12.5.11

Terkenang : Part 2

Benda kalau duduk asrama tapi perangai tak nakal serupa macam duduk kat rumah je. Ini fakta sahih yang gua dengar dari mulut seorang kutu yang selalu kena panggil ke bilik warden. Jadi malam malam di asrama adalah malam yang paling heaven di alam semesta bagi seorang remaja belasan tahun macam gua.

Gua seperti biasa akan mendengar dan turut sama melabon bersama geng geng yang lain. Biasanya cerita tentang awek kelas Awam 2, siapa gengster blok KL, apa projek hujung minggu dan kenapa sedap sangat murtabak telur DM menjadi bualan hangat geng geng gua.

Tapi malam tu gua tengok tetiba ada kucing dalam dorm tu. Entah siapa punya kerja agaknya yang bela kucing kat dalam dorm ni. Jadi gua pun ajukan soalan pada semua yang di dalam dorm tersebut.

"Ni sape pulak yang bawak naik kucing ni? Ke kucing ni sesat?"

"Aku bawak naik tadi,saje nak bela kucing. Maklumlah,aku kan suka kucing."

Itu jawapan Boccie. Ya, beliau memang sukakan kucing dan ada membela kucing di rumahnya (mengikut kata beliau) secara kecil kecilan. Gua puas hati dengan jawapan Bosri memandangkan dorm ni bukan dorm gua, tapi dorm Boccie.

"Jangan sampai dia berak rata rata dah la Cie. Memang ko la yang kena cuci"

Kata kata tegas seorang kutu di dalam dorm membuatkan Boccie tersengih sambil memberi jaminan bahawa kucing belaan beliau itu takkan berak merata rata, hasil penat lelah latihan yang telah diberikan.

Dah penat melabon sampai nak ke pukul 1 pagi, masing masing pun dah mengantuk. Kucing yang ada dalam dorm tadi gua dah tak nampak. Pergi berjalan jalan agaknya, fikir gua. Gua pun mengambil keputusan ke toilet untuk kencing, basuh kaki, touch up rambut dan juga menghisap rokok. Setelah selesai segalanya, gua menuju semula ke dorm Boccie untuk menumpang tidur di sana. Dari luar gua nampak dorm dah bergelap, tanda lampu dah ditutup.

Gua pun terus ke katil dan mencapai sekeping tilam. Trend bentang tilam kat lantai untuk tidur beramai ramai memang tengah top masa tu. Boleh merapatkan hubungan silatulrahim sesama mukmin. Jadi gua pun humban tilam yang gua pegang tadi ke lantai.

Lepas setting kedudukan tilam bawah kipas, gua pun terus landing dengan gaya terjun tiruk separa terlentang. Elok je kaki gua cecah ke tilam, gua terasa kaki gua ada benda ketul ketul tak berapa besar, tak berapa cair dan basah. Terus gua melompat bangun pergi ke suis lampu untuk tengok apa benda kat kaki gua tu.

Celaka.

...

Malam tu juga, Boccie menghantar pulang kucing yang dibela oleh beliau tak sampai 24 jam keluar dari asrama.

No comments: