9.1.11

KLIA Punya Cerita

Pesawat MAS entah berapa punya nombor dah selamat mendarat. Gua dengan muka baru bangun tidur tak basuh muka terhiling-hiling usung beg ada roda dalam keadaan separa sedar. Gua tengok Juliana Evans dah siap pakai topi besar macam tukang kebun sekolah pakai dengan spek mata hitam bingkai kaler oren. Ni betul-betul nak kaver line ni. Gua tak kisah tu semua, janji gua dapat balik ke rumah gua dan seterusnya menyambung kembali perjalanan tidur gua yang terganggu dengan pendaratan kapal terbang sebentar tadi.

Elok je kitorang jejak kaki kat luar pintu KLIA, datang sorang brader dengan muka yang sangat familiar. Brader ni lu orang dapat tengok setiap hari Ahad pukul 12.30 tengahari kat TV3. Dengan imej rambut ketak berserta topi sambil membawa mikrofon ke hulu ke hilir, membuatkan kelibat beliau sentiasa digeruni para artis tanah air, termasuklah insan seni di sebelah gua.

Juliana yang kelihatan panik cuba menyembunyikan wajah manis beliau di sebalik tiang lampu jalan manakala gua pura-pura jadi pelancong asing warga Australia yang sedang menunggu teksi untuk ke Jalan Gelang di Pudu. Tapi ketajaman deria mata Brader Nas membuatkan tipu helah kitorang tak berapa nak menjadi, lantas menjadi sasaran terjahan Brader Nas.

"Jue, baru balik dari bercuti ke? Siapa kat sebelah ni? Bukan main lagi cuti bersama, dengar cerita sampai ke Paris?" soalan pertama menerjah.

"Eh, mana ada bang. Saya dengan pengurus saya baru sampai dari Kanada, ada perbincangan tentang tawaran berlakon kat sana. Mana abang dapat cerita saya ke Paris ni?" jawab Juliana.

"Jangan nak sembunyikan hal sebenar Jue, ada sumber yang bagitau abang yang Jue ni bercuti ke Paris dengan mamat kat sebelah tu kan? Dik, udah-udahlah tu menyamar jadi pelancong asing," balas Brader Nas.

Ciss, boleh pulak Brader Nas dapat tangkap pembohongan yang gua dan Juliana lakukan. Mana gua nak sorok muka ni kalau muka gua masuk tv? Habis satu Malaysia kenal gua nanti, tak pasal-pasal gua cantas semua artis lelaki kat Malaysia ni. Lagi satu, tak pasal-pasal gua jadi bahan gosip dan umpat makcik makcik yang into dalam scene melepak depan rumah tiap petang.

"Siapa nama dan apa hubungan kamu dengan Jue? Sahabat baik atau kekasih hati? Dengar-dengar kamu ke Paris untuk temankan Jue bercuti di sana?" tanya Brader Nas kat gua pula.

"No komen, no komen," jawab gua sambil tutup mulut dengan tangan dengan harapan orang kampung tak cam gua.

"Betul ke kamu ke Paris langsung tak keluar duit sesen pun, Jue yang sponsor? Kamu ni mesti ada hubungan istimewa dengan Jue, kalau tak takkan la Jue nak sponsor kamu kat sana. Betul tak? Seronok la kalau dah ada orang sponsorkan. Cuba komen sikit," provok Brader Nas.

Gua terus buat muka ganas sambil jegilkan bijik mata. Bab sponsor-sponsor yang buat gua angin satu badan. Gua tak rela kalau orang kampung kutuk-kutuk gua kena sponsor dengan awek cun, nanti diorang tuduh gua kaki kikis wang ringgit harta benda awek cun.

Gua pun rampas mikrofon dari tangan Brader Nas, gua patahkan dua dan buang sisa mikrofon jauh-jauh. Kamera pulak gua tepis dari tangan kameramen lantas jatuh berderai ke atas lantai.
Mata Brader Nas gua tenung dalam-dalam. Dengusan nafas dan degupan jantung gua sama Brader Nas turun naik secara lajunya. Penumbuk dah gua genggam erat, tunggu masa nak lepaskan je kat muka. Tapi, nasib baik Juliana cepat-cepat redakan kemarahan gua dan terus mengajak gua pergi ke kereta dengan segera. Dengan segera gua mengucap panjang, gua baru sedar dari rasukan syaitan yang maha dahsyat. Gua tarik nafas dalam-dalam, gua tenangkan fikiran gua dan dengan tenang gua hulurkan tangan untuk bersalaman dengan Brader Nas.

"Bang, saya minta maaf kalau cara saya tadi kasar sangat. Minta maaf sangat-sangat kalau saya dah rosakkan kamera dengan mikrofon abang tu, maafkan saya bang," pinta gua sejujurnya.

"Hmmm, oklah. Abang pun salah juga tadi sebab main terjah je korang berdua," jawab Brader Nas sambil tangannya menyambut tangan gua dengan mesra.

Gua tersenyum. Brader Nas pun tersenyum. Juliana lagilah senyum bukan main. Dengan berhemah gua minta diri ke kereta. Brader Nas hanya mengangguk, tanda setuju. Gua dan Juliana berjalan menuju ke kereta sambil melambai tangan ke arah Brader Nas. Sampai ke kereta, dengan segera gua dan Juliana masuk ke dalam kereta yang dilengkapi dengan cermin kalis peluru sebagai jaminan keselamatan kami berdua.

Dalam perjalanan, gua dan Juliana hanya termenung kerana memikirkan insiden yang baru terjadi sebentar tadi. Habis kecoh sekejap KLIA tadi. Tiba-tiba gua suruh drebar kereta berhenti sekejap, sebab gua nak buat satu benda yang tetiba je gua terfikirkan semasa kereta kami melintasi kereta krew TV3.

15 minit kemudian, terkocoh-kocoh gua masuk ke dalam kereta dan dengan lekas gua suruh drebar teruskan pemanduan. Juliana hanya memerhatikan gua dengan muka pelik, tapi gua senyum je buat muka rilek.

...
...
...

Keh keh keh, rasakan Brader Nas. Lu tukarlah tayar kereta lu yang gua pancitkan tadi. Tu pun kalau lu ada simpan empat tayar spare kat dalam bonet kereta. Lagi satu, gua siap sedut keluar semua minyak dari tangki minyak kereta lu. Pandai-pandai la lu cari stesen minyak sama bengkel kereta. Kalau takde, lu naik je la teksi takpun ERL untuk balik ke Kolumpo.

No comments: