20.2.10

Bukan Sengaja....


Semenjak cuti kerja seminggu ni, aku sekarang dah rajin jadi pemerhati. Bukan apa, daripada aku duduk kat rumah membuang masa, baik aku cuba-cuba buat sesuatu yang baru.

Sepanjang seminggu cuti lepak-lepak kat rumah, aku secara tak pasal-pasal takkan miss satu sinetron yang tengah sibuk main kat TV3 setiap Isnin hingga Khamis pukul 2 petang, iaitu Tasbih Cinta. Aku tengok bukan sebab aku nak jadi peminat tegar sinetron Indonesia, tapi pasal semua orang kat rumah aku sibuk nak tengok, jadi dengan terpaksa aku pun layan la sekali.

Dalam kemeriahan warga Malaysia menonton sinetron ni, aku terperasan beberapa perkara yang menyebabkan aku menjadi bingung seketika untuk memikirkan jawapannya. Kebanyakannya nampak seperti remeh, tak pasti kalau orang lain pun ada perasan ke tak.

Ni ada beberapa perkara yang dapat aku kenal pasti melalui pengamatan aku terhadap Bella, opss, terhadap sinetron ni;

  • Mengapa kamera untuk sinetron ini hanya memfokuskan pada wajah para pelakon sahaja? Kenapa langsung tidak difokuskan seluruh tubuh ataupun sebangsat-bangsatnya, hingga ke paras pinggang para pelakon? Adakah ini satu seni dalam penggunaan kamera?;
  • Aku juga kadang-kadang terfikir, adakah Jojo dan Bella itu berdiri sebelah menyebelah? Kerana kelihatan seperti kedua-duanya berada di tempat yang lain, tapi secara tiba-tiba mereka sebenarnya berdiri sebelah menyebelah. Bukan saja pada Jojo dan Bella, malahan juga pada watak-watak yang lain;
  • Dalam sinetron ini, dapat dipastikan bahawa penggunaan pelakon tambahan untuk membawakan watak orang-orang kampung memanglah tiada. Dalam 1 babak, kelihatan seperti mak kepada Jojo memberi ucapan kepada para tetamu yang hadir di rumahnya, tapi langsung tak dapat dipastikan pada siapakah ucapan itu ditujukan kerana tiada langsung kelihatan muka para tetamu yang sedang mendengar ucapan itu. Mengapa ini berlaku? Kerana kekangan bajet dari produserkah?;
  • Semasa terbongkarnya suatu rahsia, ataupun apa-apa perkara yang mengejutkan, kamera akan memfokus berulang kali terhadap muka para pelakon yang sedang ternganga mulutnya dalam gerak geri perlahan sehingga boleh menyebabkan rasa menyampah yang amat sangat kepada mereka yang menonton;
  • Para pelakon juga seringkali dilihat bercakap seorang-seorang macam orang gila pada waktu yang tertentu. Kalaupun mahu bermonolog, takkan setiap masa nak bermonolog. Dan mengapa monolog itu kadang kala dilihat dah serupa macam bersembang dengan orang lain, bukan lagi monolog?;
  • Tak tau sama ada ini kebetulan ataupun tidak, semua sinetron yang aku sempat tengok, bukan saja Tasbih Cinta, tak habis-habis mengetengahkan suasana dalam bulan Ramadhan. Kenapa tak dalam bulan Rejab ke, Syaaban ke, Zulkaedah ke? Dah la bulan puasa lambat lagi ni;
Itu la antara beberapa perkara yang dapat aku kenal pasti melalui pengamatan aku pada sinetron yang berjudul Tasbih Cinta ini. Tak sangka, dalam sibuk-sibuk melayan kecantikkan wajah Bella, aku juga dapat menyelami beberapa perkara yang terselindung di dalam sinetron ini seperti yang tercatat di atas.

Agak-agak ada can tak jadi juri untuk Anugerah Skrin tahun depan?

5 comments:

humaira balkiss said...

jelas dpt tengok kelemahan dlm drama tasbih cinta tu
kesimpulannya,drama melayu.malaysia jauh lebih baik drp drama indon
:)
kan kan?
haha

zulhelmimalek said...

ye,betul tu...
tp drama kita juga ada byk kelemahan..
mgkin akn dikupas 1 hari nanti...

Mysara Newrie said...

Haha. Gelak bila baca entry ini! hehe

Bainun Waheeda said...

hahaha..cool la bob!! hahaha..aku pun ade gak tgk kadang2(sebenarnye hari2) time xde keje..haha

mmg part citer dia yang mcm kimak asyik nk poyo-poyo rumit je semedang n konon sembang di satu lokasi padahal dinding org ni mcm gini dinding orang tu mcm lain plak.

n lagi satu yang aku teringin nk tgk rumah papan si bella tu. xpernah aku tgk full..Asyik Close up muka watak smpai pnggang je.ahahha

zulhelmimalek said...

tu yg so mysterious tu...
entah2 belakon tepi longkang je kot...
hahahaha