14.12.11

Epik Stori : Episod 3

"Haa, apa dia cadangan tuan hamba? Tuan hamba jangan main-main, nanti hamba kilas tangan tuan hamba baru tuan hamba tahu", ugut si ketua.

"Rilek la tok, hamba tak main-main. Cadangan ni dah lama hamba fikirkan, cuma kali ni saja ada can untuk hamba usulkan", sambung pemuda tersebut sambil menyalakan sebatang rokok daun.

"Silakan wahai pemuda", jemput si ketua kepada pemuda tersebut.

Hadirin yang lain semuanya diam menyepi. Masing-masing memasang telinga. Semuanya tak sabar nak dengar cadangan yang akan diusulkan sebentar nanti. Entah power entah tidak.

"Begini tok ketua, hamba ni bukanlah power mana, tapi hamba dah kaji tentang musuh kita ni lama dahulu. Hamba selalu juga terdengar desas desus tentang kelemahan musuh kita ni, cuma hamba tak yakin kita mampu untuk melakukannya", terang si pemuda sambil menghembuskan asap rokok ke atas. Angkuh.

"Pada hemat hamba, mereka ni nampak sahaja ganas tapi tetap mempunyai kelemahan. Kalau kita dapat serang pada titik kelemahan mereka, maka kita akan mampu menewaskan mereka tok ketua", sambung pemuda tersebut.

Pakcik-pakcik, makcik-makcik, makwe-makwe, abang-abang dan adik-adik sibuk berpandangan antara satu sama lain. Tak tahu nak percaya atau tidak pada kata-kata mamat di hadapan mereka.

"Tak guna juga kalau terus bermukadimah, cuba tuan hamba bagitahu sahaja pada kami semua apa dia kelemahan musuh kita tu?" soal seorang pakcik.

"Baiklah kalau begitu. Kalian semua, apa yang hamba tahu musuh kita ini lemah pada bahagian punggung mereka. Tetapi, bukan sebarangan senjata yang boleh kita gunakan untuk menyerang mereka pada bahagian itu, kecuali......" , kata pemuda tersebut dengan saspen.

"Kecuali apa?" tanya sekalian manusia, termasuklah si ketua sendiri.

Si pemuda tersengih macam kerang busuk.

Macam setan.

No comments: