8.1.10

Hobi Masa Kecik Kecik

Dalam tahun 1998-2000, scene kumpul kad WWF cukup top. Siapa yang tak kumpul kad WWF dalam dompet Adidas pasar malam memang tak berapa nak cool la berbanding dengan budak-budak yang join scene kad WWF. Harga pun tak berapa nak mahal, memang boleh dikatakan mampu dimiliki oleh budak-budak sekolah masa tu. Sekali beli je dah dapat 3 keping. Nak beli kat mana pun tak susah, kat pasar malam ada jual.

Pasar malam area rumah aku pulak setiap hari Jumaat. So, setiap kali pergi pasar malam benda pertama yang aku carik memang kad WWF tu la selain dari usya-usya dompet Adidas takpun Nike. Masa pilih kad pun dah kecoh. Kejap-kejap nak gambar The Rock, kejap-kejap kang bila teringat yang gambar The Rock dah banyak mula la carik gambar Stone Cold pulak. Masa tu yang paling top Stone Cold dengan The Rock la. Undertaker tak berapa nak berkenan, jiwa kegelapan tak berapa nak ada dalam diri masa tu.

Kalau dapat kad gambar yang aksi Stone Cold buat aksi lain dari kad budak-budak lain cukup best. Masa tu dia punya eksyen macam pakai beg Adidas ori kaler hitam bawak pergi sekolah. Masa nak tunjuk kat kawan-kawan punya la berlagak. Siap ada yang offer tukar kad suka sama suka, tapi awal-awal lagi dah rejek sebab susah gila nak dapat kad rare ni. Member tengok pun berbulu je, usya macam nak rembat kad dalam dompet diam-diam.

Punya la nak jaga kad WWF tu, siap beli lagi card holder buat selit dalam dompet. Sekali tengok, tebal dompet dah macam tebal dompet bapak-bapak yang penuh dengan kad kredit. Kalau letak kat poket belakang, rasa membukit je kat poket belah kanan. Lagi satu, member-member memang salute la kalau kad WWF tu banyaknya sampai macam tu sekali. Kadang-kadang siap main tukar-tukar kad lagi. Katakan la, kad gambar Jericho dah ada sampai 4 dalam simpanan. So, offer la nak tukar kad dengan member-member yang lain. Mana tau kot-kot member ada kad gambar Chris Benoit yang smart, boleh la tukar dengan dia.

Tapi ada jugak budak-budak yang join scene kad nama. Konon dah macam bisnesman la dah ada kad nama. Nak beli pun bukan main leceh. Nak kena tempah lagi, siap kena isi borang macam nak mintak pinjaman buku teks. Pastu, bukannya terus dapat direct kat tangan, nak kena tunggu posmen hantar lagi. Harga pun mahal, tak macam kad WWF. Boleh pulak pilih gambar apa yang nak diletak atas kad, gambar yang ada pulak gedik semacam je. Gambar bintang filem hindustan la, gambar kucing la, gambar bunga la dan macam-macam jenis gambar yang langsung tak menunjukkan diri masa tu dah pandai layan lagu XPDC secara diam-diam.

Atas kad tu pulak boleh la letak macam-macam info. Nama penuh kau pun boleh, tapi tu memang standed la. Dah nama pun kad nama. Alamat siap ada, kadang-kadang ada yang letak nombor talipon sekali. Padahal masa tu kalau nak bergayut dengan talipon bukan main susah. Mak kat tepi siap pasang telinga, mana tau kot-kot ada perbualan yang menjurus kepada kapel mengkapel. Yang lagi tak boleh blah, siap ada ucapan atau kata-kata hikmat atas kad tu. Sangat celaka!

Budak-budak perempuan suka la simpan kad-kad macam ni. Dia punya suka lagi-lagi kalau dapat kad gambar Shah Rukh Khan, Salman Khan, takpun Amir Khan. Bukan main suka kalau bab nak bagi kat pakwe-pakwe hensem dalam kelas, dengan harapan diorang akan simpan kad tu elok-elok. Bagi yang kaki jiwang tu memang akan simpan la. Tapi bagi yang kaki wrestling ni, jangan harap la nak simpan. Dah kira melanggar protokol dah tu.

Masuk je tingkatan 1, scene kumpul kad WWF dah tak berapa nak meriah. Nak pergi pasar malam beli kad WWF pun dah reti nak segan. Pergi pasar malam dah pandai beli ayam rangka, sambil usya awek-awek sebaya yang cun melecun. Budak-budak kecik boleh la main benda alah tu. Tapi memang masa tu kad WWF dah agak susah nak carik, mungkin scene kad WWF dah berkubur. Tapi, scene kad nama bodoh tu aku tengok mampu bertahan sampai aku naik tingkatan 4 masuk sekolah teknik sebab ada sorang awek tu kasi kad nama dia kat aku. Sungguh memalukan.

Kadang-kadang aku terpikir balik, apa faedahnya habiskan duit beli kad WWF tu banyak-banyak pastu simpan dalam dompet Adidas kasi tebal? Sebab sekarang aku pun tak berapa nak pasti, apa agaknya nasib kad WWF tu dengan dompet Adidas pasar malam aku tu. Dah dikitar semula ke? Hanyut sampai ke Sungai Rajang ke? Ke mak aku dah ambik diam-diam kad aku tu masa aku tidur, pastu terus bakar dengan sampah sarap yang lain kat belakang rumah?

3 comments:

Mohd Shaffiq Bin Mohd Razali said...

mak ko simpan aa kad tu wat koleksi..
cbe try tnye mak ko..
ta pon secare mencuri ko try check kat almari
hahah :D

humaira balkiss said...

bhaha
ape2 pon triple H yg best
tegap dn gagah
walaupon cm sush nk nmpk muke beliau dicetak dlm kad tuh
haha

eh,main ejek2 nme bapak pon pemes gak tme ekcik2 dlu.haha

zulhelmimalek said...

haha..
btul2..
triple h mmg best..
gagah dan sasa...
lg best time beliau dlm DX..
nmpk sgguh kenakalannye..

ejek name bpak mmg femes,tp lg stail klu main name datuk...
hahaha..