3.4.12

Diari Hidup Zaman #1

Hai, nama saya Zaman. Saya seorang pemuda dari kelas pertengahan berusia 25 tahun. Saya bekerja sebagai budak penghantar surat ataupun nama yang lebih glamour mat despatch. Saya masih bujang lagi dan masih tidak memiliki makwe sejak zaman saya bersekolah menengah lagi. Ramai kawan-kawan saya yang kata saya ni loser, tapi saya peduli apa dengan kata-kata mereka, yang penting saya bahagia dengan hidup saya sekarang.

Tapi, saya tetap berasa sunyi bila mengenangkan yang saya ni tiada makwe lagi. Sebenarnya saya berasa iri hati apabila melihat kawan-kawan saya keluar dating dengan makwe mereka pada setiap hujung minggu. Tapi apakan daya, saya masih tiada seorang makwe pun lagi. Hanya Sid, kucing peliharaan saya yang setia menemani saya di rumah sewa setiap kali Amran iaitu rakan serumah saya keluar dating dengan makwe dia yang sampai 3 ke 4 orang tu.

Saya sebenarnya meminati seorang makwe di bangunan tempat saya bekerja. Opis saya di tingkat 5 manakala makwe tersebut bekerja di tingkat 8. Jadi setiap pagi saya akan pastikan saya akan menaiki lif yang sama dengan makwe tersebut, walaupun saya terpaksa menunggu. Setiap pagi saya akan merokok di depan bangunan tempat saya bekerja sehinggalah makwe tersebut sampai. Apa yang saya boleh buat hanya senyum kepada makwe tersebut kerana saya berasa malu untuk mengucapkan selamat pagi kepada dia.

Jadi semasa di dalam lif saya akan curi-curi pandang ke arah makwe tersebut sambil tersenyum seorang diri. Saat yang paling saya nantikan adalah saat di mana makwe tersebut menyelak rambutnya ke tepi telinga. Auwww, seringkali saya merasakan bahawa itu adalah momen yang terindah di dalam hidup saya, lebih indah daripada menang hadiah pertama nombor ekor. Nampak betapa losernya saya di situ tapi lagi sekali saya tekankan, saya peduli apa kalau awak nak kata saya ni loser.

Ting!

Alamak, dah sampai tingkat 5. Kacau betul lif ni, apa pasal cepat sangat dia sampai. Cuba perlahan sikit naik, ini laju semacam je. Dan ini juga bermakna masa-masa saya bersama si dia akan berakhir di sini. Tapi jangan risau, hari esok masih ada untuk saya dan dia.

Hehe.

No comments: