24.10.09

Untuk Di Jual

Ada sape-sape berminat nak beli Modenas Kristar, 110?

Kaler set hijau putih, bukan macam bendera Pas sebab ada kaler hitam jugak. Semat la jugak kaler tu.

Pernah merembat ke Subang dengan jayanya dan menduduki tempat ke 3 dari 1054 bijik motor lagi.

Pernah juga secara kereknya berlumba dengan sebijik Proton Wira standed semasa dalam perjalanan pulang dari Sungai Congkak.

Belum pernah terbabas secara besar-besaran kecuali jatuh tergelincir di depan rumah seorang rakan. Cilaka.

Mempunyai rekod masa yang agak lama untuk enjin dihidupkan, iaitu selama lebih kurang 40 minit yang berjaya dicatatkan petang semalam.

Harga tak mahal sangat, RM 5000 dah ok dah. Takde nak deal-deal lagi dah.

Haha, ade beran nak angkat?

No comments: