30.7.10

Jangan Tiru Peel Tak Senonoh Macam Ni

Gua tengah rilek rilek tengok tivi sambil telan anggur. Bukan telan macam tu je, gua kunyah pelan pelan kasi betul betul hancur baru gua telan masuk dalam mulut. Tengah layan makan anggur sambil tengok National Geographic, tiba tiba kawan gua Daniel telefon. Terkejut dengan tindakan henfon gua yang berbunyi secara tiba tiba, lekas lekas gua jawab panggilan Daniel.

"Ade mane tu bro? Bosan la malam ni, lu tak bosan ke?" tanya Daniel tanpa memberi salam.

"Rumah la, gua tengah tengok tivi sambil makan anggur ni. Lu apehal? Nak ajak gua lepak ke?" tanya gua balik dalam nada sedikit tegas.

"Jom la lepak mana mana, Las Vegas ke. Boleh jugak berjudi sepam dua, lepas tu boleh la ayat awek awek kat sana" pinta Daniel.

"Boleh je, tapi nak pergi sana naik apa?" tanya gua lagi sekali.

"Ala, jet dedi lu kan ada. Kita naik jet la, pasal minyak lu jangan risau, gua payung la sikit," pujuk Daniel sedikit manja. Fuck!

"Ish, ok la. Lu stenbai, kasi siap siap. Lagi 10 minit gua sampai rumah lu. Jangan lupa kasi clear padang bola kat rumah lu, nanti gua nak parking jet kat mana pulak," pesan gua.

"Oraitttt," dengan gembira Daniel bersorak.

Lepas tu terus gua siap siap, gua calit ubat ketiak satu kali jalan dua dua belah ketiak. Gua sarung baju yang semenggah sikit lepas tu terus gua berlari masuk bilik dedi gua untuk ambik kunci jet yang dia sangkut kat dinding.

25.7.10

Jangan Ingat Dalam Air Yang Tenang Takde Biawak

Gua gelisah, rimas dan rasa menyesakkan. Ini semua sebab ada satu awek daring sama gua. Gua perasan dah lama, tapi bila gua daring dia balik dia pura pura pandang jam tangan padahal gua nampak yang kat pergelangan tangan dia tu getah ikat rambut.

Gua pun buat buat tak tau, tapi dalam masa yang sama anak mata gua memang betul betul dah duduk kat hujung mata. Awek tu lagi sekali daring gua semacam. Gua tak tau nak cakap apa lagi dah. Gua tengok awek tu boleh tahan jugak lawanya. Senyum pun manis, kulit pun putih macam kain kapan. Tapi yang masih gua tak puas hati apasal awek tu tak henti henti nak usya gua sampai macam tu sekali? Member sekolah gua ke? Bukan, tapi muka memang familiar. Selalu jugak gua nampak, tapi gua tak berapa pasti kat mana.

Gua dah tak tahan dah ni. Gua dah rasa diri gua macam Faizal Tahir la pulak, takpun Bob AF sebab sampai macam tu sekali perhatian yang gua dapat dari awek tu. Nak taknak gua kena selesaikan jugak masalah ni. Gua nekad nak pergi dekat table awek cun tu. Gua nak tanya soalan soalan maut biar dia tercekik rojak yang dia tengah makan. Tapi apa apa pun gua mesti habiskan rokok gua dulu, pastu gua sembur ubat kasi wangi mulut baru awek tu tak pitam masa gua bersembang dengan dia.

Gua pun bangun menuju ke arah table yang awek tu duduk dengan langkah penuh yakin. Gua tengok awek tu dah tak senang duduk. Gelisah. Peluh betina memercik turun dari wajah ayu beliau. Muka awek tu tak semena mena berubah jadik merah, mungkin panas agaknya.

Sampai kat table awek tu gua berhenti. Gua berdehem lapan belas kali. Gua perati awek tu tunduk ke bawah. Muka tak pandang gua langsung, agaknya segan dengan gua. Member dia lagi 2 orang gua tengok tak pasal pasal bersiul sambil menggoyangkan kepala mengikut rentak irama lagu Aril AF.

"Saudari, ada apa apa masalah ke?" Zip seluar saya tak terkatup rapat ke, ataupun ada taik palat atas muka saya ni?" dengan segera soalan gua hulurkan tanpa menghulurkan salam.

"Er, er...bukan..takde ape ape pun. Hmmm, cuma...saya...," tergantung pulak jawapan dia.

"Cuma apa? Boleh ke saudari berteus terang? Saya bukan kanibal, puak yang memakan daging manusia tu," gua berdiplomasi sedikit.

" Errr, saya dah tengok awak dari tadi. Rasa macam nak kenal pulak dengan awak. Awak tak kisah ke?" jawab awek tu seraya memandang ke arah gua.

Terus gua rasa macam nak pitam. Awek yang secantik macam ni nak kenal dengan gua. Apa gua ni lagi hensem dari Jehan Miskin ke?

"Ooo, kalau macam tu boleh aje. Apa salahnya kan, " gua jawab sambil melemparkan senyuman paling iras dengan Aaron Aziz.

Gua dengan awek tu pun bersembang la untuk saling kenal mengenali antara satu sama lain. Dalam sesi bersembang tu, gua dapat rasakan yang awek ni betul betul ikhlas nak berkawan dengan gu, bukan sebab nak kenakan gua. Jadi lepas bersembang selama 8 jam 35 minit, gua pun mintak izin untuk chow sebab muka member gua kat table lagi satu dah macam mintak diberikan bantal dengan selimut la pulak.

"Ok, tapi boleh tak awak bagi nombor phone awak? Senang la nanti nak contact dengan awak, please...," pinta awek tu sambil buat muka comel gila babi. Babi pun tak comel macam tu.

Ok ok, boleh je," balas gua tanpa mahu melukakan hati tulus seorang awek cun.

Lepas bertukar tukar nombor telepon, gua pun chow dari situ. Mata gua pun dah berat, dah tak boleh nak hendel dah ni. Gua pun senyum kat awek tadi, sambil awek tu melambai lambai tangan menandakan babai mengalahkan seorang anak menghantar ibunya ke Tabung Haji. Dalam kereta gua cuma tersenyum je, tapi kepala otak gua ligat memikirkan kat mana gua pernah nampak awek tu.

Sampai kat rumah gua terus bukak komputer. Gua taknak tido. Gua dah rasa macam gua dah tau sape awek tadi. Untuk kepastian gua pun Gugel nama awek tadi. Sekali keluar gambar ni;



Ni la awek cun yang gua maksudkan tadi

Patut la gua pernah nampak awek ni. Awek ni ada berlakon dalam cerita Nur Kasih kat TV3 dulu. Terus gua tutup pc, gua capai henpon sambil layangkan sms ke awek tadi.

Tak sampai 20 saat awek tadi dah balas sms gua. Terus gua senyum sampai ke telinga di atas katil dalam posisi yang tak mampu untuk digambarkan.

24.7.10

Ciri-ciri Awek Ranggi Pilihan Gua

Gua memang cukup gemar memerhatikan orang orang di sekeliling gua sebab gua ada 2 bijik mata untuk melihat semua telatah, perangai, sifat dan segala macam jenis perkara yang gua rasa patut untuk gua perhatikan. Jadi, ini adalah apa yang gua rasa patut ada pada seseorang awek ranggi yang menjadi pilihan gua;

  1. Memiliki senyuman yang manis seperti segelas kopi ais ataupun gula gula cap kopiko,
  2. Raut wajah yang bersih, tenang, mendamaikan serta bebas dari parut kesan selepas eksiden,
  3. Masih memiliki ciri ciri wanita timur dan tidak terlalu menunjukkan ciri kebaratan yang melampau walaupun gua sememangnya berasal dari barat,
  4. Tidak pandai membazir wang ringgit di kala bershopping, lagi lagi di musim pra-raya,
  5. Mampu berfikir dan pandai menyelesaikan segala masalah mahupun kemelut yang datang melanda diri beliau tanpa perlu merengek rengek meminta perhatian,
  6. Menghormati masa masa peribadi gua dan tak perlu untuk memberi annual report kepada beliau 24 jam sehari,
  7. Mampu hidup dalam kesederhanaan dan mampu untuk melepak di gerai gerai tepi jalan bawah pokok;
  8. Tidak terlampau gedik seperti seekor kucing yang sedang kelaparan,
  9. Baik tutur katanya serta kurang kasar bahasanya walaupun gua sendiri suka bercakap kasar,
  10. Memiliki perangai dan peel yang gila ataupun bahasa mudahnya gila gila remaja,
  11. Tidak terlampau memandang wang ringgit, harta benda, kekayaan serta darjat kekeluargaan,
  12. Memiliki unsur unsur humor dalam diri dan bukannya seorang yang pasif,
  13. Tidak menjadikan Tyra Banks, Britney Spears, anak Yusof Haslam ataupun Justin Bieber sebagai idola,
  14. Cekap dalam bidang automotif, pertanian, seni reka tanda, ekonomi rumah tangga, pasaran saham, membaiki bumbung bangunan, mendaki bukit, grafiti, rapping serta headbanging,
  15. Tidak memakai gincu bibir kaler merah terang di waktu pagi, tengahari, petang mahupun malam,
  16. Cukup tabah, cekal dan bersedia untuk kena bahan dalam segala aspek yang dapat dibahankan,
  17. Memiliki sepasang Converse yang usang dalam almari kasut di rumah,
  18. Mampu mencapai range vokal Jaclyn Victor semasa berkaraoke,
  19. Tidak memasang impian untuk menjadi ketua pasukan sorak di institut pengajian tinggi,
  20. Bukan ahli Puteri Umno,

Begitulah serba sedikit apa yang dapat gua coretkan untuk kali ini. Sebenarnya masih ada 1,570 ciri lagi yang gua rasa tak perlu orang lain tau, cukuplah gua sorang je yang tau.

Kalau sape sape rasa ada ciri ciri kat atas tu sila silalah batuk, berdehem, senyum macam kambing, cepat cepat tengok muka sendiri kat cermin ataupun pura pura menyamar jadi kerusi.

21.7.10

Merokok : Membahayakan Kesihatan atau Poket?

Gua terkocoh kocoh ke tandas, sebab dah tak tahan nak terkencing. Sejuk betul ekon dalam opis ni, bisik hati gua. Sambil kencing, penyalaan sebatang rokok cap Pall Mall Menthol pun berjalan. Asap rokok gua sembur ke atas tanda keangkuhan gua, padahal gua hanya keseorangan di dalam tandas.

Tiba tiba, masuk sorang brader kerja maintenance kat bangunan tempat gua kerja. Itu jam gua dah duduk atas sinki hisap rokok sambil buat muka Tomok New Boyz. Gua pandang brader tu, brader tu pun pandang gua. Kami saling berbalas senyuman.

"Sedap nampak hisap rokok? Lagi lagi lepas makan, lagi la sedap ye tak?" brader tu mula bicara sambil membasuh termos milik beliau.

"A'ah, tapi biasa je bang. Dah macam tabiat la pulak," gua jawab sopan.

"Apa la agaknya rasa rokok ye? Saya ni tak hisap rokok," balas brader tu.

"Oh, yeke? Takde rasa apa sangat pun bang, tapi macam rokok yang saya hisap ni rasa sejuk," gua memberikan info.

Asap rokok gua hembus paling ke kiri, tak sopan hembus ke arah orang yang tak merokok. Pesan orang orang tua tu. Dalam masa yang sama gua perhati ada orang yang masuk ke tandas.

"Ada pulak rokok rasa sejuk ye. Satu hari awak hisap berapa kotak ni?" aju brader tersebut.

"Tengok la bang, biasanya sekotak boleh tahan 2 hari. Tapi kalau jadi sehari sekotak tu sebab lain. Kawan kawan mintak takpun memang tetiba nak hisap banyak hari tu," terang gua.

"Oh, ok la tu. Takde la banyak sangat. Ingatkan kuat hisap rokok," kata brader tu sambil tersenyum.

Gua pun angguk angguk senyum senyum.

"Ok la, saya masuk kerja dulu," brader tu macam mintak izin dengan gua la pulak.

"Ok bang," gua setuju tanpa menghalang.

Timing memang cantik, brader tu keluar je rokok gua dah habis. Gua kasi buang puntung rokok, kumur kumur sikit lepas tu touch up rambut. Selang seminit kemudian gua bakar lagi sebatang rokok.

Agak agak tak banyak ke kalau dah macam tu?

13.7.10

Seruan Kepada Semua

Pada petang Sabtu yang damai, angin sepoi sepoi bertiup, matahari tak berapa nak keluar sangat menandakan bahawa cuaca sangat sesuai untuk bermain bola, berbasikal, merejam lembing, lari 100 meter berpagar, memanah, berkuda, merempit sambil suwit suwit awek dan pelbagai lagi aktiviti riadah yang menyihatkan badan.

Bagi mereka yang gemarkan aktiviti dalam rumah pula, mereka lebih selesa menonton dvd, memakan cekodok, bermain PS 3, menulis entri baru di blog, melayani kerenah rakan rakan di Fesbuk, berchatting di YM sambil berwebcam separa lucah, berkhidmat pesanan ringkas lucah dan juga bermasturbasi di dalam bilik.

Apabila dilihat pada aktiviti yang dilakukan oleh 2 golongan yang berbeza itu, dapat disimpulkan bahawa perkembangan mental dah sahsiah diri lebih terjamin berpihak kepada golongan pertama tadi yang lebih gemarkan aktiviti di luar. Bersukan atau beriadah akan memberi keseronokan pada mereka dan secara tak langsung menjana kesihatan tubuh badan serta minda meraka.

Manakala bagi golongan kedua, keseronokan tetap ada. Tetapi, kemudaratan yang lebih banyak akan datang berbanding kebaikan. Berpeluh jauh sekali, cuma mungkin semasa bermasturbasi itu peluh akan keluar juga. Tetapi, ianya tetap tidak elok dari segi kesihatan mahupun dari perundangan Islam sendiri (bagi mereka yang beragama Islam). Dan apa yang menyihatkan jikalau mulut tak henti henti mengunyah cekodok di selang selikan dengan teh susu mahupun teh o panas?

Sampai bila kita mahukan kehidupan seperti itu? Tidakkah kita berasa bosan dengan cara hidup begitu? Tidak berasa malukah kita dengan rakan rakan lain yang jauh lebih sopan gaya hidupnya berbanding kita?

Oleh itu, marilah kita sama sama berubah menuju kearah kejayaan dan juga membentuk diri menjadi belia yang berwawasan, berkaliber, berintegriti, gemilang, terbilang dan berwawasan dalam menyahut seruan 1 Malaysia serta laungan Malaysia Boleh.

...

Tapi, gua lebih gemarkan tidur di petang hari Sabtu selepas balik dari kerja. Peduli apa gua dengan tulisan di atas.

notakaki : apa yang gua merepek pun gua tak tau.......

11.7.10

Tilikan : Antara Tepat dan Tidak Tepat

Paul si peramal

Mamat atas ni memang tengah top semenjak World Cup ni. Apa yang dia ramal, semuanya betul betul jadi. Orang ramai huru hara cerita pasal mamat ni kat mana mana je, tak kisah la kat kedai mamak ke, dalam jamban ke, semua nak cerita pasal Paul - si peramal yang tepat.

Sekarang ni, dia dah ada pesaing dia. Ada sekor burung kat Singapura, Mani namanya. Pun sibuk sibuk nak cari populariti dengan menilik keputusan perlawanan. Tapi Mani tak sependapat dengan Paul. Paul dalam ramalannya, final nanti Sepanyol yang menang. Tapi Mani ramal Belanda yang menang. Siapa yang tepat, kita tengok nanti.

Hari ni gua baca suratkhabar, keluar lagi beberapa jenis haiwan sibuk nak jadik pak tilik. Ada cimpanzi, babi hutan Afrika dengan buaya. Sibuk jugak 3 ekor binatang ni nak celen Paul. Ni mesti kes dengki dengan kepopularan Paul la ni. Diorang pun nak top jugak, tapi keluar saat saat World Cup nak habis. Macam mana nak tunjuk kehebatan masing masing? Salah strategi agaknya.

Tapi, kita sebagai orang Islam janganlah mati mati percaya benda yang karut ni. Percaya pada benda selain dari Allah bukan kecik punya salah. Bawak bawak la beringat sikit. Mungkin Allah saja bagi power kat Paul sebab nak test kita semua, sama ada kita akan percaya pada Paul atau pada Allah Yang Maha Berkuasa. Betul tak?

9.7.10

Tak Tau Apa Nak Jadi Dengan Dunia Sekarang Ni

Sekarang gua online, tulis entri dari saiberkefe.

Apa nak jadik ni??????

4.7.10

Sabtu Malam Minggu

Malam tadi gua buang masa kat Dataran Shah Alam. Bukan pasal gua mat rempit nak lepak tak tentu hala kat sana, tapi pasal ada Frinjan tu yang buat gua mencemar duli turun ke Dataran Shah Alam. Gua punya risau tengok kenapa la takde orang langsung kat sini, tapi lepas je gua sampai kat situ terus berpusu pusu orang datang, seolah olah gua ni la daya penarik Frinjan kali ni, cis!

Dalam sepoi sepoi angin malam ditambah dengan rintik rintik hujan, Frinjan berlangsung juga walaupun dalam hati gua memberontak nak tengok Jerman lawan Argentina yang main malam tu jugak. Celaka, susun la jadual betul betul lain kali, tak pasal pasal clash dengan Frinjan.

Gua berjaya merembat, bukan rembat tanpa buat bayaran tu ye, 3 keping cd yang gua yakin dan pasti menarik untuk didengar. Kira kira gua habis duit malam tadi pun paling koman RM 35 untuk 3 keping cd, belum cerita bab makan, rokok, topap henset lagi tu. Tapi gua puas hati, sebab gua dapat beli cd Iqbal M yang berharga RM 10 je. Ok la tu, kalau cd blue mahal mahal sanggup beli, cd lagu RM 10 pun takkan nak berkira brader?

Ikut kata hati rakan gua, nak je blah lepas kaut apa yang patut. Ni semua pasal bola la ni, cibai betul. Tapi mujur seorang rakan wanita lekas lekas memberitahu yang beliau telah pun on the way, jadi dengan segala hormatnya gua pun tunggu la beliau sebab gua yang terhegeh hegeh bagitau dia gua kat situ, hehe.

Tapi gua rasa memang ada hikmahnya gua tunggu kawan gua tu. Sebabnya gua dapat tengok Iqbal M sama Keladak perform, dapat jugak tengok bola sebab skrin besar tayang siaran langsung bola, dapat beli cd dan juga dapat bahan member gua yang kelihatan ayu dengan jersi Argentina beliau tu, haha.

Apa apa hal pun, gua suggest lu orang cuba cuba kenal dengan Iqbal M, komfem lu akan bosan dengan Bunkface lepas ni. Komfem!