31.5.11

Misteri Si Maikel

Maikel gelisah tak tentu hala. Entah apa setan yang kacau dia sampai jadi macam tu pun dia tak tau. Tapi yang pasti, bukan kerana Musliha - pondan yang Karim jumpa tu - ini sebab lain ni. Maikel tau, biasanya kalau perasaan macam ni datang, tentu ada perkara buruk yang akan berlaku dalam masa terdekat.

Pernah sekali dulu kat sekolah, Maikel dapat feeling macam ni. Tak senang duduk dia kat dalam kelas, kejap kejap bangun, kejap kejap dia duduk, sampaikan Cikgu Zabedah pun rasa benci tengok peel si Maikel tu. Waktu balik Maikel cepat cepat langkah kaki untuk sampai ke rumah. Elok je Maikel sampai kat rumah, datang Wak Jeman bagitahu cerita buruk. Dogol, kawan si Maikel masa darjah 6 dulu mati eksiden kena langgar dek lori bawak daging babi.

Maikel tersentak. Hal kematian Dogol tak lama dulu kembali menghantui Maikel. Maikel tak mahu kali ni ada siapa siapa datang bawak khabar buruk kat dia. Maikel tak mahu tragedi Dogol berulang kembali.

Cepat cepat Maikel sarung kasut Converse old school dia tu. Asalnya kaler putih, tapi kerana selalu sangat Maikel pakai dah jadi kaler krim kasut tu. Siap pakai kasut Maikel terus kunci pintu dan pagar rumah usang peninggalan arwah ayahnya, Haji Lubis. Maikel angkat beg galas kaler hijau askar tu dan cepat cepat berjalan ke arah jalan besar untuk menunggu bas. Hari ni jugak Maikel ingat nak ke KL, lepak seminggu dua kat sana dengan Rambo, sepupu belah mak Maikel.

Dalam 10 minit kemudian bas pun sampai. Maikel terus ke seat paling belakang, betul betul tepi tingkap. Senang angin masuk katanya. Maikel keluarkan telefon bimbit cam Sagem dia, lalu dihantarnya sms terus ke nombor Rambo. Nak kabor kat Rambo yang dia on the way ke KL sekarang. "Koman koman kena bagitahu awal ni, kalau tak mahu keluar menyamun si Rambo ni" getus hati kecil Maikel.

Dalam bas Maikel tertidur, Siap mimpi lagi si Maikel. Nyaris nyaris seluar Maikel basah dek kerana mimpi berahi dia dengan Zainab, janda anak satu kat kampung dia tu. Sampai KL Maikel dah terjaga, itupun setelah brader konduktor bas kejutkan dia. Kalau tak dikejut, mahu tidur sampai ke Subuh!

Maikel capai telefon bimbit cap Sagem dia, tengok ada 21 missed call. Apa kecibai banyak sangat missed call ni tapi yang peliknya Maikel langsung tak dengar bunyian monophonic tu. Maikel tengok nombor Rambo yang tertera, terus di dailnya nombor Rambo tu.

Berdering, tapi tak dijawab. Maikel cuba lagi. Kali ni berjawab.

"Haa kamu Rambo, ape hal call aku sampai 21 kali tadi? Aku tidur la, dalam bas mana boleh tak tidur. Aku dah sampai KL ni, kamu di mana?" tanya Maikel.

"Laa, kamu di KL dah ke? Itulah yang aku talipon kamu tadi. Aku nak bagitau yang aku nak balik ke kampung tadi. Pak Lang Rosman sakit tenat kat rumah, Mak Lang mintak kamu mari ke sini," balas Rambo.

"Perghhhhh, yeke ni? Aduhh, kenapa la aku tak dengar kamu talipon tadi. Kalau tak, takde la aku nak kena patah balik dari sini. Yela, aku nak pergi beli tiket bas dulu ni. Kamu cakap la ke Mak Lang yang aku on the way sekarang ni," kata Maikel.

"Baik la," balas Rambo pendek.

Nah, sekarang Maikel tak tahu nak cakap apa. Kalau dia tersedar tadi, takdelah kena buat kerja bodoh macam ni. Sekarang ni, Maikel nak kena naik bas untuk balik ke Lipis malam ni jugak. Satu kerja yang penat untuk Maikel hari ni. Apa apa pun, sebelum naik bas Maikel nak isi perut dulu. Dari petang tadi dia menahan lapar dalam bas.

Dalam bas Maikel tak banyak bunyi. Maikel dok perhati je paha makwe kat seat sebelah dia tu. Kemain montok lagi paha makwe tu. Maikel rasa geram, nak je dia masturbasi kat situ jugak, tapi Maikel tak mau buat perkara tak senonoh macam tu. Nak tak nak, Maikel alihkan pandangan ke luar tingkap. Sedap je angin malam pukul muka Maikel. Sedar tak sedar mata Maikel makin kuyu, dan tak lama kemudian Maikel pun tertidur.

...

Esoknya Maikel sampai ke rumah Pak Lang Rosman, tapi bukan dengan bas yang Maikel naik malam tadi. Maikel menumpang van jenazah masjid kampungnya sebab bas yang Maikel naik malam tadi terbabas langgar treler bawak balak dekat Genting Sempah. 16 orang mati malam tu, termasuklah makwe seksi sebelah Maikel tu.

Hmmm, patutlah semalam Maikel resah gelisah. Rupa rupanya Maikel yang akan mati malam tu!

No comments: