kemas dan tegap. Tapi kalau dah bergaduh, nampak la serabai sikit.

Gua tulis pasal skinhead ni bukannya sebab gua nak naikkan scene skinhead kat Malaysia ni. Sedangkan Megat A.C.A.B yang legend tu pun sekarang dah pakai jubah dengan serban, apatah lagi gua yang bukan skinhead ni. Cuma gua rindu nak tengok kelibat skinhead lepak ramai ramai kat sekitar KL ni.

Percayalah, gua tak reti nak main main dengan hal yang berkaitan dengan perasaan ni.

19.1.11

Khurafat - Perjanjian Syaitan

ihsan Google

Gua baru tengok filem ni tadi. Sepanjang gua berkecimpung dalam dunia wayang, ni la kali kedua gua tengok filem seram. Kali pertama gua tengok One Missed Call 2, kat KLCC. Tu pun pasal ada orang belanja. Tapi sumpah, cerita dia buat gua mengantuk sampai nak terlelap. Sama la juga dengan Khurafat ni, buat gua rasa nak tidur je. Gua rasa baik gua landing atas katil gua, peluk peluk bantal sikit pastu tidur, lagi syok.

Ok, gua tipu. Sebenarnya gua tak rasa nak tidur pun. Gua rasa ngeri, takut, cuak dan seram sebenarnya. Tak pernah gua berani nak tengok filem seram, tapi kali ni gua terasa nak pergi juga. Ni pun gua pergi dengan member gua, Aspa. Nasib baik dia tak cakap gebang, kalau tak gua patahkan nombor plet kereta Kancil dia tu.

Benda gua tengok dalam paper bukan main lagi orang puji filem arahan anak Yusof Haslam ni, tu yang buat gua dengan Aspa begitu semangat nak tengok sama; betul ke apa yang orang kat dalam paper puji pasal filem ni?

Gua bukan pengkritik filem. Gua takde kemahiran dalam mengkritk filem, sebab gua biasa biasa saja. Gua pun bukannya ada ilmu dalam dunia filem. Kalau pasal filem biru mungkin sikit sikit gua tau. Tapi kalau lu orang nak juga tonton filem ni, tak salah kalau lu orang keluarkan sedikit duit. Gua tengok ramai juga yang join gua tonton filem ni tadi. Dengar khabar 2 hari tayangan saja dah cecah RM 2.5 juta. Bagi gua, berbaloi juga gua keluarkan RM 11 untuk filem ni.

Lepas lu orang dah tengok, pandai pandai la lu orang ulas sendiri sebab gua tak reti nak ulas ulas ni. Cuma satu je yang gua nak ulas, tahap kesejukan ekon kat dalam panggung tadi boleh buat kaki gua kena fros. Dah la dengan gua takut takut nak tengok, tutup separuh muka dengan sweater (serius, gua tak bohong!), cover line gelak dengan Aspa bila datang scene seram pasal nak hilangkan seram, lagilah buat gua tak senang duduk dalam panggung bila kaki gua rasa macam dah nak reput. Lain kali gua nekad nak pakai kasut, walaupun jarak panggung wayang dengan rumah gua hanyalah sekangkang kera saja.

16.1.11

Dah Tulis Panjang Panjang Tapi....

Sumpah, gua dah tulis panjang panjang tadi. Tapi bila memikirkan betapa seriusnya apa yang gua tulis tadi, maka secara otometiknya ianya telah menjadi seperti apa yang telah ditulis ni.

Gua belum bersedia nak jadi macam Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

ihsan Google

Tengok, belum tentu gua boleh keluarkan ayat macam apa yang beliau cakapkan tu. Kalau mencarut merepek gua tererlah.

9.1.11

KLIA Punya Cerita

Pesawat MAS entah berapa punya nombor dah selamat mendarat. Gua dengan muka baru bangun tidur tak basuh muka terhiling-hiling usung beg ada roda dalam keadaan separa sedar. Gua tengok Juliana Evans dah siap pakai topi besar macam tukang kebun sekolah pakai dengan spek mata hitam bingkai kaler oren. Ni betul-betul nak kaver line ni. Gua tak kisah tu semua, janji gua dapat balik ke rumah gua dan seterusnya menyambung kembali perjalanan tidur gua yang terganggu dengan pendaratan kapal terbang sebentar tadi.

Elok je kitorang jejak kaki kat luar pintu KLIA, datang sorang brader dengan muka yang sangat familiar. Brader ni lu orang dapat tengok setiap hari Ahad pukul 12.30 tengahari kat TV3. Dengan imej rambut ketak berserta topi sambil membawa mikrofon ke hulu ke hilir, membuatkan kelibat beliau sentiasa digeruni para artis tanah air, termasuklah insan seni di sebelah gua.

Juliana yang kelihatan panik cuba menyembunyikan wajah manis beliau di sebalik tiang lampu jalan manakala gua pura-pura jadi pelancong asing warga Australia yang sedang menunggu teksi untuk ke Jalan Gelang di Pudu. Tapi ketajaman deria mata Brader Nas membuatkan tipu helah kitorang tak berapa nak menjadi, lantas menjadi sasaran terjahan Brader Nas.

"Jue, baru balik dari bercuti ke? Siapa kat sebelah ni? Bukan main lagi cuti bersama, dengar cerita sampai ke Paris?" soalan pertama menerjah.

"Eh, mana ada bang. Saya dengan pengurus saya baru sampai dari Kanada, ada perbincangan tentang tawaran berlakon kat sana. Mana abang dapat cerita saya ke Paris ni?" jawab Juliana.

"Jangan nak sembunyikan hal sebenar Jue, ada sumber yang bagitau abang yang Jue ni bercuti ke Paris dengan mamat kat sebelah tu kan? Dik, udah-udahlah tu menyamar jadi pelancong asing," balas Brader Nas.

Ciss, boleh pulak Brader Nas dapat tangkap pembohongan yang gua dan Juliana lakukan. Mana gua nak sorok muka ni kalau muka gua masuk tv? Habis satu Malaysia kenal gua nanti, tak pasal-pasal gua cantas semua artis lelaki kat Malaysia ni. Lagi satu, tak pasal-pasal gua jadi bahan gosip dan umpat makcik makcik yang into dalam scene melepak depan rumah tiap petang.

"Siapa nama dan apa hubungan kamu dengan Jue? Sahabat baik atau kekasih hati? Dengar-dengar kamu ke Paris untuk temankan Jue bercuti di sana?" tanya Brader Nas kat gua pula.

"No komen, no komen," jawab gua sambil tutup mulut dengan tangan dengan harapan orang kampung tak cam gua.

"Betul ke kamu ke Paris langsung tak keluar duit sesen pun, Jue yang sponsor? Kamu ni mesti ada hubungan istimewa dengan Jue, kalau tak takkan la Jue nak sponsor kamu kat sana. Betul tak? Seronok la kalau dah ada orang sponsorkan. Cuba komen sikit," provok Brader Nas.

Gua terus buat muka ganas sambil jegilkan bijik mata. Bab sponsor-sponsor yang buat gua angin satu badan. Gua tak rela kalau orang kampung kutuk-kutuk gua kena sponsor dengan awek cun, nanti diorang tuduh gua kaki kikis wang ringgit harta benda awek cun.

Gua pun rampas mikrofon dari tangan Brader Nas, gua patahkan dua dan buang sisa mikrofon jauh-jauh. Kamera pulak gua tepis dari tangan kameramen lantas jatuh berderai ke atas lantai.
Mata Brader Nas gua tenung dalam-dalam. Dengusan nafas dan degupan jantung gua sama Brader Nas turun naik secara lajunya. Penumbuk dah gua genggam erat, tunggu masa nak lepaskan je kat muka. Tapi, nasib baik Juliana cepat-cepat redakan kemarahan gua dan terus mengajak gua pergi ke kereta dengan segera. Dengan segera gua mengucap panjang, gua baru sedar dari rasukan syaitan yang maha dahsyat. Gua tarik nafas dalam-dalam, gua tenangkan fikiran gua dan dengan tenang gua hulurkan tangan untuk bersalaman dengan Brader Nas.

"Bang, saya minta maaf kalau cara saya tadi kasar sangat. Minta maaf sangat-sangat kalau saya dah rosakkan kamera dengan mikrofon abang tu, maafkan saya bang," pinta gua sejujurnya.

"Hmmm, oklah. Abang pun salah juga tadi sebab main terjah je korang berdua," jawab Brader Nas sambil tangannya menyambut tangan gua dengan mesra.

Gua tersenyum. Brader Nas pun tersenyum. Juliana lagilah senyum bukan main. Dengan berhemah gua minta diri ke kereta. Brader Nas hanya mengangguk, tanda setuju. Gua dan Juliana berjalan menuju ke kereta sambil melambai tangan ke arah Brader Nas. Sampai ke kereta, dengan segera gua dan Juliana masuk ke dalam kereta yang dilengkapi dengan cermin kalis peluru sebagai jaminan keselamatan kami berdua.

Dalam perjalanan, gua dan Juliana hanya termenung kerana memikirkan insiden yang baru terjadi sebentar tadi. Habis kecoh sekejap KLIA tadi. Tiba-tiba gua suruh drebar kereta berhenti sekejap, sebab gua nak buat satu benda yang tetiba je gua terfikirkan semasa kereta kami melintasi kereta krew TV3.

15 minit kemudian, terkocoh-kocoh gua masuk ke dalam kereta dan dengan lekas gua suruh drebar teruskan pemanduan. Juliana hanya memerhatikan gua dengan muka pelik, tapi gua senyum je buat muka rilek.

...
...
...

Keh keh keh, rasakan Brader Nas. Lu tukarlah tayar kereta lu yang gua pancitkan tadi. Tu pun kalau lu ada simpan empat tayar spare kat dalam bonet kereta. Lagi satu, gua siap sedut keluar semua minyak dari tangki minyak kereta lu. Pandai-pandai la lu cari stesen minyak sama bengkel kereta. Kalau takde, lu naik je la teksi takpun ERL untuk balik ke Kolumpo.

7.1.11

Sejarah Telah Tercipta!

Hari ni kali pertama gua post entri menggunapakaikan komputer kat opis gua. Tapi bukan gua punya komputer la, budak designer punya. Gua tumpang guna je, untuk mengisi masa-masa terluang gua bila mana gua kena stay kat opis padahal semua orang dah balik.

Yeay!

Ben, jangan ingat lu sorang je yang boleh post entri dari dalam opis, heh!

notakaki : err, facebook sama youtube dah kena blok, pasal tu la gua bukak blogger......

2.1.11

Hari Ni Hari Ahad Yang Cerah Rugi La Kalau Tak Keluar Jalan-Jalan, Boleh Juga Cari Awek Sorang Dua Buat Jadi Bakal Bini.

Tapi masalahnya, macam mana gua nak keluar jalan-jalan cari awek kalau duit gaji gua tak masuk lagi? Awek-awek bukannya boleh kalau tak kena belanja makan, tengok wayang, shopping bra atau masukkan topap RM30. Nanti takde la can kalau tak buat tu semua.

Aduhhhhh...