10.9.09

Keseronokan

Malam tadi, selepas Isyak berjemaah di masjid ada satu sesi mesyuarat harian bersama rakan-rakan. Kebiasaan venue yang dipilih tak lain tak bukan mesti restoran mamak. Kenapa entah orang Malaysia suka benor lepak mamak. Apa yang hensemnya mamak tu pun aku tak tau.

Ok la, berbalik pada mesyuarat tadi. Aku, Abh bersama Abang Wan saja yang menghadiri mesyuarat. Ahli jawatankuasa yang lain tak dapat nak hadir sebab sibuk bertadarus kat rumah sambil menganyam ketupat daun palas untuk raya nanti.

Sambil pekena kopi ais kegemaran, kami bersembang-sembang kosong sambil mata terpana ke arah skrin besar pasal Astro pasang cerita best. Sembang punya sembang, maki punya maki, sedar-sedar ada yang bakar line menyanyi lagu Axl's-Andai Dapat Ku Undurkan Masa. Huh, tak metal langsung. Tapi apa boleh buat, jiwa masing-masing menjurus ke arah ketimuran yang hakiki. Lantas, satu persetujuan telah di capai. Agenda selepas ini adalah untuk menuju ke Giant untuk berkaraoke sepam dua.

Setelah membayar bil minum yang mencecah hingga RM8200, kami pun bertolak ke rumah masing-masing kerana mahu bersiap-siap. Nak keluar malam kena la hensem-hensem,hehe. Setelah hensem dan kunci rumah sudah diambil kami bertolak menuju ke Giant dengan perasaan yang sungguh girang. Maklum la, ini malam merupakan malam karaoke pertama dalam bulan Ramadhan, hehe. Ok, sampai saja kat Giant masing-masing berlari-lari seperti Watson Nyambek masa Sukan Komanwel dulu. Gila laju betul lari, nasib baik tak terbabas langgar kaunter kat pusat karaoke tu, kalau tak brader tu mesti usya panas.

Dah kat kaunter tu apa lagi kan, buat pembayaran la. Ambik kau, malam ni pekena karaoke 2 jam. Memang satu sesi mengasah bakat betul la. Semua ada plan nak apply masuk One In A Million, tu pun kalau Paul Moss tak jadi juri sebab dia garang sangat la.

Masuk je bilik, terus capai mikrofon. Takde benda lain dah yang nak difikir. Tu je perkara pertama terlintas dalam otak. Dalam tempoh 2 jam, berbagai jenis lagu yang berjaya dihabiskan, dan tidak kurang juga ada yang tak berjaya dihabiskan langsung (masa ni gua bantai nyanyi Lefthanded-Lagenda Cinta. Tumpas gara-gara tak hafal melodi, cettt!). Selepas penat mengerah suara ke tahap maksimum persis si Robert Plan, aku dah tak daya lagi dah. Biasanya kalau lepak kat RedBox Sogo takde hal pun sampai 3 jam. Tak tahu la kenapa. Nasib baik dah habis time, kalau tak memang suara aku jadi macam suara Ramli Sarip la gayanya.

Lepas tu tak reti nak balik rumah terus, pergi mamak balik pekena teh o ais pula. Haha, tekak kering mana boleh tidur. Sembang-sembang sepam dua dulu baru pulang ke rumah. Lain kali takdenye nak lepak Giant lagi. Tak eksklusif langsung. Tempat macam port beromen je. Lain kali kita pergi RedBox pula, baru true kaki karaoke.

Gua ingat nak share video best sempena malam tu, tapi malas la pula. Tak baik mengaibkan rakan sendiri, haha. Nasib baik la aku berhati perut.

1 comment:

kaki karok1 said...

bagos2..

x yah la letak vid tuh..
hampagas jer..

wakakaka..

dh mcm penyanyi hardcore dah wa tgk..

hahahahha

;p