1.5.11

Sumpah

Dalam masjid yang hening, Esrol duduk bersimpuh di depan mimbar. Tangan Esrol menggeletar, badan menggigil walaupun cuaca di luar masjid boleh bikin orang migrain. Lengkap dengan berbaju Melayu dan bersongkok tinggi, Esrol ditemani oleh 2 orang sahabat, Ramlan dan Sapuan.

Hari ni ada function penting kat masjid. Sebab tu Esrol dan 2 orang rakannya memakai baju Melayu dengan songkok, walaupun mereka kurang selesa sebenarnya dengan pakaian itu. Tapi, memandangkan mereka berada di masjid - secara tak langsung mereka kena dress up macam tu, untuk menghormati masjid.

Function harus dimulakan segera. Kalau lambat macam mana jemaah nak menunaikan solat Asar nanti. Maka dengan itu, Esrol dan rakan sudah bersedia di depan mikrofon untuk memulakan function. Tak semena mena ramai orang datang menerpa mereka. Keadaan yang tadi hening dan sunyi bertukar kecoh. Esrol dan rakan masing masing tak tentu hala. Tapi nasib baik ada pihak yang mengawal mereka, jadi mereka tak perlu berasa takut.

Dengan tenang, Esrol mengucapkan sesuatu.

"Maka dengan ini, aku Esrol bin Jani, bersumpah bahawa Azman bin Rambai adalah pencuri buah durian di kebun milik Pak Jabit dan aku, Esrol bin Jani turut berada di sana untuk merakamkan kejadian curi mencuri yang telah dirancangkan itu menggunakan telefon bimbit aku. Dengan nama Tuhan, Azman bin Rambai adalah pelaku didalam video berformat 3GP itu.

Para hadirin tergamam. Pak Imam pun sama terkejut, Pak jabit apatah lagi. Makcik makcik yang dok bersembang kat belakang tu tersentak. Tiba tiba ada satu suara menjerit dari belakang;

"Cett, entah entah dia yang plan tu semua. Lepas tu suruh orang lain buat. Ni kes nak dajalkan orang la ni. Ada ke patut hal curi buah durian pun nak main angkat sumpah? Kamon la dik, awak tu SPM pun belum lagi, dah pandai nak buat cerita sensasi camni ye? Dah dah, orang kampung semua, baliklah. Baik kita tengok sinetron kat TV3 dari melayan budak Esrol ni."

Maka keluarlah orang kampung semua dari dalam masjid menuju ke rumah masing masing. Kedengaran juga suara orang kampung mengumpat sana sini.

"Hal hal sinetron janganlah sesekali dilupakan," pesan makcik pakai baju kurung kaler ungu.

No comments: