25.9.09

Nostalgia

Hari tu hari apa entah. Tapi yang pasti insiden tersebut berlaku di asrama laki-laki Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor. Aku masa tu baru je form 4, kiranya budak-budak junior la ni, kena respek senior..hak tuih!

Budak-budak hostel kalau tak nakal bukan duduk hostel la namanya. Yang baik-baik jenis kaki bodek senior, semua sebab takut dengan gertakan senior yang berlagak samseng la tu. Sampaikan ada yang sanggup tadahkan air basuh berak untuk senior time keputusan bekalan air. Takde keberanian langsung untuk menghadapi hidup yang berliku di hostel. Huh!

Berbalik pada cerita tadi. Masa tu ada 2 orang rakan sedorm aku sedang bergembira bermain-main sesuatu. Kami yang lain hanya memerhatikan dari atas katil sambil tersengih-sengih dan tangan penuh dengan keropok cap 'Snek Ku'. Ada juga yang bersidai-sidai di balkoni sambil bergosip tentang awek-awek aspuri yang cun dan tip top. Entah apa peel la, orang datang sekolah nak cari ilmu, dia pula nak cari jodoh.

Tengah asyik bergelak ketawa sambil bersorak riang, tiba-tiba je ada satu susuk tubuh yang masuk ke dalam dorm. Kerek betul, dah la tak bagi salam. Oh, patut la kerek, senior kitorang rupanya. Dengan muka masam mencuka, konon nak bagi nampak yang die tengah marah dengan sepenuh hati, padahal badan kurus keding, terus beliau men'sound' 2 orang mangkuk tadi,

"Oi, dah takde benda lain ke nak main? Suka-suka hati korang je usik barang aku ye!" bidas senior yang konon-konon samseng tersebut. Ada la juga kata-kata keji yang keluar, tapi tak sesuai nak disiarkan di sini.

Lantas, 2 orang yang terkena bidasan dan kata-kata nista tadi terus terdiam, termasuklah kami yang sedang asyik bergelak tawa. Suasana sepi seketika, bak kata budak-budak ada malaikat lalu. Khurafat sungguh pemahaman tersebut.

Kemudian senior tadi merampas objek yang menjadi punca kemarahan beliau yag mendadak-dadak dari tangan salah seorang rakan tadi dan meletakkan kembali ke atas katilnya sambil mengeluarkan kecaman dan amaran,

"Jangan nak mengada-ada main lagi benda ni, asyik nak buat benda tak berfaedah je" serius beliau berkata-kata sambil berlalu pergi dari dorm di iringi jelingan maut terhadap kami semua.

Tak sampai 1 saat beliau chow dari situ, suasana kembali hingar-bingar. Kitorang pakat gelak ramai-ramai sampai berguling-guling kerana insiden tadi. Benda tu sebenarnya takde la salah sangat kot, dah nama pun duduk hostel. Tensyen brader, koman-koman mesti kena ada benda yang menghiburkan hati. Kiranya budak 2 orang tadi tu melakukan kerja yang mulia la kan. Bukannya diorang usik barang mahal pun. Benda murah je pun, itu pun nak marah-marah. Siapa suruh placing terdedah atas katil, kan dah jadi mainan budak-budak dorm.

Ingat ye, untuk sesiapa pun. Kalau duduk hostel, jangan sesekali membiarkan spender anda terdedah begitu saja. nescaya ianya akan menjadi bahan mainan seperti apa yang telah berlaku di atas tadi.

notakaki - bukan cantik sangat pun spender mamat tu, dah la kusam, buruk pulak tu. aku ingat lagi kaler spender tu, kaler peach yang dah kusam. tu pun nak berkira ke?

No comments: