20.1.10

Zaman Nakal Sekolah Teknik Dulu

Malam tu memang malam yang bosan di asrama. Ye, setiap malam di asrama akan menjadi bosan sekiranya tidak dipenuhi dengan aktiviti yang menggembirakan. Setakat duduk kat tebeng, sembang-sembang sambil hisap rokok dan suit-suit awek aspuri yang lalu lalang kat asrama aspuri tu dah cukup membosankan bagi aku. Takkan takde benda lain yang betul-betul lebih adventure selain dari memecah loker budak dorm sebelah semata-mata nak carik benda yang boleh dikunyah? Hari-hari buat mau panas muka ni nanti.

Dalam dok terpinga-pinga memikirkan plan yang betul-betul jahat, datang pulak 2 orang junior dari blok K & L, Adib dan Zack nama mereka. Kitorang kat blok M & N memang dah kamceng dengan budak-budak ni pasal senior diorang perangai macam gampang, jadi mereka pun menumpang kasih pada kami senior blok M & N. So, Adib tanpa segan silu telah bertanyakan sesuatu kat aku yang masa tu tengah syok melayan Surya;

"Bob, ko tak rasa macam nak tengok cd blue ke?" tanya Adib.

"Hah, cd blue? Kau biar betul, mana nak dapat cd blue kat sini? Lagi satu, nak tengok kat mana? Takkan dalam bilik warden kot?" aku membalas penuh minat.

"Haha, rilek la. Cd aku ada, Jepun punya. Ini bukan 3 star, ini 5 star punyaaaa. Kita tengok kat blok akademik, bilik bahasa" kata Adib.

"Perghhh, tak boleh biar kalau macam ni. Tapi takpe ke, kang kalau kantoi camne?" tanya aku pulak.

"Ko ikut je Bob, aku dah tengok 2 malam dah kot. Takde pape pun. Asal kita cover line dah la," syor Adib sambil Zack sengih-sengih muka macam celaka mintak seken rokok.

"Ok la, kalau camtu aku on je. Sape lagi nak join ni? " aku setuju sambil rakus menghabiskan sisa-sisa Surya di tangan sebelum Zack mencapainya.

"Kita tanya je la sesape, kalau diorang nak selamba la gerak. Tapi malam sikit la, tunggu line betul-betul clear. Nanti aku carik ko ye," Adib memberi cadangan.

"Ok ok, nanti kau panggil aku," balas aku.

Tengah aku sibuk-sibuk cari kaki lagi untuk buat perkara adventure ni, Adib dengan Zack datang dengan seorang lagi kutu, tapi aku dah tak berapa nak ingat siapa. Setelah dipersetujui, kitorang pun bergerak ala-ala komanda ke arah blok akademik yang tak berapa jauh sangat dari asrama aspura. Blok akademik malam-malam memang gelap. Satu lampu pun tak dipasang, jadi kalau nak naik sorang-sorang sangat la aku tak berani. Itu yang membuatkan line tersangat clear untuk melakukan aktiviti pornografi.

Dah panjat tangga sampai ke tingkat 2, kitorang pun sampai kat bilik bahasa. Masa tu dalam hati aku terfikir, apa punya bodoh cikgu tak kunci solex pintu bilik bahasa ni, kan dah jadi port budak-budak tengok cd blue. Benda dah senang masuk, takyah tunggu lama-lama la jawabnya. Kitorang pun terus masuk dalam bilik bahasa tu. Dalam bilik tu dah ada tv siap dengan cd player lagi, memang seronok la layan cd blue malam-malam. Haha.

Masa tu, kitorang setting pencahayaan tv dengan mengkaver tingkap di sebelah tv dengan menggunakan skrin putih projektor milik sekolah, supaya takde cahaya yang terpancar melalui tingkap. Kalau tak, kantoi keras beb. Lepas siap setting baik, kipas dah on pada kelajuan 5, kami pun memulakan sesi menonton porno dengan hepinya. Strategi kami cukup ampuh, iaitu dengan meletakkan seorang di luar bilik bahasa secara bergilir-gilir untuk cover line. Jadi, nak menonton pun takkan risau lagi.

Muka masing-masing masa tu takyah cakap la, jenis muka sangap je sekor-sekor. Tu kalau ada perempuan masa tu, memang habis di kerjakan secara gang bang. Adib masa tu kat luar, tengah cover line. Tapi tak lama lepas tu, dia dah mula bagi hint nak serahkan baton cover line kat orang lain pulak. Aku pun secara sukarelanya pun keluar la menggantikan tempat Adib.

Mula-mula keadaan terkawal je masa aku jaga. Tetiba, masa aku jenguk kepala nak tengok kat bawah boleh pulak ada pakgad kat bawah tu. Dia pulak perasan aku jenguk kepala tadi, aku pun dengan sepantas kilat terus la tunduk menyorok. Pucat muka aku masa tu, dah macam masa kantoi tak turun Asar kat surau. Pakgad tu pulak, siap sound aku yang kat atas ni. Lagi la aku takut. Dia siap warning, kalau tak turun jugak dia sendiri yang akan naik. Ah sudah, kalau dia naik kantoi la budak-budak dalam bilik tu. Aku senang-senang dah boleh chow je masa tu. Tapi atas prinsip persahabatan aku tak sanggup nak biarkan diorang kantoi. Aku pun bukak tingkap sikit bagitau kat bebudak yang kat dalam tu tentang situasi terkini. Menggelupur masing-masing nak berambus dari situ. Lepas bagi amaran, aku pun terus lari ke arah tangga. Nak jugak aku stenbai, kot-kot pakgad tu dah sampai atas.

Aku tengok line sudah clear, apa lagi nak tunggu. Aku pun cabut la dari situ, sepantas kilat aku dah turun ke tingkat paling bawah sekali. Kitorang lari asing-asing taknak sekali lari, takut senang dikenal pasti. Aku pun lari la nak masuk ke kawasan asrama balik, tapi tetiba aku nampak bebudak tadi kat pintu belakang dewan makan (DM). Aku pun join la diorang kat situ, sambil-sambil tu boleh tanya tentang perkembangan musuh. Kitorang pun melangkah la masuk ke dalam DM, tapi ternyata la langkah kiri. Pakgad tadi dah tercegat kat depan pintu DM sambil menjerit, "Woiiiiii!!!!!!!!!!!!!!" Sangat celaka perangai beliau.

Apa lagi, kucar kacir kitorang lari. Yang 3 ekor tadi boleh bantai lari ke depan, sampai kat aku bijak sikit la, aku lari ke belakang sampai la ceruk-ceruk belakang sekolah. Sambil tu usya-usya sikit kat balkoni asrama aspuri. Mana tau kot-kot ada yang tengah bukak coli ke, kan dah untung di situ. Tapi memang tak dapat dinafikan, sangat la hebat ye kerana berlari-lari di kawasan sekolah secara solo pada malam hari. So dengan gaya komando aku pun berjaya menyusup masuk ke dalam asrama tanpa di sedari oleh musuh yang telah hilang entah ke mana. Berbekalkan selipar di tangan, aku terus naik ke tingkat 3 asrama sambil berlari-lari manja. Gila celaka penat sungguh main kejar-kejar dengan pakgad malam-malam. Jadi, untuk melepaskan lelah aku pun menghisap rokok sebagai penambah tenaga yang telah hilang, sambil menunggu lagi 3 orang yang masih belum lagi muncul.

Tengah aku galak bercerita pada rakan-rakan tentang pengalaman yang ditempuhi sebentar tadi, muncul 3 orang yang sudah ketinggalan tadi. Dalam keadaan masih termengah-mengah, Adib sempat lagi nak pow rokok aku. Gampang punya budak. Kami pun duduk enjoy sambil bergelak ketawa bercerita tentang kejayaan kami menonton cd blue di bilik bahasa dan juga melarikan diri dari pakgad yang gaya lariannya dah serupa macam Usain Bolt. Sangat menggembirakan.

5 comments:

Mohd Shaffiq Bin Mohd Razali said...

mcm babi aktiviti korang ni!!..
kalau aku jd pak gad mmg aku tros bom je tempat korang lepak tu
wakakaka

dya said...

hhahahaaa.. lwk siot.. cnear ngan jnear dua2 nek tocang..

syafinaz said...

bodo btol!! hahaha... sakit perot aku dok gelak2~ kalo aku ader time tue..aku buat ko stim dlu pastu aku mscall pak gad..msti ko da kantoi awal2 kan? hahaha =))

zulhelmimalek said...

capix:lu ape tau??dok asrama mcm puki taik klu x buat bnde yg rebel cmtu..

deqya:nk buat cmne,muafakat membawa berkat

pnut:ala,kecoh la ko pnut...aspuri pkul 11 dh tutup pgar,gile poyo..

esprsso__ said...

isk isk. tak sempat nak tengok sampai habis.