7.1.10

10 Perkara Yang Jangan Dilakukan Bila Berada di Gig, Konsert atau Apa Saja Acara Yang Berkaitan Dengan Muzik


  1. Jangan hanya berdiri mengkakukan tubuh anda sambil memeluk tubuh. Pulak tu siap buat muka gengster bila orang lain tertolak dia. Ingat, ini gig la brader, kalau nak berdiri tegak diam-diam lu pergi la berbaris kat sekolah setiap hari Isnin;
  2. Pastikan anda tidak merokok apabila berada di dalam mosh pit. Bukan semua orang kat situ merokok. Mana tau ada awek-awek cun ataupun brader-brader straight edge yang benci akan asap rokok korang tu, so kena la respek kat diorang. Selain tu, ianya akan mengelakkan dari bara rokok anda jatuh melayang ke atas lengan brader skinhead kat sebelah dan menyebabkan muka anda dicop dengan tapak Doc Mart;
  3. Gig ataupun konsert bukan la tempat yang sesuai untuk pasangan yang berkapel untuk dating. Bagi si lelaki, kalau awek anda di raba oleh tangan-tangan gatal, jangan nak buat muka bengang gila babi sebab anda sendiri yang bodoh kerana membawa awek anda ke gig atau konsert. Sila la lepak kat Times Square sambil bermain bowling ataupun lepak di taman KLCC beromen secara sembunyi-sembunyi;
  4. Bagi gadis-gadis atau awek cun, pastikan anda bukan berseorangan atau berduaan dengan rakan anda apabila bersesak-sesak di depan pentas semata-mata nak tengok Bunkface, kerana kehadiran anda akan menyebabkan banyak tangan gatal yang singgah di segenap penjuru tubuh badan anda yang montok itu, termasuk la aku kalau ada peluang, hehehe....;
  5. Bagi gadis-gadis yang bertudung sopan, jaga kelakuan anda semua. Jangan melakukan perkara yang akan mendatangkan rasa jelik pada mereka yang berada di sekeliling anda. Ingat, anda membawakan imej Muslimah di tengah-tengah konsert atau gig, amat tak manis jika anda yang terlebih-lebih seperti meroyan;
  6. Jangan sesekali anda berasa diri anda hebat, lantas anda hanya memakai selipar apabila ke gig atau konsert kerana nescaya anda tidak akan dapat lagi merasai kewujudan kaki anda selepas itu;
  7. Jangan makan makanan yang berat sebelum anda masuk ke dalam mosh pit. Dengan perut yang penuh, anda akan kehilangan tenaga dan cepat berasa letih serta mengah secara tiba-tiba;
  8. Kalau boleh, jangan berpogo atau bermoshing sesuka hati tanpa menghiraukan perasaan orang di sekeliling anda, kelak hati anda yang akan tercalar beserta dengan muka dan tubuh badan;
  9. Jangan baling apa-apa saja objek ke dalam mosh pit, kerana nampak sungguh tiada semangat setiakawan bila anda melakukan perkara sedemikian. Aku pernah nampak dalam satu gig yang pernah aku pergi, sebiji kerusi melayang ke dalam mosh pit gara-gara rasa tak puas hati. Kita mahu bergembira, bukannya nak bergaduh tak tentu hala;
  10. Jangan balik lambat bagi mereka yang tidak mempunyai transpot sendiri, ianya akan menyebabkan anda terpaksa berjalan kaki untuk pulang. Dah tau gig habis pukul 12 malam, apa la bebal sangat nak stay sampai habis. Pastu tak habis-habis nak menyusahkan orang, siap suruh jemput dia macam la dia anak tan sri;
Itu la sedikit sebanyak perkara yang dapat di kongsi bersama. Lain kali kalau ada lagi, aku buat la part 2 pulak. Letih la nak pikir petang-petang ni, panas pulak tu.

No comments: